Empat tahun berlalu sejak lafaz cerai itu diucap, namun hati Muhammad Daiyan tetap setia menanti Nur Humaira. Di kota Jakarta, dia membina semula hidup — dari hartanah ke dunia hiburan — namun kenangan pada bekas isterinya tidak pernah padam. Mereka terpisah dek sihir yang ingin menjatuhkan kedudukan Daiyan di Brahim Property Selangor, milik ayahnya sendiri.
Humaira pula menghilang tanpa jejak, menyekat segala bentuk komunikasi, dan meninggalkan Daiyan terkapai dalam tanda tanya.
Kepulangan Daiyan ke Malaysia membuka luka lama. Melihat kemesraan Humaira dan sahabat lamanya, Amsyar, Daiyan sekali lagi terbenam dalam cemburu dan salah sangka. Namun tatkala hujan menyatukan mereka semula, kebenaran pun terbongkar — cinta itu rupanya belum mati.
Namun cinta bukan satu-satunya misteri. Penyelewengan wang syarikat, kehilangan fail penting dan bayang sihir yang kembali mengganggu menyukarkan perjalanan mereka. Dalam menyingkap siapa sebenarnya pengkhianat, Daiyan harus berdepan kebenaran yang mengubah segalanya — termasuk tentang dalang yang selama ini disangka lari.
Plot dan penulisan penulis ni best. Cumanya ada kelemahan dari segi susunan dari scene A nak ke scene B. Kadang-kadang agak draggy. Ada scene yang seram tapi tak sampai seram sebab penulis terus cut ke scene lain.
I ternanti-nantikan juga character development Daiyan ni tapi macam takda je. Umur dah 30 an tapi childish gila dengan tak matang. Marah je hempuk meja. Samalah dengan Niyaz, I thought umur dia masih sekolah menengah rupanya tak. I confuse betul dengan cara percakapan dia. Rasanya dalam ni watak Humaira je kot yang ada development.
Ohh btw sorry, penggunaan AI untuk ilustrasi dalam buku ni sangatlah huduh.
3.5/5 — saya suka writing penulis, banyak perkataan sedap digunakan. cuma editing novel ni merosakkan mata jugak and dialog antara lelaki kadang saya rasa mcm tak realistic especially how Niyaz bercakap. premise dan idea cerita sebenarnya menarik. second chance romance, Daiyan dan Humaira yang bercerai sebab khianat sihir dan jumpa semula kerjasama untuk selesaikan kes syarikat ayah Daiyan. the angst and tension was there. detail kes pon saya suka baca, kita sekali jadi detective walaupon cam lompat2 gak explanation and honestly the twist was expected dari awal. unfortunately pace cerita ni tak konsisten. waktu dah klimax and intense tiber mendatar balik means time kita dah invested nak tahu apa jadi especially part seram tu, transition ke scene seterusnya buat pace off semula. the reveal pon tak smooth sangat, macam nak cepat habis pon ada, sayang ya
saya support reason Humaira yang utamakan diri dia dulu hence saya rasa Daiyan ni sumpah loser. Kalau ya pon merajuk, takkan la sampai anak ko abaikan terus. tak logik langsung alasan dia💀 dengan anger issue tak bertempatnya… dah la beraku kau dengan humaira sampai akhir aduh takleh masuk betol dengan dynamic mc yang guna saya-aku ni. like kau dah la sayang lagi ex wife tu tapi takde langsung la effort nak cakap lembut2 bruhhh. Humaira tu je la yang nampak nak berbaik sedangkan bukan salah dia sepenuhnya pon. Daiyan otak udang ke takde langsung lah nak cuba faham position Humaira, mcm Humaira tu sengaja tinggalkan kau. Pasal janji tak ditunaikan tu pon, engko yang lari sampai ke Indon, nak expect apa bang🙂
pastu satu lagi, apa masalah publisher guna AI masuk dalam buku ni??? saya tgok ig pub pon penuh promotion guna AI, takde rasa malu langsung. kalau ya takde duit nak hire illustrator, tak perlu sampai monetize AI as in dalam buku. dah la burukkk tolong ya Must Read, has some integrity.
apapon, im looking foward to read this author other books. ada potential dan idea pon tak cliche
Tajuk: Daiyan Humairah by Meriossah Pages: 471 Rating: 4/5 🌟 Trope: broken marriage + second chance romance + ada pasal sihir² (black magic) + best friends brother + kekeluargaan etc...
My thoughts 💭 (my opinion not yours)
Cerita ni mengisahkan tentang Daiyan yang bawa diri ke Indonesia ke tempat ibu dan ayahnya menetap untuk memujuk hati yang lara selepas penceraiannya dengan Humairah iaitu isterinya. Singkat cerita mereka bercerai sebab ada hati yang busuk ingin menyingkirkan Daiyan dari dunia business korporat. Mereka disihir oleh orang dalam syarikat sehingga menyebabkan trauma dan hati yang terluka akibat dari kejadian tersebut.
Ini adalah kisah antara dua hati yang masih sayang antara satu sama lain tapi satu lagi terluka dan satu lagi trauma. Honestly selepas baca kisah ni sampai habis aku tak boleh nak salahkan satu pihak je sebab dua² ada salah dalam hal ni. Tapi aku tak boleh nak tahan lah nak marah si Humairah ni geramnya dengan dia 😤 dia tetap salah! Tapi tak boleh nak salahkan dia juga, tapi kitonyo baran bila dia buat macam tu dekat Daiyan, and I totally understood why Daiyan bawa diri dan tak balik Malaysia selama 4 tahun sebab reaction dia valid sebenarnya.🥺 Kalau aku kena buat macam tu pun aku akan react macam Daiyan.🥲
Penulisan penulis as usual sedap dibaca. Aku memang follow penulis sejak video cerita manuskrip dia selalu fyp dekat TikTok aku. And I really loved the way she writes horror.. aku rasa genre horror memang forte penulis daripada genre romance. Bukan nak cakap romance tak kena dengan author tapi horror and mistik lebih kena dengan jiwa penulis sebab penulis pun ada cakap yang dia cenderung menyukai hal² paranormal, misteri dan mistik. So lepasni author maybe boleh cuba tulis full genre horror mistik mesti kena!🙈
Plot cerita okaylah for me not really into business korporat semua ni sebab aku tak faham sangat sebenarnya hahaha but for this one okaylah boleh diterima. Aku suka bila Niyaz muncul sebab dia banyak akal, lawak and lemah semangat😂 baru kena sergah sikit terus kena sampuk.🤣 This book is a fun read, ada sedih, seram, blushing sikit, pastu comel part budak haidar tu 🙈 semua adalah.😗
But I would like to point out something pasal dialog in jawa tu, maybe next time boleh bagi translation in bahasa melayu kot sebab tak semua pembaca paham apa yang dicakap tu.🤭 Kita pun nak tahu juga apa maksud dia hehe. Itu jelah yang aku nak komen kot🤭 so far this book nice la. Recommended ✨
Daiyan dan Humaira, pasangan malang yg diuji sehingga bercerai. Lagi malang buat si Daiyan yg menagih janji si Humaira sehingga 4 tahun lamanya. Dah ada pengganti ke si Humaira? Daiyan masih sayang ke bekas isterinya? Dua2 sama ego sebenarnya.
Ada yg tak mahu rahsianya terbongkar sampai sanggup gunakan sihir. Yg menjadi galang gantinya, rumahtangga Daiyan Humaira retak. 4 tahun kemudian Daiyan pulang ke tanah air untuk bantu ayahnya mencari tali barut. Seperti ada yg mengganggu siasatan Daiyan sehingga adiknya terkena tempias. Kerja siapa pula ni?
Selepas dah tahu plot twist dia, kita pun rasa marah. Sampai Humaira pernah takut dgn si Daiyan. Humaira pula sampai perlukan rawatan. Semuanya jadi kacau. Salah faham. Ego. Semua sebab buta duit. Orang lain jadi mangsa.
Cerita yg menarik. Pandai kulit buku ni kaburi mata saya. Ada unsur mistik. Gangguan halus. Khianat. Cinta yg terhenti di tengah jalan. Cuma perlu betulkan banyak typo. Ada sesetengah situasi saya kurang jelas explainnya. Penulisan sedap dan lancar. Saya suka. Try lah baca mana yg masih di-tbr tu!
Cerita ni bermula dengan cinta yang belum mati, cuma terhenti kerana khianat manusia dan gangguan mistik. Mereka tidak berpisah kerana cinta pudar, sebaliknya kerana sakit yang sudah melangkaui kemampuan untuk bertahan.
Daiyan seorang lelaki yang masih terikat dengan janji lama, tapi gagal mengurus emosi sendiri. Hot temper, ego tinggi, dan terlalu lama tenggelam dalam marah sampai terlupa tanggungjawab sebagai ayah. Cinta dia besar, tapi cara dia menyampaikan cinta tu… menyakitkan.
Humaira seorang wanita yang lebih memilih diri sendiri dulu. Trauma, rawatan, dan luka yang tak sembuh dalam masa singkat. Dia diam, dia menjauh, bukan sebab dah move on, tapi sebab tak tahu macam mana nak kembali tanpa hancur semula. Honestly, watak Humaira paling berkembang dalam cerita ni 🤍
Unsur mistik dan seram antara kekuatan utama novel ni. Gangguan sihir, rawatan Islam, rasa resah tu sampai ke pembaca. Ada bab yang buat kita berhenti baca sekejap sebab seram dia datang perlahan. Terutama part Daiyan tengah solat tu ada yang datang kacau 😩
Cuma… pace cerita tak konsisten. Bila dah sampai part intense, tiba-tiba cerita mendatar. Bab seram yang sepatutnya memberi kesan mendalam, dipotong terlalu cepat. Konflik korporat pula agak dapat dijangka dan terasa tergesa-gesa.
Tertunggu character development Daiyan tapi tak banyak berubah. Umur 30-an, tapi masih reaktif, masih marah tak bertempat. Susah nak sympathize walaupun kita tahu dia trauma.
Honestly buku ni ada potensi untuk jadi lebih menarik sekiranya diolah dengan baik. Ada bahagian draggy, ada penjelasan yang lompat-lompat, dan penggunaan ilustrasi AI sangat mengganggu pengalaman membaca. Kalau takde lagi okey rasanya.
Tapi… idea cerita ni tak klise. Second chance romance + mistik + korporat + trauma keluarga gabungan yang ada potensi besar. This book made me feel conflicted. Marah, simpati, geram, dan sedih semua bercampur.
Daiyan terpaksa mencerai kn Humaira sbb dorg ni ter kena sihir.. 4thun Daiyan bwk diri ke Jakarta.. ayh Daiyan mntk die tlg selesai kn masalah kt syarikat di Selangor.. Daiyan setuju..
Balik jee M’sia, ter jumpe secara tk sengaja dgn Humaira, Haidar dan Amsyar.. Amsyar kwn baik Daiyan.. sedih laa jugk, ank die terpaksa bergantung harap dgn lelaki lain.. tp cite kali ni lain.. Daiyan mmg tau die ade anak yeee.. Hehe
Humaira bekerjasama dgn Daiyan utk cari siapa yg khianat dlm company ayh Daiyan.. mula² Daiyan soh ber sikap pro.. kejap jee die terpesong.. mungkin geram ngn sikap Humaira yg lgsg tk reti nk cari die.. Humaira bole borak ngn ayh mentua tp tidak pd Daiyan.. terasa hati laaa..
Suka watak Niyaz.. sgt happy go lucky, gila² , berani tp lemah semangat bile ter nmpk sesuatu.. dan die jugk yg akn kene bile ade bende dtg..
Nnt dorg jumpe org yg lari.. die bukan lari, cume tk nk bekerjasama daa.. sbb die pun da terima kifarah nyee..
A bit scary sbenar nye bile baca buku nie mlm².. yee laa tetibe baca kene rasuk, tgh solat pn kaco.. aduhhh scary btul..
Trope: Second chance, Crush to lovers Genre: Light romance, Suspense, Mystery, Mystic
Kisah ini dimulakan dengan Daiyan yang baru sahaja bercerai dengan Humaira. Mereka berpisah angkara sihir yang dihantar oleh musuh dalam selimut — disebabkan dengki dengan jawatan Daiyan di Ibrahim Property. Disebabkan kecewa, Daiyan berpindah ke bumi Jakarta — meninggalkan anak lelaki dan bekas isterinya di Malaysia. Dalam proses healing, Daiyan menyibukkan dirinya dengan mengikuti kumpulan paranormal yang diberi nama Dimensi Lain. Dalam masa empat tahun ini, tidak sekalipun dia sujud kepada-Nya. Dia meletakkan semua masalah yang dihadapi kepada tuhan — menyalahkan semua orang atas keruntuhan mahligai yang dibina.
Oleh kerana Ibrahim (ayahnya) sudah penat tengok hidup Daiyan yang tidak ada hala tuju, dia menyuruh Daiyan pulang ke Malaysia — mengambil alih jawatan branch manager. Untuk menumpaskan musuh, Daiyan dan Humaira perlu berkerjasama. Setelah dua bulan, akhirnya mereka dapat menjejaki musuh.
Selepas semua masalah sudah selesai, mereka akhirnya berkahwin semula. Daiyan meletakkan jawatan di Ibrahim Property. Daiyan dan Humaira bersama-sama membuka cafe shop yang dinamakan D'Umai.
Dari segi penulisan, best — tapi penulis boleh improve lagi. Ada beberapa ayat yang tak berapa kemas dan sedikit berterabur, sampai I perlu susun semula ayat tu. Ada beberapa ayat yang tak lengkap, contohnya — kena tambah (untuk, yang). "Sekeliling gelap..." Sepatutnya kena ada 'yang' dekat tengah ayat tu.
Penulis suka guna perkataan (ka), boleh ditukarkan kepada (ke). Penulis suka guna perkataan 'makan' instead of 'makanan'. And 'goreng pisang' tu perbuatan ya. Kalau makanan, 'pisang goreng'.
Penulis boleh improve dari segi susunan ayat dan boleh kemaskan sedikit supaya penulisannya cantik.
Ada banyak ayat yang penggunaan tanda bacanya salah. I perasan — penulis banyak tak berhenti bila dah habis ayat. Sepatutnya dah titik (.) tapi penulis letak koma (,). Dan ayat yang sepatutnya ada koma (,), penulis tidak letak apa-apa tanda baca. Jadi, itu yang sedikit mengganggu pembacaan saya. Contohnya, "Macam mana Humaira?" Sepatutnya ada koma (,) sebelum Humaira tu. Kalau ada soalan tu, sepatutnya ada tanda soal (?) tapi penulis letak titik (.) sahaja.
Tolong letak translation untuk dialek Jawa. Aduh, dah kena google pula! Apa salahnya kalau letak je terus translation tu?
I rasa I dah macam editor untuk novel ni. Banyak sangat ayat yang I betulkan sendiri. Kalau ikutkan, setiap bab mesti ada kesalahan ayat.
I baca novel ni tanpa emosi. Scene sedih tak sampai. Bila fmc blushing, I rasa biasa-biasa je. Feeling tu tak sampai.
Untuk next karya, I harap sangat penulis boleh improve penulisan dia. I lebih suka story Manuskrip dari Daiyan Humaira ni.
Dalam novel ni tak perlu kut letak gambar AI. Sangat mengganggu ya. Kalau sedap mata memandang, tak apa la juga. Ni buruk gila. Kalau nak letak juga, boleh hire illustrator ya.
I tak puas hati pasal kualiti buku ni. Tak mesra spin ya. Senang patah. Publisher boleh besarkan sedikit saiz novel. Buat saiz A5 or saiz macam novel RC or Ink Loaf. Baru floppy. Senang sikit nak kepak-kepak. Ataupun tukar jenis kertas sebab I rasa kertasnya jenis keras kejung gitu. Ni nak baca pun kena mengintai. Itu pun bergaris juga dekat spine tu. Aduhai, nasiblah tak patah.
Kepada publisher Must Read, tolong hire editor dan proofreader semula untuk semak balik novel ini.
Ini pertama kali bagi saya untuk tulis review buku walaupun saya dah banyak baca buku dari penulis lain tapi tak tahu kenapa kali ni saya berkeras untuk berkongsi dengan pembaca lain tentang buku ini.
Jalan cerita yang fresh,simple,straightforward dan tak ada plot twist yang buat pening kepala.
For me the book were worth buying sebab jalan cerita dia tak sama macam buku-buku lain. Kalau nak beli boleh lah beli buku ni sebab dia tak ada element yang berat-berat. Buku ni sesuai bagi yang nak rehatkan minda dari buku-buku yang mungkin menyakitkan hati sebelum ini.
CHARACTER
Tapi untuk character Daiyan sikap dia tak berapa mature sebab selama 4 tahun dia tinggalkan tanggungjawab dia dan abaikan anak dia. Tapi mungkin sebab dia terlalu sakit hati terhadap bekas isteri dia tapi dia tak boleh salahkan Humairah juga sebab Humairah pun sama saja tersakiti di sebabkan masa lalu mereka yang di hantui dengan sihir.
Tak tahu kenapa tapi saya sedar ada beberapa lembaran yang mengunakan gambar AI dan bagi saya tanpa gambar itu pun sudah cukup untuk buat pembaca memahami situasi di dalam cerita itu.
Ending yang simple dan menenangkan hati.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Belum habis baca baru 80% tapi mcm dah tau nak bagi rating berapa.
Cerita ni mengesahkan second chance romance, selepas mereka bercerai terkena buatan orang. Jalan cerita sangat lambat, jadi malas nak habiskan. Dah 80% baca pun masih tak ada pekembangan, hanya cerita yang dipanjang-panjangkan saja.
Watak Daiyan yang terlalu la kebudak-budakkan, asyik nak hempas meja, membuatkan rasa dia ni langsung tak matang. Niyaz tu pun ingat budka sekolah rendah, rupanya dah habis sekolah? Watak Humaira saja yang nampak ada kematangan dan perkembangan.
Tunggu la aku update bila da habis baca nanti.
update: kenapa susunan bahasanya tu mcm tak kena, macam ade kesalahan tatabahasa ke cana? tanda baca pun mcm tak kena kadang tu, dan ada yang tak ada langsung.
susunan cerita pun macam pelik. Daiyan dekat tepi pintu, pusing dan merenung Ibrahim, pastu tiba-tiba Ibrahim sentuh bahu dan Daiyan mendongak??
dah lama tak baca second chance romance in marriage dan pada saya, it did not disappoint! sesiapa yang dive in without any spoilers takkan tahu buku ni ada elemen mistik @ paranormal!