Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hingga 8finity

Rate this book
“So, kita kawan sampai bila?”
“8finity.”

Sebuah persahabatan yang berpaksikan janji di antara Along, Ben, Ojie, Han, Raz, Min, Jade dan Lee. Sukan bola tampar menjadi titik pertemuan lapan sahabat itu.

Namun, tidak semua janji boleh diset semula seperti perlawanan. Malah gelanggang yang dulunya penuh aksi kini terasa kosong. Lee yang selama ini menjadi tunjang pasukan memutuskan untuk berhenti daripada dunia bola tampar. Dan 8finity ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan.

“8finity takkan lengkap tanpa kau. Lupa ke janji kita semua dulu?” – Along

Bukan semua orang mempunyai jalan cerita yang sama, begitu juga dengan Lee. Perlukah dia terus berlari apabila 8finity selalu muncul ketika ujian demi ujian menampar diri?

“Aku masih aku... cuma tak sama macam dulu.” – Lee

Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka berlapan?Adakah hati Lee akan terbuka kembali untuk 8finity? Mampukah mereka berpegang kepada janji itu... hingga infiniti?

***

Kata Editor:
Hingga 8finity merupakan sebuah naskhah segar untuk sebuah pengalaman penuh nostalgik. Menyuntingnya, menyeronokkan. Membacanya, bittersweet. – Pingu Toha, Editor

294 pages, Paperback

First published September 1, 2025

9 people want to read

About the author

Hverose

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (16%)
4 stars
6 (50%)
3 stars
3 (25%)
2 stars
1 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for chelsannereads.
171 reviews2 followers
October 29, 2025
Rating: 4/5 🌟 solid
Trope: Found family/friendship bond/sports & team dynamics/broken friendship & reunion/character growth & self discovery/emotional healing & forgiveness/ etc...

Lapan sahabat disatukan oleh minat yang sama dalam bola tampar, tapi segalanya berubah bila Lee tiba-tiba mengundurkan diri tanpa alasan. Persahabatan yang dulunya kukuh mula retak, dan janji '8finity' yang pernah mengikat mereka kini diuji antara kenangan, kehilangan dan penerimaan diri.

My thoughts 💭 (my opinion)

Lepas sahaja habis baca dan tutup buku Hingga 8finity ni aku terus rasa sebak tapi happy sikit, tapi sebak. Macam tulah aku rasa, sebuah naskah yang takde cinta² sangat tapi penuh dengan friendship bond yang sangat erat! Setia dorang tu memang till jannah! Memang betullah orang cakap, kalau friendship lelaki ni memang another level. 🥺❤️

Sambil aku baca sambil tu lagu teman sejati by nidji mengiringi background music, memang kena eh lagu ni dengan buku ni.😭💔 Nangis tersedu sedan aku dibuatnya.🥺 Buku ni at first bagi aku dia macam slow dari mula dan sampai nak ke tengah sikit, tapi lepastu dia bergerak maju ke hadapan dengan segala konflik dalam persahabatan. No matter macam mana sekalipun lee cuba tolak kawan² dia kebelakang terutama sekali along, kawan² sejati tetap akan ada dengan kau disaat kau susah dan senang. 🤍

This book will always have a special place in my heart. ❤️ ini buku kedua untuk bulan ni yang sad ending aku baca. Ya, buku ni sad ending awak. Tapi aku rasa it's a bittersweet storyline and ending. 🤍

Highly Recommended untuk sesiapa yang nak baca naskah seperti ini. Ceritanya light² je tapi bikin menangis.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
988 reviews119 followers
November 26, 2025
This is a beautifully written story about brotherhood, friendship and bola tampar in a school setting.

A simple plot yet compelling enough to get you invested into the lives of each of the characters. I really love it and it was a refreshing read without any typical romance.

Although I would like to point out that it would be even better if the author gave her characters physical descriptions and details - sebab Joy tiada idea langsung how each of them looks like. Main imaginasi sendiri je lah. Hehe 😉

It was in a way an open ended bittersweet ending which perfectly fits the flow of the story. *Hint: A Walk to Remember* 🥲

I wonder if given the opportunity, will the author tease us with a continuation? Mungkinkah mungkinkah tak seperti yang kita sangka? Tapi 2 perenggan terakhir seperti dah bagitau pembaca the ending for Lee. Huhu~
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
November 9, 2025
Hingga 8finity

Menceritakan tentang kisah 8 sekawan: 𝗔𝗹𝗼𝗻𝗴, 𝗟𝗲𝗲, 𝗕𝗲𝗻, 𝗢𝗷𝗶𝗲, 𝗛𝗮𝗻, 𝗥𝗮𝘇, 𝗠𝗶𝗻 dan 𝗝𝗮𝗱𝗲. Salah satu geng yang cukup terkenal dalam kalangan SWAZA.

Mereka ibarat adik-beradik. Cukup rapat. Namun, perangai Lee tiba-tiba sahaja berubah 360 darjah. Dia mula menjauhkan diri dari mereka semua.

Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka berlapan?

"𝐋𝐞𝐞, 𝐚𝐤𝐮 𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐤𝐚𝐮. 𝐀𝐤𝐮 𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢 𝐤𝐚𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐮𝐥𝐮." -Along
___________________________________

It's been a while since kita baca buku pasal friendship and not gonna lie, buku ni SRSLY BEST! Diorang punya brotherhood, joke, bonding tu memang boleh rasa. Walaupun ada 8 watak utama dalam buku ni, penulis memang masukkan semua watak dengan seimbang. Tak ada pun yang rasa left out ke apa. (Except for Along, dia banyak screen time sbb dia main character dengan Lee)

Along tu nampak je tegas, selalu marah, tegur Lee sebab buat perangai (yelah presiden MPP kan) tapi dia tulah yang paling care dekat si Lee tu. Lee pulak sejenis yang keras kepala. Acah nonchalant gitu. Tapi actually ada sebab kenapa dia menjauhkan diri dari diorang semua. 🥺

Walaupun Lee ni buat perangai, jauhkan diri, tapi 8finity tetap setia kawan dengan dia. Backup dia, tolong dia, & buat macam-macam la. They're totally A TRUE FRIENDS. 🫶

Setting buku ni pula dekat asrama. Baca je buku ni, memang dapat rasa vibes asrama tu macam mana (walaupun kita tak pernah duduk asrama) hehe. Apatah lagi pasal pembuli. Memang synonym kan dekat asrama.

Selain tema persahabatan, buku ni juga mengetengahkan pasal permainan bola tampar. I've never watched Haikyuu, but if you're a fans of that anime, YOU SHOULD READ THIS BOOK! Memang segala jenis balingan, cara permainan tu semua ditulis dengan details tauuu. 😍🏐

And....I DIDN'T EXPECT THIS BOOK WOULD BE SAD?!?! 😢 (I did shed a tears a bit, not gonna lie) Actually kita memang dah boleh agak dah ending buku ni macam mana, nasib baik author buat open ending. Kalau tak, mesti lagi sedih 😭

Lastly, kita rasa better kalau author describe setiap watak tu punya feature supaya senang pembaca nak imagine. Contoh macam gaya rambut ke, pakai spec ke tak ke, etc. Just my opinion, since ramai watak dekat sini. 🤧
-
Overall, kita lurve ye buku ni! Memang full of friendship. No romance, just pure and loyal friendship. Totally recommended!!!
-
"𝐒𝐨 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚?"
"𝐈𝐧𝐟𝐢𝐧𝐢𝐭𝐲."
"𝐈𝐧𝐟𝐢𝐧𝐢𝐭𝐲 𝐟𝐨𝐫 𝐭𝐡𝐞 8 𝐨𝐟 𝐮𝐬. 8𝐟𝐢𝐧𝐢𝐭𝐲."
-
P/rating: 4.5/5 ⭐
Profile Image for Faqihah.
9 reviews
December 5, 2025
Tajuk: Ulasan Hingga 8finity oleh Hverose

Hari ini saya ingin membuat ulasan tentang Hingga 8finity oleh Hverose iaitu buku fizikal pertama yang diterbitkan di bawah Manes Wordworks. Saya memberi buku ini rating 6/10.

Cerita ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan tema found family, sukan, drama dan persaudaraan. Saya sendiri tertarik nak baca sebab ada elemen bola tampar (Haikyuu vibes, memang tak boleh dinafikan). Kulit bukunya juga sangat cantik dan menarik perhatian.

Plot buku ini menarik. Ia mengisahkan persahabatan berasaskan janji antara Along, Ben, Ojie, Han, Raz, Min, Jade, dan Lee. Ceritanya memberi aura nostalgik dan bittersweet. Namun, satu perkara yang kurang jelas ialah siapakah watak utama sebenar. Kadang rasa macam lapan-lapan kawan tu, kadang rasa Along — tapi emosi cerita sebenarnya berpusat pada Lee.

Namun, watak Lee terasa seperti ghost narrative. Dia menggerakkan jalan cerita, tetapi kita tak pernah dengar suara hati dia, tak tahu latar belakang sebenar, dan semua yang kita tahu datang daripada perspektif orang lain. Disebabkan jarak ini, saya sukar untuk wujudkan kaitan emosi atau faham tindakan dia. Banyak perbuatannya tak memberi impak kerana kita tak benar-benar mengenali siapa Lee.

Babak buli dengan geng Danny pula memang sesuai dengan suasana sekolah menengah, tetapi agak satu hala dan kurang dikembangkan. Saya rasa ia boleh diteroka dengan lebih mendalam seperti kenapa Lee berubah, kenapa dia berkawan dengan orang tertentu, atau kenapa konflik jadi begitu.

Subplot percintaan pun minimal dan tak ada penutup yang jelas. Dinamik “dia suka ke tak?” bersama Nad terasa tergantung.

Walaupun begitu, dinamik persahabatan sangat comel. Interaksi mereka, lawak mereka, dan keakraban mereka menjadikan kumpulan “8nfinity” sangat menyeronokkan untuk diikuti. Along sangat menonjol — cool, matang, dan abang-abang vibes.

Tetapi untuk watak Lee, perkembangan dia tak cukup untuk membuatkan penghujung cerita terasa kuat secara emosi. Walaupun apa yang dilaluinya memang sedih, kekurangan depth menyebabkan pembaca sukar nak rasa dekat dengan dia.

Secara keseluruhan, saya tetap gembira membaca buku ini. Saya habiskan dalam satu malam dan memang terhibur. Cuma saya berharap ada lebih drama, lebih kedalaman emosi, dan lebih penerokaan, terutamanya tentang Lee. Ini pertama kali saya baca buku yang menampilkan watak utama sebagai “bayang-bayang”, dan ia pengalaman yang menarik — cuma boleh diperkemaskan lagi.
Profile Image for Afi & The Books.
20 reviews
December 27, 2025
Meskipun tema novel ini dan novel VT karya Hilal Asyraf berkisar tentang kehidupan di asrama dan bola tampar namun trajektori ceritanya sangat berlainan. Ketika HA fokus pada tarbiyah islam yang membentuk pasukan bola tampar yg hebat, Hverose pula fokus kepada sebuah persahabatan yang sebahagian besarnya didukung oleh penglibatan mereka dalam sukan bola tampar. Persoalan besar yang saya rasa cuba diutarakan adalah adakah tanpa bola tampar, persahabatan kita akan berkekalan? Adakah kita masih lagi kawan andai salah seorang daripada kita berhenti bermain?

Anyway, novel 8finity ini bagi saya ceritanya straight forward. Walaupun penulis cuba berteka teki tentang apa yang tak kena dengan Lee, daripada awal sebenarnya kita dah tahu kenapa. Saya teruskan membaca sebab saya cuma nak tahu peristiwa mana yang akhirnya merungkai segala pertanyaan 8finity tentang Lee. Tentang gaya penceritaan pula, sebenarnya mirip kepada Hlovate (in fact, antara reason saya pickup buku ini adalah sebab nama penulis hampir sama.) tetapi saya hargai originality Hverose dengan ayat-ayat seperti "ayat tak bertapis seperti coway" atau "macam labi-labi tersangkut kaki dekat perahu."

Saya juga menghargai latar masa dan latar tempat dalam cerita ini. Terimbau sejenak kenangan waktu sekolah asrama dulu dan perangai - perangai yang tak semenggah.

Akhir sekali, penutupnya bagi sesetengah pembaca mungkin adalah sad ending tetapi saya rasa tak semestinya begitu. Mungkin ada sambungan, mungkin tidak. Mungkin itulah niat penulis.
Profile Image for Qayiem Razali.
888 reviews85 followers
October 18, 2025
63/2025

-Hingga 8finity
-Hverose

Kisah tentang setia kawan dan pengorbanan. Bagaimana seorang Lee telah memperkuat ikatan persahabatan sesama tim 8finity. Tiada siapa sangka perubahan Lee membawa kepada sesuatu yang mengubah hidup lapan sekawan. Fikirnya Lee menjauh disebabkan berkecil hati, rupanya ada rahsia yang dia simpan dari pengetahuan rakan-rakan. Apakah penamat bagi kisah antara mereka? Dapatkah Lee kembali menyertai tim bola tampar bersama rakan karibnya yang lain?

Saya kira ini mungkin karya pertama penulis. Membaca naskhah ini serasa seperti mendapat vibe dari Hlovate dan Ainul Farihah. Tahniah buat penulis untuk karya ini. Percubaan pertama yang saya anggap berjaya. Teruskan berkarya.
Profile Image for Sera Rin.
9 reviews
October 14, 2025
Tbh I DNF buku ni sebab ceritanya meleret. Expectations saya adalah banyak tournament bola tampar yang eratkan hubungan diorang. Tapi tidak ya. Kemudian watak yang menonjol dalam buku ni cuma 2 orang je. Lagi 5 kurang menonjol. Harap author improves banyakkan lagi focus dalam buku ni bukan sahaja hanya satu masalah yang dari awal sampai akhir adalah masalah yang sama. Gaduh, gaduh, gaduh. I need a wow factor.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.