Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dendam Bayang

Rate this book
Siapa sangka satu tugasan kuliah menjadi pengalaman tragis buat Hazmi, Balqis, Najmi dan Dahlia. Pensyarah mereka, Dr. Sufi telah memberi satu tugasan pelik yang tidak ada kena-mengena langsung dengan subjek yang diambil. Sebagai pelajar jurusan Sains Biologi, mereka perlu membuat tugasan di sebuah banglo lama dan terpencil.

“Sejak mula-mula Dr. Sufi bagi kita tajuk ni sampai sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.” – Balqis

Tanpa disedari, satu lembaga serba hitam memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Kelibat bayang hitam itu sentiasa mengekori. Ancamannya berbaur dendam yang tidak mereka duga.

“Kita akan keluar dari sini. Ingat, kalau apa-apa berlaku tolong jangan berpecah.” – Hazmi

Kemelut terus melanda. Hazmi hilang tanpa jejak. Najmi terperangkap di dalam banglo itu. Balqis dan Dahlia pula ditangkap oleh sekumpulan Orang Asli ketika cuba mendapatkan bantuan.

“Aku pasti semua ini dirancang atas motif-motif tertentu.” – Najmi.

“Aku rasa, itu petunjuk bahawa semua ini dirancang rapi oleh dia.” – Dahlia

Siapakah lembaga hitam itu? Dapatkah mereka melepaskan diri daripada dendamnya? Segala persoalan akan terjawab dalam naskhah penuh saspens ini.

***

KATA EDITOR:
Kisah penuh cemas ini mengajak pembaca bermain teka-teki bersama-sama empat sekawan mencari jawapan tentang apa yang sedang mereka alami. Siapa? Kenapa? Bagaimana? Semua persoalan itu akan memaksa anda untuk membaca naskhah ini sehingga ke titik penamat. – Kamalia Ramlan, Editor

223 pages, Paperback

First published September 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Fazrol

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (6%)
4 stars
14 (42%)
3 stars
11 (33%)
2 stars
6 (18%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for chelsannereads.
210 reviews6 followers
October 22, 2025
Trope: group project gone wrong/ survival horror/misteri & thriller twist/ etc...

Satu tugasan kuliah berubah jadi mimpi ngeri bila Hazmi, Balqis, Najmi dan Dahlia perlu buat kajian di banglo lama yang penuh rahsia. Lembaga hitam misteri mula menghantui mereka satu demi satu, hingga segalanya berubah jadi permainan dendam dan survival.

My thoughts 💭 (my opinion)

Idea buku ni menarik! Plot twist memang aku tak expect gila! My head puff! 🤯 Tak sangka dia rupanya. First time baca buku penulis and I liked it. 😊 At first aku ada rasa draggy sikit, sikit je gais dalam beberapa muka surat macam tu. Tapi lepas tu takde dah. Terus maju kehadapan hehehe. 🌝

Karya ni memperlihatkan pelbagai element seperti percintaan, misteri, dan kasih sayang seorang kawan. Buku ini mengajar aku erti 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' peribahasa tersebut kena sangat dengan situasi mereka 4 sekawan sewaktu dalam survival mod.

Tambahan lagi dengan element thriller yang menarik membuatkan aku tak henti² selak page by page sebab nak tahu siapa penjahat yang nak bunuh dorang sebenarnya? Dan kenapa penjahat tu buat macam ni? Apa salah diorang? Dan last but not least, kenapa harus dekat banglo lama tersebut? Apa yang ada dekat banglo lama tu?

Banyak persoalan yang akan dirungkaikan dalam novella ini. Kalau korang curious, sila baca sendiri. 🤭 Recommended kepada yang sukakan thriller survival macam ni. ✨
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,012 reviews122 followers
November 27, 2025
Solid 3.5 ⭐️

Considering this is the author’s first attempt at writing a thriller novel, I would say that it was a good try.

The prologue itself was intriguing and saya nak puji penulis pandai memainkan emosi dan suasana yang misteri/seram.

Actually characterisation and plot wise, Joy rasa bagus and quite smooth, but it sort of dropped in pacing at the second half masa masuk bab lari from lembaga hitam tu, etc etc. Sana agak messy and too many things were happening at the same time. Joy rasa mungkin sebab cerita ini under kategori novella, jadi author limited by word count.

I think it would have been even better and lagi solid kalau plot dapat diperkembangkan - part antagonist and certain scenes ditambah baikkan - part polis tu agak lembik and orang asli tu mcm hilang je from the plot after menolong Balqis and geng.

Saya rasa part Dr. Aisyah kat hospital pun macam a bit lebih 🤣 Saya faham maybe sudah sampai kat penghujung so kena tie up the story.

In my opinion, kalau author focus more on the mystery and thrill part, and kurangkan scene romantic, it would have been better too. Saya rasa scene-scene romantic antara Hazmi & Balqis tak perlu langsung, baru kenal berapa bulan dah bagi cincin emas belah rotan 😂 The romantic scenes were awkward and unnecessary but it was ok lah diselitkan dlm epilogue.

Another thing Joy nak point out was character Nasha. Joy rasa terlalu sudden she switched from a jealous and mean b***h to an apologetic and nice person.

Overall, Joy still nak ucapkan syabas to author sebab berani cuba - thriller tak senang tulis. Please don’t give up and continue to go further. Hehe 😉 Boleh cuba study novel thriller seperti Sara Aisha, Fitri Hussin, RAM, Helmi Effendy & Hilal Asyraf.
Profile Image for Hamidah Effendi.
504 reviews6 followers
October 7, 2025
Dendam Bayang oleh Fazrol

Kisah ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang menjalankan kajian untuk tugasan mereka di sebuah banglo lama. Namun, keadaan bertukar misteri apabila ada antara mereka yang mula hilang.

Menariknya, tahun depan aku akan hantar semua anak aku — empat-empat sekali — untuk sertai latihan seni bela diri. 🤣 Dah siap survey tempat dah!

Tentang buku ini — ia satu permulaan yang baik untuk penulis yang pertama kali terjun ke dunia thriller. Masih boleh diperbaiki terutama pada bahagian penjelasan aksi dan misteri. Ada beberapa adegan terasa sedikit janggal, terutamanya ketika mereka terlalu ingin tahu tentang banglo dan bertanya kepada Dr. Aisyah — bahagian tu terasa agak berlebihan.

Mungkin boleh rujuk karya seperti Jasad oleh Eqbal Mohaydeen untuk belajar cara membina suasana misteri dengan lebih kemas.

Awal cerita memang terasa thrill-nya, tapi bila masuk bahagian hospital sampai ke penghujung, momentum tu macam menurun sikit.

Watak polis pula agak lembik — macam tak proaktif langsung. Dah tahu lokasi, patutnya boleh tangkap kot… kabin je pun, bukan ada banyak laluan 😅

Bahagian cinta-cintun antara Balqis dan Hazmi pula terasa sedikit berlebihan — mungkin boleh dikurangkan supaya fokus thriller tu lebih menyerlah. Cinta budak-budak kebanyakan pergaduhan dalam buku ini.

Secara keseluruhannya, Dendam Bayang adalah permulaan yang baik. Penulis ada potensi besar, cuma perlu asah gaya dan keseimbangan cerita. Teruskan menulis, Fazrol! You can do this — chaiyok! 💪📖
Profile Image for Zafrishasy.
25 reviews3 followers
November 26, 2025
Interesting story, tapi rasa macam semuanya terlalu rushing dan sedikit tiberrr. Tiba-tiba kena serang binatang, tiba-tiba kena tangkap. And so much more.


Could be better kalau dioleh dan ditambah lebih banyak scene supaya lebih saspens dan lebih banyak kejutan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
November 9, 2025
Dendam Bayang karya Fazrol
Genre: Mystery, revenge, friendship, thriller

Menceritakan tentang sekawan pelajar jurusan Sains Biology iaitu Dahlia, Balqis, Hazmi dan Najmi. Pensyarah mereka, Dr Sufi telah memberi satu tugasan pelik yang tidak ada kena-mengena langsung dengan subjek yang diambil:

Investigating The Old Bungalow in Kg Sungai Jeti

Tanpa disedari, satu lembaga hitam memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Siapakah lembaga hitam itu?
______________________________________

Wow! Makin lama makin banyak genre yang dikeluarkan oleh Manes! Kita pun tak expect yang Manes akan keluarkan buku bergenre macam ni. 👏😍

For those yang suka baca buku Mystery, revenge, thriller and friendship, this book is definitely for you! Eh tak lupa juga, siapa yang minat Sains & Sejarah pun mesti suka buku ni!

Since ni Manesvella, buku ni memang fast paced, sejam je kita baca. Walaupun nipis, tapi serious banyak gila info-info pasal sejarah, sains dan asal usul sesuatu perkara. Contohnya macam asal usul supernova, info pasal piramid dan banyak lagi. Haa menarik kan! 🤩

Satu je yang kita kurang sikit which is diorang punya dialog tu agak baku sikit, so ada certain situation yang nampak awkward sikit.

Dari segi storyline, memang tidak expect yer! What a plot twist 🤯. Kita sangkakan si A yang jadi dalang disebalik semua tu, sekali B! Fuhh plot twist boleh tahan!

Overall, if you want something different from Manes, read this book!

Anyone yang nak beli boleh beli di: https://my.shp.ee/SpGGJGL

P/rating: 3.8/5 ⭐
Profile Image for bookmehnia.
357 reviews19 followers
December 18, 2025
(73/2025) 3/5🌟 Thriller/Aksi (Fiksi) | 215 ms

“𝙎𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖, 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙖𝙨𝙨𝙞𝙜𝙣𝙢𝙚𝙣𝙩, 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙡𝙤𝙧𝙤𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙬𝙖𝙟𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙖𝙝𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣. 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙡𝙖𝙢𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙙𝙖𝙢, 𝙘𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙠𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣.”

Empat sahabat.
Balqis, Dahlia, Hazmi dan Najmi - rakan seperjuangan di fakulti dalam jurusan Sains Biologi yang menerima tugasan pelik daripada pensyarah mereka. Tetapi memikirkan ianya ada kaitan dengan bidang mereka, mereka akur sahaja. Tugasan yang diterima, memerlukan mereka mengkaji sebuah banglo lama yang terpencil di pinggir hutan.

Di dalam banglo itu, terdapat beberapa bilik yang mempunyai barang-barang pelik dan imej serta tulisan aneh di dinding-dindingnya, mempunyai makmal sains dan sebuah bilik yang mempunyai komputer dan barang-barang peribadi.

Namun, salah seorang daripada mereka merasakan seperti ada yang tidak kena, dan seolah mereka seperti diekori. Sehinggalah satu hari, ketika mereka melakukan tinjauan di banglo tersebut, seorang daripada mereka hilang tanpa jejak, seorang lagi diculik oleh satu lembaga hitam; dan dua orang lagi ditangkap sekumpulan orang asli ketika cuba mendapatkan bantuan.

Apa sebenarnya yang menghantui banglo tersebut? Apa motif pensyarah menghantar mereka ke banglo itu? Siapakah yang mengekori mereka?

Cerita bermula baik, dan prolognya sahaja memang memanggil-manggil peminat genre thriller seperti saya. Pengenalan watak-watak di dalam permulaan bab-bab awal memang akan membuat pembaca merasakan setiap watak ada 1001 rahsia yang mengaitkan karakter mereka dengan satu kes jenayah yang diceritakan di awal penceritaan. Sesiapa antara mereka boleh menjadi suspek, menjadikan pembaca ada rasa ragu-ragu dengan setiap karakter.

Namun bagi saya, ada sedikit permasalahan dari segi kesinambungan cerita yang saya rasa sedikit melompat-lompat. Bagi saya, plot cerita ini sudah sangat baik dengan penjelasan cerita di bahagian akhir, namun mungkin lebih baik jika latarbelakang cerita dikembangkan dengan lebih jelas lagi. Mungkin saya yang terlalu cerewet atau terlalu terpengaruh dengan corak penulisan orang lain dan sebab saya terlalu sukakan plotnya, jadi saya mengharapkan lebih lagi. Jalan ceritanya menarik kerana ada unsur sains fiksyen dan juga spiritual.

Namun saya teruja kerana ini mungkin salah satu buku yang boleh menarik minat pembaca muda kerana ianya menggunakan laras bahasa yang bagus, mungkin guru bahasa atau guru perpustakaan boleh gunakan ianya sebagai bahan bacaan tambahan atau kelab pembaca untuk meningkatkan penggunaan dan penulisan. Saya tertarik dengan buku ini pun kerana anak singgah di reruai Manes semasa SIBF tempohari.

Selain misteri, cerita ini juga menyelitkan elemen persahabatan dan sedikit mengenai percintaan yang mempunyai pengajaran yang tersendiri khusus untuk anak-anak muda yang terkadang terbawa dengan perasaan. Jika anda peminat genre misteri dan thriller, ini mungkin untuk anda.

#justreaddontbawang #bookmehnia #2025reads #DecemberReads #DecemberTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #maneswordworks #dendambayang #fazrol
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
37 reviews1 follower
December 11, 2025
Too much happening for a novella. Too many unnecessary information macam part tadabbur ayat Quran, the story behind banglo dalam hutan tu, kisah kena tangkap dengan orang asli and many more. Should've focused more about details yang akan bangkitkan balik contohnya pasal lelaki yang hilang tu, or like elaborate more about Najmi/moments with him so reader boleh bayang satu2 and feel like they're with him too.

Pov masing-masing pun. Seeloknya satu bab satu pov, ataupun at least satu page focus satu pov je, tapi ni, perenggan satu pov orang lain, next perenggannya pov orang lain. Bercampur-baur.

Almost nak dnf dari bab 20 lagi tapi sebab sikit je lagi nak habis, kita gahkan diri untuk telan juga walaupun pahit. Semoga review ni jadi penguat untuk terus usaha menghasilkan karya yang terbaik!
Profile Image for Defikaism.
11 reviews5 followers
December 7, 2025
Dendam Bayang karya Fazrol

Selesai baca beberapa minggu lepas tapi baru ada kesempatan untuk menulis review pada hari ini, huhu.

Walaupun dikatakan cinta bukan tema utama novel ini, tapi secara peribadinya, saya merasakan 'cinta' lah penggerak utama cerita ini. Semua konflik dalam cerita ini terjadi dan tercetus disebabkan 'cinta'. (pada pendapat saya)

Cerita bermula dengan santai tapi menarik. Assignment tak masuk akal yang diberikan oleh Dr. Sufi memang berjaya menarik minat saya untuk meneruskan bacaan. Dan apabila mereka sampai, misteri rumah banglo itu memang digarap dengan terperinci dan baik.

Apabila salah seorang dari mereka hilang, cerita semakin mendebarkan. Dan saya sendiri berasa tidak sabar untuk tahu siapakah sebenarnya yang jahat.

Dan buku ini nipis je uols, jadi kalau anda a fast reader, 2-3 jam sahaja boleh selesai baca, hehehe (kurang lah satu TBR!) Sesuai untuk korang yang nak light read tapi masih nak baca buku yang ada elemen misteri/thriller.

Apa pun, tahniah Fazrol untuk karya ini! Dan teruskan menulis!
Profile Image for Qayiem Razali.
898 reviews86 followers
October 19, 2025
64/2025

-Dendam Bayang
-Fazrol

Berkisar dari assignment yang luar dari bidang pengajian, membawa kepada terbongkarnya misteri yang telah lama dikambus masa. Tanpa disangka empat sekawan yang asalnya hanya datang kerana ingin menyelesaikan tugasan yang diberi, berakhir dengan kisah tragis yang tidak terfikir akal. Dendam... Air mata... Penyesalan... Segalanya bercampur baur hingga membuatkan kehidupan masing-masing seperti diperhati sepasang mata yang terisi kejahatan. Dapatkah Hazmi, Najmi, Balqis dan Dahlia berdepan dengan ancaman yang tidak diduga? Atau pada akhirnya mereka cuma berserah pada takdir?

Kisahnya bagi saya okay sahaja. Boleh dihadam, tidak perlu berfikir di luar kotak untuk memahamkan jalan cerita. Cumanya, bagi saya ada beberapa bahagian yang tidak perlu pun saya rasa, jalan ceritanya tetap berjalan pada landasan yang betul. Apa-apa pun usaha penulis wajar dipuji. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Yus.Ra .
13 reviews
December 5, 2025
first thing first, saya bukan type nak baca romance sgt, but as a sub plot (maybe)...and saya tak gemar sgt bab romance pada awal cerita...but ngl, plot twist dia memang mengejutkan...dan semua situasi yang buat dahi saya berkerut di explainkan... so yeah...and saya baru tahu about the author, and I think that he did a pretty great job at writing a short thriller nover(stand alone), I'll give it a 4.75 stars for the whole plot, really reccomend yeah❤️
Profile Image for Milk Chocolate.
10 reviews
February 11, 2026
Cerita yang menarik. Jalan cerita dia takde drag² and banyak scene diselitkan yang tidak mengganggu main plot sangat. Sesuai untuk light reading. Plot twist dia bagi saya macam boleh teka sebab dah banyak baca cerita yang lebih kurang macam ni tentang siapa yang penjahat sebenar sebab dari awal² bab tu macam dh boleh tangkap something wrong dgn penjagat tu bila di ajak untuk pergi bercuti dekat rumah banglo tu. Overall great story sebab buku dia nipis dan cerita dia straight to the point.
Profile Image for Sera Rin.
9 reviews1 follower
October 14, 2025
Kena buat assignment tentang sains dan teknologi tapi dapat tajuk untuk investigate banglo tinggal. Kan dah lari tajuk tu.

1. Light read
2. Walaupun boleh agak siapa pelaku, tapi okay je
3. Buku ni penuh dengan ilmu sains and teknologi. Unik kan sebab usually buku tentang law dan medical term je
4. Cerita lain dari lain. Boleh baca kalau you're new to genre mystery and thriller
Profile Image for Adrnn.
20 reviews
February 15, 2026
SUMPAH BEST TAK TIPU. Banyak gile plot twist in the end, and I'm out of breath each time the plot twists revealed😭 This book is really iconic and slayyy. honestly takde pape nk complain, it's all perfectt. Ada banyak part turun naikkk. ♥︎
4 reviews
December 8, 2025
Yooo the plot?? Mmg surprising weyyy! Okay but knp najmi had to die AHHHH.. Cried a bit tbh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zirah Ismail.
37 reviews
March 15, 2026
Plot twist just a little bit and not that much exciting is going on in this book. Light reading to get out of book slump.
Profile Image for Dini Marahhakim.
8 reviews2 followers
March 25, 2026
Betul, banyak tiba tiba dalam satu novella, faham ini novella tapi gaya olahan tak sampai and unsur menakutkan thriller horror tu tak sampai sangat, tapi takpa keep up author!
20 reviews
January 5, 2026
friendship, assignment, percaya

thriller, action

happy ending

okay buku ni best. dia ada tunjuk cara watak-watak utama survive dalam hutan. lepastu kepentingan banyak baca buku. bagus juga jadi ulat buku sebenarnya dan buku ni tunjuk juga setiap benda yang berkaitan dengan sains ada buktinya dalam Al-Quran, jadi kita kena belajar dan dalami betul-betul. jadi, sebagai pencinta thriller, saya recommended buku ni!
Displaying 1 - 17 of 17 reviews