Jump to ratings and reviews
Rate this book

Belajar Hidup dari Hamka

Rate this book
Saya tidak pernah menjangkakan bahawa suatu hari nanti, saya akan menulis tentang Hamka. Ketika mula mengenal Hamka pada tahun 2014, saya hanya seorang pencari; tidak menyangka jalan jauh ke Maninjau, Jakarta, Surabaya, Jogjakarta dan Mekah untuk menemukan Hamka akhirnya hanya menemukan diri sendiri.
Ternyata, ia lebih berharga. Ternyata, Hamka melorongkan saya tepat ke dalam diri saya sendiri.
Buku ini menawar jatuh-bangun emosi seorang saya yang muda dan rebung, sebelum didewasakan oleh seorang Hamka yang juga punya gelora: ditangkap, ditekan, dikhianati, dizalimi, sebelum seluruh Indonesia akhirnya menyesali kepergiannya.
Berkali-kali saya membatalkan hasrat untuk menerbitkan sebahagian besar catatan dalam buku ini, tapi ada suara kecil yang juga berkali-kali meminta agar ianya dibentangkan. Paling tidak pun, ketika dunia sudah perlahan-lahan melupakan sosok ini, saya menjadi jambatan kecil yang kembali mengingatkan, bahawa kita pernah punya figura seperti ini: seorang agamawan, cendekiawan, negarawan, sejarawan, politikus, filsuf dan semestinya, seorang pujangga bangsa.
— Hafizul Faiz

180 pages, Paperback

First published August 1, 2025

2 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Hafizul Faiz

16 books179 followers
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (50%)
4 stars
4 (40%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
October 20, 2025
📝 Perasaan hati ; salah satu sebab orang berasa miskin atau sunyi dari bahagia ialah perasaan sendiri, bahawa dia tidak disukai orang (halaman 15).

📝 Bergaul dengan orang budiman sebagai salah satu jalan menuju bahagia. Orang budiman = circle yang baik. Kalau kita gagal mempunyai circle yang baik ini, boleh jadi kita sukar nak merasa bahagia (halaman 53-54).

📝 Sedangkan kalau kita cuma tumpu dengan cita-cita kita, hidup kita lebih bermakna. Penjara paling sukar untuk kita lepaskan diri. Penjara peduli tentang orang berbanding diri sendiri (halaman 55-56).

📝 Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri (halaman 60).

📝 Akal menyuruh manusia menjaga dirinya dan mengatur peri kehidupannya, jangan meniru orang lain sebelum difikirkan apakah yang ditiru itu sesuai dengan dirinya. Yang lebih utama menurut akal ialah mengukur bayang-bayang diri, mengenal siapa diri, dan berusaha memperbaiki mana yang telah rosak (halaman 70-71).

📝 Teruslah maju, jangan khuatir, jangan takut dan jangan tersangkut. Sungai bersih kalau ia terus bergerak, tercemar kalau ia berhenti. Begitu juga hidup, begitu juga kita (halaman 76).

Aku muatkan beberapa mutiara kata daripada Hamka yang sarat dengan makna dan wajar untuk dikongsikan di sini.

Aku juga tertarik dengan kupasan penulis tentang sindrom masyarakat mediocre (masyarakat pasca-tamadun) yang mana salah satunya sibuk mengejar kepuasan untuk memenuhi kemewahan hidup lalu membawa kepada kemerosotan rohani dan intelektual.
Profile Image for anis.
72 reviews
February 3, 2026
kenapa perlu belajar hidup dari hamka?

untuk keluar daripada sindrom mediocrity dalam masyarakat pasca-tamadun ini. belajarlah hidup dari hamka, kerana masyarakat mediocre sudah susut nilai gunanya, semakin tumpul keupayaannya untuk mengkritik, dan paling menakutkan, mula melemahkan usahanya untuk mencipta pemikiran baharu yang lebih mendepani zaman.

belajar hidup dari hamka — agar kita dapat mencari apa itu erti kehidupan yang sederhana, menggunakan akal yang dikurniakan oleh-Nya.

first read of 2026! a good starting book to kickstart the year :) made me pick up the primary source of the book — Hamka’s Falsafah Kehidupan.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.