What do you think?


Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat
Buku ini ditulis dari perspektif sejarah rakyat dan mengandungi kisah-kisah individu yang pernah menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta mereka yang hidup dan berjuang selepas merdela untuk membela kepentingan rakyat demi mengisi kemerdekaan. Walaupun buku ini menampilkan sosok tokoh secara individu, namun di sebalik setiap tokoh itu, ada arus politik dan sosial kolektif yang bergerak dan melontarkan sosok itu ke hadapan melalui gagasan dan penglibatan mereka. Tokoh-tokoh itu berjuang dalam zaman masing-masing dan dengan cara masing-masing. Ada di antara mereka sudah dikenali umum tetapi banyak juga kurang dikenali apalagi diketahui secara mendalam. Sebahagian walaupun diketahui umum, peranan dan sumbangan mereka sering diremehkan, dan tidak diakui dalam sejarah rasmi negara. Kebanyakan mereka sering diletakkan pelbagai label seperti 'kiri', 'radikal', 'pengkhianat', 'melawan arus' dan sebagainya, serta berada di pinggiran dalam naratif sejarah negara kita. Kami berharap buku ini bermanfaat kepada pembaca pelbagai lapisan sebagai bacaan umum untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah dan secara khusus ia digunakan oleh para pelajar dan peminat sejarah sebagai bahan rujukan dalam kajian masing-masing mengenai sejarah tanah air.
332 pages, Paperback
Published January 1, 2023
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
No one has reviewed this book yet.

