Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sisakan Aku Cinta

Rate this book
Naura Amani, seorang gadis yang menghidap penyakit langka yang tiada penawar. Malam-malamnya dihantui mimpi ngeri yang tiada kesudahan.
Mimpinya seolah-olah dia pernah menjadi mangsa uji kaji manusia yang cukup kejam menjadi sumpahan lain selain penyakitnya.

Pada usia 25 tahun, dia telah menjalani pembedahan yang membawanya kepada koma yang lama. Sedar sahaja dari koma itu, hidupnya mula porak-peranda.
Ayahnya yang merupakan ahli politik tiba-tiba dipenjara. Dan lelaki yang pernah menjadi musuh sekolahnya tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai suaminya.

"Aku tak anggap perkahwinan ni suatu permainan. Saat aku lafaz akad, aku sudah berjanji di hadapan ayah kau, di hadapan Allah untuk menjaga kau."
-Rasyad Aryan-

Rasyad Aryan. Seorang lelaki yang dianugerahkan Tuhan satu kelebihan. Dia mampu menyembuhkan penyakit setiap manusia yang disentuhnya.
Namun siapa sangka, hidup mereka sebenarnya telah terikat lama dengan satu organisasi Rahsia, D’ Fortia yang pernah disertai bapa-bapa mereka suatu ketika dahulu.

"Human experimentation? These. Are madness!" -Ahmad Rizal-
Apakah rahsia di sebalik D’ Fortia dan apakah kaitannya dengan kehancuran hidup mereka? Adakah mereka akan saling menyembuhkan atau pada akhirnya, mereka akan saling menghancurkan? 

455 pages, Paperback

First published September 26, 2025

8 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Sofia Roses

5 books41 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (54%)
4 stars
7 (29%)
3 stars
4 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
October 15, 2025
3.5 stars

Naura & Rasyad - enemy to Lover, sci-fi, mystery

Tak cringe, tak over, just nice and smooth. Chemistry Naura dan Rasyad tu build up dia perlahan tapi believable. You can actually feel the tension and gradual softening between them.

Awal cerita, kita terus nampak dynamic family Naura mak dia dominan, bossy and honestly a bit selfish while her dad, Zulkifli is that calm, loving figure yang jadi tempat Naura bergantung. That contrast makes Naura’s character more understandable.

The author uses a lot of flashbacks so kena stay alert sikit sebab boleh tiba² lompat dari current scene ke past event. Tapi the transitions walaupun agak kerap still manageable once you get used to it.

Some readers mentioned ada parts yang kelakar tapi honestly for me biasa je. Maybe sebab mood F masa tu tengah flat or maybe my sense of humor just didn’t click with this story. Sorry...

Plot dia agak mendatar especially kalau you’re not really into sci-fi... macam F la ni. F wanted to like it more tapi genre tu memang bukan my comfort zone. Still F appreciate the effort... worldbuilding dia ada potential.

But that ending though... did not see that coming. The reveal of who’s behind D’Fortia was surprisingly good. Tak sangka orang yang paling dekat tu rupa²nya mastermind sebenar.

That twist alone gave the story a nice push before it ended. In the same, kes ayah Rasyad terjawab. Rasyad selalu menyalahkan ayahnya atas tindakan membunuh diri but turns out... the truth hits harder than that. Ayahnya sebenarnya dibunuh.

Overall, it’s a decent read. If you like slow-burn enemy-to-lover stories with a bit of mystery and sci-fi flavor, this might suit you. Tapi kalau you jenis suka emotional rollercoaster or pacy romance, this one might feel a bit slow.

Nice tapi not something I’d re-read.
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
November 18, 2025
Rate : 4.5⭐️

Kalau buku Sisakan Aku Waktu, Adam ada kelebihan mata yg boleh tengok trauma orang. Kalau dalam buku kali ini, sepupunya iaitu Rasyad ada kelebihan boleh sembuhkan orang melalui sentuhan. Saya suka betul idea penulis yg lain dari biasa.

Naura Amani dikatakan ada penyakit langka, tiada penawar. Tiba-tiba bangun dari koma dah jadi isteri kepada Rasyad Aryan. Ayah Naura yg sepatutnya ada semasa dia bangun dari koma tapi katanya telah dipenjara. Kenapa banyak sgt yg Naura kena hadap? Okay ni best. Penuh cerita dalam 1 buku.

Dalam buku ni kita akan terimbau zaman sekolah Naura dan Rasyad. Lepas tu ada selit isu uji kaji keatas manusia. Ada konflik keluarga juga. Plot twist yg tak kurang mengejutkan. Ditambah dgn aksi tembak menembak. Agak2nya macam mana nak blend semua ni dalam satu cerita? Kenalah baca. Macam tak percaya kulit buku yg manis boleh ada kisah yg agak berat untuk dihadam.

Ilustrasi dalam ni semuanya cantik2. Membantu kita lebih masuk dgn cerita. Naura dan Rasyad, watak yg comel pada saya. Rasyad ni nakal dia ya ampun! Memang tak gering gusi la melayan. Menghidupkan cerita. Ada je akal dia bila bercakap. Dalam diam kenakalan dia tu untuk pancing si ustazah Naura. Alahaii

Pada saya buku ni memang best. Plot twist tu memang wow! Dalam melayan keletah mereka berdua, ada banyak ujian menimpa. Dgn rahsia D’Fortia yg mengkaji ke atas manusia. Semua terkait cantik! Tapi kalau kajian tu lebih banyak sikit scene mesti dah full star saya bagi! Apa pun selamat membaca!
Profile Image for farah atika.
3 reviews
October 15, 2025
Bahagian 1 agak slow but i feel like it's a great start to introduce the background for each character. Suka sangat dengan friendship rasyad dan kawan-kawan dia. Serious kelakoooo. Tak berhenti gelak dengan gelagat 3 orang tu.

Bila masuk bahagian 2, dia dah start laju! Dah start fokus pada hubungan rasyad & naura. As someone yang suka cerita di luar kotak, I do enjoy this story!

Bahagian 3 jangan cakap- tak berhenti terkejut. And the plot twist!!! Gila! I dont see that coming!

Kudos untuk penulis sebab ada banyak improvement dari segi penulisan nak compare dengan previous novel.
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
October 24, 2025
Review Time 📚⏰️

Sisakan Aku Cinta - @sofiaaroses
Rating: 4.5/5 🌟

Bayangkan, bangun2 dari koma, terus dapat tahu yg korang ni dah jadi isteri kepada musuh di zaman sekolah dulu?!

Ya, itulah yg terjadi dekat Naura Amani. Dia baru sedar daripada koma, tapi hidupnya dah berubah 180 darjah. Tambah pula dia ada penyakit langka yg tiada penawar dan suaminya Rasyad Aryan bukan biasa2 tau sebab boleh sembuhkan orang hanya dgn sentuhan. Tapi kelebihan Rasyad tu bukan percuma, ada harga yg dia kena tanggung nanti.

Mula2 baca rasa ringan je, lagi2 part geng Rasyad, Zack dan Fatah. Tiga sekawan ni punya perangai memang ada je akal diorang, haih 😌 tapi.. lama-kelamaan, suasana selepas tu terus berubah jadi lebih berat.

Masa tu lah juga saya mula rasa emosi macam naik rollercoaster! kejap gelak, kejap sebak, kejap keliru hmm 😇. Penulis bijak betul mainkan perasaan saya ya?

Jalan ceritanya pun smooth je dari mula sampai ke pertengahan. Cara penulis olah tu buat saya tak sangka langsung bila tiba bahagian plot twist. Lah, ada mastermind plus orang terdekat pula tu! 🥲

Sepanjang baca juga, saya teringatkan satu perkara iaitu 'Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi tahap kesanggupan dan keupayaan mereka'. Betul, kan? Hidup ni tak semua manis.. kadang2 yg pahit tu lah yg ajar kita tentang kekuatan sebenar, sebab selepas hujan lebat, pasti ada pelangi yg menanti 🫂🌈.

So ya, saya recommend korang untuk baca novel ni! Bukan sekadar kisah 'enemy to lover', tapi juga ada elemen sci-fi dan misteri. Nak tahu ending Rasyad dan Naura macam mana? Bacalah! 🫵🏻

Sekian.

#minimembaca #sisakanakucinta #sofiaroses #semestapublication #reviewbuku #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
Profile Image for Alia Azmi.
30 reviews
December 24, 2025
Ehem ehem ... Kjap eh tgh loading nk start mcm mna.. Terlampau wow..

Before that, some TW yg saya ingat.

- child abuse / evil experiment
- mention of su!cide
....................

Bismillah....
Altogether, saya, as a reader yg also read Sisakan Aku Waktu, sgt2 satisfied yer dgn this book. The flow, absolutely nice and tersusun, the stories, the plot, the bahasa even, x awkward yer, sgt teratur and sgt senang nk faham even though it is kinda slow burn, but it's fine. Sgt2 enjoyable. Dear miss author, you have done it again! It's more to sci-fi, and from-com jugak. So if you are someone yg x blh baca fiction and sci-fi, then please put the book down now (not in a bad way). But if you rsa teringin sgt2, then go for it. I'm rooting for u!

So, the novel was divided into three parts.
For the first part, kinda slow. Which is good since you baru nk knal2 dgn all the characters in the story! For the first part, it was more towards their family background and the main leads high school backstory. My first impression dkt Rasyad Aryan was not good at all. Memang geram je rsa tau bila baca... But once tau what actually happened, yep, his feelings are very much valid. And bila dia berubah like that, also very valid. Especially when he's still a teenager. Next, our FML, Naura Amani. Awal2 bca I thought dia ni the cliche good student and everything, a little boring. But that's fine sbb their growth is what matters the most. Technically, awal2 ni dh tunjuk the 'Enemies to Lovers' trope.

Then, in second part, it focuses more dkt Naura punya illness and dia punya marriage dgn Rasyad. In this part, bnyk lah happy and funny moments. Sesuai for those yg hopeless romantic mcm saya ni. Slowly, Naura starts to accept for the fact that she is now the wife to her so called enemy and diorng punya love story pun sgt cute. Kita suka. Namun akan tetapi! BOLEH PULAK ADA AMNESIA TROPE. EIII GERAM BETULLAH DGN SI RASYAD TU. Tapi, tapi, still valid. Tapi kalau ikutkan hati, memang aku tembak je budak tu.

Finally, the last part. Haaa part ni memang segala plot twist muncul. Ada dekat sepuluh kali gak kena stop baca sbb x terbayang dek akal plot twist gitu. Sapa lah nak agak yg ada mnusia sekejap tu? FAMILY SENDIRI PULAK TU! Yg dianggap pling baik tu lah the real villain.. Part ni memang nangis mata bengkak ah. But in the end, nasib baik happy ending. Kalau x kna bukak table dgn miss author kita. Let's just say, saya sgt satisfied dgn plot dia.

Oh, let me just say this one time.. Ending dia sgt real. Like in reality, you would suffer from the trauma our FML had to face bila dh kena torture emotionally and physically like Dia hadap. And for the fact yg MML kita pun suffers the same trauma but had to be strong utk wife and his child, that shows something too. Sapa2 kata this part x real, memang gue cubit nnti.

So... Smpai di sini shja kot.. Rsnya ini je yg saya ingt for now. Dh pnjng dh pun ni. Bubye and thank you for reading this! Hehe. Harap2 dptlah jumpa author in the future. Kitonyo nak sign jugak.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.