Nun berkabus di ufuk Selat Meranti, berdiri sebuah pelabuhan emas, lambang kemegahan Kesultanan Meranti. Namun, tersimpan dendam dan pengkhianatan yang menggoncang istana.
“Beta melantik Suri sebagai pegawai utama Pustaka Diraja yang membawa gelaran Tengku Seri Paduka Pustaka Diraja.”
Suri dipertanggungjawabkan menyusun khazanah ilmu dan menterjemah hikmah asing ke dalam bahasa Melayu. Pustaka Diraja membongkar rahsia musuh yang merancang mahu meruntuhkan Kota Meranti dari dalam.
Mampukah Suri dan Sultan Syarifuddin berpadu kekuatan mempertahankan kedaulatan Kota Meranti? Berabad kemudian, Kasturi menemukan sebuah peti usang berisi manuskrip Hikayat Sang Perindu. Setiap helaian kertas yang kekuningan berbau kepam, tanda ia telah lama terbenam dalam lipatan waktu. “Hikayat ini juga kutulis bagi mencatat segala kerinduanku buat belahan jiwaku. Coretan tinta ini bagi melunaskan janjiku mencatat riwayat hidupmu.” Dari perpecahan istana hingga manuskrip yang terdampar berabad lamanya, tersimpan sebuah kisah yang menuntut untuk dibaca semula. ‘Bonda, kurasa kisah kita tidak pernah bertinta tetapi mengapa ia seakan-akan serupa?
Wow, adakah ini karya debut penulis? Kalau ya, this is such a good debut book! 🔥 Penulisan yang santai dan tak terlalu baku makin membuatkan saya 'into' this book. Storyline memang mantap! Prolog je pun dah menarik. Saya rasa karya ini sepatutnya deserve the hype macam buku² lain juga. We need more historical fantasy melayu like this!
Penceritaan bermula dengan pengkhianatan isteri pertama sultan yang tak boleh terima Dang Anum sebagai isteri kedua sultan lalu cuba untuk meracun Dang Anum. Sultan mengetahui perbuatan tersebut dan terus menceraikan permaisuri pertama di depan khalayak serta ahli keluarga isteri pertama. Malu + dendam mula menguasai hati dan bermulalah pertumpahan darah pada malam itu.
Storyline flow smoothly... Dari Suri kecil sampai besar diceritakan secara fast pace tanpa rasa tergesa². Ditambah pula dengan watak² sampingan yang supportive makin menjadikan cerita ini menarik. Saya suka romance yang ada dalam buku ni, lagi² antara Kersani dan Suri. Perbualan mereka santai sahaja, tidak baku sangat kecuali apabila bercakap dengan sultan ofc.
Ada rasa ralat sikit bila satu character yang dekat dengan Suri pengakhirannya begitu. 🤧 However we need to move on kan? World building cerita ni kurang sikit menurut saya, tapi jalan penceritaan bagus! Saya suka elemen sejarah yang dikaitkan serba sedikit dalam buku ni. The way penulis buat villain yang licik dan pandai manipulate pun seronok baca, for that I salute you sis!
Overall, Dang Suri ni best! Penuh dengan drama dan konflik. Siapa yang suka baca historical fantasy melayu tu boleh cuba baca yang ni. Dijamin menarik 😻🔥 highly recommended ✨
Mencuba buku dari penerbitan lokal yang baru. Saya dimaklumkan yang ini merupakan buku pertama penulis ini. Saya beli sebab terpengaruh dengan promosi dua adik adik ketika mengunjungi reruai Mangosteen di acara Made in KL yang diadakan di Semua House.
Disebabkan buku ini latar masanya ketika zaman kesultanan, saya ada jangkaan yang bahasanya juga akan menggunakan bahasa Melayu baku. Saya kira penulis kurang berjaya dalam bab ini. Banyak dialog yang menggunakan bahasa pasar zaman kini. Maka menjadikan saya agak keliru.
Pengenalan wataknya juga agak panjang dan percubaan meletakkan watak watak seperti Pak Pandir, Kitul, Haji Bakhil dan sebagainya agak tiba tiba. Plot dan jalan cerita juga agak kemana mana. Lompatan dari satu situasi ke situasi yang lain agak menimbulkan tanda tanya. Antara situasi yang saya ingat masa Kersani menulis surat cinta kepada Dang Suri, tiba tiba cerita sudah berkahwin kemudian penulis throwback balasan Suri terhadap surat Kersanu tersebut.
Banyak watak yang dimatikan tiba tiba seperti watak Cendana juga tidak diceritakan secara terperinci. Banyak scene amarah dan dendam yang tidak sampai. Dan penutup cerita ketika Simon aka kembar Lawang bertemu dengan Sultan tidak diakhiri dengan jelas. Sedangkan situasi tersebut agak genting, tapi macam mana mereka boleh berbual seperti berdiplomasi?
All in all, percubaan yang baik dari penulis ini untuk buku yang pertama. Mungkin perlu memperkemas gaya bahasa yang sesuai dengan latar masa. Mungkin sejak dari awal saya dah rasa 'aduh potongnya' bila mindset dah tahu ni latar masa zaman kesultanan.
Saya pilih buku ini kerana ada elemen sejarah lama dan berunsur klasik.
Kisah dimulakan dengan prolog bagaimana khianat itu terjadi. Kemudian bermula kisah kehidupan Suri di Meranti bersama watak-watak penting yang setia menjaganya dari kecil hingga berlakunya tragedi berdarah.
Kita boleh mengagak siapa Suri sebenarnya, tetapi bagi saya bukan itu motif utama cerita ini. Fokusnya lebih kepada kisah khianat dan belot orang tempatan yang memilih jalan singkat untuk memiliki kekayaan secara haram dan sanggup menggadai tanah air sendiri kepada orang luar. Sejarah sememangnya berulang, kerana itulah yang berlaku di negara kita sekarang — penyeludupan barang terlarang, penjualan rahsia negara, serta pembelian tanah daripada orang asal atas nama “pembangunan” yang akhirnya hanya menguntungkan diri sendiri, bukan demi kemajuan bangsa.
Watak-watak dalam cerita ini mempunyai peranan masing-masing seperti Nek, Melur, Kersani, Tokki Sanni, Puteh dan kembarnya — semuanya memberi dinamik positif sesama mereka. Watak antagonis seperti Cendana dan Lawang pula sememangnya menyakitkan hati. Tiada watak yang sekadar menempel untuk memenuhkan cerita. Paling buat saya teruja ialah kemunculan watak-watak sampingan dari kisah dongeng yang biasa kita dengar seperti Pak Andeh & Mak Andeh, Ismet Ulam Raja dan Kaduk.
Saya suka bagaimana penulis menekankan bahawa ilmu dan sejarah merupakan senjata penting, dan segala maklumat bertulis itu adalah khazanah negara — bukan sekadar hiasan di perpustakaan atau muzium semata-mata. Ia bukan sekadar fiksyen untuk mengisi masa lapang, tetapi juga peringatan supaya kita tidak lupa perjuangan nenek moyang dan tidak tamak berebut kuasa.
Jalan ceritanya lancar dan mudah difahami, tetapi sedikit kurang dari segi olahan kaitan antara khianat sewaktu Suri kecil dan ketika dia dewasa. Begitu juga perlantikan Suri sebagai pegawai utama Pustaka Diraja yang agak lewat diceritakan dan kurang penekanan terhadap peranannya dalam menyelamatkan Meranti, menjadikan elemen saspen sedikit berkurangan dan momentum agak mendatar pada awal cerita.
Kesimpulannya, ini naskhah yang saya suka, dan penulis jelas berbakat dalam menghasilkan novel pertama beliau.
Sejujurnya, konsep cerita menarik tapi jalan cerita kurang disitu. Contoh, jalan ceritanya kadang-kadang bercampur-campur, sekejap scene yang ini kejap scene yang lain sampai buat saya pening nak baca and faham jalan ceritanya. Selain tu, bila baca buku ini dah boleh teka siapa yang jahat sebenarnya. Dekat situ, dia rasa tak seronok sebab takde rasa plot twist tu.
Novel ni punya vibe epik Melayu klasik, juga disajikan dgn elemen sejarah, misteri, sentuhan emosi dan kekeluargaan.
Bahagian zaman Kesultanan Meranti menjadi nadi utama novel ni. Kota Meranti digambarkan sebagai sebuah kerajaan yg megah, namun di dalamnya sudah berakar pengkhianatan dan dendam yg bakal meranapkan takhta. Di tengah2 semua tu, Suri dilantik sebagai Tengku Seri Paduka Pustaka Diraja. Peranannya bukan biasa2, bukan saja urus khazanah ilmu, tapi juga jadi kunci dalam usaha mempertahankan kedaulatan kota. Perjuangan Suri bersama Sultan Syarifuddin untuk mempertahankan Meranti ini membentuk intipati cerita yang penuh konflik politik. Saya suka bagaimana penulis tonjolkan bahawa ilmu dan sejarah boleh jadi senjata penting, bukan sekadar hiasan di perpustakaan.
Novel ni punya pace penceritaan yang laju dan light read! Ia tak meleret2. Walaupun ada sentuhan bahasa Melayu klasik, ia taklah digunakan 100% sehingga menjadikan pembacaan terlalu berat.
Dinamik watak dalam novel ni sangat kuat. Saya paling suka Melur, sahabat baik Suri. Dia bukan sekadar watak sampingan, tapi melambangkan kesetiaan sejati dan menjadi sumber kekuatan Suri di tengah intrik istana. Selain itu, saya suka dgn chemistry antara Suri dan Kersani yg manis. Bersedialah untuk tersengih2 sendiri semasa membaca part mereka. 🫣
Cadangan saya, penulis boleh kembangkan lagi latar belakang dan kisah beberapa watak sokongan yg lain, pasti jadi lebih power! Tak silap saya, Dang Suri ni karya pertama penulis. Jika betul, tahniah saya ucapkan sebab gaya penceritaan dan alur cerita memang tersusun elok!
Saya suka, suka, suka, sangat sukakan buku ni!!! ❤️ Justeru saya sangat2 sarankan novel ini dengan sepenuh hati untuk korang baca!
Rating: 4.5/5 Sebuah kisah dengan jalan cerita yang menarik dan bahasa klasik. Watak-wataknya ditulis dengan baik. Buku ini penuh dengan pengajaran, penghianatan, serta kasih sayang.
Saya sangat menyukai hubungan antara watak-watak dalam novel ini. Banyak yang terjalin atas dasar kasih, dan banyak tindakan yang dilakukan kerana kasih. Semoga kita juga dapat berkongsi kasih sayang sebegini dengan orang-orang di sekeliling kita.
SPOILER
Namun, ada dua bahagian yang terasa boleh diperbaiki. Pertama, bab 23 ketika Simon ditangkap, kurang gambaran suasana. Soal jawab antara Sultan dan Simon terasa seperti sesi Q&A, dan hanya di penghujung bab pembaca tahu Simon sedang menunggu hukuman mati, sedikit mengelirukan pada awalnya. Kedua, kematian Melur berlaku terlalu mudah, mungkin akan lebih berkesan jika ditunjukkan usaha Sultan melindunginya, walaupun akhirnya gagal.
Kalau tidak silap, ini buku pertama penulis? If yes this is such a strong start! Tahniah penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
I would rate this a 5 star. Tapi sayangnya, kurang kemas susunan ceritanya. Jumpy dan banyak lompong. Plot jadi tak bersambung, watak² pun nampak kurang chemistry. Jadi, 3 star sahaja.
Idea cerita, penulisan, pengajaran, tema, semua best. My cup of tea. Tapi begitulah.🥲