Jump to ratings and reviews
Rate this book

Genial

Rate this book
Haifa Nabilah hanyalah seorang anak yatim piatu dan pelajar biasa di SMK Genial. Hidupnya jarang tenang kerana permusuhan dengan Sarah, saudara tirinya. Ketika sebuah kumpulan pelajar elit bernama Genial mengumumkan pencarian ahli baru, Sarah mencabar Haifa untuk bersaing merebut tempat tersebut.

Halangan demi halangan ditempuh, hingga akhirnya Haifa terpilih sebagai ahli Genial. Namun kebenaran baru tersingkap saat dia menjejakkan kaki di kediaman yang disediakan khas untuk ahli kumpulan itu. Rupa-rupanya mereka semua adalah pemburu sejenis makhluk yang berupa seperti anjing besar bernama Beast, dan itu bukannya tugas yang main-main.

Selepas mengetahui kebenarannya, Haifa menjadi ragu. Mampukah dia menggalas tugasan itu? Dan sanggupkah dia membayar harga sebenar untuk menjadi seorang Genial?

304 pages, Paperback

Published September 26, 2025

1 person is currently reading
12 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (23%)
4 stars
6 (46%)
3 stars
4 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for chelsannereads.
208 reviews6 followers
October 23, 2025
Rating: 4.3/5 🌟
Trope: monster hunting/team bond/secret society + elite school group/hidden world/supernatural hunting/ etc...

Haifa Nabilah, pelajar biasa yang hidupnya serba susah, terjebak dalam dunia rahsia selepas menyertai kumpulan elit Genial di sekolahnya. Di sebalik nama gah itu, tersembunyi tugas memburu makhluk misteri bernama Beast. Kini, Haifa perlu memilih antara keberanian, pengorbanan, dan harga sebenar untuk menjadi seorang Genial.

My thoughts 💭 (my opinion)

First off all aku nak ucapkan tahniah kepada penulis atas kelahiran anak pertama. Sebuah kisah yang cukup rencah, cukup rasa bagi aku. Cinta, sedih, semangat setia kawan, aksi dan plot twist semuanya ada. Plot twist dia pula, walaupun aku dah agak sebab ada hint² sikit kita tetap terkejut. 😶

Sebuah karya yang membuatkan aku excited untuk teruskan pembacaan sebab nak tahu kesudahan cerita punya pasal. Writing style penulis aku suka sebab santai tak heavy sangat. Aku suka dengan idea cerita penulis pasal beast hunter ni. Sangat menarik dan tak sangka penulis boleh fikir jalan cerita yang sebegini. Tepuk tangan kepada author untuk itu.💡

Aku memang senang tertarik dengan plot cerita macam ni, sebab dia tak klise dan lain daripada yang lain. Because, what do you mean by a group of genial student (yang paling elite) dan sebenarnya tugas dorang adalah hunting a beast yang seakan² macam werewolf jadian yang nak makan daging manusia?! GURLLL that's totally different and so interesting!! At that point aku memang tahu yang aku akan sukakan buku ni, which is I AM!🔥

OHHHH WAITTT character Aliff And Naji 👄😩 memang hot. 🥵🔥 Dahla dua orang je lelaki dalam group. Memang act of service dorang on top. 🔝 Auto nampak handsome dan hot terus walaupun penulis takde explain sangat rupa dorang macam mana.🌝

Ending buku ni hmm.... Termenung sambil duduk dalam kotak sekejap. Author!! Kenapa begini?!😭 Kita boleh bincang kan?🙂 Jkjk hshshshsh tapi saya tetap speechless taktahu apa nak rasa lepas habis baca.😞 Buku ni sangat highly recommended untuk korang baca! Serious cakap best gilaaa! Rugi korang kalau tak baca! Ok tu je bye semoga teracun✨

Last but not least, thank you buku fixi for this review copy! ❤️
Profile Image for Bella.
25 reviews
November 30, 2025
Genial

Sistem pembelajaran di Genial terbahagi kepada 3 - fasa 1, fasa 2, fasa 3. Fasa 3 adalah fasa yang mengumpulkan pelajar yang terpilih - fasa yang diimpikan setiap pelajar. Setiap pelajar yang berada di fasa ini, digelar Genial. Mereka - dihormati, dan berkuasa lebih dari pengawas. Tapi, setiap dari pelajar di fasa lain tahu yang kemungkinan untuk mereka tersenarai sebagai Genial sangatlah tipis. Segala desar desir mula reda. Sehinggalah…Genial mengumumkan pemilihan calon baru. Angin yang mulai tenang kembali menggolakkan semangat setiap pelajar.

Haifa, pelajar yang tergolong dalam fasa 1 tak pernah berniat walau sekelumit untuk menyertai Genial tapi disebabkan kata hinaan yang dilemparkan adik tirinya, buatkan Haifa tercabar. Dan, tekadnya nekad - gelaran Genial harus disandang walau apa pun

Berpuluh ujian pemilihan yang dijalani, tak pernah disangka Haifa akan membawa dirinya ke tahap ujian akhir pemilihan Genial. Mungkin, nasib menyebelahi Haifa - dia terpilih sebagai Genial yang baharu.

Namun, semua rahsia yang disimpan organisasi itu mula didedahkan kepada Haifa. Genial bukanlah semata kumpulan pelajar Genius seperti yang digembar gemburkan tapi Genial juga adalah pemburu yang dalam misi menghapuskan Beast - makhluk berwujud campuran serigala dan anjing. Rupanya, pangkat dan nama yang disandang Genial adalah semata-mata menutup tujuan utama kewujudan itu.

Ini sepatutnya jadi kisah aksi seram semata tapi penulis bijak olah cerita sehingga wujud bermacam rasa. Frienship, teamwork, action, romance, greediness memang chef kith🫵🏻😭 And the way penulis describe beast, buatkan pembaca betul betul boleh bayangkan - seolah kita sendiri pernah nampak beast in real life. Paling suka scene action dalam ni, memang ikut berdebar , penat dan takut seolah kita sendiri yang ada dalam kasut Genial - mengejar dan dikejar, membunuh dan dibunuh.

Everything was so good😭🥹🫵🏻 Characters, skills, story premise, the twist ❤️cuma ada here and there yang macam tak terjawab atau mungkin saya terlepas pandang. And ini akan buatkan ada tanda tanya yang question sama ada dah terlangsai atau belum - tapi jangan risau sebab semua tu tak menganggu pembacaan. Semuanya akan dapat proper closure.

Izz Alif + Daniel Najiman memang lurve. Oh did I say, diorang H.O.T nmps? Kalau belum, yesss diorang memang A++++ Tak perlu penulis describe diorang dada berketak ketak tapi cukup act of service(s) + nonchalant confession yang buat kitaaa jatuh tergolekkkk. STAWPPP AHUWAAA.

Last but not least, pasal ending tu kita bincang tepi eh penulis. So kind of you, buat ending macamtu☺️
Profile Image for Hamidah Effendi.
467 reviews3 followers
January 15, 2026
Genial – Reff Aadhny

Kisah ini bermula dengan latar sekolah elit yang tampak sempurna, namun di sebalik status “elite” itu tersembunyi harga yang sangat mahal. Setiap keistimewaan datang bersama cabaran yang tidak berperikemanusiaan. Aku benar-benar kasihan dengan pelajar yang gagal peperiksaan penilaian—dibekukan terus daripada sekolah walaupun tinggal setahun sahaja lagi untuk tamat belajar. Terus terasa persoalan: berbaloi ke semua pengorbanan ini?

Twist cerita cukup mengejutkan. Aku sangka pelajar elite ini diuji melalui kecerdasan akademik semata-mata—A++++ dan genius tahap luar biasa. Rupanya mereka perlu berdepan peperangan sebenar dengan Beast. Di situ cerita berubah arah, jauh dari jangkaan awal.

Idea jalan cerita memang menarik. Ada bahagian yang terasa sedikit kebudak-budakan, tetapi pada masa yang sama penulis berjaya menarik aku untuk terus membaca melalui misteri dunia Beast, Hunter, dan rahsia keluarga Haifa. Itulah sebab utama aku bertahan hingga ke halaman terakhir.

Pengakhiran cerita sangat menyedihkan. Watak utama benar-benar mengundang simpati, apatah lagi apabila rahsia silam akhirnya terdedah. Penulis juga bijak menghidangkan naratif yang tidak berserabut—ringkas, lancar dan penuh aura misteri.

Cuma bahagian cinta-cintun agak mengganggu sedikit, terasa kurang matang. Selain itu, plot sebenarnya berpotensi untuk dikembangkan dengan lebih mendalam. Dan ya—kematian Sir Tanaka memang buat aku tak puas hati. Terlalu cepat dan terasa “kosong”.

Secara keseluruhan, Genial menawarkan konsep yang segar, misteri yang mengikat, dan emosi yang meninggalkan kesan. Sebuah cerita yang berani, walaupun masih ada ruang untuk diperkemas dan diperdalam.
Profile Image for Edi Rozaidi.
143 reviews
October 31, 2025
Konsep awal yang sangat menarik. Tentang ada kelas Genial yang elit dan nak masuk sangat susah siap ada pemilihan.

Cumanya, tak rasa puas dan rasa macam boleh dikembangkan lagi. Termasuk juga dengan watak utama dan hubungan antara rakan2 Genial yang lain. Perkembangan cerita persekitaran, dan watak rasa dekat tapi jauh. Untuk watak utama, dapat lah tahu kenapa buat begitu sebab ada plot twist yang besar dihujung cerita.

Cumanya, rasa tak puas, rasa sekejap sangat cerita ni. Tapi novel ini memang sedap dibaca.
Profile Image for chu.ahmad.
5 reviews1 follower
January 6, 2026
6/10

Dia macam kau kene sampuk dengan saka kau sendiri. Instead kau berubat guna ayat al-quran, tapi dalam buku ni kau bunuh saka/jin/iblis guna kaedah moden like senapang, pistol, pedang. Saka dapat dari mak kau, kau pulak yang kena hadap.

Dari chapter 1-25 boring sikit. But lepas semua dh jadi geng, jalan cerita jadi seronok. Dan Haifa patut mati. Sir Tanaka pun patut mati. Ngam.

To the next bookkk! xoxo
Profile Image for asyiqin faizal.
12 reviews
December 16, 2025
aaa best giler the storyyy😭 cuma geram sikit naji ngan haifa tu.. dah suka confess je la cecepat ishh

sangat fast-pace ceritanya tahu2 dah nak habis baca dah huhu.. but tak expect la ending dia gitu tidakkkkkk

cuma ade satu part tu, katanya wan tu genial of knowledge tapi kenapa dia takleh kalahkan haifa/alif time exam hahah😜
This entire review has been hidden because of spoilers.
13 reviews
November 19, 2025
saya rasa pacing & dialog boleh improve. tapi rasa buku ni pendek :'). ada potensi untuk plot dikembangkan lagi. would love to know macam mana ara& alif dapat kuasa. backstory for each genial member. macam mana beast boleh wujud. 4/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for saradeln.
4 reviews
December 29, 2025
(4.5 actually!)
18/12/2025
A bit spoiler, yang baru nak baca, jangan baca review kacip saya tau! 🤭

it took me just a few hours to finish this book! Dari 8 pagi, sampai 1 petang.

I beli buku ni sebab I baca sinopsis and not bad, agak menarik, so I beli waktu 12.12 masa harga murah.

I ni degil tau beli buku yang bukan genre yang biasa I baca, almost every book yang I ada, romance semua, then I pi bila pulak buku bergenre macam ni, sebelum baca tu, terfikir, bosan ke kalau aku baca nanti?

Bila dah start baca, I rasa macam 'fuh, boleh ke aku teruskan?', terusss baca, mesti ada part yang buat kau curious terus, then kau sambung baca lagi dan lagi.

Banyak part kat sini buat I meremang gila. Nasib baca pagi. Fuh... Hela nafas. Plot twist yang memang, memang boom! Dah lah baca dekat sekolah, nak jerit, nak gelak, apa ni miskah? Meremang satu badan! Sangat ii mind-blowing ya! Buat I nak teruskan sampai habis.

Ending yang membagongkan, nak nangis please, janganlah macam ni, nanti takleh move on. The ending is so beautiful, padahal diorang berdua dah sweet ii dah, hmm 😭

I tak tipu yang buku ni best, masterpiece! You guys should have this book and read it! Buku nipis je tapi jalan cerita dia macam buku tebal ii tu, maksud nya saya dah mendalami novel tu dan jadi character dalam novel tu!

Taktaulah ini review ke curhat? Kacip semacam je, Ya Allah, hahaha! I taktau lah apa scene yang I nak bawak masuk, dah lupa, biarlah 😭

Alhamdulilah, so far, I suka sangat ii! Jalan cerita yang smooth. Karakter yang sangat melengkapi. Bacalah! I recommend! 🫶
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Far.Zana25.
127 reviews1 follower
December 19, 2025
ʙᴏᴏᴋ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ❥ 60/50
ʙᴏᴏᴋ ʀᴀᴛɪɴɢ ❥ ⭐⭐⭐⭐/5

ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ᴅɪᴀ ʙᴀɢɪ ᴠɪʙᴇ 𝘛𝘸𝘪𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 sɪᴋɪᴛ sᴇʙᴀʙ ʙᴇʀᴋᴀɪᴛᴀɴ ʙᴇᴀsᴛ & ʜᴜɴᴛᴇʀ. ᴘᴀsᴛᴜ ᴀᴋᴜ ᴍᴇᴍʙᴀʏᴀɴɢᴋᴀɴ sᴜᴀsᴀɴᴀ ᴅɪᴀ sᴇɴᴛɪᴀsᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ sᴇᴊᴜᴋ, sᴜʀᴀᴍ, ɢɪᴛᴜʟᴀʜ~~😂

ᴋɪsᴀʜ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ʜᴀɪғᴀ ʏᴀɴɢ ᴀsᴀʟɴʏᴀ ᴍᴜʀɪᴅ ʙɪᴀsᴀ² ᴛᴀᴘɪ ᴅɪᴀ ᴛᴇʀᴘɪʟɪʜ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ɢᴇɴɪᴀʟ. ɪᴍᴘɪᴀɴ ʀᴀᴍᴀɪ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛ ɢᴇʟᴀʀᴀɴ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ɢᴇɴɪᴀʟ. ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪᴋᴀᴛᴀᴋᴀɴ ᴇʟɪᴛ ʟᴀʜ ɢɪᴛᴜ.

જ⁀➴ 𝙿𝙴𝚁𝚂𝙾𝙽𝙰𝙻 𝚁𝙴𝚅𝙸𝙴𝚆

1 ᴡᴏʀᴅ... ᴛʜᴇ ᴇɴᴅɪɴɢ sᴇᴅɪʜ ɢᴜʏs... 😭

ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴏᴋᴀʏ. ᴛᴀᴋ ʙᴏʀɪɴɢ ᴋᴇ ᴀᴘᴀ. ᴄᴜᴍᴀɴʏᴀ ᴀᴋᴜ ʀᴀsᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴄᴇᴘᴀᴛ ɴᴀᴋ ʜᴀʙɪsᴋᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ.

ᴜɴɪᴋɴʏᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ ʙɪʟᴀ ᴘᴇɴᴜʟɪs ʙᴇᴢᴀᴋᴀɴ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ʏᴀɴɢ ɪsᴛɪᴍᴇᴡᴀ ᴅᴇᴋᴀᴛ sᴇᴋᴏʟᴀʜ ᴛᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴄᴀʀᴀ ʙᴇʀʙᴇᴢᴀ. ᴍᴀᴋsᴜᴅɴʏᴀ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ɪsᴛɪᴍᴇᴡᴀ ᴛᴜ ʙᴜᴋᴀɴʟᴀʜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴋᴇɪsᴛɪᴍᴇᴡᴀᴀɴ sᴇᴄᴀʀᴀ ᴘᴇʀᴄᴜᴍᴀ & ʙᴇʙᴀs ᴜɴᴛᴜᴋ sʜᴏᴡ ᴏғғ ᴘʀɪᴠɪʟᴇɢᴇ ᴛᴜ ᴛᴀᴘɪ sᴇʙᴀʟɪᴋɴʏᴀ ᴀᴅᴀ ᴍɪsɪ ʏᴀɴɢ sᴀɴɢᴀᴛ ʙᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴘɪʟɪʜ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ɢᴇɴɪᴀʟ ɴɪ.

ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀᴋ ᴋɪsᴀʜ² ᴄɪɴᴛᴀ ᴍᴏɴʏᴇᴛ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ sᴇᴋᴏʟᴀʜ ɢɪᴛᴜ ᴛᴀᴘɪ ᴛᴀᴋ ᴇxᴘᴇᴄᴛ ʜᴀɪғᴀ ᴇɴᴅ ᴜᴘ sᴜᴋᴀ ᴏʀᴀɴɢ ʟᴀɪɴ & ᴏʀᴀɴɢ ���ᴜ sᴜᴋᴀ ᴅɪᴀ 😅.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ɴᴏᴛ ʙᴀᴅ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ. ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴜᴋᴜ ɪɴɪ. ᴍᴀᴀғ ʟᴀᴍʙᴀᴛ ʀᴇᴠɪᴇᴡ. ɪɴɪ ʙᴀʀᴜ ᴀᴅᴀ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴀᴛᴀɴ ʜᴜʜᴜ...
Displaying 1 - 9 of 9 reviews