Stay With Me hanyalah sebuah permainan interaktif di telefon - atau sekurang-kurangnya itu yang Emilia percaya. Selepas menamatkan permainan itu, dia sangka segalanya sudah berakhir. Namun gerak-gerinya terasa diawasi, alat elektronik di sekelilingnya rosak tanpa sebab, dan trauma masa kecil yang belum terungkap kembali menghantui, terutamanya apabila insan tersayang hampir menjadi mangsa kemalangan misteri. Semuanya berlaku seolah- olah Eros, karakter Al dalam permainan itu enggan melepaskannya. Rakan-rakan Emilia yakin yang Eros telah "hidup" dan kini menjadi punca segala kekacauan. Namun, di sebalik skrin dan kod digital, menanti sebuah kebenaran yang jauh lebih menakutkan. Ketika hidup Emilia terancam dalam bilik kurungan masa lalu, adakah Eros benar-benar bahaya yang harus dihapuskan? Yang pasti, bila garis antara realiti dan simulasi mula kabur, 'reset' bukan lagi jalan keluar.
Yuz'ki is a comic artist and novelist raised in a multicultural and multilingual community—which leads to her interest in drawing inspiration from vastly different backgrounds. A hermit panda by nature, she ventures out of the cave occasionally only to hunt for more story ideas.
Cerita dimulakan dengan Emilia, yang gemar main Dating Sims game bernama Stay With Me, ciptaan Illuminae Inc. Untuk yang tak biasa, dating sims adalah game di mana protagonist boleh memilih route watak-watak (dalam game tersebut) yang mereka mahu dekati. Dan jika mereka memilih jawapan yang betul, mereka (pemain) akan dapat kesudahan yang gembira dan begitu jugalah sebaliknya. Sebelum semua di-reset kembali dan pemain akan kembali semula ke titik mula dan memilih watak yang lain pula.
Sebagai seseorang yang pernah main Mystic Messenger dulu, I can clearly see the vibe. Eros is giving 707 vibes but with Jumin Han’s looks (which I have no complaints about, because Jumin will forever be my bias, even though now he kind of has to share the spot with Vyn, Zayne, Sylus, and Caleb.) 🤭🤭
Sedikit peringatan mesra, untuk yang tak pernah main any dating sims mungkin akan sedikit pening dan merasakan ceritanya tak masuk akal, tapi bagi saya?? It’s as if Yuz’ki is purposely calling me out on every page ya HAHAHAHAHA
Taknak spoil banyak, cuma nak cakap pada mulanya agak sukar untuk saya adapt dengan gaya penulisan penulis. (mungkin sebab tak biasa) But as the story goes, dan sebab ceritanya semakin menarik, I find myself okay with it. Walaupun adalah typo sedikit di sana sini, tapi sebab jalan cerita best, kita buat tak nampak je la typo-typo tu! HAHAHAHAH
Okay, berbalik kepada Emilia, Emilia ni dulu dia ada trauma, dia pernah kena culik dan sebab itu, dia ada ketakutan terhadap beberapa perkara. Di sini saya mahu memuji penulis sebab saya suka cara penulis tabur hint sedikit demi sedikit. Hati saya kejap kata yang ini jahat, sekali rupanya yang itu jahat. Saya suka cerita yang saya tidak boleh teka kesudahannya. Dan RESET berjaya melakukan itu dengan baik!
Disebabkan masa silamnya, Emilia menjadi sejenis yang takut nak bergaul dengan yang berlainan jantina. Satu-satunya lelaki yang dia agak rapat adalah Nathan. Dan sejujurnya, scene Nathan tahu Emilia sukakan daging burger tu buat saya tersentuh!Ooooff, we love a man who keeps track of our likes, dislikes, and every tiny little detail about us! Dan Nathan ni digambarkan sebagai orang yang sgt kemas dan teratur. Tenang. Aih. lemah lah saya??? Saya suka lelaki tenang ni!! 😫🫶🏻
Hidup tenang Emilia mula menjadi sedikit kacau apabila Eros, watak yang pernah dia main di route sebelumnya, mula mesej dia kembali. Dan sejak itu, satu demi satu insiden berlaku dan Emilia merasakan penculik yang pernah menculik dia semasa kecil datang kembali untuk memburu dirinya.
Siapa penculik tu? Kenapa dia memilih Emilia? Apa kaitan penculik tu dengan Eros? Dan siapa yang jahat sebenarnya? Jawapan, kenalah baca sendiri! 😌☝🏻
Dan scene Ares vs Eros?? holyfckinairball!! Sangat cool ya!! Hitam vs Putih is my weakness. (I think maybe that's why I just love KDJ dgn YJH) HAHAHHAHA
Tak ketinggalan ending dia. Ughhhhhhhhhhhhhhhh nasib saya memang suka cerita yang angst dan pain. Kalau tak, memang saya dah bagi 4 bintang je tau! Sampai hati buat bias saya begitu!! Dia dah cukup terseksa tauuuu!! //tiber emosi HAHAHAHAH
Macam yang penulis sendiri claim, ini adalah soft-thriller. Meskipun dengan label 'Untuk Pembaca Matang' di cover depan, bagi saya cerita ini selamat untuk dibaca oleh semua peringkat umur. Tiada aksi ganas keterlaluan atau yang bukan-bukan (pada saya).
Akhir kata, terima kasih FIXI atas peluang yang diberikan, dan tak ketinggalan juga tahniah buat penulis untuk karya yang menarik ini! 🫶🏻
Sebelum mula review dan bebel kat sini, saya bagi 3.6/5 STARS!! KITA BUNDAR JADI 4 LA SENANG🤣 Just take me a day sahaja baca, disebabkan hari ini sangat lapang ya😂
Saya beli buku ni sebab ada tengok dekat threads yang buku ni diilhamkan dari Mystic messenger dan author edit time main game Love and Deepspace. Saya sebagai pecinta 2D character, give it try la. HAHAHAHAHAH, btw LI (Love interest) saya Zayne (okay, tiber!). Okay sambung review balik.
Kalau baca plot ni, siapa yang main game mystic messenger boleh relate tau. How player nak kena make sure get apa yang LI nak unless you will get bad ending bruh dalam route Li tu. So some MM girls akan rasa plot dia macam pernah nampak or rasa macam sama ja dengan game… ya saya pon rasa sama.
Next, Saya suka bila author selitkan AI dalam karya dia. How come the AI can harm people and how AI boleh buat kita rasa selesa (cakap dari pengalaman sebenar, hari2 kita tanya chatgpt nak makan apa.). Lagi satu, story genre AI tech+psychology, author berjaya sebatikan bersama! Superbbb!!✨
Dari segi penulisan dia, penulisan dia sangat panjang ya😭🙏🏻 like so details! Every situations author give so much words sampai kita pun macam; wah hebat betul penulisan dia sampai, ‘tumbuk zarah-zarah’ like aku pun tak terfikir nak tulis ayat gini🤣 lepastu cerita pasal makcik cleaner lalu pun diceritakan tau🥹 and part mi segera dah lima baris dah author cerita😬, sangat puitis ya kawan2. TAPI‼️Kekurangan penulisan macam ni, untuk orang yang jenis suka baca direct, dia mungkin akan cepat bosan dan dia rasa terlalu wordy sedangkan dia nak baca situation yang dia faham dan straight to the point saja. Trust me, I’m second type person la. Saya suka baca penulisan yang santai dan straight, if to wordy saya akan cepat blank. Then bila satu part rasa pelik baru kita re-read balik apa sebenarnya tertulis. (Ini kelemahan dia dari my POV🙏🏻) Maybe some of you guys akan fikir; “cerita ni author buat panjang menjela ayat sebab nak bagi tebal ja ni”. Tapi just give it try je la baca, sebab cerita dia tak ada la slow sangat. Okay ja sbb tu la rasa mcm pendek.
One more thing about penulisan, saya lebih suka kalau memori 11 tahun Mia macam tak disekalikan dalam masa kini (sebab dalam story ni Mia student universiti). Since ayat dia wordy, saya tak tahu bila turning point dia tukar phase untuk kita imagine Mia sedang mengimbau ke masa lalu (actually ada tanda dash ‘—‘ , itu pon baru perasan bila baca tiga empat kali).
Then, let’s talk about the plot RESET. NGL GUYS! Plot dia macam mind blowing betul. Actually kita rasa tahu dah siapa jahat. Tapi disebabkan one accident kita fikir AI yang jahat niii. Last2 NOH PLOT TWIST PULAK! Kena dua kali pula twist dia. Actually kita boleh agak siapa jahat tapi saya suka author bawa kita supaya change mind as reader untuk fikir orang lain jahat, lepastu dia back kepada penjahat sebenar yang kita dah syak awal2. Actually saya nak bagi rated 2-3 ja sbb faktor wordy dan plot yang saya boleh jangka. Tapi, Dapat plot twist gini, kita jadi semangat nak bagi more star la🥰 For ending, hurmmm just biasa sahaja for me. Title RESET tu, i cannot relate to much dalam novel ni. Ingatkan akan ada Mia macam berlawan dengan dimensi lain nak RESET balik data ke apa. Tapi tak ada pon….
Last but not least, ada typo sikit. Saya faham author nak tulis perkataan ‘cam’ (kenal). Entah kenapa tiba-tiba jadi ‘kecam’😭 risau aku. Tapi saya faham je author, jangan risau.
Extra p/s; Ni soalan saya la, character dia ni korean people ke😂 aku dah bayangkan orang malaysia. Bila nama Song/ Hwang aku dah macam, lah kena bayang tukar muka Song Hye Kyo pulak ka ni🤣 tapi abaikan la, ni imaginasi saya ja, just curious je sama ada imaginasi author should korean la kan? I thought sarawakian tau si Nate tu🤣
Haha, Sekian🌸
Btw, masa saya search buku author ni, saya ada nampak macam komik RESET tau🌚 kalau ada buat komik/webtoon RESET roger2 lah ye. Hahahaha
Novel ini berfokus kepada watak Emilia, seorang pelajar universiti yang sedang menyiapkan tesis berkaitan hubungan antara AI dan manusia. Namun, di sebalik kesibukan akademiknya, Emilia menyimpan trauma masa lalu yang masih menghantui hidupnya.
Keadaan menjadi tegang apabila pencipta permainan Stay With Me mendapati sistem AI ciptaannya mula bertindak di luar kawalan.
Lebih membimbangkan, AI sokongan hilang tanpa jejak, manakala watak Eros — yang sepatutnya telah dipadam daripada permainan — masih muncul dan terus mengikuti Emilia.
Kini Emilia terperangkap dalam dilema: perlukah dia mempercayai Eros, atau adakah musuh lamanya kembali menghantuinya?
Gabungan psychological dan sci-fi thriller dalam buku ini sangat menarik. Ia mengingatkan saya kepada drama My Holo Love dan novel Belakang Rumah Dinda — kedua-duanya perlu digabung so jadilah Buku Reset.
Buku ini ringan dan mudah dihadam; sesuai untuk bacaan santai tanpa perlu pening dengan misteri yang terlalu kompleks.
Dan ya… aku jatuh cinta dengan watak Eros! 🤣 AI pun AI lah — Tapi hati-hati bila ia diluar kawalan.⚠️⚠️⚠️
Kesimpulannya: Saya 💕 genre buku ini. Tiada seram, tiada 👻, tapi ada 🎭 kejahatan yang bersembunyi di sebalik kebaikan. Musuh di sini ibarat 🦊 berbulu 🐓 — pandai menyamar dan sukar dikesan. Kalau nak tahu siapa, korang kena baca sendiri.
Genre : psychological thriller, mystery, sci-fi, friendship Tag : yandere, obsessive stalker, trauma childhood, AI gone wrong
Buku ni mengisahkan tentang Emilia yang bermain game bertajuk Stay With Me, di mana dia kerap bermesej dengan seorang watak AI bernama Eros. Lepastu, satu per satu insiden berlaku terhadap Emilia yang berpendapat bahawa penculiknya telah kembali untuk mendapatkannya. Manakala rakan-rakannya pula berpendapat yang Eros adalah punca Emilia ditimpa masalah dan bersepakat untuk memadamkan Eros secara tetap.
Dalam masa yang sama, Emilia masih lagi dihantui dengan masa silamnya, di mana dia diculik sewaktu dia berumur 11 tahun dan diperangkap di dalam bilik yang penuh dengan patung-patung yang cukup membuatkan Emilia berasa paranoid dengan keadaan sekelilingnya dan fobia terhadap patung.
Jadi, siapakah mastermind sebenar disebalik tragedi yang menimpa Emilia?
Buku ni memberi point yang mantap mengenai penggunaan AI dalam kehidupan seharian dan impak yang mungkin akan terjadi sekiranya kita leka dengan kemudahan AI.
Nak masuk bahagian klimak, situasi terus bertukar secara 360°. Like the moment the twist is reveal, barulah kita sebagai pembaca faham secara menyeluruh.
HUAAAAAAA AKU TAK SUKA ENDING DIA AKU TAK SUKA AKU TAK SUKA.
Buku ni boleh tahan. Plot twist dia berjaya dalam diverting the reader's expectation terhadap watak antagonis dalam buku ni. Taknak cakap lebih takut terspoil nanti.
No shade, aku lagi prefer bad ending sebab kitonya suka trope yandere/obsessive stalker. Tapi sekadar fun² jer. Bukannya kita nak normalize kan tindakan watak antagonis dalam buku ni.
Apa-pun, tahniah penulis atas kelahiran Reset👍🏻🔥✨.
Peminat coding, AI dan gamer, buku ini untuk anda. Idea tentang games dating dgn simulasi AI? Memang power. Ada vibe cerita Tron, cuma AI-nya tak boleh keluar je. Tapi masih berkuasa mengawal. Menarik kan?
Emilia memang the lead character. Dia ada trauma yg mengerikan. Ada stalker yg “kau senyum kat crush aku, nahas kau!”. Tapi, dia tak sedar stalker tu sgt dekat dgn dia! Dia juga ada teman AI yg dianggap berpewatakkan seperti manusia. Tapi, mustahillah.
Idea cerita sgt menarik. Malah itu yg ada dikeliling kita sekarang. Plot twistnya memang boom! Saya pun meremang bila ada watak psikopat. Cuma kurang puas dgn eksplorasi AI yg dicipta. Juga kurang faham dgn beberapa istilah IT(my bad, penulis tiptop).
Masih menjadi saranan saya untuk pembaca semua. Sesekali keluar kotak selesa layan tema futuristik. Incase apa yg kurang pada saya? Mungkin penggunaan bahasa dan kata boleh lebih santai sikit. Maaf🙏🏻. Hati2 guys, mungkin anda pun ada stalker.👀
Tertarik sebab 1st, cover cantik. Kte memang judge book by cover ya haha~ 2nd idea yg menarik, tak pernah jumpa novel pasal otome game sebelum ni. Maklumlah kte gamer juga, memang excited lepas nampak trailer animasi di TT.
Ni first time try baca Fixi ya sebab selalunya buku Fixi terlalu dark bagi kte. Tapi nampak banyak review yg kata buku ni clean, jadi kte cuba je.
Memang overall clean, takde gore/ganas keterlaluan, which I like. Walaupun ada bab trauma, self-harm (spt penulis kata) tapi tak rasa berat sangat. Boleh je baca masa rilek. Penulisan santai dan buku tak tebal, sehari dah habis baca.
Paling suka bab-bab yang ada Eros & Ares (karakter AI). Masa baca interaksi mereka, rasa macam tengah layan anime. Entah kenapa terbayang Touya & Yue dari Cardcaptor Sakura.
Lagi satu, PLOT TWISTs. Ingatkan plot twist satu je tapi lepas tu ada lagi. Bab lif tu. Serius tak sangka. Lebih-lebih lagi masa reveal siapa stalker dia sebenar aiseh mind-blown. Macam dah expect tapi tak. Bab mata pensel tu surprise jugak tapi memang patut pun, si Emilia tu kan trauma. Ada patutnya dia terlebih waspada macam tu. Mungkin ni sebab ada yg kata penulisan penulis 'terlalu detail' kut. Bila dibaca balik bnyk terselit hint dlm perkara yg nampak macam remeh, spt *ahem*spoiler*ahem* tangan mana yg dihulur.
Takut spoil bnyk sangat. Cuma cerita ni datang tepat pd masa memandangkan bab AI memang hangat sekarang, kte tak tau lagi sejauh mana AI boleh evolve dan novel ni berjaya pertikaikan isu ni.
Rekomen kpd yg suka soft-thriller + unsur misteri. Terutamanya yg nak cuba genre sci-fi tapi tak keterlaluan. Tahniah kpd penulis buat karya sulung ni. Harap penulis sambung berkarya!
Buku ini dapat percuma dari FIXI. Terima kasih. Kenapa buku ini jadi pilihan? Pertama sebab cover dia sangat cantik. Kedua tajuk nya dan ketiga bila baca sinopsis dah terbayang yang buku ini macam lagi best dari pilihan kedua Genial.
Tapi bila baca buku ni, saya boleh katakan ia bosan pada 180 muka surat pertama. Penulis terlalu detail dalam majoriti situasi yang tidak perlu dan tidak detail dalam situasi yang perlu.
Saya jenis yang suka jalan cerita direct dan ada konflik dari awal. Tapi novel ini tidak menepati citarasa saya melainkan pada selepas mula surat 180. Barulah rasa seronok sebab konflik sudah datang.
Kisah Mia dengan AI juga tidak dikembangkan dengan baik bagai tidak dapat "rasa" hubungan dengan watak AI. Sayang bila Ares diceritakan pada awalnya tetapi hilang lepas beberapa ketika. Eros pula, kehadirannya rasa sekejap. POV dari Eros sangat sikit. Jika dilebihkan, lagi best.
Saya boleh katakan pergerakan cerita ke konflik dalam 20-30% Yang lain sekadar perencah yang bagi saya macam membosankan.
Jika anda pernah main permainan ala-ala dating dengan pasangan, dan suka akan ketelitian hidup seorang gadis, mungkin anda akan suka.
Apa-apa pun, saya berjaya habiskan novel ini dan harap penulis akan terus berkarya.
Emilia merupakan seorang siswi yang sedang menjalankan thesis mengkaji tentang kesan permainan atas talian “Stay with me” ke atas minda manusia. Bergelut dengan sejarah hitam yang dirahsiakan, dia sendiri sedang berusaha melawan ketakutannya. Tanpa dia sedar, dirinya sendiri sudah tenggelam dalam permainan tersebut yang telah menjadi “zon selamat” buat dirinya. Kehadiran seorang lelaki bernama Nathan juga telah berjaya menghakis ketakutannya terhadap lelaki. Namun ini telah membuat dia lebih bergantung kepada ‘Eros’, watak rekaan yang mempunyai kecerdasan untuk berfikir seperti manusia sebenar.
Tanpa dia sedari, Eros kini sudah mampu berfikir selayaknya seperti seorang manusia sebenar. Melawan fitrahnya sebagai ‘rekaan manusia’. Emilia semakin sembuh dari trauma masa lampau, tetapi disebalik kebaikan yang datang kepadanya, ada dua individu sedang bertarung untuk merebut dirinya. Siapakah yang sedang ‘melindunginya’ dan siapa pula yang sebenarnya merupakan ‘ancaman’ dalam diam?
Pandangan
Reset pada Nani, sebuah naskah yang berat. Walaupun pada dasarnya novel ini merupakan sci-fic, bila Nani buat carian pada pakcik google, rupanya genre novel ini adalah thriller psikologi. Mungkin penerbit patut letak disclaimer tentang babak-babak self-harm yang ada dalam novel ini. Untuk orang yang ada latar belakang masalah psikologi, novel ini sedikit sebanyak mencetus emosi kurang senang pada Nani.
Tapi Nani tetap teruskan pembacaan sebab rasa ingin tahu lebih menguasai diri. Jalan cerita novel ini menarik. Plot yang lain dari yang lain. Ada beberapa plot twist yang mencetus rasa ingin tahu. Ada vibe-vibe cerita free guy, yang mana AI mula sedar yang ada dunia lain selain dunia mereka dan mula ambil alih dunia nyata. Dalam novel ni, AI jatuh cinta dengan Manusia sebenar dan cuba melindungi watak utama yang diburu oleh seorang pengintai psikopat. Apa yang menjadikan jalan cerita lebih menarik, watak AI itu juga dirangka mengikut profil seorang psikopat. Apa yang akan terjadi apabila buku bertemu ruas?
Buku ni memang feed delulu aku. Aku rasa tak ramai boleh setuju konsep AI & Manusia ni, tapi aku? Ah, aku lain. I knew the moment I accepted any form of 𝘢𝘯𝘺𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 with a human. Aku onz je. As long as the feelings are there. As long as there's chemistry, there's a solid story line. Aku suka. Aku akan eat it up every damn time. Ye, aku memang fucked up on that side tapi ni side akal fiksyen aku.
For someone yang main Mystic Messenger and follow lore Love and Deepspace. Aku suka buku ni. Manusia jatuh cinta dengan AI? I love that. Dapat pulak AI tu suddenly has a mind of its own and takes control. Now that... is interesting!
The story kept me going, I wanted to know more. Aku suka cerita ni direct, tak susah nak faham. Aku setuju the fact that it could have been more, the story was only on the surface je, ade some parts macam awkward, and for me personally, aku tak suka penggunaan "kamu" in as kata ganti nama diri. These could be improved in the future :) but what I do love about Reset... is the emphatic emotion play from the AI itself.
Dia bukan, "It went from us playing the game to the game played us." It was more of a, "If reality is hurting you then come to me, I won't."
KO NAMPAK TAK DELULU AKU? HAHAHAHAHAHAHA.
Macam aku sayang Jumin Han, macam aku sayang Caleb. Aku sayang Eros. Aku terima dia weh. Obsessed? Overprotective? Caring? To me? Only me? Umm... YES PLEASE!
Aku sedih dia... ha aku sedih la, ni sembang sini banyak kang spoiler. You guys kena baca untuk faham. Takpelah tak faham aku, at least faham la cerita ni.
Good job Yuz'ki! Bukan senang nak menulis especially if it involves sci-fi, you did good! Give yourself a pat on the back and never stop writing! I can't wait to read more from you!
After a few weeks, baru aku dapat habiskan buku ni. Ada beberapa perkara yang aku nak puji buku ni. Pertama, bahasa Melayu yang bagus dan nampak effort penulis. Kedua, idea yang menarik (Artificial Intelligence).
Ni pendapat aku sendiri ya. Pendapat masing-masing mungkin berbeza.
1. Aku rasakan yang cerita ni masih belum "masak" lagi dan hanya menyentuh bahagian 'surface' sahaja. Babak interaksi Emilia & AI bagi aku perlu ditambah lagi dan perlu lebih mendalam sebab aku masih rasakan connection Emilia & AI sangat lemah.
2. Walaupun ada 'effort' untuk tulis dalam Bahasa Melayu penuh, namun ada setengahnya yang membuatkan aku 'confuse' dek kerana ayat-ayat yang seperti tergantung & seperti dipotong-potong. Ada juga penggunaan beberapa perkataan yang aku rasakan tidak sesuai digunakan dalam ayat-ayat. Pembacaan aku terganggu.
3. Permainan Stay With Me sepatutnya perlu dikembangkan lagi dan dijelaskan lagi kerana terlalu sedikit informasi tentangnya. Cerita Ares juga perlu ditambah lagi kerana dia merupakan karakter yang agak penting juga. Terlalu sedikit ceritanya.
4. Sejarah gelap Emilia, Nathan dan Prof. Maya perlu diceritakan terlebih dahulu kerana baru nampak perkaitannya dengan jalan cerita yang sekarang. Jika hanya diberitahu, tidak ada sebarang 'attachment' terhadap perkara itu. 'Show, don't tell.'
5. 'Cover' buku yang bagi aku sedikit misleading. Mati-mati aku ingatkan buku ni macam isekai dimana karakter utama masuk ke alam maya mcm filem Tron, Ready Player One dan kebanyakan anime Isekai contohnya Sword Art Online. Ternyata hampa. Rupanya, hanya permainan dating sim yang dimainkan oleh karakter utama.
Overall, sebuah percubaan yang baik dari Yuz'ki. Buku ini sangat mudah untuk korang hadam dan pembacaan yang ringan. Of course, aku recommend buku ni untuk mereka yang sukakan permainan dating sim, atau sukakan cerita tentang AI dan mereka yang mahu baca sesuatu yang baru.