Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rentung

Rate this book
Rentung adalah novel pertama Shahnon Ahmad. Selain dari penyelesaiannya yang amat melodramatik di mana watak antoganisnya menemui ajal, cara penyampaiannya cukup berkesan dan membayangkan sesuatu yang amat baru dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu; malah baru kalau dibandingkan dengan Kesusasteraan Indonesia sekali pun. Latarnya adalah kampung tempat kelahiran Shahnon sendiri. Novel ini lebih kemas dan penuh dengan irama.

140 pages, Paperback

First published January 1, 1965

16 people are currently reading
141 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

71 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (36%)
4 stars
34 (30%)
3 stars
26 (23%)
2 stars
8 (7%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
128 reviews22 followers
January 31, 2018
Rentong berkisahkan masyarakat yang berlatarkan kampung di Banggul Derdap. Kisahnya mudah dan tidak kompleks tetapi kaya dengan nilai-nilai pengajaran yang boleh dijadikan tauladan kepada pembaca.

Rentong mengisahkan permasalahan tipikal orang Melayu yang menebal sejak dari zaman dahulu kala seperti tamak haloba dan pentingkan nafsu serta diri sendiri. Ini dapat dilihat melalui sikap Dogol yang tidak adil dalam membahagikan lembu-lembu pemberian kerajaan sehingga menimbulkan perbalahan penduduk kampung dengan keluarga Pak Kasa serta Semaun anak-beranak sekian lamanya. Juga memaparkan sikap orang Melayu yang tidak menyiasat sesuatu berita dan mempercayai bulat-bulat berita yang disebarkan tanpa mengetahui asal-usul cerita tersebut. Ini dapat dilihat oleh rusuhan penduduk kampung yang ingin membakar rumah Semaun setelah mempercayai cerita fitnah Dogol.

Sikap terpuji Pak Senik, yakni ketua kampung sebagai pemimpin wajar dicontohi. Bersikap sederhana serta berusaha menjadikan kampungnya aman. Beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak sehingga beliau betul2 nampak bukti dan menyiasat sesuatu berita sebelum menghukum. Pak Senik juga berusaha memujuk serta menolong Semaun yang asalnya seorang yang bengis tanpa mengira perasaan hati sendirinya yang terluka oleh perbuatan Semaun sebelum ini. Apa yang penting kemakmuran dan keamanan anak-anak buahnya serta penduduk kampung.

Sebuah novel yang menarik bagi saya.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews350 followers
August 15, 2025
Ini sebuah novel yang cuba menyingkap sisi gelap masyarakat desa Melayu melalui kisah seorang pemuda bernama Semaun yang mewarisi stigma dan kebencian terhadap arwah bapanya, Pak Kasa.

Berlatar di Kampung Banggul Derdap (kampung halaman SNSA sendiri), novel ini membentangkan konflik sosial yang berakar daripada dendam, fitnah, dan ketidakadilan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Puncanya seekor lembu bunting milik Dogol dibaham harimau, Semaun dituduh menakik keting lembu tu dan jual daging bangkai kepada penduduk kampung. Tuduhan ini memangkin rentetan peristiwa yang menelanjangkan hipokrasi dan kerakusan manusia dalam masyarakat desa yang kononnya berpegang pada nilai kekitaan.

Semaun adalah pemuda yang terperangkap dalam bayang - bayang dosa bapanya, walaupun tak ada bukti kukuh yang mengaitkannya dengan perbuatan yang dituduh. Dia adalah simbol generasi yang cuba membebaskan diri daripada warisan sosial yang menindas. Cuma bagi aku, wataknya tak berkembang dengan cukup mendalam untuk menimbulkan empati. Dogol pula - terlalu stereotaip. Dia seorang yang penuh dendam dan manipulatif, tapi latar psikologi tak jelas. Watak - watak lain seperti penduduk kampung hanya come and go - sebagai gema kepada konflik utama, tak diberi ruang untuk memperkayakan naratif.

Dari segi gaya bahasa, SNSA menggunakan bahasa Melayu klasik yang kaya dengan peribahasa, metafora dan dialog kampung yang autentik. Cuma untuk novel ini, bahasa yang digunakan amat berat dan pengalaman pembacaan aku amat terganggu disebabkan keghairahan berbahasa tu. Naratifnya cenderung kepada melodrama, dengan penyelesaian yang terlalu dramatik dan tak seimbang dengan realisme sosial yang cuba dibangunkan sepanjang cerita. Aku rasa macam emosi aku dimanipulasi secara berlebihan, bukan dibimbing secara halus.

Falsafah yang cuba diketengahkan dalam Rentong adalah tentang kezaliman masyarakat terhadap individu yang tak mampu mempertahankan diri, serta bagaimana dendam dan fitnah boleh membakar nilai kemanusiaan. Cuma ia hadir sebagai latar, bukan sebagai wacana. Ini menyebabkan aku rasa novel ini lebih berminat untuk mengejutkan daripada mengajak aku berfikir.

Terus terang, aku kurang gemar buku ni. Ia kurang memberikan kepuasan intelektual dan emosi yang aku harapkan daripada karya seorang Sasterawan Negara seperi yang aku dapat dari Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge. Mungkin sebab ini adalah karya sulung SNSA, jadi ia lebih bersifat eksperimen awal yang belum cukup matang, walaupun berpotensi besar.

Novel ini penting dari sudut sejarah perkembangan sastera Melayu moden - bukan kerana kekuatan sasteranya, tapi kerana keberaniannya mencuba sesuatu yang baru pada zamannya. Ia lebih sesuai dibaca sebagai kajian teks dalam konteks sejarah kesusasteraan, bukan sebagai karya yang berdiri teguh dalam kanon sastera besar.

Bagi aku, novel ini boleh dibaca sebagai dokumen awal yang menunjukkan arah pemikiran dan gaya yang akan SNSAu perhalusi dalam karya - karya kemudian seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge - khusnya peminat SNSA yang ingin memahami evolusi kepengarangan beliau, buku ini tetap mempunyai nilai dokumentasi yang signifikan.

3 / 5 stars
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
January 5, 2025
2/2025

-Rentong
-Shahnon Ahmad

Menanti karya ini masuk ke kedai buku Popular, dan akhirnya berjaya digapai juga (dengan harga diskaun 😂). Rupanya tipis sahaja karya pertama tulisan sasterawan negara, Shahnon Ahmad.

Berkisar tentang kehidupan penduduk kampung yang kalau kita lihat tiada apa yang menarik. Namun, penulis berjaya mengangkat tema dendam atau cemburu dalam kalangan masyarakat kita dan diceritakan dengan baik pada keseluruhan cerita. Tiap tiap watak yang ada diletakkan nilai yang boleh kita ambil. Misalnya, kebijaksanaan melalui watak Pak Senik, manusia yang tiada pendirian melalui watak Lebai Debasa dan Jusoh, dan kedengkian melalui watak seorang Dogol. Dari watak watak ini, boleh kita lihat bagaimana ketidaksefahaman itu membawa kepada malapetaka dalam sesebuah kehidupan bermasyarakat.

Saya sangat suka bagaimana emosi Dogol ditulis dengan baik sehingga saya benar benar meletakkan seluruh rasa benci pada watak ini dan saya sangat berpuas hati dengan pengakhiran hidupnya. Untuk Semaun, tiada apa yang boleh saya coretkan melainkan rasa kasihan dek kerana kedengkian sesama manusia, membuatkan dia menanam rasa benci pada seluruh kampung. Bersyukur ada watak Pak Senik yang memurnikan penduduk kampung.

Keseluruhannya, saya menggemari naskah ini walaupun halaman ceritanya bagi saya terlalu sedikit. Walaupun sedikit, emosi tetap juga berjaya dicuit penulis. Rentong tulisan Shahnon Ahmad, bagi saya wajar dijadikan bahan bacaan buat semua peringkat umur terutama anak remaja bagi memupuk semangat membaca di samping menaikkan kembali semangat cintakan karya sastera.

Tahniah buat rumah penerbitan Jejak Tarbiah dan Jiwa kerana menerbitkan semula karya epik ini.
Profile Image for Francesca.
2 reviews
June 21, 2011


The Rope of Ash depicts the social relations of the people in Banggul Derdap. Ahmad cleverly presents two conflicting sides within their community and towards the end of the novel, identifies the real injustice that was happening, and the irony of it all. The main characters Pak Senik, Jusoh, Dogol, Lebai Dasa, and Semaun represent the type of people living in Banggul Derdap.
The novel begins by presenting the main problem: convincing Semaun's family to cooperate with the rest of the villagers in planting crops twice a year. But this poses a problem as Semaun and his father, Pak Kasa, is deemed violent, uncooperative and difficult by the rest of the villagers. Semaun and Pak Kasa are very traditional men, “We can't trample on the customs of our ancestors, even if it would make us four times as rich as before (30)”, and Ahmad poses this behavior into his characters to stress the value of tradition. While the novel focuses on the community problems of a rural village, resistance to a colonial power is reflected in Semaun's words: “ They were ignorant. They weren't interested in what anyone else had to say. Their day has passed. So has the day of the white man. We're an independent nation now, we're self-governing. And we have to be self-supporting as well (37). In this manner, Semaun is presented as a man who just wants to honor his ancestors' ways and to not give in to anything new. This is problematic for a modern reader, because change is essential for progress, which was why upon reading this part of the novel, I was siding more with Jusoh and the others. But Semaun's second sentence in the previous example tells us something more: compromise. It could be that somewhere along the argument, Semaun is willing to compromise as long as certain conditions of his are also met.
His relationship with his sister Semek illustrates his good nature, athough some distance is still maintained because “[p]eople would have disapproved had they seen her behaving so familiar with Semaun, even though they were brother and sister (23). Clearly society has a firm grip on their actions but this isn't the only case.
The two main conflicting sides in the novel is first, Semaun's, and second, Dogol's. Now, this character is not as complex as Semaun's. Towards the end we learn of his selfish motives as exemplified by his previous wrongdoings against Semaun: depriving Semaun his cow because he was a nuisance to the community. The last chapter, “The Tiger” is like describing Dogol himself. Simply put, Dogol is the tiger. While the tiger feasted on the pregnant cows, so has Dogol feasted on Semaun's violent reputation for his own good, but, there is a third contibutory factor which completely shaped Semaun's behavior: the villagers as reflected by Jusoh and Lebai Dasa.
The mob mentality can either make or break a person's behavior. In this case, Semaun just reacted on the villagers' actions towards him, same as his father, “Pak Kasa hadn't sinned the way people said he had. His wildness had not been motivated by malice. Society had forced him to go on a rampage.” (55) The main reason for his and his father's violence was because people were prejudiced and biased and just followed the “pack leader” in their community, in this case, Dogol.
Pak Senik, because he is the headsman, maintains neutral ground and is faintly amused by the villagers' behavior: “Pak Senik was still surprised at how quickly the mood of the village had changed. The villagers' attitude to Dogol was now completely different... ….It was amazing the ease with which the two men had changed their mind. (94) Pak Senik's character is the peacemaker, the person who wants the villagers to live in peace and harmony with each other, and in my opinion, he is the only one who actually cares about ALL of the villagers' welfare, making him the perfect person to be headsman. The villagers' indifference towards Pak Kasa's death, “Now and then the drumming gave way to the loud laughter of the young men, who seemed to have no concern for the terrible thing that had happened. Pak Senik tried not to listen to the drumming. No one had a grain of respect for Pak Kasa's body (55), and Dogol's death “The crowd shouted for joy, as though unaware that a man had been killed that night (105), depicts how inconsistent and how easily they could forget certain events. Their relationship with each other is that of a rope made of ash, on the outside they seem unified, strong, just like a rope, but a quick change of behavior burns that rope, turning everything to ash.
The ironic thing about it, is that with Dogol gone, Semaun's detractors symbolically put him in charge of the “pack.” This is evident when he lead the group at the last page of the novel. Now that Semaun is accepted by his co-villagers, what happens to the original motive of Pak Senik, that of planting twice a year? Will Semaun revert back to outcast status once he speaks his mind or will he influence his fellow villagers to preserve their ancestral traditions? With the kind of mob mentality the readers have seen, the answer shouldn't be so surprising.




Profile Image for ainisreading.
86 reviews11 followers
January 3, 2025
Rentong mengisahkan kehidupan penduduk di Kampung Banggul Derdap yang kebanyakannya merupakan pesawah. Antara watak dalam buku ini ialah Semaun, Pak Kasa, Pak Senik selaku ketua kampung, Jusoh, Lebai Debasa, Tok Imam, dan Dogol.

Ceritanya bermula dengan sebuah keluarga dalam kampung ini yang dipulaukan oleh penduduk kampung yang lain kerana tidak mahu bermuafakat dan juga sikap panas baran ketua keluarga tersebut. Terdapat beberapa pertelingkahan yang berlaku tetapi ianya tidak merebak sehingga tercetus kepada pergaduhan yang besar kerana kebijaksanaan ketua kampung tersebut. Cerita ini berakhir dengan sebuah keadilan apabila insan yang bersikap talam dua muka yang juga turut menabur fitnah kepada keluarga yang dipulaukan itu mati dibaham harimau.

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada setiap watak dalam novel ini.

Pertamanya, saya kurang bersetuju dengan penjelasan Semaun kepada Pak Senik berkenaan keengganan dua bersetuju untuk mengikuti bersama-sama penduduk kampung yang lain untuk menanam dan menuai padi dua kali setahun. Penjelasannya mengenai adat resam nenek moyang pada tanah tersebut menampakkan kelonggaran iktikad dalam agama dan dia lebih mempercayai kepercayaan tersebut sehingga pada pandangan saya, pegangan seperti inilah yang menyebabkan orang Melayu tidak akan maju. Penjelasan Semaun berkenaan menuai padi dua kali setahun itu seolah-olah penduduk kampung bertindak zalim ke atas tanah kerana ketamakan ini juga turut memainkan unsur perasaan supaya orang yang lemah akan turut terpengaruh dengan ideologi berkenaan.

Keduanya, saya sangat puji dengan sikap Pak Senik selaku ketua kampung Banggul Derdap. Beliau sentiasa memikirkan cara untuk mewujudkan permuafakatan antara anak-anak buahnya. Sungguhpun terdapat sesetengah penduduk kampung yang mengkritik cara beliau memimpin kerana nampak seperti beliau lambat mengambil tindakan dek kerana terlalu bersabar dan tidak bersifat tegas kepada anak-anak buahnya yang segelintirnya tidak mahu menurut keputusan majoriti itu namun sebenarnya beliau mempunyai strategi dalam kepimpinan. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang adil dan tidak mudah termakan kata-kata penduduk kampung yang rapat dengannya. Beliau turut mempunyai hati yang luhur dan tidak menyimpan dendam dan kebencian sungguhpun beliau pernah dihalau dan diherdik oleh Semaun tetapi tatkala Pak Kasa meninggal dunia dan tiada seorang pun penduduk kampung berkenaan yang sudi datang menolong, Pak Kasa dan anak-beranaknya datang ke rumah Semaun demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan kepada jenazah anak buahnya itu. Di samping itu, sifat tidak suka membuka aib orang lain terhadap perkara yang telah berlaku dalam diri Pak Senik ini dapat dilihat apabila ketidakadilan dan serkap jarang yang dilakukan oleh Dogol kepada keluarga Pak Kasa tidak dihebahkan kepada penduduk kampung yang lain.

Berikutnya, sikap bagai lalang ditiup angin oleh Jusoh, Tok Imam, dan Lebai Debasa ini sangat banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita hingga ke hari ini. Menerima kata-kata orang lain dengan mengikut perasaan dan tanpa usul periksa ini sangatlah merbahaya kerana sikap seperti ini bukan sahaja boleh memburukkan imej individu tersebut malahan mampu mencetuskan ketegangan dalam sesuatu keadaan. Di samping itu, sikap seperti ini juga boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada pihak yang benar.

Akhir sekali ialah watak Dogol yang banyak bersifat negatif. Sikap batu api, talam dua muka, dan tidak amanah ini haruslah dijadikan iktibar buat para pembaca kerana sifat-sifat durjana seperti ini bukan sahaja mendapat dosa dan merugikan diri sendiri malahan boleh juga merosakkan institusi kemasyarakatan.
Profile Image for Whitaker.
299 reviews578 followers
April 14, 2021
This is one of the few times I have said of a novel that it was too short. I was left wanting more because the whole work felt that it could have benefited from more character depth and more foreshadowing. Events happen and people behave in ways that are inconsistent within the boundaries of the novel as they have been laid out but which I can see would not be inconsistent if more time and ink had been spent deepening and explaining their trajectories and past. The speed and brevity of the work became a real problem at the end when the villagers riot and the object of their ire changes midway in a way that, because too quickly dealt with, was inadvertently bathetic. Nevertheless, an interesting evocation of Malay village life and community, and the importance that village harmony (and its shadow, conformism) plays in small villages where everybody knows your name and you thrive best when you can get your neighbours to help with your fields.

Rope of Ash ends my current survey of literature from Malaysia. It's been a pretty good journey. Not by design but by happenstance, I managed to get works covering the varied aspects of Malaysian life. Malaysia is a multi-ethnic, multi-cultural state. The Malay ethnic group is the largest but the Chinese ethnic group is not too far behind in terms of numbers. The Malays were traditionally relegated by the colonial powers to the rural, farming communities while the Chinese were similarly sorted into cities. That division remains to this day even though the British have long left and the restrictions are no longer present. Tradition, even colonial enforced ones, die hard.

The remaining major ethnic group is the Indian community, brought over by the British from British India as indentured workers (*cough*slaves*cough*) to work the rubber plantations. They remain the poorest ethnic group in Malaysia.

So, the books I read pretty much covered the entire spectrum: Rope of Ash and The Last Days of the Storyteller covered the Malay, rural experience. There remains some nostalgia for the "simpler" bucolic times that is reflected in these works. Between Lives and The Return covered the Indian immigrant experience, and The Return was a particularly affecting examination of the corrosive effects of colonisation on the mind. And The Sum of Our Follies was more on the Chinese Malaysian small town experience, but was a hopeful look to the future of greater multi-ethnic harmony and mixing.
Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
June 26, 2025
Ini merupakan buku Shahnon Ahmad yg keempat yg saya baca. Buku Rentong merupakan buku yg paling sy gemari kerana gaya penulisannya berbeza berbanding buku-buku yg lain. Penulisannya berbentuk straight-forward dan huraiannya itu jelas dan tidak meleret-leret. Berbeza dengan buku Ranjau Sepanjang Jalan, Seluang Menodak Baung dan Mahabbah.

Jalan ceritanya bagi saya ringkas sahaja sebenarnya, tapi ia cukup mendebarkan dan susunan ayat itu mampu menggoncang emosi saya seolah-olah sy turut berada di tempat kejadian. Itulah yg membuatkan saya tidak mengambil masa yg lama utk menghabiskan buku ini.
Profile Image for Najihah.
55 reviews47 followers
May 24, 2025
Apa jua ilham pengkaryaan Shahnon Ahmad yang datangnya dari Kg. Banggul Derdap memang luar biasa. Rentong; Ranjau Sepanjang Jalan; Seluang Menodak Baung; Srengenge dan Tunggul-Tunggul Gerigis.
Profile Image for books.bintulu.
260 reviews7 followers
April 18, 2025
Saya beri 5☆ sebab:

0. gambaran SN Shanon Ahmad tentang suasana kampung, aktiviti pesawah yang menyentuh hati. Terkait juga dengan keturunan seorang pesawah
1. Apa terjadi dengan sifat tabayyun dalam kampung ini? Hanya Pak Senik saja yang memilikinya, wajarlah beliau menjadi ketua kampung.
2. Tidak semua dalam hidup ini hanya hitam dan putih. Ada juga yang putih sikit, hitam banyak atau hitam lama-lama jadi putih atau kelabu terus.
3. Peluang kedua. Seperti yang diberikan kepada Semaun, pemuda harapan Kg Banggul Derdap
4. Saya tertarik dengan pegangan Semaun yang cukup bila jelapang dah penuh. Tiada himpitan dari sifat tamak. Tetapi terlalu berpegang dengan adat sehingga terlupa adab.
5. Sejak saya kecil, saya tahu padi ditanam 2 kali setahun. Tak terfikir pula nak bagi tanah tu rehat.
6. Diplomasi Pak Senik mengingatkan saya dengan almarhum Pak Lah, berlembut tetapi penuh hikmah.

Saya mula bacaan 8pagi dan habiskan 11.30malam. Tak semua novel SA saya dapat habiskan.

P/s: hampir-hampir risau isteri Pak Kasa atau Dogol berakhir seperti Leha dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Mujur tak.
Profile Image for Miyuke.
198 reviews2 followers
May 5, 2025
Naskah ini memperlihatkan sisi kesabaran menebal yang ditempelkan pada watak Pak Senik serta watak Semaun dalam menangani kerenah penduduk Kampung Banggul Derdap. Begitu banyak nilai - nilai murni yang diterapkan dalam naskah ini yang wajar dicontohi dan diambil sebagai pengajaran.

Naskah ini sangat sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat umur. Daftar istilah juga dimuatkan pada halaman belakang naskah dan ada juga dicatatkan sebagai nota kaki.

NOTA :
Merasa bangga juga kerana dapat memiliki dan membaca naskah sulung dari salah seorang Sasterawan Negara. Naskah asal telah diterbitkan pada tahun 1965 dan hasil usaha percetakan JIWA - naskah ini diterbitkan semula 60 tahun kemudiannya.

Syabas buat kedua - duanya. Semoga usaha menerbitkan semula naskah - naskah lama daripada para penulis tanah air dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.


Nota Tambahan : Sedang berusaha meminta bantuan pustakawan Goodreads untuk menambah edisi 2024 bagi naskah ini ke dalam pangkalan data Goodreds.

Kemaskini : Edisi baharu selesai ditambah pada 05 April 2025 oleh pustakawan Goodreads.
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
October 14, 2018
Cerita ni agak perlahan di permulaannya tapi bila semakin menghampiri penghujung, rentak cerita semakin menarik. Rasa puas hati apabila keadilan dapat ditegakkan walaupun banyak cabaran dan rintangan.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
July 31, 2025
4.5 bintang.
Berbanding novel-novel Shahnon yang lain, plot cerita Rentong lebih kemas (dan happy ending).
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ain Atila.
84 reviews2 followers
July 22, 2025
Novel pertama yang ditulis SN Shahnon Ahmad dan novel yang paling pendek daripada beliau rasanya. Dan saya suka! Macam biasa, Shahnon Ahmad akan membawa tema tentang orang kampung (be it about kemiskinan, penindasan, pahit getir, dll). Kalau buku ni pula tentang orang kampung yang tamak haloba sampai tabur fitnah supaya orang lain bakar rumah yang dituduh. Memang ada orang yang busuk hati macam ni, bila baca rasa related sangat.

Ending yang puas. Watak antagonisnya memang menyakitkan hati. Watak penghulu kampung paling best, green flag orang tua.

Rentong: 4/5 ⭐️

Setakat ni dah baca 5 karya Shahnon Ahmad and this is my ranking:

1) Seluang Menodak Baung
2) Tivi
3) Ranjau Sepanjang Jalan
4) Rentong
5) Patriarch
Profile Image for Amin H.
18 reviews4 followers
April 30, 2016
Novella pertama Shahnon Ahmad, cuma dapat baca terjemahan Inggerisnya saja. Berbanding karya beliau yang terkemudian seperti Tunggul-tunggul Gerigis dan Ranjau Sepanjang Jalan, Rentong kekurangan gaya penulisan istimewa karateristik Shahnon Ahmad. Tiada monolog dalaman berjela, tiada pengulangan ayat berkali-kali semacam membaca jampi dan tiada sebuah kesudahan tragik melampau menimpa wataknya. Penceritaannya mudah dan terus, berkisar konflik yang berlaku dalam sebuah komuniti petani di Banggul Derdap.
Profile Image for Suraya Nordin.
77 reviews1 follower
September 10, 2018
Rope of Ash is a novel is written based on rural Malay communities. The main point of the story is the conflict between Semaun, the son of Pak Kasa and the villagers of Banggul Derdap. Semaun, who is well known as the devil, and then despised and rejected by the people of his village. The villagers start to loathe Semaun’s family because of the hellish attitude of his father during his youngster years. When Pak Kasa son grows up, the villagers hate him too. He impassioned the hatred of the villagers by not wanting to take part in the collaboration of planting rice twice a year as required by the government. Pak Senik, the headman comes to invite Semaun to join the others, as the government will help them by providing fertilizers, tractors and water. However, the condition is that the condition is that all the villagers must participate. Semaun rejected the request of Pak Senik, he said because he could not bear to betray the trust of his ancestors. He did not dare to punish the inheritance soil by planting paddy twice a year. The land will be tortured. However, no one knows the real reason behind Semaun’s decision. It might because of revenge towards the villagers for alienating his family fo so many years.

Semaun’s decision makes everyone angry but Pak Senik is able to calm him. Pak Senik wants everyone to be patient while he finds a way to reconcile with Semaun. The tension arouse when Pak Kasa who has long illness died but the whole villagers except for Pak Senik just ignore the grief of Semaun family. No one comes to their house to help them burying Pak Kasa. Only two men who have received Pak Senik’s order come to the funeral ceremony. Towards the end of the story, the readers will know that Semaun is not an evil person and people around him are the one evil. Then, the village is uproar with the news of missing cows. All the vilagers suspected Semaun. Apparently, the stupid cow has preyed by a tiger. Tigers are dangerous and all villagers agree that it should be killed. Semaun is willing to kill him with the help of others. But while he was on guard to shoot the tiger, a stupid person, Dogol has come out in the dark night to kill the tiger to restore the dignity that has been declined. When he looks at Semaun, he tries to shoot him form a great distance but the tiger gets him first.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
July 7, 2025
Hanya satu hari sahaja saya menyelesaikan bacaan buku ini. Itupun berselang dengan kerja-kerja hakiki. Mula baca selepas asar, dalam pukul 4 lebih menghampiri jam 5. Selesai baca tepat 12 malam.

Penulisan Shahnon, sudah dijangka isu, cara olahnya. Sama sebagaimana novel beliau yang lain. Berkisar isu dalam kampung. Orang kampung sebagai watak. Kemiskinan dan konflik mempertahan tanah sebagai maruah keturunan. Juga, pengkhianatan.

Cuma kali ini di dalam Rentong, saya menemui beberapa plot twist terkait perwatakan watak.

Awalnya, Shahnon mengetengahkan watak Semaun sebagai watak pertentangan (antagonis) yang dirisaukan oleh penduduk Kampung Banggul Derdap.

Jusoh risau. Dogol seriau. Lebih-lebih lagi apabila Semaun pernah menakik keting lembunya.

Shahnon membuatkan kita percaya semua itu. Malah, direncah-rencahkan dengan gambaran keresahan setiap watak yang bermesyuarat untuk kemajuan kampung tapi halangannya, Semaun.

Masing-masing terlalu takut dan menjauhi Semaun. Hanya Pak Senik, ketua kampung yang membulat tekad mahu berbincang tentang penanaman padi dua kali setahun yang diusulkan kerajaan. Baja, anak benih dan traktor diberi.

Gaya penceritaan Shahnon yang rinci dengan perumpamaan tak putus, menarik cerita ini kepada debaran pembacaan.

Tertanya, apa solusinya. Tertanya, bagaimana wibawa dan percaya seorang ketua kampung yang ingin berlaku adil dan saksama hatta kepada si pembuat onar dapat dilaksana.

Ya, ia juga kisah tentang kepimpinan. Bukan mudah nak menyatukan satu kampung dengan pelbagai perangai. Setiap seorang ada baran, ada ulah, ada pegangan. Ada juga yang jenis ikut-ikutan.

Fitnah melata tak terkutip. Satu saranan jika salah ikutan, rentonglah segala kebenaran.

Seorang ketua perlu ada pendirian dan kepercayaan. Tak digoyah oleh suara anak-anak buahnya tanpa dia melihat bukti nyata. Tak mudah melatah dengan hanya satu cerita daripada orang yang rapat dengannya.

Malah, seorang ketua perlu ada 'mata'. Untuk melihat dan menimbang tara buruk baik satu-satu keputusan.

Seorang ketua perlu memberi peluang kedua kepada anak buahnya yang tersilap langkah.

Cerita yang ringkas, biasa dalam masyarakat, tapi, sampai dan memberi kesan pada hati dan pemikiran.


#rentong
#shahnonahmad
#norsamilasamsudin
#penulispengulas
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books351 followers
November 21, 2025
Karya pertama SN Shahnon Ahmad, dan karya pertama beliau juga yang dibaca. Pada waktu remaja, mengelak membaca SN Shahnon Ahmad kerana tidak suka dengan cara beliau menggambarkan wanita dalam novel-novelnya yang lebih kemudian.

Novel Rentong berlatarkan kehidupan di kampung Banggol Derdap pada era selepas merdeka, ketika program pembangunan pertanian mula digerakkan kerajaan di kampung-kampung. Program ini bukan sahaja menjadi punca pendapatan, tetapi rupa-rupanya juga mencetuskan perbalahan.

Kita dibawa mengenali Pak Senik, seorang ketua kampung yang cuba menenteramkan hubungan penduduk yang terganggu oleh sikap sebuah keluarga yang terdiri daripada Pak Kasa dan anak lelakinya Semaun, serta isterinya Mak Leha dan anak perempuannya Semek. Kedua-dua lelaki dalam keluarga itu dianggap samseng dan jelatang kampung. Dalam menimbangkan hal ini, Pak Senik dibantu oleh orang-orang lama di kampung itu, Jusoh, Lebai Debasa, tok imam dan Dogol. Namun dia tidak disenangi kerana mengambil jalan bersabar dan berlemah-lembut dengan keluarga itu.

Apabila kisah bergerak semakin jauh, kita akan nampak punca kekusutan dan kebencian penduduk kampung terhadap keluarga Pak Kasa semakin jelas. Di sebalik eratnya hubungan dengan Pak Senik, Dogol digambarkan sebagai seorang batu api yang cuba memanaskan hubungan orang kampung dengan keluarga Pak Kasa.

Plot novel ini bergerak menuju klimaks apabila lembu-lembu Dogol hilang di tepi bencah dan ditemui kesan-kesan darah. Dogol mencari pembunuh lembu-lembunya, tetapi hilang pertimbangan kerana hasad dan khianat.

Secara keseluruhan plot novel ini menarik, begitu juga latar tempat dan masanya. Namun watak-watak tidak begitu mendalam gambaran fizikal dan jiwa mereka hingga tidak berapa meninggalkan kesan. Pesan pengarang tentang permuafakatan demi pembangunan dan keadilan serta kebijaksanaan seorang pemimpin terhadap yang dipimpin dapat dijadikan renungan. Dari segi simbolisme, amat terhibur dengan permainan metafora dan simile SN Shahnon Ahmad yang sangat mengangkat suasana kampung. Walaupun gaya penulisannya sekali-sekala agak sukar dihadam, tetapi hal ini adalah sesuatu yang boleh dijangka apabila membaca karya sastera.
Profile Image for S&.
44 reviews
January 8, 2026
Perspektif manusia berbeza dalam sesetengah perkara:

1. Pandangan Semaun tak sanggup mengerah tanah habis-habisan yang sudah beratus-ratus tahun memberi nafkah kepada keturunannya. Ms 47, "Tak beri tanah itu berehat barang sedikit pun. Habis tanam, tanam lagi...." Pak Senik pula beranggapan, itu memang kerja tanah yang bagi makanan kepada manusia. Tanah tak bernyawa. Percanggahan situasi ini merujuk kepada ms 48.

*Konteks juga perlu mengikut sudut agama (paling penting), moral, saintifik dll. Tapi ilmu saya tak cukup, jadi saya tak berapa pandai nak ulas panjang.

2. Ms 90, kata Pak Senik, "Kau (Dogol) yang mengganaskannya. Kau yang ganas. Bukan Semaun." Bagi Dogol, sikap tolak ansur dan lemah lebut daripada Pak Senik itu akan membara lagi keganasan Semaun, ms 94.

3. Ms 78, menurut Semek, masing-masing sanggup memusnahkan kebahagiaan orang lain untuk mengisi tembolok masing-masing.

4. Kalau ikutkan kulit buku hadapan versi JIWA, memang ada seketul 🐅. Disebabkan saya tak baca sari rangsang, mula-mula saya sangka harimaulah yang akan memporak perandakan Kampung Banggul Derdap, yang akan mengucar-kacirkan penduduk dengan keganasannya. Tapi cerita bukan hanya harimau itu harimau. Malah manusia yang ganas, buas, kejam juga akan dilabel sebagai harimau kampung.

5. Ms 145, orang kampung pakat sibuk nak usung harimau. Tak terlayan dah mayat yang ada sekali di tengah ruang.


... atau akan rentungkah segala dijilat api dendam?

Secara ringkas, Rentong mengetengahkan tentang permasalahan dalam hidup berkomuniti. Keluarga Pak Kasa dicerca, digeruni, dipinggirkan dan dianggap tak nak bermuafakat. Melarat isu sampai anaknya, Semaun pun sama-sama terpalit arang. Pak Senik dengan pemikiran sebagai ketua kampung dan orang-orang belah kanan iaitu Dogol, Lebai Debasa, Jusoh dan tok imam turut menjadi pencetus sesuatu keputusan/dinamik keadaan.

Betapa mudahnya bagaimana penduduk percaya tomahan sampai membenci sungguh-sunguh terhadap yang dipersalahkan. Semua punca kejadian yang mengharukan dilemparkan terus kepada Pak Kasa dan sekeluarga. Tapi dalam masa yang sama, cepat juga mengubah sikap. Kebenaran terbongkar depan mata, mereka percaya. Penipuan melalui kata-kata juga mereka senang percaya. Ya, itulah manusia. Mengikut rentak apa yang mereka nak ikut. Kalau salah itu benar, adakala mereka sengaja jadi pekak dan bisu.

Ada banyak lagi sekecik-kecik perkara saya tak letak di sini. Biarlah yang selebihnya diketahui oleh pembaca itu sendiri nanti.

Naratif yang mudah ditelusuri. Bahasanya senang faham dan tak terlampau kerap berulang. Rentong ialah buku ke-4 saya baca daripada SN Shahnon Ahmad selepas Seluang Menodak Baung, Srengenge (saya masih gigih lagi nak habiskan tapi tak faham-faham 😭), dan SHIT (kena dengan tajuk, meloyakan sampai saya tak mampu nak sambung), jadinyaaa mungkin selepas ini saya akan baca Ranjau Sepanjang Jalan pula.

1st post: 24/12/25
Profile Image for Dokja.
6 reviews1 follower
February 8, 2025
Tamat pembacaan novel Rentong karangan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad. Pertama kali diterbitkan pada tahun 1965, novel ini masih lagi menyampaikan mesej yang signifikan buat masyarakat hari ini.

Novel yang agak nipis dengan 134 muka surat ini membawa pembaca menelusuri kisah orang-orang Kampung Banggul Derdap. Konflik sesama orang kampung ini seronok dibaca.

Bagaimana nasib orang yang sentiasa dituduh tanpa bukti yang kukuh, penentangan yang disalah erti dan minda ketua kampung untuk menyelesaikan masalah dalam kampung adalah antara perkara-perkara yang menarik dalam novel ini.

Nak borak panjang-panjang risau ter-_spoil_ pula kan, tapi aku boleh simpulkan novel ini dengan;

Memutuskan keputusan tanpa mendengar hujahan kedua-dua pihak yang saling berbalahan serta dituruti dengan sokongan berperasaan hanya akan menatijahkan kezaliman.

Begitulah, buku ni kalau duduk fokus, semalaman pun dah boleh selesai. Haha banyak lak baca buku takda kaitan dengan exam ni. Risau🤧

Terima kasih kepada tim JT yang belanja buku ini. Maaflah sebab kalau saya datang je cari buku free ahaha.

Sekianlah review buku kedua untuk tahun ini. Nantikan for more (Insya-Allah).

— Rentong dibakar suria, Adam Bukhari.
Profile Image for Hasliza Rajab.
177 reviews8 followers
January 5, 2025
Penulisan beliau tidak pernah mengecewakan. Beliau membawa watak-watak kehidupan yang dekat dengan masyarakat kita dan mesej yang ingin disampaikan adalah situasi-situasi yang benar berlaku dalam kehidupan kita hari ini.

Pada awal plot, penulis berjaya 'menghasut' saya bahawa Semaun adalah sejenis manusia yang sebegitu.
Di sebuah kawasan terpencil, Semaun sekeluarga tinggal bersama seorang adik dan kedua ibu bapanya, dan mengerjakan tanah sawah ayahnya. Ketika itu, petani di kampung tersebut dijanjikan dengan hasil yang lumayan sekiranya petani dapat mengerjakan tanah bendang sebanyak 2 kali setahun. Ianya dipersetujui oleh hampir semua petani namun tidak Semaun. Pak Senik sebagai ketua kampung bertanggungjawab untuk memujuk Semaun supaya peruntukan daripada kerajaan dapat dikecapi oleh mereka sekiranya semua bersetuju.

Novel ini mengangkat tema utamanya iaitu tentang perjuangan dan kesukaran hidup akibat kemiskinan. Penulis menggambarkan situasi ini apabila penduduk kampung masih mengerjakan sawah bendang dengan kudrat tenaga sendiri dan tulang empat kerat. Selain itu, penduduk kampung berada dalam keadaan dilema apabila ingin mengerjakan tanah bendang mengikut cara tradisional atau meneruskannya mengikut arus kemodenan. Disebabkan perselisihan inilah, Dogol akhirnya menerima nasib disebabkan oleh perbuatannya.

"Biar semua orang tanam. Aku tidak mahu melangkah adat".
Profile Image for Nadhirah.
467 reviews23 followers
June 16, 2017
I would have loved to read this in the original Malay language. Unfortunately, it's so difficult to find a copy. The writing felt stilted and I'm not sure if I should fault the translation or the fact that this was Shahnon Ahmad's first novel and unless I read the original I will never know. This book deals with themes such as greed, tradition, and misunderstandings in a communal village life, but never going deep enough into them as I would have liked. The characters also weren't fully fleshed out, maybe because the book wasn't that long. All throughout my reading I had a sense of foreboding - I was scared that maybe one or more of the characters would lose their temper and go on a rampage, or that the mob would start ravaging, or that the tiger would attack. I applaud Shahnon Ahmad for his ability to keep me on tenterhooks but overall the story was just average.
Profile Image for Bidasari.
313 reviews
January 26, 2026
Kisah di dalam buku yang diterbitkan pada 1965 ini masih relevan dengan keadaan sekarang.

Cerita mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah melaksanakannya ikut kepentingan diri.
Lembu yang patut diagihkan kepada semua penduduk di Kampung Banggul Derdap, ada yang dibolot oleh tukang agih, si Dogol.

Ketua Kampung, Pak Senik yang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keharmonian penduduk kampung.

Dogol merupakan seorang yang suka mengado domba, fitnah dan menghasut penduduk kampung termasuklah lebai dan iman.
Semaun adalah orang yang menjadi sasaran Dogol.

Usaha menangkap harimau yang membaham lembu Dogol berakhir dengan satu bangkai lembu dan mayat seorang penduduk kampung.

Walaupun nipis bukunya tetapi pengajaranya besar.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
40 reviews
January 7, 2026
Sebagai anak kampung yang membesar pada tahun 80-an dan mendiami pula daerah yang bersempadan dengan daerah yang menjadi latar cerita dalam novel ini, maka sudah tentu pembacaan terhadap novel ini sangat bermakna.

Hanya berputar sekitar isu hendak mengusahakan bendang dua kali setahun sahaja, penulis telah berjaya membawa kita menyelami kehidupan sebenar yang dilalui oleh orang-orang kampung ketika itu.

Aku menghayati novel ini dengan perasaan yang sangat dalam dan setiap pergolakan yang berlaku membuatkan hati berdebar-debar mengenangkan pelbagai kisah realiti yang pernah dilalui sendiri secara peribadi.
Profile Image for Nur Sakinah Mohamed Jamil.
2 reviews
October 21, 2025
Baru berpeluang baca karya Rentong versi 2025 terbitan Jiwa. Sangat-sangat kagum dengan corak penulisan SN Shahnon Ahmad. Khusus bagi karya Rentong - Sesuai untuk bacaan semua peringkat terutamanya sesiapa yang ada memegang sebarang jawatan. Belajar menjadi pemimpin melalui watak Pak Senik. Bertolak ansur bukan bermakna lemah, tegas tidak bermakna terburu-buru menunjukkan kuasa dan kebenaran tetaplah kebenaran walaupun masyarakat terhijab pandangannya maka ia perlu diperjuangkan.
Profile Image for Casper Judati.
64 reviews2 followers
November 11, 2025
Buku inilah yang aku hampir DNF. Tapi sebab perasan serba salah tu meninggi, jadi aku tetaplah baca sehingga penamat.
Baik, buku ni mengangkat tema ketidakadilan dan fitnah di sebuah kampung. Akibat dendam, watak Semaun seisi keluarga dipulaukan.

Dan penulis berjaya buat aku menyampah pada watak Dogol. Tapi nasib baik ada Pak Senik yang berakal. Kalau Pak Senik terpengaruh juga, lagi haru hidup si Semaun.
Profile Image for Nad.
376 reviews1 follower
September 4, 2025
Habis dalam 1 jam je. Walaupun bahasa dia sedikit janggal (?) untuk faham.
Cuma kenapa tajuk dia rentong ek
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.