Jump to ratings and reviews
Rate this book

Panrita

Rate this book
"Berapa banyak, dan berapa lama aku berzikir kali ini?" "Tidak berbilang dan tidak bermasa," kata Sukma. "Munajatlah kepada Allah Yang Maha Pengasih, semoga malaikat suci dan mulia Ikraman dan Katibin menemani kau."

"Kali ni bukan kau sendiri menemaniku?"

"Jangan terlalu banyak bertanya. Lakukan apa yang aku perintahkan atas dirimu."

"Aku patuh, SUkma."

"Pegang pisau cahaya ini, dan berzikirlah!"

Panrita, kisah pengembaraan ke alam roh oleh Sasterawan Negara Arena Wati. Beliau dengan sedar dan pasti, cuba memberi gambaran apa yang sedang, dan akan berlaku kepada kita. Alam roh bagi orang-orang in coma yang dialami oleh watak-watak dalam Panrita ini merupakan alam 'transit' sebelum dikembalikan ke alam bumi. Segala yang berlaku di situ adalah manifestasi yang akan berlaku sesudah berakhirnya kehidupan ini. Percubaan yang dilakukan oleh Sasterawan Negara ini amat menarik, dan belum pernah digarap oleh novelis Melayu. Panrita juga akan menambahkan lagi ragam teknik penceritaan dalam dunia penulisan novel Melayu moden.

397 pages, Paperback

First published January 1, 1993

33 people want to read

About the author

Arena Wati

71 books51 followers
Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta.

Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.

Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988.

Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (34%)
4 stars
11 (34%)
3 stars
8 (25%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
February 10, 2018
Ceritanya tentang orang-orang yang masih hidup tapi dimatikan, iaitu koma. Koma berbulan-bulan. Tempoh koma itu mereka berada di alam nasut, iaitu tempoh pemulihan mereka. Pemulihan dari segi akhlak dan moral mereka.

Cerita fiksyen yang menyangkut alam Tasawuf, banyak objek dan kejadian mempunyai makna dan tafsiran tertentu.

Akhir cerita selepas selesai semua proses pemulihan mereka dikembalikan ke alam dunia sebenar. Dalam cerita ini bumi sekarang telah melalui proses perubahan geografi dan iklim, perubahan akibat dari simpanan-simpanan nuklear yang meledak.

Mereka yang baru dipulihkan itu menjadi pemimpin-pemimpin baru kepada dunia yang baru. Akhir cerita yang tidak jelas, macam ada sambungan tapi tak pasti.

Cerita yang terlalu meleweh-leweh kerana banyak plot yang terlalu detail. Bahagian-bahagian Tasawuf dalam cerita ini juga agak memualkan dan tak lalu nak baca. Berampur aduk dengan erotis.

Watak-watak pemulihan pula diambil dari figura-figura besar dunia seperti tokoh-tokoh Yunani dan Alam Melayu sendiri.

Tidak terlalu menyukai novel sains fiksyen mungkin sebab tak berapa nak layan karya Arena Wati yang ini.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
February 10, 2022
Panrita merupakan karya yang agak berat memandangkan ia berlatar tempat, masa di alam roh. Malah, pergerakan plot, pemilihan watak, juga pemerian di dalam Panrita memerluka kita merujuk kepada bahan bacaan lain bagi melancarkan lagi pemahaman.

Arena Wati menyentuh perihal alam ghaib daripada alam malakut, jabarut yang pastinya secara fiik sukar digambarkan sewaktu pembacaan. Malah, bila watak-watak agung seperti Hamzah Fansuri, Patriarch, Shih Huang Ti, Ibnu Sina dan banyak lagi dimunculkan, membuatkan kita menyelak lembaran sejarah dan meneroka akan keagungan zaman mereka.

Pembacaan silang terhadap jenis-jenis akal, jenis-jenis alam singgahan manusia menjadikan pembacaan ini begitu mencabar.

Namun, ia memberi kesan terhadap pemikiran dan jiwa seorang hamba Tuhan dalam jangka masa yang panjang. Membuatkan kita kembali merenung ke dalam diri sendiri. Bagaimana kita mensyukuri pinjaman Ilahi terhadap setiap anggota tubuh yang diberi? Kalau sayang, cinta diri ... ingat-ingatlah bahawa di dunia kekal, setiap anggota tubuh ini yang akan menjawab soalan Pencipta. Yang di saat itu, anggota bernama mulut dan lidah didiamkan.

Watak Omba berada di dalam keadaan koma. Dibawa oleh penulis ke dimensi keempat untuk menyucikan segala kekotoran anggota tubuh, pemikiran (akal) dan jiwa. Yang penyucian itu digambarkan penuh siksa. Yang diharapkan agar bila kembalinya roh Omba ke dunia, dia mampu menjadi hamba yang bertakwa.

Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.