Jump to ratings and reviews
Rate this book

Begawan

Rate this book
Begawan ialah sebuah novel yang banyak menyentuh kehidupan insan dalam era globalisasi yang memperlihatkan cara, gaya dan perjuangan yang wajar didukung bagi mewujudkan citra Melayu baru untuk hadir dalam jagat raya sebagai bangsa merdeka dan bermaruah.

289 pages, Unknown Binding

First published January 1, 1996

4 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Arena Wati

71 books51 followers
Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta.

Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.

Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988.

Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (33%)
4 stars
13 (39%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
1 (3%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
February 17, 2020
Novel perjalanan hidup seorang lelaki yang cuba ubah nasib. Tuah dan murah rezeki hingga anak cucunya merasa mewah beberapa keturunan. Macam satira sinikal kepada masyarakat melayu tapi ia juga fokus kepada usaha dan kerajinan jadi teladannya agak bagus. Kadang tak masuk akal sebab rasa keluarga Salabu asyik langkah kanan tapi menariknya ada bahagian diperincikan tentang hal-hal cakap-cakap belakang dan iri hati orang keliling tentang usaha Salabu-- buat aku senyum sinis tengok reaksi dan perangai orang yang tak senang dengan rezeki orang lain. Plotnya relevan untuk ambil iktibar, ada konflik keluarga dan kisah lampau yang kuatkan naratif jadi tak rasa mendatar atau meleret. Nuansa bahasanya bagus dan kemas, fast paced dan merangkum sosial, budaya dan politikal. Cuma kadang agak keliru dengan flashback dalam perenggan dan penggunaan ganti nama yang serupa untuk karakter berbeza. Novel yang melihat bagaimana globalisasi main peranan dalam kehidupan dan cara individu memperjuangkan idea dan ambil peluang. Aku bagi 3.5 bintang.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
September 23, 2020
Begawan secara luarannya mengisahkan tentang Salabu dan seterusnya waris-warisnya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi menemui cara untuk meluaskan perniagaan yang semakin lama semakin dikenali seluruh dunia. Terkandung dalam kisah ini adalah paparan, kritikan dan komentari sosial pelbagai tajuk merangkumi subjek seperti bangsa, pembangunan, politik dan juga agama.

Kisah yang mahu diceritakan ini dengan mesej-mesej yang berselindung di sebaliknya terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian pertama, Menguak Takdir tersekat dalam pengulangan struktur jalan cerita yang sama menceritakan bagaimana Salabu yang setiap kali berhadapan dengan masalah akan menemui cara untuk menyelesaikannya yang dalam pada masa yang sama akan memberikan keuntungan kepadanya di kemudian cerita. Kitaran cerita akan diteruskan dengan bagaimana penyelesaian kepada masalah itu akan membawa kepada satu masalah lain yang seterusnya akan ditemui penyelesaian yang kemudiannya akan menjadi punca kepada masalah yang baru. Di bahagian pertama ini terasa kisah disulam dengan sedikit fantasi tentang bagaimana Salabu sentiasa bertuah dalam menemui dan melaksanakan idea-idea dan ciptaan-ciptaan yang baru. Walaupun perincian yang disertakan bagi menguatkan idea dan ciptaan yang mahu dilaksanakan terasa menarik, kisahnya terdapat kelompongan kerana kelancaran dan keberkesanan luar biasa dalam pelaksanaanya. Kerap kali akan terdetik dan terlintas di fikiran mempersoalkan bagaimana setiap perusahaan baru yang mahu diterokai Salabu tidak menemui sebarang kesukaran dalam melepasi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam dunia perniagaan. Barangkali, semua itu sengaja diabaikan bagi membentuk sebuah kisah yang menangkap idea yang lebih besar. Kerana di bahagian pertama ini banyak diselitkan syarahan keinginan Salabu yang mahu bangsanya berjaya dan juga bagaimana mudahnya wang memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pemegang kuasa-kuasa besar dalam politik bagi menutup segala kemalangan dan kesilapan yang berlaku.

Bahagian kedua, Memburu ke Puncak akan membawa kisah Salabu ke skala berbeza. Dalam bahagian ini Salabu akan berhadapan dengan masalah baru di peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Bagaimanapun, seperti dalam bahagian pertama, setiap masalah akan dengan mudahnya menemui penyelesaian. Masih lagi membangkitkan isu tentang kemajuan bangsa, kisah Salabu juga akan sedikit sebanyak menyelitkan paparan bagaimana sesebuah kemajuan dan pembangunan itu akan berisiko berhadapan dengan campur tangan asing. Dan mungkin bagi mengetengahkan perkara ini, setiap perincian yang boleh lebih menguatkan dan meyakinkan lagi cerita diabaikan dan seterusnya masalah yang dihadapi seperti yang berlaku dalam bahagian pertama akan selesai dengan mudah dan cepat.

Kisah ini akan diakhiri dengan bahagian ketiga, Diburu Sukma yang kali ini akan mula menyentuh isu agama. Segala kesilapan dan kelalaian yang sedikit sebanyak dilakukan oleh Salabu dalam mengejar kejayaan untuk menaikkan nama keluarganya akan mula memunculkan diri dan berhadapan dengannya. Salabu akan terpaksa berhadapan dengan akibat dari perbuatannya. Dan dalam bahagian ini akan ditunjukkan antara reaksi yang diberi oleh seseorang yang telah terlalu berjaya dalam menangani segala kesilapannya, sama ada agama akan membawanya ke jalan yang lurus atau sekadar menjadi dinding untuk dia bersembunyi. Dalam bahagian ini, kisah yang diceritakan berjaya sedikit sebanyak membangkitkan perasaan sedih yang seterusnya dengan berkesan memaparkan reaksi-reaksi watak yang terasa realistik.

Akhir kata, Begawan sebagai sebuah bahan bacaan merupakan sebuah kisah yang agak mudah dihadam walau sekadar dihayati kisahnya secara luaran meskipun ada kalanya terdapat sedikit kelonggaran dalam beberapa bahagian ceritanya dan pada masa yang sama juga agak menarik untuk ditafsir dan dibedah satu per satu isi-isi tersirat yang terkandung di dalam kisahnya yang walaupun ada kekompleksannya yang tersendiri tidak disampaikan dengan terlalu berserabut dan rumit.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
March 6, 2020
Aku mengambil masa yang lama untuk hadam ceritanya kerana ceritanya berbeda. Antara realiti dengan yang tidak masuk akal. Tapi bahasanya dan plotnya menarik. Ada beberapa yang aku harus ulang baca kerana keliru .
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
October 14, 2021
Sebuah kisah penuh dengan metafora. Mencerminkan sifat tamak manusia, gambaran masyarakat yang taksub dengan seksualiti, bergelumang dengan dosa. Penuh sindiran sinis
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.