Haya' Assafaa, seorang nomad yang bekerja sebagai pemandu pelancong. Keprihatinan dan fleksibilitinya membuatkan ramai senang dengannya, namun dia tetap menutup wajah dan menyembunyikan identiti. Hakikatnya, dia bukan sekadar nomad, tetapi pelarian yang hidup dengan bayang-bayang peristiwa silam.
Di celah-celah kabur hidupnya, hadir Sheikh Dein Asytar, jejaka Arab-Melayu yang seakan-akan memahami dirinya dan cuba menariknya keluar dari belenggu luka lama yang tidak pernah sembuh.
“Kalau seseorang tu tak nak dipanggil dengan nama yang dia tak nak, awak kena hormat. Tapi awak tak hormat saya, Dein. Awak gali balik kisah lama saya yang saya nak kuburkan!” – Haya'
“Sebenarnya, apa yang awak cari dalam hidup ni, Haya'?” – Dein
Pertemuan itu membuatkan Haya' bertanya semula pada dirinya; Adakah cukup sekadar bernafas untuk dikira hidup? Adakah pulang sekadar tempat atau tentang memaafkan luka terdalam?
Sejujurnya, agak berat untuk saya jelaskan apa yang saya rasa lepas habis baca karya ni. Saya tak tahu macam mana nak jadikan 'rasa' tersebut dalam bentuk perkataan. Macam mana nak cakap ye, dia rasa macam kau baru lepas baca satu buku bergenre slice of life yang sangat bagus sampai you don't know what to say anymore, speechless! Mesej buku ini disampaikan dengan sangat baik! Sampai feel tu weh 😭 Ini kali pertama saya baca buku yang bergenre slice of life, dan saya rasa seperti mula berminat untuk teroka lagi genre sebegini. Apa yang saya boleh cakap karya kedua penulis kalini berlainan daripada genre debutnya. Tapi saya suka kan kelainan tersebut, ia menjadi menurut saya. Tolong tulis banyak lagi karya tak kisah genre apa sekalipun ya penulis. I will always support you! 🤍
Karya ni mengisahkan tentang Haya Assafaa, yang bekerja sebagai pemandu pelancong, tetapi sebenarnya mempunyai kisah silam yang sangat perit sehingga dia memutuskan untuk tidak menjejakkan kaki ke tanah air lagi. Singkat cerita, Haya terjumpa dengan Dein seorang jejaka kacukan Arab melayu yang seakan² memahaminya dan cuba untuk membantu Haya keluar dari belenggu trauma.
Dari tajuk saja saya dah tahu yang cerita ni berat. Sesungguhnya saya taknak palatau sebab saya tak relate sangat dengan Haya. But saya cuba letakkan diri saya di tempat Haya, dan saya sokong apa yang Haya buat. Bukan bermakna saya menggalakkan untuk melawan ibu bapa/keluarga. Apa yang Haya buat tu cuma nak protect diri dia dari jadi lebih rapuh. Dia sangat kuat kerana dapat bertahan, i rasa nak peluk je Haya.🥺
Bila kau ada family yang toxic memang akan jejaskan mental health kau. So keputusan Haya keluar dari rumah tu memang keputusan yang baik untuk diri sendiri. Tapi kenapa walaupun dah lari jauh dari masalah di Malaysia, dia tetap belum rasa begitu tenang? Disini lah Dein muncul entah dari mana, tiba² seperti dapat lihat tentang masa lalu Haya. Dia macam cuba bongkar 'rasa' tersebut supaya Haya berani untuk face it dan selesaikan semua masalah yang belenggu jiwa dia. Dein dan kawan baik Haya iaitu Zue memang banyak push Haya untuk face it, bukan larikan diri.
Personally, saya suka watak Dein. Dia digambarkan seorang yang tenang, tak cepat melenting dan very observant menurut saya. Kehadiran dia memang tepat sangat untuk guide Haya. Haya digambarkan sebagai watak yang cuba nampak kuat di luaran, tapi sebenarnya she's too fragile in the inside. 😞 Sewaktu saya baca buku ni saya cuba cari apa yang membuatkan Haya trauma sampai macam ni, bila dah tahu tu memang valid lah perasaan Haya.
Buku ni sebenarnya dia lebih banyak kepada konflik dalaman Haya dan keluarga haya. Romance antara ML dan FL saya memang suka sebab it doesn't sounds cringe to me. Percintaan sangat matang. Ml pun green flag, dia gentleman dan soft spoken. Ilmu agamanya juga tak kurang hebat. Walau banyak kali Haya reject dia, dia tetap ada dengan haya. Tapi scene yang buat saya nangis saya tak sangka yang si 'orang' ni mati. 😭 Cepat betul ajal dia ye. Padahal saya suka dah dengan watak dia. 😞
ML lah yang banyak bimbing Haya untuk pulang. At the end, baru saya tahu apa maksud pulang yang dimaksud dalam kisah ni. And I love the way penulis mendefinisikan apa maksud pulang tersebut. Ia sangat emotional dan hit hard to me. Mungkin kalau korang takde masalah mental health korang rasa ayat 'apa itu pulang?' macam biasa je. Tapi kalau memang ada masalah mental health and etc... bila orang tanya 'Apa Itu Pulang?' rasa dia lain kan. Hit hard sangat, apatah lagi bila korang seperti Haya di akhir cerita yang akhirnya jumpa jalan pulang ke tempat yang paling dia rasa tenang dan disayangi.
Kesimpulannya apa yang saya dapat dari cerita ni ialah kita kena belajar memaafkan untuk dapat ketenangan tersebut walaupun ia bukan mudah. Kerana dengan ketenangan baru kita dapat pulang. Satu pengajaran yang sangat bagus. Overall, ceritanya sangat enjoyable, fast pace tapi penuh dengan drama dan pengajaran. Buku ni tak kosong. Banyak ayat yang hit hard kita tabbing. Digalakkan sangat untuk baca. Highly Recommended. ✨
Maaf jika ada tersalah kata, saya cuba tulis review sebaik mungkin. To penulis, I wish you all the best dalam bidang penulisan kreatif ni. Semoga lebih banyak karya² yang memberi pengajaran kepada pembaca ya. 🤍
Honestly, this book makes me rasa sayang nak habiskan. Every single line, F read slowly… sampai senyum sorang²... ada masa nak hug Ha kuat².
Munculnya watak Aufa, the so-called bakal tunang... Ya Allah... he’s that one annoying type. The “I know everything” kind of guy. 🙄 menyampah betul F. Lately F addicted gan icon smiley 🙄🙄🙄
F had to control myself reading his part sebab meluat sangat. F felt like throwing something at him. Berlagak giler! The best part Ha throwing coffee kat muka Aufa. pergghh best giler scene tu.
Aufa ni actually Asmaa’s boyfriend, Ha’s cousin. F tak faham apalah Asmaa ni nak meroyan jantan berlagak ni. Baguslah... they’re a perfect match. Dua² mulut longkang... penuh dengan sindiran dan kata-kata keji.
Bila Ha rejected Aufa, he confidently said she’d regret it and no man would ever want her. Please la jantan... get over yourself, dasar lelaki-poyo-bajet-alim
Sekarang kita cerita pasal Eiji. His appearance was short but it broke me. Eiji was Ha’s best friend, diam² fell for her. Their last night together was heartbreaking. Before incident tu happen, Eiji’s final words left us overthinking tau.. F could feel something bad was coming.
And F was right 😭😭😭 After Eiji’s death, Ha rasa guilty..dia stayed gan mak angkat @ mak Eiji. Eiji's mother didn’t blame Ha, cuma couldn’t bear to see her... every time she did, she saw her son’s sacrifice. It’s painful. mak Eiji minta Ha pergi.. dia nak mourning bersendirian.
Ha left, wandering like a nomad. Ha memang nomad dari awal pun. She ignored calls from her best friend, Zue...the only one who always stood by her.
And then there’s Dein. Dein ni cam chipmore.. jap ada jap takda. He actually dah appeared awal² cerita, masa Ha cried at the airport. He’s that knight in shining armor type... always showing up when she’s at her lowest.
Okay kita ke next point.. time ni critical sikit where Zue’s plan to reunite Ha with her family. F dah rasa cemas. Yes I am. Ha didn’t want to return to Malaysia but fate had other plans. Bukan her family je datang.. si cruel mak long’s family was there termasuklah Asmaa and Aufa. Menci²
That confrontation scene… it broke me. Ketat dada F. When Ha poured out everything, you could feel the years of pain and unanswered questions
Why did her brother leave her? Why did her sister return and let herself be treated like a servant? Why didn’t her abi come when she needed him most?
And when you finally learn what really happened to her abi... sigh. Kesian la. He’s the one who truly suffered.. semua sebab tak sekufu.
Nak dekat akhir².. you realize something... when people grow older, no matter how deep the pain, forgiveness finds its way. Betul tak? Kita akan cepat kesian
Buku ni tak banyak romance ya but it’s so full of substance. F banyak belajar "what a tour guide’s job is like"
5 stars from me ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ha’s journey as a nomad made me reflect forgiving isn’t easy but when you finally do, and you let go… that’s when peace finds you.
Haya.. men jdi nomad di sbb kn dri perbuatan keluarga die.. die jdi traveller guide utk lari dri keluarga yg toksik tu..
Satu ari, die dpt customer yg merupakan student dri Malaysia utk pegi ke Jepun.. sbelum berangkat die terima panggilan dri ibu die mengata kn ade org dtg meminang dn mereka setuju… yg die tk tau bakal tunang die tu ade kaitan ngn trauma lama die tu..
Haya happy dgn cara die.. bebas dan tk terikat.. kt Jepun nnt die jumpe ngn bakal tunang die.. mmg die naik angin.. sbb die mmg tk suke lelaki tu.. dan lelaki tu bekas tunang sedara Haya.. mmg lagiii laa turn off kan..
Eiji, seorng mualaf yg juga suka pd Haya.. tp Haya anggap die mcm abg.. tp bile Eiji confess and beri kata² semangat, Haya mcm nk buka hati utk terima Eiji tp malang nyeee.. adoiii ni sedih.. tk bole nk tulis.. 🤧
Terjumpe dgn Dein di airport.. satu ari Dein tau keje yg Haya buat.. sekaligus Dein buat plan ngn family Dein.. Dein mula rapat ngn Haya dan tau sedikit sebyk ttg kisah silam Haya.. sbb terjumpe nye satu video lame.. Dein mmg trus tnye sbb die nk kn kepastian.. bile dpt tau, mmg Dein lgi nk dekat ngn Haya.. sbb Dein pun penah ade di situasi yg Haya hadap..
Penulis mmg buat watak heroin die jenis yg kuat, kental, keras.. jdi Haya ni seorg yg tegas.. org lain akn ckp die ni degil.. ye laa, ape yg die lalui tu sgt teruk yee.. sampai kn die dpt anxiety and panic attack..
Satu ari die decide utk pegi umrah.. kawan die Zue join skali.. yg die tk tau, smue keluarga Haya, Zue bwk pegi sane.. mmg kecoh laa.. part nie mmg Haya jdi geram n mcm org kene rasuk.. smue die lontar kn pd keluarga nenek die..
Di situ abi Haya suara kn ttg risau nye Haya utk buat umrah.. jdi Dein, suara kn utk jdi mahram Haya.. akhir nyee Haya setuju.. dri situ Haya mule lembut hati, die rasa tenang.. Dein mmg bantu Haya utk die hadap smue trauma tu..
Btul ape kate along Haya.. ‘kalau kite nk kua dri keluarga neraka nie, kite kene jdi pandai.. kene blajar rajin²’
I dont know i just like this kind of story.. walau pun di hina, di caci, di pukul tetap Haya berjaya dlm hidup.. dgn ade nye Dein di sisi.. lengkap hidup die..
Cume i need more romance.. hahahah.. me and romance berpisah tiada.. 🤪
an enjoyable read for me sebab isu family toxic dalam buku ni boleh tahan buat orang baran gak. cerita ni less romance sebab dia more to journey haya kat luar negara but slowly satu persatu konflik keluarga dia terungkai kenapa dia bawa diri ke negara orang. for a romance sucker, maybe this book is not for you sebab romance dia kat hujung hujung but still best je for me since chemistry diorang tak cringe pun. tapi kalau nak feeling travel kat luar negara boleh la try baca
Tahniah atas kelahiran buku kedua sis Rey Amane. Juga terima kasih sampaikan naskhah bermakna ini. Saya juga ragu-ragu dgn diri sendiri nak baca genre slice of life. Tapi, penulis sampaikan dgn penuh yakin dan cermat. Cerita yg sgt matang dan melekakan. Again, tahniah!
Habis je baca saya rasa berat nak berpisah dgn buku ni. Pertamanya sbb fizikal buku tu sendiri yg comfy. Cover yg sedap mata memandang. Tiap kali tutup buku lepas baca mesti menung tgk cover dia. Sebab itulah penting peranan kulit buku untuk bagi satu rasa yg istimewa pada pembaca.
Pada saya, orang yg reti menghargai hidup pasti akan hargai buku ni. Cerita yg sgt dekat dgn kehidupan kita. Dalam kita travel sana sini dgn Hayā’ Assafaa, pasti ada ilmu terselit sama. Lebih menarik bila terkait dgn hal-hal Islam. Banyak tempat2 menarik yg penulis bawakan. Pengetahuan penulis juga saya kagum. Merata berjalan dalam buku ni tau!
Setiap perjalanan Hayā’ akan ada je turun naik emosi. Hayā’ mempunyai trauma yg pahit untuk dikenang. Dgn menjadi nomad, dia mahu bebas dan capai impiannya. Dalam tak sengaja dia berkenalan dgn Dein Asytar. Kerap terserempak jadikan mereka selesa dan berkawan. Dein memang green flag ye. Tidak memaksa dan sgt memahami.
Mcm saya cakap, buku yg nampak tenang tapi penuh emosi di dalam. Saya sendiri turun naik melayan perasaan. Lelah jadi seorang Hayā’ bila semua sibuk nak tentukan hidupnya. Apa yg tergesa mereka mahu dia pulang? Sampai akhirnya nanti Hayā’ jumpa jalan pulang yg tak disangka. Betullah hanya pasangan yg tepat dan sekufu dapat menjadikan kita manusia yg lebih baik dan tenang.
Saranan saya ? PLEASE BELI DAN BACA! RECOMMENDED! Buku ni tak kosong. In shaa Allah tak menyesal💜
Kita dapat rasa perasaan Ha sepanjang cerita. Segala perasaan bercampur baur: Kosong, sakit, pedih, sedih, marah, gembira dan tenang. It cuts deeper when it involves family, sakit tau. Rasa macam I'm her all of a sudden and I wanted nothing more than to take her sadness away. I'm glad Ha wanted to focus on herself and travel the world first before anything else. Love yourself first before loving others, betul tak? This book portrait that beautifully <3
Cerita ni membawa kita travel bersama-sama Ha, dia jadi tour guide kita. Dia nampak je tenang dan savage, tapi sebenarnya dia sensitif tau, banyak dia pendam. Her emotional crash outs were valid. Benda kalau paksa-paksa ni siapa je suka weh?! Aku faham kita ni tak boleh nak dok tekan, lebih-lebih lagi soal jodoh, tak pun soal kepercayaan ni. Sakit oo kena betray dengan orang yang kita sayang. Valid sangat setiap kesedihan dan kemarahan Ha dalam cerita ni. Dalam dia tengah beremosi tu, hadirnya seketul Dein mengubati sedikit demi sedikit hati Ha. Small and surprising encounters here and there sampai ke penghujung... Dein memang penyeri cerita. Baik, penyabar, berilmu, jujur... green flag la orang kata. Every time Dein masuk scene, aku akan SENYUM because I knew... the moment he was introduced, I KNEW HE WAS IT! He was it for Haya. Chemistry dorang tu sampai! I wished they were more scenes of them tapi... this, as it is pun dah cukup sebenarnya (aku je tamak lol)
Suka sangat references Harry Potter in the story sebab it relates to house = home = rumah. Kita mestilah nak duduk di bawah bumbung yang selamat dan tenang buat kita, bukan? A house isn't just a 'what', it could be a 'who' and each one of us has our own comfort home to go to when the world gets a little too much.
"𝓗𝓸𝓶𝓮 𝓲𝓼 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮."
Tahniah Kak Rey untuk anak kedua ini! Keep on writing and bring us along with you <3 <3 <3
✨ Konflik keluarga & toksik ✨ Beban emosi & trauma ✨ Strangers to lovers
Ini adalah karya pertama penulis yang saya baca. Dan secara tak rasmi, menjadi bacaan buku penutup bagi Karangkraf Reading Challenge 2025. Bukan bermaksud penutup tak baca buku Karangkraf dah tau😂 Mesti akan tetap baca juga, sebab Karangkraf antara top publisher saya hehe.
Okay nak mulakan cerita bagaimana ya🤔 Sebab buku ni sedap dibaca. Berkisar dengan Haya Assafaa yang memilih untuk merantau jauh demi melarikan diri daripada satu peristiwa besar dalam hidupnya. Untuk tahu apa yang benar-benar terjadi, memang kena baca sampai ke muka surat terakhir. Penulis berjaya mengolah konflik keluarga dengan kemas & baik, sampai saya terikut-ikut geram dan beremosi.
Kita akan dibawa beberapa detik perjalanan penting dalam buku ni. Perjalanan Haya menuju sembuh daripada trauma nya. Perjalanan Eiji menuju Tuhan Maha Esa. Perjalanan Dein yang mencari makna hidup daripada masa silamnya.
Penulis juga bukan sekadar bercerita, tapi membawa kita berjalan satu negara ke negara lain; menyentuh bab kecil kehidupan sebagai perantau seperti makanan halal, hukum musafir, dan lain-lain.
Saya yakin, bagi mereka yang nak cari kisah cinta yang matang dan tidak keterlaluan, inilah buku nya. Jalan cerita bergerak dengan laju dan emosi Haya yang turun naik di samping watak sampingan lain, membuatkan perkembangan plot dan kemuncak cerita sangat best. Mesti akan tergelak tersenyum dengan pick-up line si Dein tu nanti🫢
InshaAllah happy ending. No worries... Pengakhiran yang baik untuk Haya, dan erti pulang yang mendalam untuk kita semua hayati.
Novel mengisahkan Haya, seorang gadis yang menjadi tour guide dan mengembara ke seluruh dunia. Namun di sebalik kehidupannya yang nampak bebas, dia sebenarnya melarikan diri daripada konflik keluarga dan trauma lama yang masih menghantui.
Novel bergenre slice of life, kembara, dan konflik keluarga ini turut menyentuh isu pemakanan halal di negara minoriti Islam serta hubungan dalam Islam, menjadikannya karya yang dekat dengan realiti dan bernilai.
Unsur cinta hanya sedikit — Aufa dan keluarga mak saudara Haya menimbulkan kemarahan dengan sikap mulut celupar dan menyakitkan.
Bahagian memaafkan terasa agak tergesa-gesa, seelok-eloknya bagilah ruang sebentar ini tak tak rata-rata orang sekeliling seperti memaksa sangat bagi aku. So the ending part terasa rushing sangat. Seolah-olah Haya tidak diberi ruang untuk benar-benar sembuh.
But from the start, sebagai Pembaca aku dapat rasa penat dan sedih yang Haya tanggung.
Momen paling tidak lupa ialah ketika Dein menghulur sapu tangan pelbagai warna kepada Haya — Dein simbol sokongan dan keikhlasan. Green flag.
Kesimpulan: Pulang ialah kisah tentang penyembuhan, perjalanan jiwa, dan keberanian menghadapi masa lalu. Jika anda sukakan vibe seperti Jane & Cassandrea karya Nurul Syahida mungkin korang akan suka juga buku ini. Tapi karya Rey Amane akan lebih membuat engkau rasa nak masuk dalam buku sebab nak backup si Haya. In the end, anda pasti akan jatuh cinta dengan karya ini juga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Haya Assafa,sedap nama empunya badan.Tapi kehidupan dia tidak seperti mana yg digambarkan .Ujian bertubi2.Sehingga dia buat keputusan untuk lari dari semua masalah.Memilih jadi nomad di negara orang bukan mudah.
Cerita ni,tak byk sngt sweet.Author tulis 60% kehidupan Haya (sedih + gembira), 30% percintaan,agama 10% dan 5% mental health.Tapi bila part sweet,rasa bersemut.
Haya berjumpa dgn pelbagai ragam org.Ada baik,Ada jahat.Saya paling suka dia malawan balik perbuatan orang jahat itu.Saya tak pelik langsung dia tak nak balik ke pangkuan family sendiri.Hidup dia betul-betul toksik bila berdepan dengan family sendiri.
Saya harap org prnah/sedang berada di tempat Haya,kekal kuat dlm tempuhi dugaan dan dapat Dein yang green flag.
Terima kasih author untuk naskah , Apa itu Pulang? Jalan cerita yg tak bosan bagi setiap bab.Saya tak nak spoiler jln cerita.Sbb setiap bab buat saya tertanya2 apa yg akan terjadi seterusnya.
Dalam novel ni saya belajar apa itu maksud takdir,rezeki,memaafkan orang, rehat bagi setiap manusia.terima kasih author ajar tu semua.Sesiapa dalam tempoh grieving boleh baca sekali.
Pulang bagi kita balik ke rumah.Tapi bagi author lain.Kalau nak tau,kenalah beli dan baca.Cerita ni happy ending.saya bagi 5/5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Karangkraf jalan cerita sekarang dah lain dari lain eh. Baguslah takde cerita cinta semata. Novel ni pasal Ha jadi nomad (tour guide) sebab lari dari Malaysia. At first yang part dia marah gila gila dekat semua orang sampai rasa macam eh over betul perempuan ni tapi valid je apa yang dia buat/rasa. Why? Realitinya bukan kita ni manusia yang sempurna nak maafkan orang kan.
p/s ni kalau jumpa seketul Aufa depan mata rasa nak bagi penampar je.