Terkadang rasa cinta ini, kita bataskan dengan pemberi dan cara ia memberi.
Kasih seorang ayah berbeza dengan kasih seorang ibu. Namun kasih mereka melengkapi antara satu sama lain. Seorang yang bersahabat juga begitu, ada cara tersendiri untuk kita memberi kasih dan makna kepada setiap sahabat kita.
Kita memandang alam juga dengan kadar cinta yang berbeza mengikut emosi dan mood kita.
Cara Tuhan membagi kasih tidak begitu.
Dalam kedukaan kita, ada cinta-Nya. Dalam bahagia kita juga ada cinta daripada-Nya. Setiap titis air hujan yang jatuh juga terkandung cinta-Nya yang sangat dalam kepada kita.
Cuma kita yang terlepas segenap bahasa cinta Tuhan yang menginginkan kita kembali kepada-Nya.
Bukalah buku ini, anda akan menemui semula sebab Tuhan mencintaimu sedalam dalamnya.
"Al-Quran itu kaya, tidak akan fakir sesiapa yang mengejarnya."
Buku ini memujuk jiwa yang duka, penat dan tenat dengan ujian yang menimpa, selain datang sebagai reminder yang Allah tu sayang kita. Memujuk dengan ayat Quran dan Al-hadis. Penulis mengupaskan ayat² Al-Quran terpilih dari setiap juzuk Al-Quran dengan lebih terperinci. Makna setiap ayat arab diterangkan satu², buat kita lebih faham. Kita akan makin cinta Al-Quran bila kita faham dan tadabbur Al-Quran.
Ini antara baris² ayat yang digariskan semasa membaca buku ini:
1) Dengan kedatangan seorang Nabi yang kita sayangi, Baginda memberitahu kepada kita bahawa ujian di dunia ini tidak sedikit pun yang sia-sia.
2) Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW bersabda: 'Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
3) Bersangka baik kepada Allah itu juga adalah satu perjalanan.
4) Sebutlah Nama-Nya dalam kesakitanmu. Dalam 99 Nama Allah, ada salah satu darinya akan menyembuhkan lukamu.
5) Kisah Nabi Yaakub yang hanya mengadu pada Allah. Saat sedih kehilangan Nabi Yusuf. "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf, 12:86)
6) Muhammad Hasan Jabal menghuraikan bahawa kalimah tahajud itu memberi sebuah naratif merawat dan menahan kesakitan. Siang hari kita berhadapan dengan dunia dan manusia yang berbagai, jika ada lerai-lerai luka dan nanah, maka usah culas untuk bangun mengadu kepada Allah pada waktu malam. Meminta agar dikuatkan dari kesempitan pada siang hari.
7) Allah mengetahui kedukaan hamba-Nya, mustahil Dia tidak mengetahui bagaimana untuk menghilangkannya. (Imam Al-Ghazali)
8) Suka dengan kisah lagenda Arab di bahagian Juzuk 29 - Sabar dengan Kebaikan dan Kejahatan. Tentang seorang lelaki yang terlalu rindukan isterinya. Lepas 20 tahun berkhidmat dengan tuannya. Dia pun mintak izin nak balik ke pangkuan isterinya. Sebelum itu tuan nya berpesan 3 nasihat: 1- Jangan ambil jalan pintas 2- Jangan sibuk berkenaan hal orang lain yang tidak bermanfaat. 3 - Jangan buat keputusan ketika marah.
Saksikan kesabaran lelaki tersebut sepanjang perjalanan pulangnya sambil dia ikut nasihat yang tuan dia pesan. Bagaimana dia peroleh ibrahnya.
"Al-Quran itu kaya, tidak akan fakir sesiapa yang mengejarnya."
Kerana Tuhan Mencintai Kita Sedalam Itu by Muzuza invites us to rediscover how deep is Allah’s love towards His servants through the verses of Qur'an. I love how it feels like this book is guiding me verse by verse across the whole 30 juz of the Qur'an, with reflections that feel intimate.
"Dia yang mencipta kedukaan, justeru Dia juga yang berkuasa menghapuskan dan melepaskan jiwa kita dari kedukaan itu."
I love its simple structure! Every chapter focuses on one verse, then followed by the author’s thoughts on how Allah cares for us in every single feeling that we've gone through such as fear, pain, lost and joy. I can even say that the author's approach is very thoughtful. Rather than diving into heavy discussions, the author chooses for a reflective style that encourages us to pause and digest the message, making the book practical and reachable regardless of a reader’s background.
"Sang pendosa sahaja diberikan harapan untuk kembali kepada Allah, apalah sangat kita yang sedang down dan merasa kosong ini; sedetik sahaja Allah boleh menghidupkan kembali perasaan kita; lalu dunia kembali terasa indah dan nyaman."
Reading this book, I found myself taking my time to really get the meaning behind the verses that I thought I knew well. There were also moments when the reflections discussed hit home, however these reminders are softly conveyed without being overly sentimental.
All in all, I believe this book has successfully accomplished its target. Throughout the journey, I feel seen, I feel loved, and at the same time I feel like I was gently brought back to Allah. If you're longing to reconnect with the Qur'an at the emotional level, I'd suggest this book to you at any time.
Ramadan sudah lalu, namun Tuhan Ramadan masih kekal di bulan-bulan yang lain. Kita sembah Ramadan, atau Tuhan Ramadan? Itulah pesanan yang sentiasa dititipkan oleh para asatizah. Amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadan, harus juga dikekalkan di bulan-bulan yang lain, contohnya ialah keakraban kita dengan al-Quran. Jika Ramadan membolehkan kita khatam al-Quran dan mentadabbur, maka bulan seterusnya juga kita mampu untuk berbuat demikian.
Inilah yang penulis cuba bawa kita, menghayati setiap makna dan pengajaran daripada al-Quran. Bermula daripada Juzuk 1 hingga Juzuk 30, penulis mengulas ayat-ayat yang terpilih untuk dihuraikan dengan lebih baik dan mendalam, di mana ayat itu bersesuaian dengan kondisi dan permasalahan ummah, dan lebih-lebih lagi apa yang kita perlukan iaitu panduan dan pedoman dalam hidup untuk kita meneruskan perjalanan hidup kita di dunia fana ini.
Ustaz banyak menyentuh mengenai kasih sayang Tuhan, tidak mudah berputus asa, kesabaran dalam menghadapi ujian hidup dan saya tertarik bagaimana penulis menyedarkan saya tentang apa yang dimaksudkan dengan rahmat Allah. Sifir kita manusia biasa, rahmat Allah itu bermaksud segala kesenangan yang kita kecapi, hakikatnya tidak kita ketahui bahawa kesusahan dan kesukaran hidup juga mnerupakan salah satu bentuk rahmat Allah. Bagaimana? Semuanya dikupas dengan baik di dalam buku kecil ini.
Sesuatu yang boleh saya hargai daripada pembacaan saya ialah ianya mengubah cara kita melihat ujian. Ujian itu bukan tanda Allah tidak sayang, bukan tanda Dia murka, ianya adalah jalan untuk kita kembali kepada Dia yang menciptakan kita, dan juga tanda kasih sayang Dia. Ingat kan hadis Nabi SAW? Apa-apa yang menimpa seorang Mukmin, adalah semuanya adalah kebaikan. (Boleh rujuk Riwayat Muslim: 2999)
Semoga kita sentiasa menemui jalan untuk kembali kepada-Nya, walau di titik mana kita berada, kerana Tuhan mencintai kita sedalam itu.