Buku ni banyak ditulis dalam bentuk point dan kebanyakkannya disusun mengikut abjad. Jadi agak memudahkan pembaca yang nak mencari makna barang yang dimimpikan. Kadang2 kita ni dah terbiasa dengan bacaan digital, mulalah nak tekan ctrl+F. Eh eh... 🤣
Tafsiran mimpi dalam buku ni datang dari dua sumber iaitu:
1. Dari ulamak Arab berdasarkan petunjuk dari Al-Quran atau hadis.
2. Dari masyarakat Melayu sendiri melalui petua dan pengalaman orang dulu2.
Masalah buku ni, tafsiran mimpi hanyalah dari sudut pandangan lelaki. Jadi saya yang gegirl ni macam jadi tertanya2 kalau gegirl yang mimpi, tafsiran mimpi akan sama dengan yang boboi atau berbeza?
Pastu, ada juga barang dan situasi mimpi yang saya nak cari tapi tidak ada dalam buku ni. Agak kurang lengkaplah la buku ni sebab mimpi tu kan pelbagai dan luas umpama lautan tapi bolehlah nak buat rujukan sementara.
Sekarang ni saya sudah didedahkan dengan jenis mimpi2 yang datang dari gangguan jin. Jadi ada la terdapat beberapa percanggahan tafsiran. Contohnya mimpi pasal ular. Masyarakat melayu menganggapnya ada kaitan dengan kehadiran jodoh. Tapi menurut perubatan Islam, mimpi ular bermaksud ada gangguan jin. Jadi, yang mana satu yang betul? Wallahuaklam.