Jump to ratings and reviews
Rate this book

Buat Ayah yang Dirindui

Rate this book
“Saya ni teruk sangat ke sampai ayah tak nak pandang saya?”

***

Setiap hari, Ifwat cuma mahu lakukan yang terbaik untuk mengambil hati ayahnya. Belajar rajin-rajin, dengar cakap orang tua, tidak tinggal solat – tetapi sayang, ayah Ifwat tidak pernah nampak semua itu.

Ayahnya pula semakin terkesan mendengar kata-kata orang kampung yang mengutuk Ifwat. Sampaikan hobi menjahit Ifwat dan perlakuannya yang semula jadi lembut pun dipandang serong.

“Kau ni tak habis-habis malukan aku.”

Kecewa dan patah hati, Ifwat membawa diri. Padanya, kalau tiada siapa yang menyayangi, lebih baik dia pergi.

Pada saat hidup Ifwat bersinar semula, ayahnya muncul dengan seribu satu penyesalan; merayu supaya dia pulang. Hati Ifwat berkecamuk. “Kenapa baru sekarang cari Ifwat?”

Walaupun masa lalu tidak dapat diubah, masih adakah ruang untuk Ifwat dan ayahnya membuka lembaran baru — meski luka lama masih belum sembuh?

416 pages, Paperback

First published September 25, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Damien Yong

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (61%)
4 stars
18 (23%)
3 stars
11 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for fæ.
19 reviews
December 27, 2025
Guys, please prepare tisu. This book will make you cry like crazy 😩 Memang akan buat korang banjir. I repeat, BANJIR!

This book is about Ifwat, who was born with soft personality dan dia sangat pandai menjahit (I even made a research about sulam cabut hehehe). Due to that, dia dihina oleh orang kampung sejak kecil sampai kata-kata tu sebati dalam diri. Satu-satunya sumber kekuatan dia hanyalah Nek Hanum. But Allah only lent her for a while. Nek Hanum pergi menghadap Ilahi, and that was the beginning of his loneliness. Ayah Ifwat, Usman, tak pernah terima perwatakan lembut anaknya. Ifwat selalu kena marah and dilayan tidak adil berbanding kakak dan abang-abangnya. Padahal Usman tu imam. Tapi senang betul termakan hasutan orang kampung. And jangan buat I mula pasal Pak Cik Musa 😤 … mulut dia memang taraf Pak Cik Bawang Economy Class. Geram ehhhh!

Lepas Nek Hanum pergi, Ifwat makin pendiam. Hinggalah satu hari, dia dihalau oleh ayah sendiri. I was burning with rage with Norman ! Dua kali anak dia buat hal, dua kali Ifwat dipersalahkan. That was the breaking point, when Ifwat tekad tinggalkan kampung dan berhijrah ke KL. Mujur ada Naim. Naim yang bantu Ifwat bangkit and bina kehidupan baru. As usual, manusia akan terus menghakimi hubungan rapat mereka, tapi Naim tidak ambil peduli. He said “Stop being judgmental. This is our life. Pandangan diorang tak menentukan perjalanan kita.”

Fast forward 9 years, dengan penuh sesalan, Usman kembali mencari Ifwat ketika kerjaya Ifwat sedang memuncak. I nangis baca part Usman duduk depan butik lepas kena halau dengan isteri Norman and guess what? Norman did nothing urgghh. But maybe that’s a blessing in disguise. Ifwat ikut ayah dia balik kampung. Dari situ bermula detik-detik bahagia antara si ayah dan si anak.

And I feel you, Ifwat. It's not about dendam. It’s a wound that’s hard to heal.
Luka dibuang keluarga bukan parut yang kita boleh padam dengan mudah. Tapi keikhlasan si ayah yang ingin meraih kemaafan dari si anak akhirnya melembutkan hati si anak. Impian besar si ayah hanyalah untuk Ifwat berada di sisi hingga nafas terakhir, tetapi takdir berkata lain. Still, at least I’m glad,they manage to fix everything before it's getting late.

This book is honestly a masterpiece 🥹
Isu kekeluargaan yang jarang diketengahkan, lebih-lebih lagi tentang anak lelaki berperwatakan lembut. Cuma satu, part Alang dan Naim kurang diberikan ruang. I wanted more depth. But overall, its storyline is beautifully written.

To those with soft personalities,
This book will speak to you.
It reminds you that being someone with a soft character is not a flaw, and you are stronger than people think for surviving society’s stigma. ❤️
Profile Image for Mslvoe.
2,295 reviews240 followers
March 7, 2026
F really wish ada kifarah for Norman. Seriously melampau perangai dia. Macam tu ke sikap seorang tentera yang kononnya ada disiplin? Curang masa masih ada wife plus 2 kids.

Lepas dapat bini baru, perangai makin teruk. Anak pun kecil² dah pandai menipu. Siap halau bapa mentua macam pengemis. Ishh… geram betul. F kept waiting for some kind of karma or consequences for them tapi tak ada pula.

Apa yang jadi pada Usman sebenarnya rasa macam flashback kepada apa yang dia pernah buat pada Ifwat. Dia sendiri pernah halau anak tu tanpa bagi peluang untuk defend diri. Sedih giler!

Part paling menyedihkan for me is Ifwat's loneliness. Satu²nya orang yang percaya dan sayang dia cuma arwah nenek. Even mak sendiri boleh berpaling muka bila Ifwat dituduh, dipukul oleh anak sulung dan suami sendiri.

And Hadi dengan Alang pun sama… macam tak ada pembalasan langsung. Hadi pergi masjid tapi mulut macam jamban. Pak Musa pun lebih kurang. Buat F geram betul.

Usman as Ifwat's father pun buat F sakit hati. Dia imam surau tapi lebih percaya cakap orang kampung daripada anak sendiri. Ifwat diherdik, diperlekehkan, dihalau macam kucing kurap.

Yes… F cried a few times reading this.
Menangis masa Ifwat dihalau.
Menangis masa nenek dia meninggal.
Dan paling terasa bila Usman akhirnya sedar kesilapan dia.

That last hug from Usman… somehow buat F lupa semua keburukan yang dia pernah buat pada Ifwat. It was painful but also heal the pains.

Honestly… F still need karma for Norman. I'm still mad at him! 😤
Profile Image for Aira Zira.
210 reviews4 followers
December 20, 2025
Rate : 4.8⭐️

Menjadi anak yg baik sememangnya harapan ibu bapa. Tapi, sejauh mana ibu bapa yg baik menjadi contoh kepada anak-anak?

Sangat emosi dgn sikap bapa Ifwat dalam cerita ni. Ditambah rasa dgn orang sekeliling yg menjadi punca kemarahan si bapa. Hanya disebabkan Ifwat ni tak macam adik beradiknya yg lain termasuklah dia sedikit lembut, ayahnya sering bersikap dingin. Semua yg Ifwat buat nampak salah.

Pada Nenek Hanum, Ifwat dikasihi dan disayangi. Buat saya sendiri rindu pada arwah nenek. Malah kat sekolah pun Ifwat dikhianati. Tapi Ifwat ni bagus, berpendirian dan nekad. Dia teruskan minat sehingga berjaya demi buktikan kejayaannya. Pesanan nenek sentiasa diingati.

Apa yg dilalui Ifwat seakan saya sendiri ditempatnya. Segala emosi marah, geram dan sedih terasa. Keluarga sendiri mencemuh malah tak percaya pada dia. Untung masih ada manusia yg baik seperti Naim sebagai sahabat. Penulis memang berjaya sampaikan cerita yg menjentik jiwa.

Peliharalah keluarga kita sebaik atau seburuk apa pun. Kalau hidup lebih mengutamakan mulut orang luar berbanding keluarga sendiri, lebih baik mengaji balik. Teguran buat kita sebagai anak dan ibu bapa. Semoga bermanfaat.
Profile Image for N.A.N.A.
223 reviews6 followers
November 23, 2025
Ambik masa 2 jam je baca buku ni. Allah sedih betul baca novel ni. Tisu tak yah kira la banyak tisu terbuang 😭. Awal2 bab tu rasa geram je dgn norman, pak usman dan paling annoying pakcik musa 🙄 mampus je la org tua ni drpd hidup menyusahkan org. Bab tengah tu yg mula rasa sedih sampai la bab terakhir. Tapi aku tahu pengakhiran norman walaupun penulis tak bagitau kesudahan apa yg jadi pada norman. Hihihi.

Really recommend siapa yg suka novel kekeluargaan dan sad ending
Profile Image for americanobam.
107 reviews1 follower
November 8, 2025
SEDIH SANGAT 😭 BEST !
[ FAMILY VALUE, ABUSE, BETRAY ? ]

pernah baca buku macam ni tapi tak nangis pun even tho sedih BUT buku ni memang buat saya nangis ! 😭 Ifwat sangatlah matured, penyabar semua yang baik baiklah ! Berat jugak buku ni sebab sentuh semua lah 😞 JAHAT YA SEMUA ORANG BUAT MACAM TU ISH adik beradik pun tah pape selalu lookdown dekat dia just sebab dia lembut ? penjahit ? 🤨 BRUH AND NAIMM MASHAALLAH BAIK SANGAT glad they found each other 🥹 how dia fix his relationship dgn family tu bagus sangat ! asyik nak terkeluar je air mata ni 🤍 literally i bring this book everywhere ! sanggup ya baca even around hectic week 🙃

LEMBUT ≠ G*y SO STOP ASSUME SOMEONE BASED ON THAT

not someone yang suka citer sedih but this one i suka sangat and plan nak explore lagi buku sedih macam ni (thanks author seriously thankyou) sebab bukak my eyes on something i never knew i needed 😭 feel like missing a lot sebab before this tak suka buku sedih sedih 😞
♾️/5 ⭐️ please beli and baca !

i just realised yang author tulis buku ni after many many years and just wanna say u did a good job 👏 fly high ! tbh curious dgn story Naim + he is such a sweet man so nak tahu his story juga hehe saja bodek
Profile Image for Limau Nipis.
676 reviews26 followers
June 5, 2026
Dalam masa 2 jam lebih, buku ini dibaca dari muka ke muka.

Buku ini umpama drama RTM yang bertemakan kekeluargaan. Banyak pengajaran dan kisah-kisah yang perlu dihayati untuk watak utama, Ifwat.

Saya boleh nyatakan buku ini tidak meleret, malahan memang fokus kepada Ifwat dari mula hingga akhir. Tidak ada kisah-kisah sideline tentang watak tambahan, malahan penceritaannya cepat dan tepat.

Tidak ada sebarang revenge comeback kepada watak-watak antagonis di dalam buku ini. Pendek kata, buku ini memang sebetulnya kisah secebis kehidupan (yang sebetulnya di alam nyata).

Cuma bab-bab keluarga ini memang akan banyak menitikkan air mata terutamanya untuk Ifwat. Aku membaca dengan tisu di tangan, kerana terlalu banyak adegan sedih ketika Ifwat membesar.
Profile Image for Izzah Berhan.
103 reviews5 followers
April 14, 2026
3.5 ✨️

Kisah anak dan ayah yang ekstrem emosinya.

Marah dan sedih.

Memaafkan.

Penyesalan.

Penyatuan.

Dan lumrah dunia, bukan semua kejahatan di dunia dibalas di dunia juga.

Dan, ada kesalahan di dunia diberi kesempatan untuk menyesal lalu memperoleh kemaafan lalu menyatukan kembali silaturrahim dan kasih sayang.

Rahmat Tuhan.
Profile Image for Mizal Rizal.
7 reviews
February 26, 2026
Penulis: Damien Yong
Tahun Terbitan: September 2025
Penerbit: Rumaa Books

"Jika kita ada kelainan, adakah kita akan diterima?"

Ifwat seorang remaja lelaki yang berperwatakan lembut dan mempunyai kecenderungan meminati aktiviti wanita iaitu menjahit.

Di rumah, abang-abang Ifwat sering memperlekeh dan menyindir Ifwat kerana jarang membantu mengerjakan kerja-kerja berat. Ayahnya sangat bertegas terhadap Ifwat agar Ifwat menjadi lebih keras seperti lelaki. Abang-abang Ifwat sering dijadikan perbandingan bersama Ifwat, abangnya menjadi tentera dan menjadi kebanggaan ayah mereka. Anak-anak "keras" menjadi anak emas, Ifwat pula sering diabaikan, tidak diendahkan.

Dalam masyarakat kampung pula, Ifwat sering dimomokkan dan menjadi bualan orang ramai. Stigma paling berat yang dihadapi oleh Ifwat apabila berhadapan dengan mereka adalah lelaki lembut hanya mampu menzahirkan perasaan cinta dengan sesama jenis. Termakan dengan hasutan mulut tiada lesen masyarakat sekitar, Usman (ayah Ifwat) yang pada asalnya bersikap tegas untuk mendidik Ifwat agar tidak menjadi lelaki lembut bertukar menjadi tempat pelempiasan amarah yang tidak berkesudahan. Semua yang tidak dilaksanakan Ifwat, semua serba tidak kena di mata Usman.

Di sekolah pula, Ifwat memang menjadi mangsa ejekan utama pelajar lelaki. Mereka sering membuli Ifwat sehingga Ifwat tertipu dengan helah kejam mereka. Buli sehingga melibatkan maruah sekeluarga Ifwat tercalar. Akibat daripada kes buli yang melangkaui batas fikir seorang berperikemanusiaan, Ifwat dirotan oleh Usman. Rotan yang sepatutnya dengan niat memberi pelajaran telah hilang, hanya kemarahan disimbah hasutan setan menghantui Usman.

Kemuncak cerita ini apabila berlakunya satu insiden di bilik Ifwat, tanpa usul periksa dan sukar menerima penjelasan, Ifwat dihalau keluar daripada rumah dan tidak lagi dianggap keluarga. Mujur Ifwat mempunyai sahabat baik, Naim. Naim telah banyak membantu Ifwat selepas Ifwat dibuang keluarga. Naim jugalah yang menjadi punca Ifwat berjaya dalam dunia jahitan.

Tahun berganti tahun, nama Ifwat mula dikenali ramai. Tempahan jahitan semakin bertambah. Tiba-tiba seorang dari ahli keluarga mencari Ifwat semula.

Setelah bertahun baru mereka mencari Ifwat, mampukah Ifwat menerima kehadiran ahli keluarga tersebut? Mampukah sebuah luka paling dalam diubati? Mengapa Ifwat dicari semula selepas dibuang bertahun lamanya?

Kena cari tahu pasal ni dengan baca novel Buat Ayah Yang Dirindui.

Sebuah novel pertama yang saya mampu habiskan dalam tempoh sehari sahaja. Itulah gambaran betapa seronoknya saya membaca karya ini. Selain itu, ini juga novel kedua yang berjaya menumpahkan air mata. Banyak novel sedih yang telah saya baca, banyak yang sebak tapi novel ini sehingga air mata tumpah? Memang perit!

Buat ibu dan ayah, cubalah selami novel ini. Anda mungkin akan belajar untuk memahami dunia anak anda. Buat anak-anak sila baca novel ini, bukan untuk mencari buruk watak utama, namun belajar untuk memahami situasi dan faham ajaran agama.
Profile Image for Kamilia.
73 reviews1 follower
October 27, 2025
Buat Ayah Yang Dirindui - Damien Yong 📚
Rating - 3.8/5 🌟

Okay this is my opinion👌🏻
Buku ni nak kata light reading tu tak sangat, nak kata berat sangat tu pun tak juga. Tapi ada la pengajaran yang baik untuk kita contohi.. cerita dia fast pace juga.

Perjalanan hidup Ifwat for me adalah contoh bagaimana lelaki yg character dia lembut dilayan dalam masyarakat sekarang. Mungkin tak semua dilayan mcm tu tapi masih ada.

Dalam buku ni Ifwat boleh kata sangat bersabar dengan orang sekeliling dia. Even keluarga dia treat dia mcm org asing, tp tetap la Ifwat bersabar.

Nasib baik ada Nenek dan Naim yang banyak tolong Ifwat. Dua ni adalah yg paling supportive. Suria pun baik.

Paling menyampah dengan Norman and Ayah dia. Ayah dia punya pilih kasih memang geramm je baca. Tak boleh nak terima hakikat yang anak dia berjiwa ‘lembut’ tak mcm abg2 dia.

Cuma kat sini penulis tak cerita sangat pasal dua org abg ifwat dan Alang. And keseluruhan story dia adalah sad ending.
Profile Image for Nbìll.
4 reviews
June 28, 2026
I feel exhausterwhelmulated reading this book. It just fast paced book.

It a good story line. I adore that actually. And a lot, a lot of gut wrenching scene. Its just THAT sad. Serious.

But i feel like if Mr. Damien Yong would be more in depth about protagonist inner world that would be perfect and better actually.

Emotional delivery was top notch. The phrases was suit well. I can feel how ifwat felt that moment. The moment his parent didn't trust him in anything ohmy. Worst feeling at all istg. I was bawling my eyes out reading this..

The saddest part was aku literally takboleh nk advice ifwat "alah after all tu bapak kau kot? Maafkanjela dia" after everything he's been through.

If I were him, i would hang myself instead of speak the truth.
Profile Image for putriarisa._.
31 reviews3 followers
January 25, 2026
Naskhah kali ini agak menyayat hati. Kita tumpang sedih, sakit hati, geram. Macam-macamlah! Watak Ifwat memang menonjol dengan baik. Dia pun bukan jenis diam, tapi membalas apa yang orang beri pada dia.

Awalnya nak beri 5 bintang penuh tapi, ending dia bagi kita agak laju dan mengejut. Ada beberapa watak yang kurang menonjol seperti dua adik beradik Ifwat yang lain. Mungkin boleh jadikan Norman, Suria & Ifwat saja, baki dua kut tak perlu kita rasa.

Watak Usman memang kita geram dari awal sampai akhir. Sebelum atau selepas ‘penyesalan’, Ifwat dah cukup baik untuk dia. Ego seorang ayah masih ada dengan Usman sampai ke hujung nyawa, yang mana agak kurang adil untuk Ifwat.
Profile Image for Chelsea_Yoshi.
91 reviews2 followers
January 24, 2026
4.5 star! I cried so much.. honestly remind me of my own village. it tough when everyone care so much especially in a small village with their mindset 'suka jaga tepi kain orang' for their own entertainment. I know my parents also have this mentality of caring what other think of our family so much which cost us our happiness and mental health.

It was sad to think that Ifwat's brothers doesn't have any character development after making Ifwat suffering but I guess that what make it real.. some people don't change no matter what.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for mimi.
63 reviews4 followers
February 20, 2026
Plot nya boleh diagak, but I still enjoyed it! There were a lot of memorable quotes in this book 🥺

Jadi Ifwat tu tak mudah, because he got rejected many times by his dad. And as a reader, many times, I sendiri rasa geram juga and fikir yang I would not accept the dad if he came to me and begged. Tapi bila sampai scene tu, kita sendiri pun rasa tak sampai hati juga.

Endingnya bittersweet. But I’m glad that everything got resolved, and their hearts are at ease in the end 🥹
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aisyah Athirah.
5 reviews
February 18, 2026
Mood memang nak baca cerita sedih. Aku letak harapan tinggi sikit untuk buku ni. Berharap endingnya lebih baik. Tapi tak apa. Dan aku lebih suka sekiranya menggunakan "kau dan aku" instead of "saya dan awak". Tapi author memang nak bagi kita nampak watak utama lembut macam mana. Maaf sekiranya terkurang bahasa, kasar dan salah silap..
Profile Image for Zaidah Z.
8 reviews
Read
October 19, 2025
Penulisan yang kadang kala nampak matang tapi jalan cerita nampak masih muda.
Profile Image for Intan Safirah.
21 reviews2 followers
December 12, 2025
Agak sedih. Bacaan yang bagus untuk mendalami kasih sayang seorang anak yang tulus. :'(
Profile Image for Siti Najihah Hussin.
178 reviews2 followers
January 24, 2026
My heart broke into a million pieces while reading this. I already expected this, but it still shattered so hard I couldn’t breathe.

I miss you, Ayah. I always will.
8 reviews
June 25, 2026
Ingatkan baca kisah orang rupanya macam baca kisah sendiri je. Full air mata bila baca novel ni.....sangat recommend
Profile Image for Adm jr.
20 reviews
January 27, 2026
Buku ini btl2 buat aku sebak, i even cried when reading this 😭. Part mana yang paling sedih? Baca sendiri, and you’ll know.

Buku ini mengajar aku to always learn to forgiving and give chances to the people that we love, wlaupun mayber drg pernah melukai hati kita. Crita ni juga mengingatkan aku supaya tidak terlalu mudah terpengaruh dan percaya dengan kata2 kutukan orang lain terhadap org yg kita sayang tu. Sebaliknya, we should defend them and listen to their story in their perspective first.

buku ini juga membuka mata aku tentang betapa pentingnya menghargai dan menikmati setiap detik kebahagiaan bersama keluarga. Selagi Tuhan masih memberi peluang utk bersama, jgn sesekali kita ambil masa itu sebagai sesuatu yg remeh.

11/10 stars from me⭐️⭐️⭐️
Displaying 1 - 22 of 22 reviews