“Love at first sight is overrated.” – Salwa Sulaiman “I don’t believe in it either, up until now.” – Ahmad Dean
Pertemuan dengan lelaki asing bernama Dean di KLIA tidak pernah diduga Salwa. Baginya, ia cuma gurauan manis yang akan mengiringi perpisahan mereka di terminal itu. Tetapi bagi Dean, ia adalah satu permulaan.
Dean, pelajar perubatan pergigian di United Kingdom, hidup bebas berpaksikan hiburan. Salwa pula, pelajar kejuruteraan di New Zealand, berpegang teguh pada adab dan batas pergaulan. Perbezaan landasan hidup itu memaksa Dean akur dengan syarat Salwa; hanya berhubung melalui e-mel.
Jarak ribuan batu dan perbezaan waktu memisahkan mereka. Melalui peti merah hati, inbox e-mel yang menyimpan debar, doa dan rahsia, mereka belajar mengenal satu sama lain.
Namun percintaan jarak jauh itu tidak semudah kata. Dean dihantui masa lalu, sementara Salwa bergelut dengan dugaan hidup di perantauan.
“Boleh awak tunggu saya?” – Salwa Sulaiman “Ambillah masa sebanyak mana, Salwa. I akan tunggu you.” – Ahmad Dean
Mampukah Dean membuktikan ketulusan cintanya?Dan sanggupkah Salwa mempertaruhkan hati kepada lelaki yang baru dikenalinya itu?
*** NAJWA ZAKIR hadir dengan sentuhan sulung yang segar. Manis tapi ada getirnya, itulah rasa yang dibawa dalam setiap helaian Peti Merah Hati. –Ardhi W, Editor
Saya harap semua orang rasa wholesome lepas baca buku ni, sama macam saya rasa lepas jumpa perkataan tamat.
Tah lah hidup terasa begitu single hahahaha, kalau tanya saya momen yang paling saya suka, paling suka part hujung sebab saya rasa momen penyatuan dua jiwa tu jarang kita fokuskan, momen tu penting tauuu untuk semua gegurls 😆
Untuk pembaca saya, terima kasih dan semoga bertemu lagi 🫡 jika ada sebarang komen atau cadangan, saya buka dm atau email yang tertera di kulit buku Peti Merah Hati seluasnya!
~~~~~~~~~~~~~
Panjang juga perkara yang saya nak letak dekat sini, mungkin ada masa saya tulis. Tapi, sudilah beri peluang untuk baca buku ni, bedah sehabis baik, dan sematkan dalam hati kisah antara Salwa dan Dean.
Kalau awak suka fluffy romance, classic ways of love, friendship, and family stories, this book is for you.
p/s: berair lah mata tengok buku dah masuk Goodreads haha, selama ni saya tulis review untuk buku lain tapi lepas ni orang lain pula tulis review buku saya :) mungkin akan hilang dari GR sebulan dua haha.
Sepanjang F baca… F dok tersengih², mengetap bibir macam orang angau. Love love islamic romance and this one really hits different.
Salwa tu… Ya Allah, mahalnya dia. Her dignity, her softness, her boundaries... everything about her feels classy. And Dean pulak overfriendly betul masa first jumpa Salwa kat airport… but in a cute way la, F tak rasa cringe.
Diorang bukan jenis couple yang bercinta.. diaorang start dengan kenal diri masing² thru email. Yes, just emailing each other.
And the contrast tu kelakar giler... sorang sounds proper and skema.. of course la si Salwa, sorang pulak playful and suka mengusik. Arrgghhh cute sangat! Their taaruf journey memang special.
And honestly… it reminded F of the old days jugak. Before WhatsApp existed, F pun ber-email dengan husband bertahun². Nostalgic wehh.
Part Salwa bagi nombor phone tapi rupanya nombor ayah dia, Dean terperanjat. Tak sangka niat dia nak tackle Salwa berubah completely lepas google meet dengan ayah Salwa. Ayah dia ajar Dean baca Al-Quran and Dean perlahan² berubah. Dari suka enjoy Dean jadi someone yang nak perbaiki diri. Even Zul yang alim tu pun stunned tengok transformation Dean.
Ada selit conflict pasal orang dengki sampai hantar gambar² lama Dean berpelukan dekat parents dia. Dean relax je.. dia tahu dia jahil. F suka cara dia handle situation.
The best thing is… both families are so supportive. Tak marah², tak menjatuhkan, semua jenis lembut bila menasihat.
Honestly, F tak puas baca kisah lepas kahwin. Sweet sangat kehidupan diorang. F wish ada extra chapters just to soak in their sweetness.
Congrats penulis for your first debut. You boleh jadi penulis romcom yang cute and heartwarming. You really nailed the cuteness!
Novel ni aku tak tau la nk bagitau mcm mana sbb ianya terlalu best bagi aku. Kisah mereka bukan biasa2 tapi unik dan luar biasa. Salwa ni bijak tau. Jual mahal kat mat dean. Comel tau salwa dan dean ni. Taaruf pun melalui pakcik man aka abah salwa dan email. Bagi org skrg mungkin cara ni old school, kuno. Tapi bagi aku ianya taaruf yg diajarkan dlm islam 😊 utk elakkan benda tak sepatutnya jadi. Aku suka semua part dlm novel ni. Lagi2 bila konflik masing2 dtg dan dpt diselesaikan dgn cepat. Paling aku terkesan bila Dean sanggup buat apa je utk Salwa bila Salwa ditimpa musibah. Banyak pengajaran dan ilmu baru yg aku belajar hari ni. Butterfly hug therapy salah satunya yg Dean ajar pada Salwa 🙂
Rating: 4.2 ⭐ Trope: Love at First Sight/Strangers to Lovers/LDR/Email Romance/ etc...
My thoughts 💭 (my opinion)
First of all tahniah kepada penulis untuk kelahiran buku pertama ini! Apa yang saya boleh cakap karya ini ditulis dengan baik sekali. Ditambah lagi dengan jalan cerita yang simple tapi menarik, dan karakter yang matang makin menaikkan seri buku ini.😻
Mari kita kupas sikit pasal buku ini, pertama kita nak cakap sikit pasal karakter ML! Ya Allah kenapa Mat Dean ni bendera hijau seluas hutan amazon?!😭 Walaupun karakter Dean pada mulanya agak nakal² sikit tapi semua berubah bila dia jumpa dengan Salwa! Salwa telah mengubah Dean untuk jadi seorang lelaki yang kembali taat pada ajaran agama. 🤍
Tentang watak FL iaitu Salwa pula dia digambarkan sebagai seorang yang manja (maklumlah anak bongsu) tapi seorang yang sangat menjaga kehormatan diri sebagai wanita muslim. Ibu bapa Salwa juga sangat menjaga akhlak anak²nya. Tak hairanlah kalau Dean boleh jatuh suka dengan Salwa sewaktu pertama kali jumpa dekat lapangan terbang. 🤭
Plot cerita ringan, secara ringkasnya pasal Dean dan Salwa yang yang cuba berkenalan sesama sendiri melalui email demi menjaga hati masing². Sepanjang proses taaruf dorang sangat comel 😭 tengok cover banyak pink² kan? Ha macam tu jugalah cerita ni 🥺 Saya suka baca email dorang! Walaupun nampak serius, tapi kadang² manis je dibaca. 🤭 Terus tiba² saya rasa nak main email² dengan orang lain. 🤣
Konflik cerita tak berat sangat, saya takde nak komen apa² sangat pasal konflik sebab buku ni dah penuh dengan kemanisan. 🫂 Penulisan penulis pula sedap dibaca, makin syok lah saya membaca hehehe.🤭 Kesimpulannya, cerita ni sangat manis dan matang. Sesuai untuk bacaan ringan. Highly Recommended ✨
Buku ni banyak sangat pinkkk! Why? Sebab manisss dan blushing(yeke pink,patut merahkan?)🤭 Berbalas email pun comel. Kuno pun kuno lah janji perasaan terkawal. Cinta pandang pertama kat airport? Ye ye je kan si Dean ni? Katanya sebab bahasa isyarat.🤭 Comel.
Dean ni kelakar. Dia yg approached, dia balik terjerat. Mana taknya. Nak call si pujaan hati sekali yg angkat sungguh laa🤣. Mulalah episod perubahan yg tak disangka. Salwa yg tak pernah bercinta tak tahu nak reaksi macam mana bila Dean luah perasaan. Tapi peribadi dan usaha Dean tu yg memikat hati.
Hubungan jarak jauh hanya melalui email. Boleh berjaya ke? Sorang di New Zealand, sorang di Scotland. Masing2 ada urusan perlu diselesaikan. Paling sweet yg Dean terbang ke NZ sebab risaukan Salwa. Berterbangan rama-rama kome. Mana taknya, kita pun boleh rasa rindu dorang ni yg dok balas2 email je.
Saya suka cerita ni sebab kelainan hubungan ni tercetus melalui ibu bapa si Salwa. Tak ada pula berdating,bergayut 24jam. Batas dalam bergaul dan teguran2 dari sahabat mereka tu sgt meaningful. Depa berjauhan pun still boleh bagi kita tersengih2.
Tak puas sebenarnya kalau kenangkan Dean dgn Salwa punya manis ni. Tapi cukup untuk memberi sesuatu buat kita. Dalam hubungan, komunikasi nombor 1. Baru boleh sama-sama seiring melengkapi. Pi lah cari jodoh dekat airport! ✈️ Selamat membaca!
actually aku agak picky nak rate tinggi untuk novel debut but this one is exceptional sebab comel gila storyline dia?? writing pun sedap baca. plot dan jalan ceritanya yang fast paced buat aku hooked dari awal sampai habis. cerita ni simple je, typical stranger to lover punya trope tapiii yang uniknya mc dedua ldr dan hanya berhubung melalui email without meeting and chatting thru the phone
aku suka cara dean yang sangat tertib, menghormati salwa dan ikhlas nak berkenalan melalui orang ketiga iaitu abah salwa. it was a very classic way love style dan definisi nak menjaga hati masing masing dan tanpa sedar kepercayaan tu dah clicked to each other
watak dean dan salwa sangatlah matang dalam perhubungan fasa kenal hati budi, bijaksana pulak tu dedua study kat luar negara, paling lerve tak cringe langsung chemistry diorang.
dean ni even dia jenis yang mulut manis, tapi dia pandai jaga hati salwa, sentiasa hormatkan salwa sebagai wanita yang dah terdidik elok oleh mak ayah dia. cara dia tunjukkan rasa cinta dan sayang kat salwa tu haihh gentleman teruk nok mamat ni. even salwa blushing pun, aku ikut blushing sama hahah boleh nampak la salwa ni manja orangnya tapi dia jenis yang behave
love love loveee this story so much. aku tak expect akan suka gila gila buku ni sebab first time tengok cover reveal cuma tertarik dengan cover dan blurb. tau tau terus beli and sumpah tak menyesal. this book such a comfort read for me. kalau tengah reading slump maybe buku ini ubatnya haha
personal rate — 4.5/5🌟 trope(s) — stranger to lover, love at first sight, opposites attracts, LDR overseas student, dental x engineering students, slowburn islamic romance, green flag couple, red string theory
the charm of this book ofcourse pembawakan cerita yang sangat matang dari segi watak dan plot. how author delivered the beauty of taaruf and the role of wali in Islam very impressive and beautiful🥹 juga the message of nak menuju ke alam perkahwinan itu besar tanggungjawabnya. I finally understand why this book got a lot of good feedbacks, Salwa and Dean story deserves more love i must say
plot — cerita bermula dari pengenalan mereka di KLIA, saat masing2 ingin berangkat ke tempat mereka belajar semula. Dean di Glasgow manakala Salwa di Auckland. Dari situ, Dean jatuh hati dengan keperibadian Salwa dan dia tak lepaskan peluang untuk dapatkan nombor Salwa. It turns out itu nombor Encik Sulaiman, ayah Salwa. Pada mulanya, Dean hanya cuba menghormati ayah kepada perempuan yang dah mula menambat hatinya, but by times goes by, Dean sendiri ikhlas belajar agama dengan ayah Salwa dan perlahan-lahan perbaiki diri. Bukan mudah perjalanan Dean mencari hidayahNya saat masa lalu turut mengejarnya kembali.
Comel sangat diorang berinteraksi hanya menggunakan emel! very the strong soldier diorang ni hshshhs such a GOOD AND HEARTFELT READ I LOVE IT SO MUCH indeed one of my best read this year🫶🏻 it was well written, every single scenes actually helping the character development and plot movement. we got to see the glimpse of how overseas student hidup dan belajar, saya sukakan isu housemates Salwa tu, dari scene ni, boleh nampak the impact in Salwa dan Dean's relationship. juga it showed the strength that Salwa has. too many values take here buat saya rasa comfort betul baca buku ni. it somehow gave me the same feeling when i read JS books YIHH SUKAAA
im not into insta love, but this one is okay to me. mula2 tu saya agak skeptikal awat Dean ni mengayat dengan yakinnya lepas tu Salwa ni pulak mudah sangat ikut Dean padahal stranger, dekat aiport pulak tu kinda tak logik sebenarnya. after knowing the backstory sikap Dean yang dulu, i understand datang mana personaliti kasanova dia tu🤣
Salwa - i adore her principles so much. Saya suka author potray Salwa as a woman with great personalities di mana bukan sembarangan lelaki boleh dekati dia. A woman with value and worth. betapa dia menjaga diri, hati dan ikhtilat. no wonder Dean boleh suka dia sangat. Keperibadian dan kematangan Salwa sendiri boleh buat orang sekeliling pon rasa senang. dah la pandai, hormat orang tua, pemaaf pulak tu. comel sangat Salwa ni tauu, sikap pemalu dia pun sangat bagus. she really screams wanita Melayu terakhir😔✊🏻 her jodoh with Dr Farhah tu makkk SAYA JERIT YA HAHAHA COMEL JE
Ahmad Dean - perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik and vice versa. Dean proved that you can be better and the best man for her if you really want her. maap shakap Dean badboy era lowkey hot... HAHAHA suka Dean hormat Salwa dari segala segi and the constant reassurance he gave to her. "Tunggu I, Salwa" indeed his trademark🤣✊🏻 isu masa lalu Dean juga perkara yang sering berlaku antara anak muda jadi saya suka isu ni diketengahkan jugak. penyeselaian pon tak meleret which is good enough. cuma part mulut manis Dean ni kadang buat saya cringe sikit bila dia mula guna nickname out of nowhere tapi takpe takde ganggu jalan cerita
saya sukakan jugak how healthy and green both family! their friends tooo especially Zul masyaAllah😞💗 for me saya sedikit particular dengan conversation antara lelaki sbb bila penulis perempuan yang buat kebanyakannya akan ada juga suara penulis dalam dialog diorang tapi yang ini realistic dan okay baca. Tak rasa cringe pon good job penulis!
also talking about their love language and how they keep give and take towards each other, the gift barter system? SUMPAH SUKA!! bila partner gave back the same energy ni siapa je tak cair😭🤏🏻 selalu kita baca lelaki je memberi dan perempuan sentiasa menerima, tapi saya suka bila Salwa turut memainkan peranan penting dalam hubungan diorang. the flower coding tu the level of romantic is untouchable sis😔 Dean with his act of service sebab sanggup terbang jauh demi Salwa, the quality time sebab sentiasa hargai masa yang spend dengan Salwa sampai nak balik pun tak sanggup ya, the gift giving when they were outing together and those parcel post, the classic books gifts WARGHHHH the words lf affirmation?? his emails SAYS A LOTTTT ishh nak senaraikan semua karang orang tak baca buku ni pulak😞
bila sampai di epilog II, crazy how takdir works, if it's meant to be, it will be🥹 and actually before baca tu pon saya dah berharap for that kind of scene sebab before tu kan dah tahu Dean ni satu sekolah dengan tempat ayah Salwa mengajar so saya serius mengharapkan scene flashback yang mereka boleh ingat. LERVEE SANGAT THANKYOU FOR THAT EPILOG lagi buat Salwa and Dean really match made from heaven. kalau dah namanya jodoh🥹🫶🏻
i pray for this kind of experience attack me and my dua' to get my own Mat Dean, tapi kena jadi perempuan macam Salwa dulu la kan😔☝🏻 last but not least congrats penulis sebab berjaya sampaikan cerita ni dengan sangat indah dan baik. petition for the continuation of Afiq-Hana, macam cute je diorang ni nak tahu apa jadi between them🤣
Buku ni sumpaaah soooooo cute gils!! Dari page satu sampai habis tu, senyummm jee. Penat pipi i tauuu 😭💖. Dua ketul insan ni comel gilaaa !! 😩
Let's begin with part Dean call nombor ayah Salwa tu. Omooo !! i berdekah gelak. Pandai eh Salwa! Really lurve Salwa’s vibe; tegaasss, berprinsip and pandai jaga diri. Bukan senang nak tahan diri dari emotional attachment with someone she loves, but they did it so beautifullyyy 🥺✨ Just imagine, diorang communicate through email je? Anything just straight to the point and terus tahu hala tuju hubungan. Soalan pun aaaa comel !! 😭💘 I suka how mature their relationship is 💗 They respect each other's privacy and no rushing. Just trust + doa + effort. Kat mana ek nak import sorang Ahmad Dean irl???
Ohhhh, another fav part! Part Dean sampai New Zealand. OMG, i rasa nak nangis terharu okayyy?! Merentasss benua demi his sweet soul?? Just to comfort the girl he wishes to marry.
Not to forget, i really lurve both parents !! Supportive tahap platinum VIP 😭💕 Encik Sulaiman mmg wali of the year eh! Steady and tenang jeee. Moment Salwa bagi nombor ayah dia to Dean, itu lah smart gurls move of the year! Lepas Dean jumpa Encik Sulaiman on Google Meet, terus nampak perubahan dia slowlyyy 🥺✨ Dean doesn’t just show how much he wants Salwa. He shows how far he’s willing to grow, change, and improve himself to truly be worthy of her.
Dear author, thank you for showing how ta’aruf actually works. You gave us an Islamic romance that isn’t cliché at all! Manisnya datang daripada adab, doa, dan effort from both sides. It’s the kind of fluffy, faith-filled love that grows quietly, but stays warm in the heart for a long time.
Sekian, fluffy review i. Pipi i masih panas sebab senyum tak habisss 😳💗 "Tunggu I, Salwa"
“You percaya tak dengan love at the first sight?” – Dean
Perkenalan pertama antara Dean dan Salwa berlaku di KLIA. Tak sampai sejam berkenalan, Dean sudah menunjukkan minat untuk mengenali Salwa dengan lebih rapat.
“Did you know, lagi lama kita luangkan masa dengan seseorang, lagi tinggi peluang untuk wujudnya emotional attachment.” – Dean
Tapi Salwa, seperti kebanyakan kita, berhati-hati. Dia menolak bila Dean mahukan hubungan yang lebih daripada sekadar stranger kepada not stranger 😂 Yelah, zaman sekarang ni mana boleh percaya orang sesuka hati kan!
“Ini abah Salwa, kamu ni siapa?” – Encik Sulaiman.
Serius part Salwa bagi nombor telefon abah dia dekat Dean tu memang paling kelakar! 😆
Dean pula jenis yang sanggup lakukan apa sahaja demi nak berkawan dengan Salwa, dan lama-kelamaan dia berubah — daripada seorang lelaki biasa kepada hamba yang lebih taat pada Allah. Dean ada kisah silamnya sendiri, dan seperti kita semua, dia juga tidak terlepas daripada kesilapan. Cuma, harga sebuah kesilapan itu tidak mudah untuk dihapuskan.
Dan paling comel — mereka balas emel macam zaman dulu-dulu pakai YM! Ohemgeeee 😭 Macam tu lah dua orang ni waktu sesi taaruf. Saya sukaaaaa!!! ❤️
Saya juga suka bagaimana penulis menyusun konflik yang ringan dan tak berat untuk difikirkan. Sesuai sangat untuk pembaca yang nak baca kisah santai tapi tetap ada nilai dan rasa. 😆
At the end of the story, saya macam mahukan lagi! Hahaha 🫣 Cuma kalau boleh, saya teringin nak rasa sedikit lagi kemanisan antara Dean dan Salwa. Hehe 💕
Untuk karya pertama, saya yakin penulis boleh pergi lebih jauh selepas ini. Teruskan menulis, Najwa Zakir! ❤️
1) Dengan ini saya ingin mengatakan bahawa this book is really so good! 🥹🥹😆😆👍🏻 Another one of my favourite book debut untuk tahun ini ^^ Saya ialah salah satu manusia yang sukakan trope strangers to lovers + i like islamic romance ♥️ Saya jarang baca cerita yang menggunakan konsep LDR (Long Distance Releationship) and even berkomunikasi dengan menggunakan email 📧 2) I really love almost every single character on this book except si pedengki itu 🙂 The chemistry between Salwa dan Dean di dalam cerita ini sangatlah amazing 🥹🥹👏🏻 Dean is definitely become one of my favourite male lead di dalam novel melayu because he is kind,funny and hilarious + also trying his best untuk berubah menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya 🥺 3) Ada banyak betul ya bab islam yang disampaikan di dalam buku ini termasuklah sesi taaruf ^^ 4) Beside of the trope,i really love the genre romantic komedi dan there's a lot of happy,fun and emotional scene yang ada di dalam cerita ini 🥹🥰 5) I wish the ending will be a little bit longer 🥹 6) I really love the writing on this book ✍️🏻 This book is definitely become another one of my favourite reads untuk tahun ini ^^ Saya bagi rating cerita ini sebanyak 💯/10 💫 Semoga penulis tersebut akan terus maju ke hadapan Aamiin 🤲🏼 P.S:Saya ok je kalau cerita ini akan ada spinoff story untuk any different side character di dalam cerita ini someday 🤭
Pertemuan kali pertama di KLIA, membawa salam perkenalan buat Salwa. Salam yang dihulur lelaki asing, mengundang sebuah rasa tanpa sedar. Pertemuan yang singkat, namun, meninggalkan secebis kenangan yang tidak dapat dipadamkan dari ingatan.
Takdir menemukan mereka dalam lembaran cerita. Ketika masa lalu dan maruah menjadi taruhan, jalan apa yang dipilih, dan masihkah ada rasa percaya wujud menemani cinta? Masihkah ada peluang untuk kembali pulang?
“𝙏𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙄, 𝙎𝙖𝙡𝙬𝙖.”
-
Ahmad Dean. Walaupun saya agak skeptikal sikit, nyatanya, Dean berjaya membuatkan saya sepak angin dan blushing seorang diri🫣Dean punya gentleman, Scotland dengan Auckland pun dia buat macam sebelah rumah😂awalnya, Dean ni berpegang pada prinsip YOLO, tapi selepas kelas Feqah dengan Encik Sulaiman, Alhamdulillah, member kembali ke pangkal jalan🤣
Salwa Sulaiman. MasyaAllah, saya pun jatuh suka dengan watak Salwa ni😚Sikap Salwa yang sangat menjaga adab & segalanya inilah yang membuatkan Dean jatuh suka. Fokus utama hidupnya, nak habiskan belajar. Tapi bila berjumpa kali pertama dengan Dean, mulalah sedikit huru hara hidupnya. Mujurlah, tidak tersasar jalannya.
Sepanjang pembacaan, saya dapat rasakan kematangan mereka. Dean yang respect dengan pilihan Salwa, Salwa yang bijak mengatur cara supaya perkenalan itu tak sia-sia. Even isi emel tu sendiri, semuanya penuh dengan soalan-soalan ke arah perkahwinan. Pendek kata, mereka berkenalan dengan cara taaruf. Tak sia-sia, tapi penuh makna🤍
Buku ni berjaya buat saya sepak angin. Sangat tenang, tapi penuh dengan cuteness. Kisah Dean & Salwa ni boleh consider slow burn, tapi tetaplah tak boleh buatkan saya nak letak buku🙂↔️Lama tak sepak angin dan blushing macam orang gila😬Saya nak simpan Dean & Salwa ni dalam koceklah ek🫣
Tapi, saya perlukan lebih kemanisan dalam kisah mereka, terutamanya selepas mereka berkahwin. Tak cukuppppp🫢😭kalau ada kisah Hana & Afiq pun best jugak😋
Overall, ini salah satu buku terbaik yang saya baca sepanjang 2025. Penulisan yang manis, dan penuh dengan ilmu. Kalau nak manis-manis, bacalah Dean & Salwa.
Pertemuan pertama di KLIA buat Dean jatuh cinta pandang pertama pada Salwa dan Dean percaya dgn quote tu, membuatkan Dean ambil peluang utk bercakap dgn Salwa.. Salwa pertama kali kena tegur dgn stranger buat dia rasa aikk tiber.. Pertemuan dia KLIA mungkin akan berakhir di situ shj, tp bagi Dean dia nekad utk tidak menoktahkan pertemuan itu..Berani minta no telefon Salwa, tp Salwa bg no telefon ayahnya En.Sulaiman..haha kesian Dean kena game dgn Salwa 🤭🤭 LDR 2tahun berbalas e-mail comey lah
Novel ni comel! Banyak saya belajar pasal taaruf dan ways to actually safeguard ourselves/maruah sendiri as a woman. Rasa dijentik hati sepanjang membaca novel ni 🥹 Banyak jugak reflection walaupun baru baca sikit.
Novel ni saya boleh kategorikan sebagai easy-read. Novel yang tak banyak konflik antara dua-dua main characters. Sambil baca, sambil take notes cara berkenalan 😂
Sejujurnya, saya sangat sukakan Salwa. Seorang wanita yang ada pendirian, dan tegas dengan pendirian dia 💖
Apapun, novel ni comeeeeeeeel. Taksangka dengan berbalas emel pun masih comellllll.
-PMH mengisahkan tentang Dean yang terjatuh suka dengan seorang perempuan ketika berada di KLIA. Love at first sight gitu- ada ke patut memula tu Dean nak bersalaman dengan Salwa yang sangat menjaga batas.
Yang lucunyaa Dean minta nombor Salwa supaya pertemuan dorang bukan setakat di KLIA je tapi boleh berkenal lebih jauh tapi (2) Salwa bagi nombor abah dia. Terkejut si mat Dean walaupun demikian Dean tak berputus asa, selepas berbual dengan ayah Salwa:
Dean mula berubah dari lelaki yang tak jaga batas kepada jaga batas.
Overall cerita ni comell gila, perkenalan dorang melalui taaruf >> chat guna email itupun bila hujung minggu (isi2 email pun menuju ke arah perkahwinan; the real taaruf mengikut cara Islam yang sebenar. + dorang LDR beza benua. Walaupun macam tu tetap tersengih2 (sebab dorang comel sangat-dapat rasa kematangan dorang tu everytime dorang berbalas email). Baca la korang stress free, fast-paced. Gaya penulisan pun sedap dibaca
Salwa dan Dean ni adalah pasangan satu dalam seribu kat dunia ni. I suka tentang perkenalan dan percintaan S & D walapun cinta antara dua benua. I admire Dean dengan tahap kesabarannya dan kesungguhannya. And Salwa, wow, I tak pernah lagi dgr org chatting melalui email. Nombor phone pun dia tak bagi Dean hahahaha. Tapi I faham. Novel ni rasa macam dekat je dengan I, maybe I baru je lepas graduate dan rasa rindu dengan kenangan jadi student dulu.
Yang baca review ni jangan ragu-ragu belilah novel ni. Dean ialah lelaki sehijau daun, dan korang gerenti akan tersengih-sengih baca novel ni.
Also, dear author awak boleh tak buat buku tentang Hana dan Afiq pwetty please~
Pertemuan dengan lelaki asing bernama Dean di KLIA tidak pernah diduga Salwa. Baginya, ia cuma gurauan manis. Mana tidaknya, tak sampai 24 jam berkenalan tiba-tiba si Mat Dean ni confess dekat Salwa. Love at first sight gitew bak kata Dean. But hello? Diorang ni totally stranger!
Apatah lagi Salwa ni jenis perempuan yang sangatlah menjaga kehormatan diri. That's why la dia cuba dulu untuk berkenalan dengan si Mat Dean ni melalui Email.
Mampukah Dean membuktikan ketulusan cintanya? Dan sanggupkah Salwa mempertaruhkan hati kepada lelaki yang baru dikenalinya itu? ___________________________________
First of all, congrats to the author for your debut novel! Bahasa yang digunakan sangat cantik dan tersusun! Bila baca tu sgtlah comforting tau.
Buku ni kan seriously COMEL GILER!!! Walaupun tak banyak pun scene diorang jumpa f2f sebab LDR, tapi still membuatkan kita tersengeh macam kerang busuk yer. The way diorang berkenalan melalui email tu sangatlah comel! Respect gila dekat Salwa ni sebab dia sangat menjaga orangnya. 🥺🫶 Dia tahu, chat melalui whatsapp tu boleh melalaikan, that's why la dia berbalas email dengan Dean.
And Dean pulak, nampak la dia punya character development dalam buku ni. Tbh, Dean ni bukanlah lelaki yang sempurna. Ada kekurangannya. Tapi, dia ni berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. Berusaha perbaiki diri, solat, belajar mengaji, & semualah so that he can be the best partner for Salwa.
Dean ni jugak memang straightforward je kan orangnya. Like, mcm tu je dia confess dekat Salwa masa dekat KLIA tu. 😂 Tapi Dean ni sumpah caring gila yer dekat Salwa. Even though diorang LDR, Dean ni asyik risau aje dekat Salwa. Ade satu scene ni Dean sanggup habiskan 2000 Euro fly dari UK ke NZ sebab something happened dekat Salwa. 🥺
Kita suka juga relationship diorang ni sebab matured gila. Every conversation diorang tu tak pernah melalaikan. Even chat dekat email pun semua pasal taaruf. Selalu bila kita baca buku pasal LDR kan, most of the relay selalu tak tahan lama. Tapi kisah Salwa & Dean ni tidak yer. DEAN SANGGUP TUNGGU SALWA FOR 2 YEARS!!! 😭 Dari kisah diorang ni banyak mengajar kita untuk banyakkan bersabar. Bila kita bersabar, insha'Allah Tuhan akan permudahkan urusan kita. 💌 - Overall, buku ni memang slow burn habes but their love is so pure and full of blessings. Kalau korang suka baca buku slowburn, you're gonna like this book. - P/rating: 4.5/5 ⭐
Comelllll. Okay tu je kut. Dah lama tak review ni tak tahu dah nak review tapi comellah. Salwa dgn Dean punya percintaan ni dah jadi mcm benchmark saya pulak tapi tulah dah habis study 🤣
Salwa seorang gadis yg mempunyai pegangan agama dan hidup yg kuat. Tak pernah goyah walaupun sebenarnya dia dah goyah tapi alahai kalau dia melepasi benchmark dia, mesti ada something yg dia buat utk hilangkan rasa serba salah tu.
Dean yg pada awal kehidupannya hanya bermatlamatkan hidup hanya sekali, hidup untuk enjoy berubah setelah mengenali Salwa walaupun pada awalnya dia terpaksa tapi asbab mengenali Salwa juga perlahan lahan dia berubah ke arah yg lebih baik. Bukan demi Salwa tapi demi agamanya sendiri. Walaupun berubah ke arah yg lebih baik, nakal Dean tak hilang, dia suka mengusik Salwa. Yg paling on top tiba tiba je Dean muncul depan Salwa. Dean tak ungkapkan secara jelas ‘I love you’ tapi perbuatannya jelas menunjukkan yg dia cintakan Salwa. Cuma ada sekali tu dia goyah rasa geram lah jugak.
Tak boleh bagi 5/5 sebab i need more romance hahahahahahaha tapi act cukup je. Ini karya pertama penulis dan saya suka cara penulisannya, ilmunya. Terus terbang tinggi najwa zakir kalau awak baca ni! 😍 saya menantikan karya awak yg seterusnya!