Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saring Sebelum Mereng

Rate this book
* Adakah Malaysia akan MUFLIS?

* Bolehkah MAS dipulihkan?

* Mengapakah Panda adalah satu keuntungan untuk Negara?

Mat Rodi menjawab kesemua persoalan tersebut di dalam Saring Sebelum Mereng ini. Buku ini adalah koleksi tulisan-tulisan Mat Rodi yang mengajak masyarakat untuk memilih pendirian tanpa perlu memihak.

“Aku back up polisi negara la bukan individu dalam BN.” – Mat Rodi

236 pages, Paperback

First published December 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Mat Rodi

3 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (18%)
4 stars
41 (53%)
3 stars
20 (25%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
May 16, 2016

Jujurnya penulisan Mat Rodi ini sangat bagus. Ia mengajar kita melihat sesuatu isu dari sudut berbeza untuk menjustifikasikan sesuatu polisi yang diambil kerajaan.

Benar, banyak polisi kerajaan yang tidak populis dan favorable tapi sangat penting untuk kelangsungan dari segi perbelanjaan negara dan mengurangkan beban ditanggung kerajaan.

Namun begitu, rasionalisasi terhadap ISA sebagai satu defensive method mengekang militan tapi akhirnya tetap disalahgunakan untuk mengekang suara yang mengkritik kerajaan.

Tulisan ini sudah menjalankan tugasnya dalam memberi jalan tengah bagi memahami isu, tanpa kita perlu terikat pada konotasi dan definisi yang diberikan oleh parti parti politik atau ahli korporat yang punya kepentingan sendiri.

Kita husnuzhon akan polisi polisi yang dirangka, namun kita sedikit curiga dengan pihak yang menjalankan polisi. Setulus manakah mereka?

Namun tentu itu terkeluar dari konteks perbincangan buku ini. Buku ini membahas polisi.


Profile Image for Farid Akram.
116 reviews17 followers
April 29, 2015
Kepada pentaksub parti politik,saya syorkan kalian milikilah buku ini. Ya,saya tahu kalian semua memusuhi aliran indie sebab ia hanya falasi (katanyalah sebab semua orang mampu menulis dan terbitkan buku) tapi dari sudut memahami sesuatu isu,ia antara buku yang bagus.

Buku ini sedikit sebanyak membuka lagi ruang untuk kita berfikir dan menilai sejauh mana tindakan kita sebagai rakyat Malaysia dan yang pasti saya tidak punya autoriti untuk bercakap tentang isu ini kerana saya hanya membaca satu buah buku berkenaan politik dan ekonomi.

Apapun, Selamat memiliki dan menghadamnya dengan baik!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
April 5, 2016
Mat Rodi menghuraikan dan men"justifikasi"kan tindakan-tindakan kerajaan dengan gaya yang mudah difahami. Melihat kupasan-kupasan isu semasa (ketika buku ini ditulis), Mat Rodi menyediakan fakta yang relevan.

Faham itu satu perkara. Setuju? Kita boleh memilih setuju, atau tidak.

Ada empat bahagian, dan kebanyakkannya terkait dengan hal politik , langsung atau tidak. Saya sebenarnya lebih gemarkan perbincangan hal-hal politik yang menggambarkan kekuatan parti yang didokong. Bukannya menceritakan kelemahan pihak yang satu lagi.

Saya membaca sebagai rakyat biasa. Bukan penganalisa politik atau pakar ekonomi. Jadi ulasan saya mungkin tidak begitu tepat dan tersasar.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
March 1, 2015
Ini antara buku yang aku teruja nak baca sebab jarang-jarang ada juga aku baca status Mat Rodi ni tapi tak mengikuti sepenuhnya. Tak sangka dah keluar buku. Apatah lagi buku ini merupakan lawan kepada Cursing Malay. Aku harap sangat buku ini akan dibaca oleh para pentaksub parti politik mahupun individu. Iklim politik Malaysia dipenuhi dengan golongan penyokong if you're not with me than you're with them dan politik benci: apa sahaja yang datang daripada pihak lawan adalah salah dan akan ditentang habis-habisan walaupun hakikatnya ia betul. Apa sahaja yang datang daripada pihak kita adalah betul walaupun hakikatnya banyak yang salah.

Buku ini dipenuhi fakta jadi bertahan ajelah kalau rasa macam bosan atau nak skip huraian data dan fakta yang banyak disebut. Ada je yang aku tak setuju sebab ia pandangan penulis yang disokong dgn fakta. Aku juga ada pandangan aku yang tersendiri but still, I enjoyed reading it.

Apa pun, penulis cuma ingin mengajak rakyat Malaysia, penyokong politik dan generasi muda macam kita ini supaya menilai sesuatu itu dengan kritis, disokong oleh fakta ilmiah dan akal yang sihat, bukannya emosi dan sentimen. Syabas Mat Rodi.


Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
May 22, 2015
Buka Minda,Buka Mata Hati,Buka Pandangan untuk membaca buku ni..
Profile Image for noraini dmn.
18 reviews22 followers
March 19, 2018
Idea dan kupasan yang menyegarkan, walaupun tentang isu yang tak habis-habis dibincangkan bertahun-tahun selama ini. Penulisannya juga dalam bentuk yang senang hadam. Pembaca tidak perlu berfikir dengan terlalu mendalam untuk memahaminya.

Cuma yang tak berapa bagus apabila para pembaca tersadung dengan kesilapan editorial dan ejaan. Ini ditambah pula dengan isi perbincangan yang nampak tidak selari dengan pandangan 'perdana'. Pembaca perlu diberikan kupasan yang lebih meyakinkan daripada apa yang diberikan, hanya beberapa statistik dan contoh enikdot yang boleh dilihat daripada pelbagai sudut, sama ada dari kanan atau kiri (atas dan bawah).
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
February 12, 2019
Pertamanya, masa yang salah untuk membaca buku ini. Buku ini patut ditelaah paling lewat sebelum PRU14. Kita boleh lihat kenapa sesuatu dasar kerajaan itu dijalankan.

Persepi lawannya adalah fakta. Dan walaupun penulis menggunakan fakta-fakta yang padu, ianya masih boleh dianggap sebagai persepsi kerana tiadanya rujukan disertakan. Aku rasa sudah masanya penulis-penulis di Malaysia menyertakan rujukan bagi tulisan mereka. Hal ini perlu berubah.

Untuk bahagian sosial, penulis seperti menggunakan idea-idea yang sama, cuma dikitar sahaja.
Profile Image for Iman.
52 reviews2 followers
October 3, 2018
Maybe Im So 2000 & late. Topik2 hangat di Malaysia 2-3 terkebelakang. Mungkin belum terlambat untuk dibaca bagi yang tak tahu atau mungkin isu2 basi bagi mereka yg dah tahu.
Profile Image for Puteri Zulaikha.
4 reviews
August 17, 2016
buku ni banyak membuka minda dan membantu kita untuk membuat refleksi sejauh mana kita menilai sesuatu isu.

banyak sebenarnya isu yang diketengahkan dalam buku ni yang dahulunya saya hanya faham ala kadar, tapi lepas baca buku ini, saya dapat memperbaiki sudut pandang yang melihat sesuatu lebih jauh, bukan sekadar mengikut perasaan.

Bab yang paling menarik adalah sudut ekonomi. Untuk saya, kerugian hasil sebuah kata putus yang disepakati lebih ketara dilihat melalui nilai digit yang konkrik berbanding penjelasan yang panjang lebar. Isu seperti GST, BRIM dan CGT mudah difahami selepas membaca buku ni. Selama ni hanya fikir GST untuk memperoleh keuntungan untuk negara tapi tak pernah faham kemana ia akan disalurkan dan bagaimana pengurusannya.

Sejujurnya, selalu tertanya-tanya kenapa nak kena kacau duit orang kaya sebab biarlah, semua itu hasil usaha mereka. Sekarang ni dah faham kenapa, kerana kita memang perlu memberi untuk menerima. kuasa membeli perlu ada untuk membantu menstabilkan ekonomi, tidak semestinya hanya dengan menyimpan kita boleh menyelesaikan masalah yang ada. Ada kaitan dengan pelaburan.

isu KLIA juga sangat menarik. membuka minda dan membuahkan perasaan kagum dengan sistem pengurusan yang telahpun diurus dengan baik oleh mereka yang hebat hebat. Walaupun terdapat kepincangan dari sesetengah sudut, tapi masih banyak benda lain yang kita boleh hargai dan syukuri.

Seterusnya, berkenaan politik iaitu perihal demokrasi.
Mentaliti kita orang melayu suka membuat perbandingan dengan negara luar, terlalu mengagung-agungkan apa yang mereka bawa, sedangkan tak semestinya sistem/dasar mereka 'compatible' dengan kita di Malaysia. Persoalan yang timbul sepanjang pembacaan adalah, Betul kah demokrasi bererti kita bebas untuk berbuat apa sahaja? Apa maksud kebebasan yang sebenarnya ?

Hakikatnya, sejauh mana kita pergi, pasti ada limitasi.

Buku ini sesuai untuk 'beginner', macam saya.
Profile Image for Siddiq Husainy.
35 reviews17 followers
September 8, 2016
[Saring Sebelum Mereng]

Kalau nak baca isu ekonomi dan sosial, saya tampak dia kritkal dan konsisten dari segi kritikan dia. [IPP,MAS,AirAsia,CGT,GST]

Namun, dari segi krtikan terhadap isu politik, terserlah bias dia kepada government.

Bahasa yang digunakan untuk kritik pembangkang lebih keras,pedas dan sinis berbanding government. Sebenarnya, tiada pun dia memberikan pandangan terhadap kerajaan secara terus berbanding pembangkang. Mungkin tulisan dia ini hanya untuk menjawab dan memberi pandangan tentang isu-isu yang panas berbanding secara keseluruhan.

Juga, aku bimbang dengan pandangan dia tentang Kamal Ataturk. Mungkin dia bernada sinis untuk itu. Tapi, aku masih tak selesa dengan pandangan dia.

3/5, atas sebab bias dia dalam political view dia. Tak bermaksud salah, cuma aku berharap dia konsisten dalam kritikan dalam isu politik kepada kedua-dua belah pihak seperti mana dia konsisten dalam kritikan dalam isu ekonomi dan sosial dan korporat misalnya. [Contoh, dalam isu AirAsia, dia kritik Tony Fernandes atas pengendalian dan cara layanan AirAsia terhadap MAHB, tetapi juga mengkritik MAHB dan memberikan kredit kepada AirAsia dalam tempat lain]

Dan juga perkataan yang diguna untuk komen tentang pembangkang agak kasar(ini indie book, aku rasa memang typical dengan yang lain?)

--

Kesimpulannya:-

Untuk isu ekonomi dan sosial dan sejarah, boleh baca dan take with a lot of salt.

Untuk isu politik, hmm, boleh ambil with a pinch of salt, at least, that's from my perspective.
Profile Image for Anas.
144 reviews4 followers
January 11, 2015
Buku ini membuka pandangan baru dari sudut lain tentang tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan serta menghuraikan setiap perkara atas landasan fakta tidak seperti kebiasaanya penyokong kerajaan melawan dengan emosi

Paling berminat dengan bahagian sosial yang membincangkan tentang isu Kiki dan kesesakan jalan raya.

Sedang menunggu buku yang lain dari saudara penulis :)
Profile Image for Juliyana Junaidi.
28 reviews8 followers
January 28, 2015
Belia memerlukan pemikir-pemikir hebat seperti Mat Rodi. Terima kasih atas buku ini.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews