Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fly High

Fly High 5 : Out of The Broken Sky

Rate this book
Kepercayaan! Kisah ini tentang kepercayaan.

Norish Qaira Asyikin... menempa kesusahan diri kerana terlibat dengan cinta suami orang. Itulah satu pengalaman paling hitam pada dirinya yang menyeret dia kepada hilangnya kepercayaan ayahnya.

Haji Ismail… seorang ayah yang tegas. Sekali dia dikecewakan, dia beri hukuman yang berat buat Norish. Norish tinggalkan kampung demi untuk menegakkan semula maruah dirinya.

Namun takdir Allah itu indah. Allah tak pernah zalim. Namun Allah uji hamba-Nya selalu. Ketika Norish sudah memulakan latihan untuk menjadi juruterbang, Haji Ismail beri hukuman kepada anaknya dengan menyekat kewangan Norish. Biar anaknya belajar dapatkan sesuatu dengan susah! Namun hukuman dari sang ayah itulah yang membawa Norish bertemu dengan bakal jodohnya.

“I don’t know what to do. Ini aje yang I ada untuk teruskan hidup. Ayah I tak nak tolong I. I dah tak mampu. I malu. I tak berniat nak beratkan you dengan masalah I. You tak kenal I pun.” -Norish.

“Don’t be sad... this time you’re not starting from stratch. You’re starting from experience. Don’t give up on your study. You’re halfway there.” -Jared Khoo

Lelaki Cina beragama Kristian itu lekas mengikat hati Norish dengan ketulusan hatinya. Namun cinta tak semestinya semudah itu boleh diucapkan.

“I can’t do this. Lama kelamaan you akan berjumpa dengan orang lain. Abang Jared tak mahu jagakan jodoh orang.” -Jared Khoo

“Is that what you think about all this time? You rasa I akan duakan you di sini? Don’t you dare put that burden on me. Itu alasan you aje. Kalau tak suka,
cakap ajelah tak suka. Jangan berdolak-dalih macam ni.”- Norish.

Bukankah Norish sudah belajar tentang kepercayaan? Dia sedar antara dia dan Jared hanya perlu ada kepercayaan untuk mereka kekal bersama.

Out Of The Broken Sky...
Norish tetap terbang tinggi. Biar sebesar apa salahnya, dia tetap sama macam hamba Allah yang lain. Layak bahagia!

1008 pages, ebook

Published October 1, 2025

2 people want to read

About the author

Adnil Zaff

66 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
4 (57%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,086 reviews202 followers
October 21, 2025
Bacaan ni memang untuk pembaca yang lebih matang especially those who are married sebab tema dan emosi dia agak dewasa.

Kisah Norish ni penuh pengajaran. Dia pernah tersilap langkah tapi tekad berhijrah ke KL untuk ubah hidup ke arah yang lebih baik. Dalam struggle dia nak teruskan hidup dan sambung belajar jadi pilot, muncul pula Jared, lelaki yang ibarat knight in shining armor yang ubah segalanya.

Penulis masih mengekalkan gaya signature dia... ada je ayat-ayat manis dan pickup line yang buat kita senyum sendiri. Contoh paling klasik, “Abang seorang yang baik… abang seorang yang unik.” 😄

Dan seperti biasa, motor tu mesti ada tau.. trademark tak boleh tinggal dalam setiap karya penulis!
Profile Image for Cutie_pie28.
407 reviews8 followers
October 31, 2025
Layan jugk cerita nie..

Nor yg pernah tersilap langkah mase muda, mula ubah kn diri die utk jdi yg lebih baik.. die di pulau kn oleh ayh die.. mak dan abg Hassan yg tlg die nnt.. dorg dua nie jee yg masih contact Nor..

Berhijrah ke KL.. kemudian lepas die tgk satu vid di TT, trus die apply utk jdi cadet.. mase tu mmg struggle laa die nk byr fees.. time blaja di kolej, mcm² dugaan die hadap.. dtg jee Jared tlg die n bgi die semangat..

Mase tu jugk timbul laa perasaan antara dorg tu.. si Jared ni ade kisah silam.. die tk percaya pd LDR.. mase Nor kt Dubai, Jared layan acuh tk acuh jee.. lamee eh.. sampai 2thun bru Jared confess..

Kisah Hassan ade yg sedih dan happy.. mmg menangis jugk laa part sedih tu.. 😭

Mcm biase.. orang² yg kuat kutuk Nor, dorg laaaa yg terpaling bgus.. cume tk puas hati, apesal si Ros tu tkde kifarah? Si Zila pun mcm gitu jee.. kene byr denda jee ngn ape yg die buat.. 😤
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.