Jump to ratings and reviews

Impuls Polaris

Di sebalik cahaya kejayaan di Galeri Santapan Jiwa, hidup Medina tiba-tiba bertukar kelam. Dia pelukis muda yang sepatutnya menikmati kemenangan, kini diburu oleh samseng bernama Riza, lelaki obsesif. Segala-galanya menjadi lebih parah apabila rumah Medina dan sahabatnya, Azrina, dipecah masuk.

Saat ketakutan mencengkam, Fathur, lelaki pendiam yang selama ini meminati Medina, tampil mempertaruhkan nyawa demi melindungi wanita itu. Pada masa yang sama, kisah cinta Faris dan tunangnya, Mia, turut diuji dengan kemunculan Danish, bekas teman lelaki yang mahu memiliki Mia semula.

Saat memilih gaun di butik pengantin, Medina, Fathur, Mia dan Faris dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki asing yang memburu dengan niat membunuh. Peristiwa itu menjadi ancaman, menjerumuskan mereka ke dalam kancah yang tidak diduga.

Di tengah ancaman dan rahsia yang tersembunyi, mereka belajar bahawa cinta tidak sekadar bahagia, tetapi juga keberanian untuk bertahan hidup. Namun, mampukah cinta itu kekal utuh jika bayangan maut terus mengekori?

Paperback

First published October 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Fitri Hussin

17 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (45%)
4 stars
11 (35%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
4 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Mohamad Nasrul.
257 reviews7 followers
February 3, 2026
Cerita ni bermula dengan mengujakan, memaparkan seni lukisan yang digarap dengan jitu dan bermakna, melalui watak Medina. Kemudian, Medina kerap diganggu Riza. Namun, ada Fathur yang tampil melindungi Medina.

Faris pula seorang jurutera. Aku suka dengan gambaran seorang jurutera di tapak projek yang kemas dan benar. Walau cuma tersisip sebentar, tetapi penulis membawa suasana tapak projek pembangunan yang realistik dan dramatik. Faris dan tunangnya, Mia bakal bertunang.

Di Butik Ramona Rahim, tragedi pun bermula. Dan dari sinilah kucar-kacirnya episod hidup Medina dan Faris. Turut kucar-kacir,minda aku sendiri. Macam, what the heck is going on, actually?! Siapa pulak depa!

The story goes, Bam! Bam! Bam!, sangat fast paced to follow, yet it was so satisfying. Tapi aku rasa macam stitch cerita macam a bit off. (Sorry tak tau nak explain macam mana, huhu, maybe that's just my thoughts)

Babak-babak aksi sungguh mendebarkan. Halaman silam yang diselak, membuka hal realiti yang terjadi. Agak mengejutkan. Wow.

Semakin menghampiri penghujung, aku rasa macam dah patut habis, but NO! ada perkara lagi yang belum selesai. Lagi sekali, bila hang rasa macam nak habis, dem, ada lagi penjahat. Kesian pulak aku kat watak utama dia, tak dan rilek. Haha.

Menemui titik tamat, aku lega sungguh dengan nasib yang menimpa penjahat.

"Cinta tidak sekadar bahagia, tetapi juga keberanian untuk bertahan hidup. Namun, mampukah cinta itu kekal utuh jika bayangan maut terus mengekori?"

Juga nasib Medina dan Faris. Baik atau buruk, di penghujung ada jawapannya.
Profile Image for Hamidah Effendi.
702 reviews11 followers
October 29, 2025
Ulasan: Impuls Polaris oleh Fitri Hussain

Dah habis baca baru aku faham kenapa cover buku ni macam tu. Serius, pening juga kepala nak merungkai semua misteri yang berlaku.

Cerita ini memang penuh dengan konflik, aksi, dan ya — adegan kejar-mengejar yang buat jantung laju! Aku bertahan sebab nak tahu juga apa kaitan antara plot A dengan B… sampai ke Y pun ada 😅.

Kalau korang pernah baca Sarang karya penulis yang sama, korang pasti akan rasa vibe yang serupa di sini — satu cerita yang sebenarnya terkait dengan banyak lagi cerita lain.

Yang paling menarik, dua watak utama dalam novel ni sebenarnya ada kisah lalu yang membentuk dunia mereka sekarang.
Walaupun terpisah dan muncul dalam watak berbeza,
tarikan cinta mereka tetap kuat. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku bukan kebetulan — sebab hati dan roh mereka masih berpaut pada cinta pertama.

Ini jenis jodoh yang ditetapkan — pisah berkali pun, tetap bertemu semula. Kita boleh ubah banyak perkara, tapi hati dan jiwa akan tetap kembali pada asalnya.

Aku tak nak spoil, tapi cukup aku kata… plot twist dia memang mind-blowing. 🤣 Jadi aku tahan diri daripada bagi hint!

Bahagian paling diingati? Sudah tentu masa adegan serangan. What?! Hidup mereka memang langsung tak selamat!

Kesimpulan: Tema utama novel ini ialah — konflik asal mesti diselesaikan, kalau tidak hidup akan terus jadi pelarian.
Profile Image for Aira Zira.
243 reviews5 followers
November 16, 2025
Rate : 4.5⭐️

Buku ni best. Dari awal sampai habis penuh aksi. Paling dahsyat bila dia kejut otak kita supaya bangun untuk berfikir. Tak boleh baca santai2 sebab cerita ni tak relaks. Penulis asyik bagi dan bagi sampai kau tertanya bila nak “stop ni?”.

Saya taknak kupas pasal watak atau cerita. Baca buku ni je naik macam2 nama sampai saya hilang kesedaran diri kejap. Selak berkali2 untuk faham ni siapa, tu siapa. Medina dgn Faris ni lalui 2 kehidupan yg berbeza tapi berada di satu titik yg sama. Ada kaitan atau tak sengaja?

Macam filem aksi omputih. Akan ada identiti rahsia, permainan agensi dan pembunuh upahan. Plot twistnya banyak. Saya risau kalau saya dapat cerita yg tergantung tapi sampai tamat saya lega. Tiada satu persoalan pun tertinggal. Walau pace laju tapi cerita tak tercicir.

Kalau korang nak tahu apa maksud Impuls Polaris dari sudut pandangan penulis. Baca sampai habis. Pasti tak menyesal. Kalau terlalu laju, baca perlahan-lahan jangan give up. Lepas baca terbayang muka Brad Pit dgn Angelina Jolie. Kbai.
Profile Image for Qayiem Razali.
932 reviews90 followers
March 7, 2026
[11|2026]

Impuls Polaris || Fitri Hussin

Sebuah kisah yang padat dengan aksi dan adegan yang mendebarkan. Plot twist demi plot twist membuatkan jalan ceritanya sukar dijangka dan susah untuk berhenti di tengah tengah (saya terpaksa atas faktor kesibukan bekerja haha). Ceritanya saya kira 'fresh' memandangkan penulis mengolah cerita yang saya kira tidak ada persamaan sipi sipi pada mana mana buku yang bergenre sama seperti Impuls Polaris. Tahniah buat penulis untuk karya ini. Juga pereka muka hadapan buku yang sangat cantik hasilnya.
Profile Image for bookmehnia.
391 reviews21 followers
November 26, 2025
(68/2025) 3.5/5🌟 Aksi/Thriller (Fiksi) | 441 ms

“…𝙛𝙞𝙠𝙨𝙮𝙚𝙣 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞.”

Medina.
Faris.

Dua manusia tiada perkaitan mahupun perhubungan, terasa “bersatu” dek gerak hati dan tingkah yang sama. Medina, seorang pelukis berjaya, yang mampu menjual hasil seninya dengan harga yang begitu eksklusif, hidup mewah, tiada apa yang kurang. Faris pula, seorang jurutera berjaya yang telah menglibatkan diri dalam pelbagai projek lima bintang. Namun, jauh di sudut hati masing-masing, ada rasa yang kosong, rasa 𝙡𝙤𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜 yang dalam, namun tiada jawapan.

Takdir menemukan Medina dan Faris, di sebuah butik pengantin bersama pasangan masing-masing, yang telah mereka kotakan janji untuk membina mahligai. Namun, mereka telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang ingin membunuh mereka. Atas rasa dan dorongan 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘢𝘭 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘯𝘤𝘵, Medina dan Faris dapat melarikan diri dan wujud trauma dalam diri mereka. Masing-masing mengambil langkah untuk bersembunyi, kerana mereka yakin, orang-orang jahat itu masih memburu.

Masih kalah dengan rasa ingin tahu yang kuat, Medina dan Faris tahu mereka harus mencari jawapan untuk merungkai segala persoalan. Siapakah orang yang memburu mereka? Adakah terkait dengan peristiwa silam hidup masing-masing? Tapi, baik Faris atau Medina, mereka tidak mengenali antara satu sama lain? Adakah mereka cuma berada di tempat yang sama pada waktu yang salah?

Sehinggalah mereka diculik.
Penculikan yang akhirnya menemukan Faris dan Medina semula, seterusnya, mendedahkan diri mereka ke dalam sebuah rahsia besar. Tetapi apa pula perkaitan Ariana, Eliana atau Husna? Siapa Nadim, Rashid dan Zamir? Atau mereka sebenarnya terperangkap dalam sebuah penipuan? Siapa yang boleh mereka percaya? Bolehkah Medina mempercayai Faris, dan Faris, Medina?

Siapa yang menyukai cerita berentak 𝘧𝘢𝘴𝘵-𝘱𝘢𝘤𝘦𝘥, pasti akan sukakan cerita ini, kerana semasa membaca, ia mengingatkan saya kepada cerita dan filem dalam siri 𝘔𝘪𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘐𝘮𝘱𝘰𝘴𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 dan 𝘛𝘩𝘦 𝘉𝘰𝘶𝘳𝘯𝘦 𝘐𝘥𝘦𝘯𝘵𝘪𝘵𝘺 dan juga karya lokal seperti siri Polis Evo.Watak utamanya sentiasa di dalam buruan, dan mereka tidak boleh duduk diam kerana ada sahaja manusia yang akan mengambil kesempatan sekiranya mereka sedikit terlalai.

Apa yang saya paling suka tentang penulisan ini, pertamanya adalah bahasa yang digunakan. Bahasa Melayu penuh yang mudah difahami dengan menggunakan kosa kata formal namun sesuai penceritaan. Keduanya, adalah nama-nama karakter yang lokal dan mudah, namun oleh kerana terlalu banyak watak, acapkali juga saya menukar mukasurat ke depan dan ke belakang untuk memastikan saya sedang membaca mengenai orang yang tepat. Ketiga, lokasi-lokasi di yang digunakan di latar cerita adalah dalam negara, cuma saya berfikir alangkah seronoknya kalau penulis menggunakan nama lokasi yang betul-betul ada dalam negara supaya saya boleh 𝘨𝘰𝘰𝘨𝘭𝘦 imej yang terlibat dan berimaginasi layar cerita di dalam kepala (masalah seorang 𝘷𝘪𝘴𝘶𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳 seperti saya apabila membaca karya fiksyen 🙈).

Saya berpendapat, naskhah ini, kalau ditemui orang yang tepat, boleh menjadi sebuah karya adaptasi yang setanding dengan produksi filem aksi luar negara. Bagi saya, jalan ceritanya sangat menarik dan, lain daripada yang lain. Ia juga menunjukkan yang penulis adalah seorang yang sangat berpengetahuan tinggi dalam banyak perkara.

Cuma, apabila karya seperti ini jatuh ke dalam tangan orang yang cerewet seperti saya (maafkan saya encik penulis 😝), saya ada banyak persoalan. Saya ada banyak soalan tentang plot-plot penting cerita ini. Bagi saya, saya sukakan karya yang mempunyai 𝘣𝘢𝘤𝘬 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 yang jelas tentang mengapa sesuatu itu terjadi. Saya tidak kisah membaca novel yang tebal sekiranya jalan ceritanya mantap dan jelas. Tapi, saya pasti penulis ada alasan beliau yang tersendiri, apatah lagi penamatnya seperti ada 𝘶𝘯𝘧𝘪𝘯𝘪𝘴𝘩𝘦𝘥 𝘣𝘶𝘴𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴, jadi saya berharap mungkinkah ada sekuel?

Selain kisah penuh aksi, cerita ini juga mengajar kita bahawa cinta dan sayang itu tidak semestinya harus memiliki, namun ia lahir dari rasa hati yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi orang yang dicintai. Siapakah yang mencinta dan dicintai? Anda harus baca untuk mengetahui.

Baca karya ini sekiranya anda sukakan jalan cerita penuh aksi dan 𝘢𝘥𝘳𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘳𝘶𝘴𝘩.

#justreaddontbawang #bookmehnia #2025reads #NovemberReads #NovemberTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #bukuprima #impulspolaris #fitrihussin
Profile Image for meenie.
465 reviews4 followers
June 24, 2026
dont get me wrong. mungkin dalam 10 orang, saya sahaja yang kurang faham dan gemar dengan novel ini.

the idea is there. cuma, bagi saya selaku pembaca yang suka kan fast paced story, saya rasa cerita ini agak perlahan.

permulaan cerita, kita disajikan dengan kisah medina, azrina dan fathur.

medina - watak utama
azrina - kawan baik medina
fathur - lelaki yang meminati medina

selepas 4 bab (mungkin), masuk pula cerita untuk watak mia, faris dan danish.

mia - tunang faris
faris - watak utama
danish - ex boyfriend mia

awalnya, saya tak jumpa any connecting atau linking between all the characters. saya kerap tertanya, eh apa yang menghubungkan antara mereka sebenarnya? kenapa tak jumpa lagi apa reason ni? bila dah masuk page 148 (kot) baru watak mereka ini dipertemukan. dan sekali lagi, jalan cerita agak perlahan dan mendatar. memasuki page 250 pages ke atas, baru saya dapat agak jalan cerita ini ke mana. tapi, itulah. bukan semua pembaca boleh terima huhu.

the rest is history. saya tak nak spoilkan apa yang berlaku dalam buku.

kepada penulis, saya harap komen saya ini membina dan tidak menyentuh sensitiviti 🙏🏻 saya suka dengan idea cerita ini. plot pun sama. tatkala kebenaran terbongkar, saya macam cis tak guna!! ini rupanya yang berlaku.

tapi ada masanya juga, saya merasakan lelah dalam melewati setiap baris ayat. saya rasa penulis terlalu menfokuskan untuk bercerita sesuatu yang tidak memberi impak besar kepada plot cerita ini. terlalu teliti. mungkin boleh dibaiki selepas ini.

kemunculan karakter yang terlalu banyak juga agak memeningkan. saya kalau membaca selalunya nak santai tapi kali ini saya terpaksa berfikir dan catat, sebab saya takut saya lupa watak ini pernah di mention atau tidak sebelumnya huhu. ada part saya macam eh? watak ini ada ke huhu 🙏🏻🙏🏻 dan sekali lagi, saya cuma berkongsi pendapat bukan untuk menjatuhkan sama sekali.

hopefully, next book from author would be different experience for me. mungkin saya akan menyukainya.
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
November 29, 2025
Genre: Romance thriller

Buku ni berkisar antara Medina & Faris yang disebalik perbezaan kehidupan seharian mereka lalui itu adalah suatu jalan cerita yang seakan telah disusun oleh pihak lain.

Jalan cerita buku ini menarik.
Cumanya, bahagian permulaan cerita bagi saya agak perlahan kerana lambat nak jumpa hala tuju ceritanya tentang apa. Setelah teruskan bacaan baru lah konflik itu sampai dan jalan cerita terus laju. Namun, bagi saya keserasian antara dua watak utama tu agak lemah, mungkin kerana perubahan emosi berlaku terlalu mendadak. Jika diberikan lebih ruang perkembangan, ia mungkin lebih meyakinkan.

Perkara yang saya rasa patut diberikan pujian adalah tentang bagaimana effort penulis menceritakan details kerjaya pelukis Medina dan bahagian fesyen tu👏🏼
Juga bahagian penceritaan aksi dalam cerita ini cukup mendebarkan & rasa tak sabar nak tahu apa pengakhiran cerita.


3.8/5⭐️
Profile Image for Salmiah Awang.
34 reviews
December 9, 2025
sebab sekarang Disember 2025, buku ni sangat fresh.
pada mulanya saya malas nak baca sebab gambar dan tajuknya susah dibaca.Tapi...

tapi bila dah baca, saya rasa wow.
mediana seorang pelukis dan nak bertunang dengan Fathur

Farish seorang ingeneer nak kahwin dengan mia.

masa nak fitting baju tunang dan kahwin ni, mereka diserang oleh kumpulan yang tak diketahui siapa dan kenapa.

Fathur dan mia terkorban dan kebih kepada mengorbankan diri demi keselamatan pasangan masing-masing.

Fathur dan Medina terselamat dan mula mencari siapa yang serang mereka. tanpa disedari, mereka bukan mereka dan orang disekeliling mereka juga fake identiti.

nak tahu siapa mereka, beli dan bacalah sendiri. serius suspen giler baca novel ni.
Profile Image for Mini.
90 reviews1 follower
June 25, 2026
​Rating: 2.3/5 🌟

​Ikutkan konsep, buku ni ada potensi yg besar. Penulis membawakan babak aksi kejar-mengejar ala filem Hollywood dan menyelitkan perincian tentang dunia seni Medina serta kerjaya kejuruteraan Faris, nampak la yg penulis memang ada usaha buat research.

​Impression saya pada awalnya memang cukup tinggi terhadap buku ni. Idea asal dan plot twist yg cuba dibawa sebenarnya memang best, saya tak nafikan. 😃

​Sayangnya, masalah utama yg mengganggu saya sepanjang pembacaan adalah gaya penulisannya sendiri. Kadangkala ayat yg digunakan terasa agak berpintal dan complicated untuk dihadam. Bila struktur ayat terlalu sarat, ia bukan sahaja mengganggu momentum pembacaan, malah babak aksi yg sepatutnya mendebarkan pun terasa kurang menyengat🙏🏻. Perincian kerjaya watak yg sepatutnya menarik pula terasa agak berat dan padat untuk diproses. Impaknya, cerita ni takda rasa, takda jiwa. Emosi yg cuba disajikan pun saya langsung tak rasa 😔🙏🏻🙏🏻

​Pacing di bahagian awal juga agak mendatar dan perlahan. Jenuh juga saya menunggu nak nampak di mana titik pertemuan dan chemistry antara watak-wataknya 😅.

​Ditambah pula dengan lambakan watak sampingan yg terlalu ramai, fokus cerita jadi agak berselerak. Sekejap-sekejap saya terpaksa selak muka surat sebelum-sebelumnya sebab nak ingat balik siapa watak A dan siapa watak B. Letih juga bila plot diganggu dengan huraian perkara-perkara kecil yg tak memberi impak besar kepada jalan cerita utama.. huhu 🙏🏻

Daripada sudut pandangan saya, olahan ayat yg lebih santai, kemas dan tidak terlalu padat mungkin akan buatkan penyampaian idea asal yg dah sedia padu tu jadi jauh lebih baik dan menusuk jiwa.

​Apapun, tahniah penulis atas usahanya melahirkan karya ini. Kritik membina ini sekadar pandangan peribadi saya sebagai pembaca, semoga ada ruang penambahbaikan yg boleh dibuat untuk karya akan datang! 🙏🏻✨️
Profile Image for HakimZ.
4 reviews
December 18, 2025
Novelini antara novel yang buat jantung aku berdegup laju dari page pertama sampai last page. Thriller dia solid. Romance dia pula just nice, tak over or tak cringe. Emosi setiap watak terasa real, sampai aku rasa tight di dada. Penulis ni pandai blend rasa takut, trauma dan cinta dalam satu cerita yang fresh dan jauh dari klise. Ini bukan love story drama pukul 7, tapi cinta yang muncul masa everything’s falling apart. Honestly, lepas habis baca, memang susah nak move on.
Profile Image for caa.
86 reviews
July 13, 2026
TARIK NAFAS DALAM-DALAM... HEMBUSSSS 😮‍💨 sebab apa? sebab sejujurnya, saya agak sukar nak mulakan review ni. saya benar-benar nampak potensi yang ada pada naskhah ini. idea dan premisnya sangat menarik. malah, bab-bab awal yang memfokuskan kepada Medina terus berjaya menarik perhatian saya. saya sangka saya akan dibawa ke sebuah thriller yang penuh aksi dan misteri.

namun, semakin jauh saya membaca, semakin saya rasa cerita ini tidak sampai kepada saya sebagai pembaca.

antara perkara yang mengganggu pengalaman membaca saya ialah cara penceritaan yang terasa kurang lancar. peralihan antara kisah Medina, Faris dan watak-watak lain berlaku secara agak mengejut sehingga saya beberapa kali tertanya-tanya sama ada saya terlepas sesuatu. pada bahagian awal, saya juga agak keliru tentang arah tuju cerita kerana terlalu banyak maklumat dan pertukaran fokus yang berlaku dalam masa yang singkat.

apabila masuk ke bahagian pertengahan, memang ada beberapa persoalan yang mula terjawab. namun, saya masih merasakan kepingan-kepingan cerita yang sepatutnya bercantum tidak benar-benar memberikan kepuasan yang saya harapkan. hanya apabila tiba di penghujung novel barulah saya mula memahami tujuan eksperimen yang menjadi teras kepada cerita ini, dan saya akui plot twist tersebut agak menarik.

selain itu, jumlah watak yang diperkenalkan dalam tempoh yang singkat juga agak mengelirukan bagi saya. ada beberapa watak yang terasa tenggelam timbul dan tidak benar-benar diberikan ruang untuk berkembang. contohnya, watak anak kepada protagonis yang saya rasa mempunyai potensi untuk memberi impak dari segi emosi, tetapi wataknya seolah-olah terus hilang daripada fokus cerita.

dari segi penulisan pula, saya merasakan ada beberapa bahagian yang terlalu panjang dalam menerangkan sesuatu perkara sehingga sedikit sebanyak memperlahankan momentum cerita. dialog antara watak juga terasa agak kaku, menyebabkan saya sukar merasakan hubungan emosi antara mereka. malah elemen romantik yang diselitkan antara watak protagonis juga tidak sampai kepada saya.

disebabkan itu, saya akhirnya banyak membaca secara skimming. pacing cerita bagi saya terasa mendatar untuk tempoh yang agak lama, dan saya sukar menemui elemen yang benar-benar membuatkan saya rasa teruja untuk terus membaca. sedangkan sebagai sebuah novel thriller, saya mengharapkan rasa cemas, debaran dan adrenaline rush yang berterusan, tetapi malangnya perasaan itu tidak sampai kepada saya.

walaupun begitu, saya tetap nampak potensi pada idea asas novel ini. premis yang dibawa sebenarnya sangat menarik dan mempunyai banyak ruang untuk berkembang. cuma, dari sudut pelaksanaannya, ia masih belum benar-benar menjadi untuk saya sebagai pembaca.

akhir kata, semoga karya-karya akan datang dapat disampaikan dengan lebih baik lagi dan mampu memberikan pengalaman membaca yang lebih memuaskan.
Profile Image for sansuriya82.
189 reviews2 followers
August 23, 2026
Impuls Polaris karya Fitri Hussin
Personal Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Impuls Polaris bukan jenis novel yang boleh dibaca sambil lewa. Dari awal lagi, pembaca dibawa masuk ke dalam kehidupan Medina yang tiba-tiba berubah apabila dia diburu dan diancam. Dalam masa yang sama, kisah Faris dan Mia pula membuka satu lagi sisi konflik yang pada mulanya kelihatan seperti jalan cerita berasingan. Namun semakin jauh membaca, semakin jelas bahawa setiap kepingan cerita sebenarnya mempunyai kaitan tersendiri.

Apa yang paling menarik perhatian aku ialah elemen aksi dan misteri yang sangat kuat. Ada adegan kejar-mengejar, serangan, penculikan, identiti rahsia dan pelbagai persoalan yang membuatkan aku sentiasa tertanya-tanya siapa sebenarnya yang boleh dipercayai. Plotnya juga beberapa kali membuatkan aku berubah andaian, terutama apabila rahsia di sebalik watak-watak mula terbongkar.

Aku suka bagaimana Fitri Hussin menggabungkan elemen thriller dengan kisah cinta dan pengorbanan. Cinta dalam novel ini bukan sekadar tentang memiliki seseorang, tetapi tentang keberanian melindungi orang yang disayangi ketika keadaan menjadi semakin berbahaya.

Cuma, bagi aku, jumlah watak yang agak ramai dan penceritaan yang penuh dengan maklumat memerlukan sedikit fokus tambahan. Ada ketika aku perlu berhenti sekejap untuk menyusun semula siapa yang berkait dengan siapa.

Secara keseluruhannya, Impuls Polaris ialah sebuah thriller tempatan yang berani membawa konsep yang agak berbeza. Kalau korang suka novel penuh aksi, misteri, identiti rahsia dan plot twist yang membuatkan otak bekerja lebih keras, novel ini memang patut diberi peluang.

Profile Image for Vida Ariff.
209 reviews
October 4, 2026
Permulaan cerita yang buat aku mengimbas-imbas peralatan seni yang wujud. Dan ternyata, ceritanya bukan sekadar itu.

Babak-babak yang muncul seterusnya, adalah tidak terjangka sama sekali. Kejutan demi kejutan dihadiahkan penulis. Kisah ini penuh aksi dan tak kurang dramatiknya.

Identiti watak tidak seperti disangka pada awal cerita. Plot twist tidak henti-henti menghunjam hingga bagai tidak sempat berfikir aksi seterusnya.

Pada akhirnya, aku ditinggalkan dengan 2 perasaan. Puas hati dengan pengakhiran si penjahat. Dan tidak puas hati juga kerana ada yang belum selesai. Apapun, 'mereka' hidup aman; sekurang-kurangnya buat masa sekarang.
Profile Image for Amri.
2 reviews
November 29, 2025
Impuls Polaris memang jenis buku yang bila mula baca, terus rasa macam tengok series thriller dekat Netflix. Gila laju, tegang, dan penuh teka-teki. Setiap bab ada punch, watak-watak dia pun bukannya hitam putih; semua ada rahsia, ada trauma, ada misi masing-masing. Baca pula dalam dunia penyiasatan yang shady gila, memang nonstop mind-game.

Plot twist dia? Datang waktu kita tak ready. Aksi pula cukup padu tanpa rasa over. Senang cakap, ini buku yang buat kau cakap “satu bab lagi” sampai tak sedar dah nak habis.

Impuls Polaris layak masuk peti besi.
Profile Image for Azim.
2 reviews
June 28, 2026
Aku suka novel ini. Thriller dia penuh plot twist. Tapi otak kena kerja OT sikit, tapi payoff memang padu. Fresh dan best.
14 reviews
September 8, 2026
The best book of 2026.

Mula2 sy igtkan buku pasal T20 love story,
Rupanya bukan. Mula2 mmg slow sikit, sampai je tengah2 sampai habis packed dgn action.
Profile Image for Edziani Nabila.
134 reviews10 followers
July 5, 2026
Pembukaan bulan Julai dimulakan dengan impromptu buddy read  Impuls Polaris bersama geng KRC.

And yes, pengalaman pertama saya membaca karya penulis ni.

Pembukaan cerita dia agak gempak! Awal-awal halaman novel, penulis dah bawa pembaca ke dalam situasi yang penuh debaran.

Paling suka vibe cerita ini terasa seperti menonton filem aksi Hollywood - ada ejen perisikan, pembunuh upahan, dan pelbagai lagi.

Penulis berjaya membuatkan saya berasa curiga  hampir pada semua watak.
Saja list out watak-watak yang ada persamaan pada awal bab:
▪️Medina — seorang pelukis yang menjadi mangsa gangguan Riza, seorang samseng obsesif
▪️Farthur — seorang saintis data yang sangat protektif
▪️Mia — seorang pramugari yang diburu bekas teman lelakinya, Danish, yang bersifat abusive.
▪️Faris — jurutera pembinaan yang bersedia melindungi Mia.

Menariknya, kedua-dua heroin mempunyai konflik yang hampir sama; berdepan dengan lelaki yang mengganggu dan mengancam kehidupan mereka.

Kemudian, saya tersedar pasangan masing-masing bermula dengan huruf F.
Medina + Farthur
Mia + Faris
Displaying 1 - 18 of 18 reviews