3 tahun hidup bertemankan bunyi statik daripada pemain MP3, Shelia terpaksa melupakan bagaimana rasanya mendengar denyut kehidupan di telinga.
3 tahun juga Shelia menjalani hidup bersama ‘sumpahan’ yang menjadikan telinganya terlalu sensitif terhadap sebarang bunyi. Setiap gelombang suara yang singgah ke gegendang telinga hanyalah membawa kesakitan. Fon kepala dan bunyi statik ‘white noise’ menjadi talian hayatnya — semuanya hasil buah fikiran Norman Purnama.
Namun, ketika Shelia mula berdamai dengan sumpahan itu, meneruskan hidup sebagai pembantu kedai di Cinema Garden, telinga maha sensitifnya tiba-tiba menangkap satu suara asing antara jutaan bunyi.
Apakah suara itu akan membawanya keluar daripada kesengsaraan yang ditanggungnya selama 3 tahun ini?
Buku kedua dalam Projek Phantom akhirnya mendarat! Kalau dalam buku pertama kita dibawa ke dunia Agus yang tepat pukul 12 tengah malam, tiada siapa mengenali dirinya lagi, kali ni kita dibawa masuk ke dalam dunia Shelia.
Gadis yang terpaksa menggunakan headphone dan white noise disebabkan telinganya terlampau sensitif dengan sebarang bunyi! Setiap gelombang suara mampu memecahkan gegendang telinga, menyakitkan segala urat dan tulang-temulangnya. Seksa!
Disebabkan itu, Agus, Cempaka, dan Shelia berusaha keras mencari Yellow, kunci kepada sumpahan yang dihidapi mereka.
Tapi tak juga kedapatan. Masing-masing buntu, Yellow tak pernah muncul apatah lagi membantu.
Norman Purnama, lelaki yang menjaga dan melindungi Shelia daripada bahaya walaupun kasar gila orangnya. Tapi, kenapa tiba-tiba dia menghilangkan diri di saat Shelia juga diculik individu tak dikenali? Dan Projek Phantom, tetap berjalan walau banyak korban dan nyawa menjadi galang ganti!
Overall, buku kedua dalam Projek Phantom ni lebih thrill, lebih mendebarkan dan menakutkan! Aksi kejar-mengejar, kita akhirnya dah jumpa 'orang atasan' dalam projek uji kaji tu sendiri dan kita akan saksikan akibat daripada uji kaji yang berjaya atau ... sebenarnya gagal?
Tak sabar nak tunggu Projek Phantom 3.0 pulak, macam-macam 'tikus makmal' yang kita dah jumpa setakat ni dan masing-masing ada kelebihan dan 'haywire' yang tersendiri. Best!
Setelah dua minggu hidup di dalam pelarian, Agus dan Cempaka berhati-hati apabila ingin bertemu. Musuh masih ada di mana-mana. Encik Norman Purnama dan Shelia sudah cukup baik untuk menerima mereka. Namun, yang peliknya, Encik Norman Purnama ialah orang kedua yang tidak melupakan Agus setelah 12 tengah malam. Siapa Encik Norman Purnama ini sebenarnya?
Shelia, pembantu Encik Norman juga lain daripada yang lain. Dia tidak berbicara, telinganya sentiasa dilitupi fon kepala yang memainkan bunyian statik 𝘸𝘩𝘪𝘵𝘦 𝘯𝘰𝘪𝘴𝘦 daripada pemain MP3, dan hanya menulis apa sahaja yang ingin dibicarakanya. Apabila terhenti sahaja bunyian statik itu, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada Shelia. Bunyian sekeliling boleh mendatangkan kesakitan yang teramat sangat. Setelah tiga tahun, Shelia sudah boleh menerima hakikat hidupnya, namun sejak akhir-akhir ini, Shelia mendengar suara yang berkata-berkata di dalam kepalanya. Suara siapakah? Apakah yang ingin disampaikan kepada Shelia? Mungkinkah ia jawapan yang akan membawa Shelia keluar dari segala permasalahan dan kesakitan untuk hidup seperti manusia normal yang lain?
Agus dan Cempaka masih di dalam misi mencari Yellow yang diduga dapat membantu mereka menyelesaikan segala kemelut hidup mereka seperti yang dijanjikan Encik Norman Purnama, namun setiapkali diajukan pertanyaan berkenaannya, Encik Norman Purnama melenting. Mengapa?
Sehinggalah suatu hari, Shelia hilang. Ke manakah Shelia pergi? Adakah dia diculik? Atau Shelia melarikan diri?
Ini ialah siri kedua, “Gema” di dalam siri 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐦 setelah siri pertama, “Halimunan”. Rentetan pelarian Agus dan Cempaka membawa pembaca berkenalan dengan watak-watak baru di dalam siri 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐦 kali ini. Pembaca akan mengenali Encik Norman Purnama dan Shelia dengan lebih dekat, dan sejurusnya mengetahui apakah perkaitan mereka dengan Agus dan Cempaka dan juga Projek Phantom.
Babak-babak dan plot penceritaan kali ini menjadi lebih sengit. Terdapat kemunculan watak-watak baru yang senasib dengan Agus dan Shelia, namun masih terlalu awal untuk mengetahu sama ada watak ini berada di pihak yang benar atau salah. Terdapat babak-babak yang mengingatkan saya kepada siri drama bahasa Inggeris popular satu ketika dulu, 𝘏𝘦𝘳𝘰𝘦𝘴 dan juga siri drama Korea popular, 𝘔𝘰𝘷𝘪𝘯𝘨. Kedua-dua drama mengetengahkan watak-watak yang menerima kuasa luar biasa tanpa disangka.
Saya jangkakan konflik utama watak-watak yang mempunyai kuasa ini nanti adalah berkenaan memilih untuk melawan atau menerima, memilih untuk berpihak kepada siapa yang disangk benar dan memilih apa yang terbaik buat diri mereka masing-masing. Bak kata-kata pakcik Peter Parker, "𝘞𝘪𝘵𝘩 𝘨𝘳𝘦𝘢𝘵 𝘱𝘰𝘸𝘦𝘳 𝘤𝘰𝘮𝘦𝘴 𝘨𝘳𝘦𝘢𝘵 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘪𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺".
Satu permasalahan saya dengan cerita ini ialah kerana ianya terlalu pendek membuatkan saya jadi tidak senang duduk untuk mengetahui apa akan berlaku seterusnya. Harap-harap tidak perlu tunggu dua tahun lagi untuk sambungannya 🤭.
Sekiranya anda berminat dengan jalan cerita berkaitan menentang kuasa gelap dan kejahatan seperti kisah-kisah superhero lain, siri ini mungkin untuk anda. Jumpa lagi di dalam 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗣𝗵𝗮𝗻𝘁𝗼𝗺 : 𝗦𝗶𝗻𝗮𝗿 pula!
Projek Phantom kembali lagi dan kali ni, Gema betul-betul buat kepala rasa “berdengung” sama macam apa yang Shelia rasa. Kalau buku pertama kita kenal dunia yang pelik dan tak masuk akal tu, buku kedua ni terus heret kita lebih dalam… lebih gelap, lebih sakit, dan lebih penuh tanda tanya.
“Sebelum kau sakit hati sendiri sebab dipandang lain macam, lebih baik kau jauhkan diri daripada sesiapa…”
Ayat tu macam kena tepat dekat jiwa Shelia. Hidup dia bukan sekadar sunyi—tapi terpaksa menjauh sebab dunia bagi dia terlalu bising. Bukan bising biasa, tapi sampai boleh jadi derita. Setiap bunyi, setiap suara… semuanya menyakitkan.
“Ada yang tak kena dengan telinganya…”
Dan memang betul. Shelia hidup dalam dunia dia sendiri, ditemani white noise dan headphone, cuba ‘tutup’ realiti yang terlalu kejam untuk dia hadap. Tapi bila satu suara asing mula muncul—yang lain daripada yang lain—segalanya berubah. Suara tu bukan sekadar gangguan… tapi mungkin petunjuk.
Dalam masa yang sama, kita nampak macam mana Agus dan Cempaka masih berjuang mencari jawapan kepada sumpahan yang membelenggu hidup mereka. Nama Yellow masih jadi misteri yang tak terjawab—macam bayang-bayang yang sentiasa ada, tapi tak pernah dapat disentuh.
Norman Purnama pula… serius, watak dia buat saya geram + curious sekali. Kasar, dingin, tapi dalam masa yang sama dia satu-satunya yang betul-betul “jaga” Shelia. Tapi kenapa dia hilang tiba-tiba? Dan kenapa kehilangan dia berlaku serentak dengan penculikan Shelia? Kebetulan… atau memang dah dirancang?
Apa yang paling buat saya terkesan, buku ni tak sekadar bagi kita “jawapan” tapi tambah lagi persoalan. Kita mula nampak siapa sebenarnya dalang di sebalik Projek Phantom. Uji kaji yang kononnya untuk sesuatu yang besar… tapi berapa banyak nyawa yang dah jadi korban?
Plot kali ni memang lagi padu. Ada momen tegang, ada rasa seram yang merayap perlahan, dan ada juga rasa simpati yang buat dada berat. Saya suka cara penulis bina dunia ni—tak terburu-buru, tapi cukup untuk buat kita rasa “terperangkap” sama.
Cuma satu je… pendek sangat 😭 Bila dah mula rasa attached dengan Shelia dan kisah dia, tiba-tiba dah habis. Banyak lagi benda yang saya nak tahu, terutama tentang potensi sebenar Shelia dan misteri suara yang dia dengar tu. Dan watak-watak sampingan pun rasa macam ada ‘something’ yang belum didedahkan sepenuhnya.
Kesimpulannya, Projek Phantom: Gema bukan sekadar sambungan tetapi satu lonjakan besar dalam cerita ni. Lebih intense, lebih emosional, dan lebih menguji fikiran. Dan sekarang… saya cuma mampu tunggu sambungan seterusnya sambil cuba hadam semua yang dah jadi.
Serius, lepas epilog tu rasa macam, “okay… this is just the beginning.” 😭✨
Projek Phantom: Gema (buku kedua dalam siri Projek Phantom)
Cerita ni mengisahkan Shelia, seorang gadis yang hidup dengan bunyi statik dari pemain MP3 kerana dia mengalami ‘sumpahan’ yang membuatkan telinganya sangat sensitif kepada bunyi, menjadikan setiap suara lain menyakitkan. Semasa dia cuba meneruskan kehidupan sebagai pembantu kedai di Cinema Garden, telinganya tiba-tiba menangkap suara asing yang mungkin membawa misteri baru atau jalan keluar dari penderitaannya. Siapakah suara misteri itu?
Pertama sekali, buku kedua dalam siri Projek Phantom ni terasa macam satu langkah lebih besar berbanding buku pertama. Dunia Phatom makin luas. Kita akhirnya dapat kenal “orang atasan” yang terlibat dengan semua sumpahan yang berlaku. Dari situ, kita dapat lihat bahawa sumpahan yang dialami Shelia dan watak-watak lain berkait dengan satu sistem yang terancang.
Saya suka bila penulis mendedahkan apa kebolehan Shelia yang selama ni “disorokkan” oleh Norman Purnama. Saya mengharapkan ada sedikit character development selepas kebolehan Shelia didedahkan. Jadi 199 muka surat tak cukuppppp HAVAAUHAHHAAHH 😭 Saya jugak nak tahu lebih lagi tentang Shelia dengan pekerja kedai gajet tuuuu. Character pekerja kedai gajet tu hanya watak sampingan biasa atau sebenarnya dia mempunyai peranan yang lebih besar pada masa akan datang? Ada rasa seolah-olah potensi itu wujud, cuma belum diterokai sepenuhnyaa.
Kesimpulannya, Projek Phantom: Gema ialah sambungan yang baik dan menarik. Ada banyak lagi yang saya nak tahu tentang Projek Phantom ni. Lepastu kalini tak sabar nak tahu kisah Mikail Haqeem!! Lepas baca epilog, macam besttt je cerita dia 🤩🤩
Perjalanan kisah novel ini sederhana laju. Separuh buku perjalanannya perlahan, lepas separuh baru laju. Susunan bab dan babak kemas. Jalan cerita pun kemas dan menarik. Dari aku yang tak berapa gemar tema sci-fi, aku boleh terima. Seronok jalan ceritanya. Novelet bersiri dan ada sambungan. Plot twist agak mengejutkan. Terdapat sikit-sikit typo tu, boleh pejam mata. Cuma tertanya apa maksud "terbata-bata"?