Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love Riddles

Rate this book
Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin.

Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku.

“Sudi awak jadi kekasih saya?”
“Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?”

Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?

Kehadiran Luth, jejaka pujaan ramai di dalam hidup Naural, mengembalikan senyuman wanita itu. Cik hati Naural mula terjatuh lagi. Tapi kehadiran Marysa membuatkan cinta yang baru bertunas, layu kembali.

Nak kenal siapa saya? Jom main Love Riddles dengan saya... :P

Teka-teki yang diterima daripada seseorang bagai mengalihkan perhatiannya daripada kekecewaan dengan cinta tak kesampaiannya dengan Luth.
(i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6- x^2) from -4.5 to 4.5] (you)

Sebaris teka-teki ini merungkaikan segalanya. Ia sebuah graf cinta! Antara jejaka bertopi, Luth dan pemberi teka-teki, siapa akhirnya cinta terakhir Naural?

Paperback

First published January 1, 2015

2 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Mysztyra

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (23%)
4 stars
1 (7%)
3 stars
2 (15%)
2 stars
7 (53%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
July 1, 2015
Buku setebal 761m/s ini sepatutnya (bagi pendapat yunilah) boleh dipendekkan lagi. Sebabnya? BOSAN gila baca. Tak sabar nak habiskan. Masalah mereka simple je tapi mereka sendiri merumitkan menjadi serabut otak pembaca (yuni lah tu).

Rasanya watak lelaki utama ini adalah masalah keyakinan diri kot. Dia dikatakan antara senior paling popular kat universiti tu. Ramai peminat. Handsome tahap gaban. Kaya. So kira cukup package lah tu kan. Tapi minat kat heroin. Tapi tak nak beritahu. Just macam nak biar kalau ada jodoh, bersamalah mereka.

Yuni tak faham apa motifnya dia menjadi Lelaki Bertopi tu. Dahlah tu, tak nak ngaku pula. Haish...dari stress nak fikir buka nak makan apa, level stress makin bertambah sebab baca buku ni.

Terus terang yuni cakap, yuni memang skip part diaorang main teka teki teka tekuk, ular mati atas pokok tu. Ya Allah, macam masih terimbas2 lagi keadaan diri bila baca.

Dah 3 tahun, eh...tetiba je ngaku heroin tu tunang. Kalau yuni lah heroin tu, memang nak kena luku kepalanya. Suka2 je kenalkan pada keluarga. Lepas tu, confuse dengan masalah lupa2 sekejap oleh heroin tersebut. Mengikut pengalaman sendiri lah, kalau dah lupa, otak tak boleh set pun mana yang penting. mana yang kurang penting. semuanya akan lupa. Ini boleh pula, note belajar ingat. Just lupa part muka or nama yang tak penting.

Tapi ini buku karya penulis. Saya hanya sekadar membaca. So semuanya berdasarkan imaginasi penulis.

Profile Image for ezzietti.
9 reviews
April 2, 2015
sepanjang membaca, saya banyak skip part. pada saya novel ini jalan ceritanya agak kebudak-budakan. imaginasi tinggi. cara olahan juga kurang memberansangkan. moga author akan lebih mempertingkatkan usaha di masa hadapan.
Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
Read
May 28, 2020
nak letgo RM18.
Pm if interested.
Profile Image for Myadamya.
8 reviews1 follower
June 14, 2015
In my opinion buku ni oklah.. cuma cerita dia meleret sikit.. kadang2 tu sampai boring baca.. main character pun agak mengada2.. punya la baik lelaki tu still nak jual mahal.. pleaselahhh... kira ok kut ada org yg nak..rasa nk je masuk dlm novel ni nk ketuk kepala si naural tu, slow sgt.. haha.. gaya penyampaian author still boleh improve.. at first sy tertarik dgn synopsis cerita love riddles ni sbb boleh main teka-teki kan.. tp satu pun x paham.. haha sbb sy bukan budak maths.. tp boleh lah gambarkan situation tu mcm mana.. so sy bg 3 bintang je..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews