Fattash dilahirkan jauh dari sejarah dan dunia asalnya, di planet Trimatra-Trigo yang tak pernah mengenal malam. Langitnya dibakar tiga matahari. Udaranya ketuhar yang berbau debu dan besi. Di sinilah manusia tiba sebagai bangsa pelarian, diberi peluang kedua untuk memulakan semula peradaban.
Manusia melarikan diri dari bumi, tapi malapetaka tetap mengejarnya.
Lagenda meramalkan mereka sebagai bangsa penyelamat - tetapi apabila wabak HolloRossa merebak, satu demi satu persoalan timbul. Rahsia dan tragedi yang selama ini terkubur bersama Nusantara tiba-tiba muncul kembali.
Senjata biologi yang mengubah manusia.
Raja Angkasa yang canggih.
Gagak-gagak hibrid dan gargantua.
Mampukah Fattash, dengan bantuan adik, kakak, berserta Roderick, sahabatnya yang bermata tiga menyelamatkan diri seterusnya membebaskan bangsa manusia dari ancaman dan dendam yang telah membelenggu mereka selama ribuan tahun?
Apakah yang bakal terjadi kepada nasib umat manusia dan penduduk Trimatra-Trigo?
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Mengisahkan tentang saki baki manusia yang beradaptasi untuk hidup di exo planet asing setelah bumi asal hancur.
Pemandu utama OOMZ pada aku bukanlah plot. Plot tentunya ada. Namun ia lebih kepada renungan pengalaman watak tinggal di situ dan sejarah bagaimana manusia sampai ke situ.
This book also reads a bit like a fever dream. Very dreamy and estranging. Kalau tgh mood untuk rasa estranged, baca buku ni.
Tajuk: Orang-orang Menelan Zulmat Penulis: Lokman Hakim Penerbit: Kata-Pilar Books Cetakan Pertama: 2025 Ketebalan: 282 muka surat Genre: Novel Sains Fiksyen (Sci-Fi/saifai) Harga: RM32.00
Alhamdulillah.
Usai menamatkan pembacaan bagi buku kesebelas untuk tahun ini dalam kesibukan bekerja dan berkeluarga.
Nama Lokman Hakim mempunyai jenama tersendiri dalam kalangan peminat novel saifai tempatan. Jadi apabila beliau menawarkan novel ini dengan tandatangan, cepat-cepat saya merebut peluang keemasan tersebut.
Walaupun telah menerbitkan berpuluh-puluh novel, ini merupakan novel pertama Lokman Hakim di bawah terbitan Katapilar, sebuah rumah penerbitan yang sinonim dengan Tukang Puisi. Memandangkan saya mempunyai pengalaman yang positif dengan buku kumpui terbitan mereka, maka saya tidak berfikir panjang untuk melabur membeli novel Katapilar pula.
(Spoiler di hadapan)
Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah kulit buku ini yang berona jingga, kuning dan hitam. Pada pandangan saya, ini adalah antara kulit buku terbaik yang pernah dihasilkan oleh Firus Fansuri (Muhammad Shafiq). Dengan siluet lembaga manusia berwarna hitam, tiga bintang dan burung gagak merajai angkasa, seolah-olah kita sedang membaca sinopsis novel ini dalam bentuk grafik. Ilustrasi yang cantik itu juga mengingatkan saya kepada poster filem saifai seperti The Fifth Element dan The Mandalorian.
Syabas, Firus Fansuri! Diharapkan pada masa akan datang Katapilar akan terus menggunakan khidmat beliau untuk buku-buku terbitan mereka.
Baik, berbalik kepada novel.
Saya kira ini merupakan novel saifai kedua yang saya baca selepas Wira Bumi di bawah jenama Novel Kanak-kanak Kenari terbitan Edusystem Enterprise lebih 30 tahun lalu. Novel itulah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan dunia pembacaan novel. Terima kasih, Wira Bumi. Bila saya dah dewasa barulah saya tahu novel ini mengambil inspirasi daripada novel saifai Ender's Game.
Eh, baik, kembali kepada novel ini.
Orang-orang Menelan Zulmat mengisahkan Tash dan dua orang kakak dan adiknya, keturunan generasi ketiga manusia Bumi yang berhijrah ke planet Trivatra-Trigo. Kehidupan mereka berubah apabila penduduk mula diserang penyakit misteri yang menyebabkan tubuh mereka berlubang. Pada masa yang sama, jiran mereka, Ricky, melakukan satu upacara yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila mereka diburu oleh kaum Hollor yang diketuai Morrison. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh Komander Latiff sebelum terlibat dalam perjuangan menentang Hollor dengan bantuan Gagak robotik/artifisial.
Haa... macam mana? Penat kan, membaca ringkasan plot itu? Itu pun saya sudah memendekkannya menjadi mungkin satu peratus sahaja daripada keseluruhan 282 muka surat novel ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Lokman Hakim kerana berani menghasilkan karya saifai yang segar di tengah-tengah industri yang dibanjiri kisah healing, jiwang dan drama. Saya akui, menulis saifai bukanlah sesuatu yang mudah.
Kalau novel biasa, penulis hanya perlu memikirkan watak, latar dan plot. Tetapi dalam saifai, ketiga-tiga elemen tersebut perlu disokong pula dengan pembinaan dunia yang meyakinkan. Penulis perlu mereka bentuk dunia lain, kaum lain, planet lain dan hukum fizik yang mungkin berbeza daripada dunia sebenar.
Inilah sebabnya tidak ramai penulis memilih genre saifai. Di atas tiga perkara yang sudah sedia sukar itu, mereka perlu menambah satu lagi lapisan kesukaran. Untuk itu, saya angkat topi kepada Lokman Hakim.
Lokman Hakim berjaya mencipta dunia yang komprehensif dengan planet, bintang, penduduk, sejarah dan tamadunnya yang tersendiri. Namun begitu, saya merasakan masih ada ruang untuk penambahbaikan dari segi watak dan plot.
Walaupun Tash mempunyai dua orang adik-beradik, saya hanya benar-benar mengingati watak Tash sahaja. Watak kakak dan adiknya kurang dikembangkan dengan baik. Begitu juga dengan watak antagonis yang saya rasakan tidak diberikan peluang yang mencukupi untuk pembangunan karakter. Konflik juga diselesaikan dengan mudah hingga mengurangkan impak kepada pembaca.
Dari segi plot pula, pergerakan cerita terasa agak perlahan pada 80% awal novel kerana dipenuhi monolog dan pembinaan dunia. Namun pada satu perlima terakhir, rentaknya berubah menjadi agak pantas. Bahkan, penyelesaian konflik utama berlaku dengan begitu pantas hinggakan saya tercungap-cungap mencari oksigen untuk bernafas.
Akhirul kalam, ini merupakan satu cubaan saifai noir yang berani daripada Lokman Hakim. Saya menghargai usaha beliau membina sebuah dunia yang luas dan kompleks, namun pada masa yang sama saya merasakan novel yang baik memerlukan pembangunan watak dan plot yang engaging.