Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Tengku Izraf Akif hanya mencintai Zara Irdina seorang, malangnya Zara Irdina menolak lamaran lelaki itu kerana dia hanya anak orang kebanyakan. Tengku Izraf Akif mengambil kesempatan untuk merebut kembali hati Zara Irdina supaya kembali ke pangkuannya. Demi menjaga kehormatan diri, Zara Irdina menerima lamaran Tengku Izraf Akif. Malangnya hubungan mereka dilarang oleh golongan bangsawan dan masyarakat.
Dapatkah Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina meneruskan perkahwinan mereka? Siapa sebenarnya ibu bapa Zara Irdina?
Akhirnya berjaya jugak aku habiskan. Sorry to say but this book not suitable with my taste. Selera setiap pembaca berbeza. Mungkin aku tak suka tapi orang lain suka. Cerita pasal hero dari golongan bangsawan nampak agak tidak realistik. Itu salah satu faktor yang menyebabkan aku hilang fokus untuk menghayati jalan cerita novel ni.
MLT ni ditukar tajuk dr Anak Raja Tengku Cempaka (klu tak silap la) Okey... citer yg okey dan menarik juga!
Gelojohnya la Tengku Akif ni nakkan Zara sampai sanggup mengaku terlanjur..aishh...tp dia mengaku pun sbb nk tlg Zara yg dihina oleh suami yg baru berapa jam dinikahi! sadis betul! kejam pun ada! semua krn Zara adalah anak tk sah taraf!!!
penantian Tengku selama 20 thn berakhir juga bila berjaya miliki Zara...siannya Tengku ni.. Tengku ni kasar...bahasa pun tak bertapis tp dh jodoh mereka ...kawin jugaklah...
Ada dugaan buat mereka...sah2 sbb Zara la kan?...terharu dgn Tengku yg sanggup tinggalkan Istana dan keluarga demi kasih sayangnya pd isteri...bahagiakah mereka setelah terputus hubungan keluarga? sila baca la ya!
Keseluruhan? saya terima dan blh hadam citer ni! ada tarikannya juga...^^
Bab-bab awal novel ni agak menarik. Teruja nak baca sampai habis. Tapi bila sampai part hero & heroin dah kahwin, jalan cerita semakin membosankan, Asyik cerita 'nak buat anak' saja and yes sampai akhir cerita mereka berjaya mendapatkan anak perempuan setelah memiliki 3 org putera. Plot bangsawan-istana-raja sangat la terasa unreal.
Ulasan Buku My Lovely Tengku oleh Pitteriah Abdullah
Mungkin ada yang tak suka buku ni, tapi bagi aku... kisah ni menarik! Tentang seorang gadis yang hidupnya berubah sekelip mata — masa hari pernikahan, rahsia besar terbongkar. Rupa-rupanya dia hanyalah anak angkat, dan terus jadi janda selepas akad nikah! 😳
Demi selamatkan sahabat baiknya, Tengku Izraf Akif sanggup mengaku dia telah menodai Zara Irdina dan menyebabkan Zara mengandung — kalau tak, sahabatnya iaitu Zara tidak akan diceraikan dan dibiarkan hidup terseksa oleh Akmal suami Zara selepas akad nikah. Kelakar part TIA jeling Zara kata suruh ikut berlakon sekali...
Awal cerita pun dah buat aku TERKEJUT 😅 Bukan terkejut je — marah pun ada, geram dengan ego lelaki tu. Nenek perempuan tu pun satu hal. Kenapa tak bagitahu hal sebenar sebelum nikah? Kan budak-budak tu dah plan nak kahwin, boleh je terus terang awal-awal... tak adalah semua kos pernikahan tu hangus macam tu je. Ini tak, tunggu lepas akad nikah baru nak ‘royat’? 😑 Sengal betul.
Bab cinta cintun tu... yang geli + menyampah 'Tiada'...kisah mereka sangat comel 🙈 Tapi aku seronok tengok seorang ana bangsawan yang sayangkan kawan dia, sanggup ambil tanggungjawab dan akhirnya jadi isteri dia sendiri. Family angkat + TIA— tak terus menghukum, tapi siasat dulu sebelum percaya apa-apa. Cool gila! TIA lelaki setia teramat.
Cuma satu je... kalau ada cover baru yang lebih menarik, confirm aku beli tanpa fikir panjang. Jalan cerita dalam buku ni jauh lagi hebat daripada rupa depan dia. Tolonglah tukar cover ya, penerbit 🙏
Sekarang... jom kita cari buku kedua pulak! 🤣😂
📚 Buku ni memang tentang misi mencari kebenaran asal-usul diri sendiri. Sarat dengan emosi, pengorbanan, dan kasih sayang sejati.
PADA AWAL CERITA BERKISAH PASAL ZARA IRDINA YANG SELAMAT BERNIKAH DENGAN AKMAL TETAPI MAJLIS NIKAH MENJADI HURU-HARA KERANA STATUS ANAK LUAR NIKAH YANG DISANDANG OLEH ZARA IRDINA KEADAAN MENJADI SANGAT KECOH DAN MASING-MASING BERGADUH ANTARA PIHAK LELAKI YANG TIDAK PUAS HATI MANAKALA PIHAK PEREMPUAN YANG MEMPERTAHANKAN DIRI.. ZARA IRDINA MASUK BILIK BERSAMA AKMAL KERANA MAHU BERBINCANG TETAPI DIHINA TERUK OLEH AKMAL YANG TELAH HILANG SIFAT KEWARASAN … KEMUNCULAN TENGKU IZRAF AKIF DALAM BILIK PENGANTIN DAN KEADAAN AKIF SERTA ZARA IRDINA YANG TIDAK DISANGKA MENYEBABKAN PERNIKAH ZARA DAN AKMAL BERAKHIR JUGAK… ( KENA BACA UNTUK TAHU PUNCA MEREKA BERCERAI NAK TAIP BANYAK SANGAT PULAK ) APABILA ZARA IRDINA KEMBALI SOLO PELBAGAI FITNAH TERSEBAR APA LAGI TENGKU IZRAF AKIF TURUT TERLIBAT DALAM FITNAH INI.. TENGKU IZRAF AKIF BETUL-BETUL TEKAD MENIKAH DENGAN ZARA IRDINA , MACAM-MACAM DIBUATNYA…BACA SENDIRI YE… MEREKA MENIKAH JUGAK TAPI…( SENYAP-SENYAP DULU KERANA …BACA SENDIRI …) RAHSIA TERBONGKAR APABILA ZARA IRDINA BETUL-BETUL MENGANDUNG…( AYAT BETUL-BETUL MENGANDUNG ???? KERANA ADA CERITA ISU MENGANDUNG INI ..NAK TAHU BACA SENDIRI YE…) TENGKU IZRAF AKIF TEKAD BERPINDAH DARI KEHIDUPAN MEWAH DAN HIDUP SEMBUNYI ( TAK NAK BAGI TAHU DUDUK MANA KAT FAMILY SEBAB KECIK HATI DENGAN SIKAP KELUARGANYA..) WALAUPUN HIDUP SUSAH ..( SEKEJAP JE ) MEREKA BAHAGIA SANGAT ADA TIGA PUTERA YANG COMEL DAN NAKAL.. KEHIDUPAN LEBIH BAHAGIA APABILA SEMUA MASALAH HILANG.. OLEH KERANA BUKU NYA TIDAK TEBAL MANA CUKUP LA SETAKAT INI BERCERITA…UNTUK LEBIH PANJANG DAN LENGKAP BACA LA NOVEL MY LOVELY TENGKU…
KOMEN:
CERITA YANG SIMPLE KASIH SAYANG CINTA JODOH KEINSAFAN KEMULIAAN
BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA
1. IS dah mula baca online di Ilham, masa baca disitu adalah kesalahan yang bagi IS tak patut ada...so dengan semangat nak sambung baca..belilah novel...sekali..masih SAMA...susunan ayat yang berterabur..kesalahan ejaan..haihh camnelah buku ni boleh terbit..takde sape check ke sebelum diterbitkan?...semangat terus menurun...menurun untuk habiskan novel ni...grrrrr...
2. Cerita ada tapi bagaimana penulis mengolahnya..buat IS menyampah la plak...seolah-olah penulis nak cepat2 habiskan cerita...hihh geramlah..opss emosi plak.
Harap-harap MLT 2 tak menghampakan bila baca..sebab dah beli tu..tinggal nak baca je..HAHA..
Ulasan Buku: My Little Tengku oleh Pitteriah Abdullah
My Little Tengku adalah novel bergenre romantik karya Pitteriah Abdullah yang membawa pembaca ke dalam kisah cinta yang manis tetapi penuh liku antara Tengku Ariff, seorang lelaki berstatus tinggi, dan Widad, seorang wanita sederhana dengan personaliti yang kuat. Novel ini memadukan elemen cinta, keluarga, dan pertembungan budaya dalam satu naratif yang menyentuh hati.
Kekuatan utama buku ini terletak pada watak-wataknya. Tengku Ariff, walaupun dilihat sebagai lelaki berkuasa dan berkedudukan, digambarkan sebagai seseorang yang bersikap lembut dan romantik. Sebaliknya, Widad adalah seorang wanita yang berdikari dan tidak mudah tunduk kepada tekanan, menjadikan interaksi antara mereka penuh warna dan emosi. Hubungan mereka berkembang secara beransur-ansur, membuatkan pembaca mudah terhubung dengan kisah mereka.
Dari segi plot, Pitteriah Abdullah berjaya mencipta konflik yang menarik, terutamanya berkaitan perbezaan latar belakang dan cabaran yang datang daripada keluarga dan masyarakat. Walaupun cerita ini lebih kepada genre cinta ringan, ia turut membawa mesej tentang keikhlasan, penerimaan, dan pengorbanan dalam hubungan.
Bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami tetapi tetap penuh emosi, menjadikan novel ini sesuai untuk pelbagai lapisan pembaca. Adegan romantik dalam buku ini diolah dengan baik, tanpa terlalu klise, tetapi cukup untuk mencairkan hati pembaca.
Namun, terdapat bahagian yang agak perlahan, terutamanya ketika penulis memberi tumpuan kepada perincian konflik kecil. Walaupun begitu, ini tidak menjejaskan keseluruhan pengalaman membaca kerana gaya penulisan Pitteriah yang mengalir dan santai.
Secara keseluruhan, My Little Tengku adalah sebuah novel romantik yang penuh dengan emosi dan nilai kekeluargaan. Ia adalah bacaan yang menyenangkan bagi mereka yang menggemari kisah cinta dengan elemen realiti dan drama keluarga.
Perkahwinan Zara Irdina dengan suami pilihan hatinya Akmal tidak seperti yang diharapkan dan didambakan.Status Zara Irdina sebagai anak angkat dan merupakan anak luar nikah menjadikan dia bahan cacian keluarga Akmal...
Sejak cacian dihamburkan...hati Zara Irdina sudah tiada buat Akmal..Tengku Izraf Akif si pencinta setia menyelamatkan Zara Irdina dari digantung tak bertali.Pengakuan Yang kononya mereka sudah terlanjur dan zara mengandung anak Akif membuatkan Akmal marah dan menceraikan Zara dengan talak 3
Namun kerana statusnya Zara Irdina menolak untuk berkahwin dengan AKif...atas dasar dia tidak layak berdamping dengan anak raja..Namun ugutan daripada Akif menyebabkan dia bersetuju..dan mereka berkahwin tanpa pengetahuan orang ramai kerana perkahwinan itu dihalang oleh kerabat di raja...
Selepas perkahwinan mereka, Akif dan zara pergi ke tanah kelahiran Akif...Status zara mula dipersoalkan...benarkan dia anak Tengku Borhan?Tengku Cempaka Mula membenci akhirnya mereka hidup tanpa keluraga disisi..
Apabila Akif semakin berjaya..Keluarga diraja datang merapat...mampukah mereka hidup dengan ada diraja?Adakah Zara Irdina diterima oleh rakyatnya...Bagaimana pula anak2 mereka..
Karya santai mengenai cinta seorang anak raja, Tengku Izraf Akif terhadap jiran sebelah rumah bernama Zara Irdina. Cinta Izraf ditolak oleh Zara kerana darjat dan pangkat. Tetapi Izraf tidak berputus asa. Beliau sanggup berlaku 'kotor' utk mendptkan Zara di hari perkahwinan Zara dengan kekasihnya. Ugutan dan desakan Akif telah menyebabkan mereka bersatu jua. Itu pun secara rahsia atau kahwin lari. Apakah yang menyebabkan pasangan tersebut bertindak demikian? Bagaimanakah perjalanan hidup fan kejutan yang bakal dilalui mereka setelah dihalau oleh keluarga? Saya suka watak utama lelaki yang agak dominan dan terkenal di kalangan orang Melayu dulu kala. Tidak romantik. Suka mengikut kepala otak sendiri, iaitu tetap pendirian. Namun agak blur menunjukkan kasih sayang secara romantik terhadap si isteri Zara. Mujur watak utama wanita telah mengenali pasangannya sejak kecil. Tidak mudah merajuk ngan sikap kayu suaminya.