Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pendamping

Rate this book
Helena sukar dimengertikan tingkah laku dan pemikirannya. Hijab Amy yang terbuka pula mampu melihat lebih daripada yang diinginkan.

Hadir antara mereka adalah Zarif. Saat Helena menagih cinta daripada Zarif yang tidak mampu memenuhi, jalan yang sukar dipermudahkan
dengan hawa nafsu yang bertuankan syaitan durjana.

Khidmat Cempaka nun jauh di pondok usang yang digeruni, dicari lalu hati Zarif yang liar
memberontak ditundukkan. Amy mengocak kasih, pencetus cinta. Dia nampak kehodohan sifat manusia yang rakus mahu menguasai biarpun perlu menganiayai.

Berjayakah Zarif ‘melepaskan’ diri daripada Helena?
Mampukah Amy membutakan setiap penglihatannya?

416 pages, Paperback

First published January 1, 2015

4 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Zyra Safiya

8 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (20%)
4 stars
15 (30%)
3 stars
17 (34%)
2 stars
7 (14%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Noor Hanis.
188 reviews
January 3, 2016
BUKU UNTUK DIJUAL PADA HARGA RM14!

Tanpa kita sedari, syaitan sentiasa berada di sisi kita membisikkan sesuatu yang membawa kepada kemungkaran. Sama ada kita sedar atau tidak sedar. Nampak atau tidak nampak. Jika kita kuat, terselamatlah dari buaian nafsu dan kealpaan.

Antara isu yang diketengahkan dalam novel Pendamping hasil karya Zyra Safiya ialah cinta paling agung tidak mampu dijual beli dan sangat kuat bahananya jika tidak dikawal perasaan itu. Watak antoganis, Helena merupakan seorang yang kuat pendiriannya dan sentiasa dibandingkan dengan kakak sulungnya, Natalia yang serba sempurna. Rasa tidak puas hati dan cemburu sentiasa meluap-luap. Jika hati Razif tidak mampu ditawan, dia sanggup menggunakan bomoh untuk menganiaya Razif. Begitu rakus sekali manusia sehingga menggunakan bantuan musuh manusia sejak berkurun lamanya.

Lain pula ceritanya dengan Amy. Diberi keistimewaan yang saya sendiri gentar jika dikurniakan sedemikian. Hijab Amy terbuka dan mampu melihat makluk ghaib di sekelilingnya. Amy pada pendapat saya cekal orangnya dan tidak mudah patah semangat. Jika dibandingkan Amy dan Helena, bagai langit dengan bumi.

Cerita ini mengingatkan kita bahawa Allah mempunyai kuasa terbesar dan tiada siapa mampu menandingi kuasa-Nya termasuk syaitan dan iblis kerana mereka juga ialah makhluk Allah. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
January 13, 2016
Baca tajuk, aku harapkan seramnya novel ini buat aku payah nak tidur. Tapi hampa. Penceritaan yang meleret. Dialog yang macam tahun 1980-an. Seramnya tak ada.

Maaf penulis. Saya suka tajuk yang dipilih. Tapi makin banyak saya baca, saya tak seronok.

2 bintang. 1 untuk tajuk yang buat saya beli novel ni dan 1 untuk usaha penulis siapkan novel ni.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 29, 2015
not bad .. oke jalan ceritanya ..
tak de unsur seram yang melampau ..

suka dialog dalam buku ni , santai ...

dapat ilmu baru .. " kembar air "
Profile Image for Ika.
25 reviews
August 25, 2022
Mengisahkan tentang Helena yang terlalu taksub dengan cintanya terhadap Zarif sehingga sanggup menggunakan cara salah untuk mendapatkannya.

Zarif pula menganggap Helena sebagai kawan kerana dia telah jatuh cinta dengan Amy. Amy si gadis pendiam dan hijab matanya terbuka.

........

Pendapat peribadi :

- Nampak tajuk rasa menarik. Dalam otak "owh pendamping, ada kaitan dengan saka keturunan". Tapi salah. Tapi tidak apa, dapat ilmu baru.

- Sayang sekali jalan ceritanya menarik cuma terlalu meleret sehingga ke separuh buku baru dapat rasa perkembangan cerita dan perkaitan antara watak.

- Hampir letak tepi, tapi usahakan juga untuk habiskan. Saya tidak menyesal sebab sambung baca. Hampir ke bahagian akhir barulah rasa berdebar dan sedikit rasa seram itu muncul.

- Apa yang saya dapat dari cerita ini, jangan terlalu taksub dengan sesetengah perkara. Ada sebab kenapa kita diajarkan untuk sederhana.

- Apa-apa pun yang terjadi tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa Allah. Sesungguhnya kita yang lemah.

- Akhir sekali, dapat pengetahuan baru tentang kembar air, salah satu jenis santau berkaitan 'merapatkan hubungan'. Sebab sebelum ini hanya tahu tentang nasi kangkang, minyak dagu, etc.

3.5/5 (Awal-awal nak bagi 3 ja. Tambah 0.5 sebab ada bahagian akhir-akhir tu saya rasa menarik).
Profile Image for Hamidah Effendi.
413 reviews5 followers
August 12, 2025
Pendamping– Zyra Safiya

Cerita ni pasal pengambilan anak angkat… tapi rupanya bala pun ikut sekali masuk dalam keluarga. Nak kata cemburu… patutnya belajar bersyukur lah kalau keluarga angkat kau baik. Dalam hidup ni, tak semua benda kita akan dapat. Jadilah macam bapak kau tu — dah cuba selamatkan hidup kau — bukannya kerja nak cemburu memanjang.

Helena ni… aku terus teringat watak Tajul dalam novel Dia Bukan Syurga. Personaliti nampak tak jahat, tapi 2 Face. Zamri — ayah angkat Helena — memang pemenang “Sengal Sedunia” dan “Bengap Seumur Hidup”. Sebab kau lah, anak dan bini kau hilang nyawa, ada yang jadi gila. Mrs. Natassia, please lah… minta cerai cepat-cepat. Aku stress betul dengan mamat ni. Zamri ni jenis toxic positive yang kronik. Dari awal sampai ending, perangai dia tak berubah-ubah.

Maaf Amy dan Zarif… cerita korang tenggelam sebab aku sibuk nak marah dekat Zamri. Kesian gila wife dan anak dia.

Moralnya: berpada-pada lah percaya orang. Kalau orang komplen, siasat dulu — jangan main telan bulat-bulat. Kau kata kaya? Pasanglah CCTV senyap-senyap.

Kalau nak tengok “taktik” Helena, boleh layan movie Orphan. Sama psycho, cuma Helena ni 2 in 1 package — siap ada setan ikut sekali.

Seram: 2%
Psycho: 99%
Thriller: 80%
Profile Image for astread.
77 reviews8 followers
January 21, 2025
Pendamping | Zyra Safiyya

Niat murni untuk mengambil anak angkat, Helena yang kehilangan ibu dan ayah bertukar tragedi apabila Helena datang bersama kawan (package 2-in-1).
Ambik budak. Dapat hantu. Naluri seorang ibu Puan Natassia tak pernah salah yang dari awal tak bersetuju nak adopt Helena. Kalau saya pun tak setuju sebab mak Helena tu belum tentu mati.

Helena yang dari kecil ada sifat benci dan dendam dengan semua orang. Bahaya betul kalau dengki bergabung dengan dendam.

Susunan ayat yang agak ber metafora (betul ke tak eh). Tak straight forward membuatkan pembacaan saya sedikit lambat. Tak faham apa yang hendak disampaikan oleh penulis jika baca sekali lalu. Kena berkali kali lalu. Kena buat uturn banyak kali.

Kalau helena saya asyik rasa meluat. Amy pulak saya suka. Lurvvvv Amy my girll !!!!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Yuzz Cs Ting.
38 reviews
May 7, 2017
Pandangan peribadi saya:
1. Tajuk dan cover buku menarik.
2. Karya pertama dari penulis ini, lain lain karya beliau saya belum baca. Tapi tahniah kepada beliau kerana berjaya membuat saya membaca dan terus membaca....
3. Font untuk buku terbitan karya Prima agak kecil untuk mata saya. Rasanya kalau guna font biasa (seperti novel Alaf21) tentu awal dah saya habiskan novel ini.
4. Penyusunan ayat agak berlapis, agak sukar untuk saya mentafsir maksudnya, hahahha...mak cik jenis nak cepat sampai maksud je.
5. Keseraman jalan cerita ini memang merembangkan bulu roma... sila baca lepas jam 10 malam, garenti sukar nak lelapkan mata.
6. Kepada peminat seram dan nak tahu pasal kembar air, sila baca, dan dapatkan naskah anda hari ni.
5 reviews
May 16, 2018
Pendamping sebuah novel seram karya Zyra Safiya. Pendapat saya novel ini klise, cinta tiga segi. TAPI, pembaca sekalian jangan cepat menghukum kepada kekurungan sebuah karya. Nilai dari pelbagai sudut. Saya suka unsur mistik yang ditonjolkan penulis. Ritual berkenaan bayi tu sangat-sangat menarik. Babak seram yang saya sangka langsung tidak menjadi sebaliknya meremangkan bulu roma. Bahasa yang mudah, jalan cerita yang diatur kemas dan sedikit klise. Koflik keluarga yang sangat berkesan dan lain dariapada lain. Salah satu watak dalam novel ini yang tidak ada dalam novel lain. Seorang gadis yang selalu bercakap mengikut tatabahasa yang betul. Jelas penulis cuba mencari kelainan dalam novel beliau ini.
Profile Image for AniszDy.
4 reviews
February 15, 2025
Masa aku mula2 baca novel ni rasa mcm boring sikit. Mgkin masa tu aku tak menghayati sgt jalan cerita yg diketengahkan. Lama juga aku stop novel ni. Lps beberapa bulan, aku sambung baca balik. Eh best pulak cerita ni. Berdebar2 aku baca especially scene zharif dan kwn2nya dlm kereta diekori makhluk. Aku rasa scene tu real sgt, sampai skrg aku rasa scene tu real dan seram. Dan setelah membaca beberapa novel dari Zyra Safiya, aku dah tahu style penulisannya. Scene seram tak terlalu menonjol tp keseramannya tu sesuatu yg logik, misteri dan banyak berlaku di sekeliling kita. Jika dihayati betul2 penulisan dan plot ceritanya, ia sebenarnya novel yg baik dan menarik. Secara peribadi, aku meminati penulisan Zyra Safiya dan mencari novelnya yang lain lagi.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
March 25, 2016
Novel yang sangat misteri dan mistik.. Kalau nak tau pasal kembar air bolehlah baca novel ini.. Macam2 cara yang manusia sanggup buat demi memuaskan keinginan hati.. Walaupun perkara yang dibuat menyalahi agama. Ibu Bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak2. Mengawal, memerhati, memantau, menasihati dan juga menerima kekurangan anak boleh membantu anak membesar dengan baik.. Walaupun anak angkat, tetap anak.. Kesalahan dan kejahatan mak bapa bukan menjadikan anak itu juga jahat. Jangan terlalu mudah berjanji pada apa yang tidak kita ketahui tapi mohonlah pada Allah jalan penyelesaian yang sepatutnya.
101 reviews3 followers
July 23, 2021
*3.5 ⭐
Kenapalah bintangnya tiada yang setengah.. Seronok juga membacanya walau tertangguh tangguh..terus google tentang kembar air.penulis ni kalau kurangkan drama dan lebihkan kepada elemen seram mesti setanding atau boleh menggugat novel seram yang lebih tinggi bintangnya kerana penceritaan seramnya adalah juga isinya dan tidaklah kebudakan.
Profile Image for Qayiem Razali.
895 reviews85 followers
May 12, 2015
Tajuk memang menampakkan keseraman. Tapi, kisahnya tidaklah seram. Hmm... bolehlah dijadikan bahan bacaan masa senggang.
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
April 9, 2015
Penceritaan dia kureng sikit tapi jalan cerita dia okay. Macam mana ek nak cakap, kalau dia tambah "ketakutan keseraman" mesti erm berapa bintang ya? ***** la dapat.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.