Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayang Puan Sebelah Rumah

Rate this book
Zurin Aria, gadis kampung, dan kehidupannya bersama adik lelakinya, Amzi, amat bahagia biarpun anak yatim. Walaupun dibenci oleh salah seorang ibu saudara tetapi dia dikasihi oleh seorang lagi ibu saudara. Pertemuannya dengan seorang perempuan tua yang berkenankannya dan mahu menjodohkannya dengan cucunya, Zaqry, menjadikan kehidupan Zurin Aria kelang-kelibut.

Zaqry, seorang lelaki yang sombong dan bergaul hanya dengan orang yang dikenalinya. Mempunyai seorang kekasih sejak kecil bernama Alana. Bercinta bukan main lama, tapi rancangan berkahwin tak pernah ada. Sebab Alana lebih pentingkan kerjaya dan Alana yakin sangat Zaqry akan terus setia. Sudahnya, bila perkahwinan Zaqry diaturkan oleh neneknya, Puan Akilah, ia mendapat tentangan Zaqry dan seluruh keluarga. Namun kerana insiden pengsan Puan Akilah, Zaqry akhirnya bersetuju. Sayang nenek punya pasal.

“Ry ikut aje apa yang tok rancangkan. Kita tak payah pening kepala fikir lagi. Ry dah setuju. So, tok cakap aje bila nak kena kahwin.”

Hati yang walang kerana terpaksa berkahwin paksa membuatkan Zaqry meninggalkan pengantin perempuannya selepas majlis akad nikah. Tanpa melihat siapakah pengantinnya itu, dia pergi. Puan Akilah yang rasa bersalah dengan apa yang terjadi, mengaturkan pertemuan empat mata tanpa kedua-dua suami isteri itu tahu bahawa mereka akan bertemu. Berharap agar Zurin Aria dan Zaqry akan jatuh cinta tanpa dipaksa.

“Tok ni peliklah. Nanti tiba-tiba kalau Zurin jatuh cinta dengan dia, meranalah Zurin sebab dia ada Alana!”

Mampukah Zurin Aria bertahan dengan cinta yang tidak pernah terucap itu sedang dia tahu tiada cinta daripada suami? Bagaimana pula dengan Alana yang tetap mahukan Zaqry dan akan buat apa sahaja demi mendapatkan Zaqry?

Paperback

First published January 1, 2015

8 people are currently reading
111 people want to read

About the author

Zaza Qry

28 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (31%)
4 stars
22 (33%)
3 stars
18 (27%)
2 stars
4 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
October 11, 2015
cerita agak santai. Mudah untuk dicerna. Boleh dibaca ketika duduk minum kopi. XD

Benda yang tak faham/confuse/tak puas hati:
1. Mati2 ingatkan Mak Uda Zarina tu mak tiri diaorang ni. Iyelah dah duduk serumah, lepas tu rapat semacam dengan anak sedaranya tu. Rupanya belum kahwin. Hairan juga dalam hati. Walaupun ada Tok tapi boleh yek macam tu? Ke itu gaya orang kaya duduk kat bandar sana?

2. Mudahnya untuk kahwin. Mudahnya untuk bercerai. Indahnya ketika dilamun cinta. Peritnya ketika hati disakiti. Hubungan suami isteri bukan setakat akad nikah sahaja. Tanggungjawab itu berat. Kalau iye pun si Zaqry tu tak kuat agamanya, kenapa Tok diamkan aje? Kenapa tak diberitahu kepada anak lelakinya - papa di Zaqry? Biarkan aje mereka hidup dalam kegelapan walaupun niat hanya untuk menyedarkan cucu yang dah jauh tersesat? Jangan lupa, walau apa pun niatnya, niat tidak menghalalkan cara. Memanglah happy ending tapi...adakah kita semua pasti sepanjang perjalanan nak ke happy ending itu, dapat keberkatan dari Allah? Kenapa yek penulis sekarang macam ambil mudah benda2 macam ni, adakah kerana mengikut trend minat pembaca atau apa? Baca sekali dua, yuni boleh buat2 tutup mata. Tapi kalau acap kali dihadapkan sebegitu rupa, mana boleh tahan.

3. Macam tak boleh terima or more to tak puas hati cara ending si Zaqry dan Alana ni. Kahwin dah lah cepat semacam. Bercerai pun macam gitu. Just panggil kaum keluarga, buat mesyuarat tergempar untuk announcekan dah bercerai dua hari lepas. Masa beritahu kat Tok dan Aria pun, gembira semacam. I just cannot accept it.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 9, 2015
Novel pertama penulis ni mmg sgt berjaya menarik minat dan jiwa sy sbg si pembaca...BESTT KOTT!!...

cerita tentang kahwin aturan..lepas dinikahkan si pengantin lelaki yg kawin semata2 memenuhi impian neneknya terus melarikan diri selepas akad nikah tanpa melihat wajah si pengantin perempuan..

then nenek nya merancang supaya si cucu menantunya bekerja di sebelah rumah suaminya itu utk mengenali siapa si suaminya...

Aria yg ingin dekat dgn adiknya menerima tawaran tersebut dan tnpa disangka2 dia dpt bertemu dgn suaminya, Zaqry tanpa diketahui suaminya yg dia isterinya...

Zaqry pula walaupun ada Alana sbg kekasih, entah bagaimana dia merasa ada suatu perasaan asing bila terpandangkan Aria...dia selalu lepas laku kalau berdekatan dgn Aria..dan selalu cemburu kalau ada lelaki yg mendekati Aria...padahal dia x tau pun Aria tu sebenarnya isterinya..

apa yg berlaku selepas tu...jeng3x..haha

cerita yg agak sweet..walaupun ada part "madu" tp xde la menyakitkan hati sgt...




Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
August 10, 2022
Akibat ditinggalkan pada hari nikah, Zurin setuju cadangan Tok bekerja menjaga Puan disebelah rumah anak laki Tok.

Tanpa Zurin sedari, lelaki yang selalu bertandang sebelah rumah tempat Zurin bekerja ialah suami dia sendiri. Tempat Zurin bekerja rumah mak girlfriend Zaqry, Alana. Diaorang dah bercinta 13 tahun.

Zurin memang layan nak tak nak layan je cuma Zaqry ni memang suka menempel kat Zurin. Malah tingkahlaku Zaqry melayan Zurin cam isteri dia.

Bila Faiz cakap Zurin isteri orang, Zaqry murung. Seminggu dia dok lepak kat condo tanpa melayan phone.

Bila dah tahu Zurin isterinya, apalagi mula la usik mengusik dengan Zurin.

Baru nak happy Alana cakap dia mengandungkan anak Zaqry.

Best jalan cerita. Suka hubungan bff antara Zurin dan Nuha. Actually ramai watak dalam ni best². Just part akhir tu curious, mana Tok?
242 reviews11 followers
September 28, 2017
awal plot slow.msk pertengahan cerita dah laju. watak antagonist yg menyakitkan hati. nsb baik lah hero dan heroin saling sayang menyayangi.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 18, 2015
cerita yang menarik.. ada juga bab yg menyampah bila zaqry kena kahwin dgn alana.. saya suka sgt..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 31, 2024
[BOOK 7]

Sayang Puan Sebelah Rumah by Zaza Qry.
.

terbitan: Jan 2015
beli: Jan 2020
baca: Jan 2024
.

cantik je susunan kat atas tu.
.

Aku sebenarnya dulu2 pernah la baca few chapters buku ni. Tapi aku letak tepi dulu lepas tu, sebab rasa slow dan not my cup of tea la kononnya. Tapi bukan salah buku sebenarnya, sebab dulu-dulu, genre arranged marriage ni memang hit la. Siap penuh konflik bagai. Jadinya, bila baca sekarang, memang akan rasa something off la kan.
.

Tapi disebabkan aku tak sampai hati nak DNF buku, so, aku start la baca semula sekarang.
.

Dan bila baca tanpa sebarang expection, buku ni best sebenarnya. hahaha.
.

Buku ni, aku boleh bahagikan kepada 3 bahagian.
.

Pertama, cerita tentang kesusahan hidup Zurin Aria. Pada masa yang sama, Zaqry ni anak orang kaya yang dah terpesong. Dia bercinta dengan Alana. So, nenek Zaqry ni nak jodohkan Zurin dengan Zaqry. So, dorang pun kahwin la tanpa kenal each other. Lepas akad nikah, Zaqry ni boleh pulak lari tinggalkan majlis tanpa tengok pun muka pengantin perempuan.
.

Kedua, Zurin kerja kat KL tu, kat sebelah rumah Zaqry ni. Meaning, Zurin kerja kat rumah Alana sebab Alana dan Zaqry ni berjiran. So, hari-hari la Zurin nampak muka Zaqry ni, tapi Zaqry tak kenal Zurin. Tapi Zaqry ni suka pulak cari gaduh dengan Zurin, tanpa sedar, dia jatuh cinta pada Zurin.
.

Ketiga, bila dah bahagia, of courselah ada langau yang tak puas hati. Banyak la pulak konflik lepas tu.
.

Overall, part pertama agak slow. Part kedua dah best. Yang ketiga, aku dah start rasa penat dengan konflik dorang ni.
.

Dan lagi satu, OMG, kenapalah ramai sangat lelaki yang sukakan Zurin ni.
.

Keseluruhannya best je. Lagi best kalau aku baca lebih awal.
18 reviews
October 29, 2020
Jalan cerita bagus, not so complicated.
Cume tak paham, alana dalam cerite ni ade pakai tudung ke tak pakai tudung?
Yg part akhir setelah 5 thn tu, tak ade pula cerita tentang tok, so apekah tok masih hidup atau tok dah meninggal?
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
January 17, 2021
Love this book. Secukup rencah👍👍
28 reviews4 followers
August 10, 2018
Best! Tak setuju dgn salah sorg reader yg cakap citer ni santai sambil minum kopi. Yes byk part kelakar tp ada conflict yg buat pembaca berdebar, yg penting ada momentum, wlpn byk perbualan tak penting.
.
Nenek Zaqry berkenan dgn Aria setelah berjumpa secara kebetulan di hospital. Zaqry yg dah bercinta dgn Alana (jiran dia) 13 tahun, terpaksa berkahwin dgn Aria sbb sayangkan neneknya sangat. Pada hari nikah, tanpa tgk muka pengantin perempuan(err adat org kedah lain, pengantin perempuan kat bilik lain, xde kat tempat akad so time ni Zaqry lari lepas je baca akad nikah).
.
Nenak zaqry buat plan supaya Aria kerja sbg pembantu rumah jiran Zaqry(keluarga alana) utk jaga mak alana yg lumpuh). Mula2 tu Aria pn tak tahu yg suaminya tinggal sebelah rumah.
.
Zaqry ni, terlalu biasa pergi ke rumah alana mcm buat rumah sendiri. So secara tak langsung berkenalan la dgn si aria. Mula2 dorg ni slalu gaduh2 esp zaqry yg suka usik aria.
Zaqry mula cemburu kalau nampak je ada lelaki yg rapat dgn aria. Mula2, kes adik aria sendiri(zaqry ingatkan pakwe aria), lepas tu abang alana yg terang2 sukakan aria. Then fiaz, sepupu aria sendiri juga merangkap kawan baik zaqry.
.
Hmm masa before zaqry tahu aria ni isteri dia dan bercinta dgn alana, kalau sy la jadi aria, sakit hati jugak kalau tgk suami sy peluk dan cium alana tu sesuka hati. Sedih especially part zaqry bertunang dengan alana. Hmm bagi hint kat aria yg dia suka kat aria tapi boleh pulak bertunang dgn alana.
.
Lama2 zaqry jatuh cinta dgn aria tanpa tahu aria ni isteri dia. Hampir 3/4 cerita ni baru dia tahu tanpa sengaja aria tu isteri dia.
.
Lepas tahu aria tu isteri dia, zaqry buat keputusan yg dia hanya nak aria, dan xnak kahwin dgn alana. Alana pulak kerana selalu meluah perasaan kat kawan zaqry, riddin, telah terlanjur berkali kali dgn riddin.
Alana tak puas hati kalah dgn aria yg hanya pembantu rumah, letak ubat tidur kat dlm air zaqry dan tipu cakap dia dah terlanjur dgn alana.
Alana disahkan mengandung anak riddin tapi dia tipu semua org katanya anak tu anak zaqry.
Zaqry dgn terpaksa kahwin dgn alana selama 2 bulan.
.
Masa part bermadu, sakit hati jugak dgn character aria yg writer buat nampak mcm sangat bodoh. Ade ke dlm dunia ni, isteri yg dimadukan ugut suami supaya berlaku adil dgn isteri muda. Faham, dia xnak suaminya berdosa sbb tak berlaku adil, tapi aria dah melampau sampai ugut xnak jumpa zaqry. No wonder lah zaqry marah.
.
Anyway, happy ending. Riddin dpt tahu anak dlm kandungan dlm perut alana tu anak dia dan berjaya pujuk alana. So zaqry dgn alana cerai lepas 2 bulan kahwin. Zaqry dgn aria still married, happily ever after.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 1, 2016
#3.5

Cerita yang santai, walaupun agak biasa jalan ceritanya.

Cuma, dari segi struktur ayat terutama di awal2 bab masih tak teratur , bila baca macam something wrong.. walaupun da lama x belajar BM ni tapi ada la part2 yang macam ek.. salah je ayat ni...


overall cerita ok, ada part2 sweet yang memang menjadi n best.

Tapi, keslumberan sikap famili Zaqry buat kan saya rasa macam dalam novel ni watak diorang x de pn xpe. Yang menonjol watak adik bongsu Zaqry, Zaida. Yang lain macam diabaikan.. konflik antara mak uda dengan papa zaqry pn macam sikit2 je, camtu gak konflik umi dngan suami merangkap bapa Zurin Aria, tup2 rupanya bapa tiri Nura & ditangkap... selama ni kate nura kawan baik, tak kan la masa mak bff ko kawen pn x pegi kan... cm x logik lak... rase nye konflik tu cukup la takat jadi suami umi je..

tapi sebab ni buku 1st penulis, good jobs!! congrats sbb de gak part yg memang best!!
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 26, 2016
Because I do like this story I rate 3.5.

Si Zaqry ni confused agaknya ngan masalah hati. Very helpful but quite self centered on certain things especially towards his wife..

Otak tak center..senangnya jatuh cinta..13 yrs bercinta ngan Alana..lepas tu di paksa nikah lalu di tinggalkan isteri yang baru dinikahi tanpa pedulikan dia..then jatuh cinta dengan Aria.

Nasib baiklah ending bagus tapi agak kelam kabut.
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
November 30, 2016
best jugak.
pandai tok suruh zaqry kahwin dgn zurin.
depan-depan mmg baca skip2..rasa mcm boring sbb ada ayat yg mcm skema ;)

dekat tgh dgn belakang,br start feeling dia. masa zurin dh start keje dekat rumah Alana.
Alana jahat. rasa nk penyek je muka dia. pandai-pandai tuduh zaqry yg buntingkan dia.

happy ending.
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
March 2, 2015
Jalan cerita yang sangat menarik. Tahniah untuk penulis.
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
October 28, 2018
Marathon sehari abis.. satu novel nie..
Best plak jalan citer dia..tuh yang tak boleh tangguh baca tuh..
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.