KISAH-KISAH UTAMA MESEJ-MESEJ DAN PENGAJARAN: PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN Mendapat persepsi yang tepat tentang tema tema dan intipati-intipati utama dalam al-Qur'an Al-Qur'an merangkumi banyak topik dan tema seperti kepercayaan, kerohanian, ilmu, hari akhirat, aqwa. perbuatan-perbuatan baik, kesabaran, hubungan antara jantina, kesombongan, kemanusiaan, kemasyarakatan, keadilan sosial, akhlak, dan banyak lagi
RINGKASAN DAN GAMBARAN KESELURUHAN DARI SEMUA 114 SURAH Pembaca akan 'mengembara' di dalam al-Qur'an dan mendapat gambaran keseluruhan dan ringkasan untuk setiap surah. Pembaca akan belajar mengenai nilai-nilai murni, sebab-sebab penurunan wahyu dan sejarah penamaan surah konsep-konsep utam: dan persepsi yang tepat terhadap isi kandungannya.
1000 PERKATAAN BAHASA ARAB Belajar 1000 perkataan bahasa Arab dalam al-Qur'an. Perbendaharaan kata terpilih daripada setiap surah diberi penekanan, di mana kebanyakannya kerap muncul dalam al-Qur'an.
PETA MINDA UNTUK SETIAP SURAH Peta minda untuk semua surah disertakan dalam buku ini. Ini membolehkan pembaca membayangkan pecahan-pecahan utama dan tema dalam setiap surah, dalam satu muka surat
AYAT-AYAT UTAMA DARIPADA SETIAP SURAH Ayat-ayat penting telah dipilih daripada setiap surah yang memberi fokus kepada tauhid dan praktis, pembangunan peribadi, serta perumpamaan-perumpamaan dan ayat-ayat yang menyediakan maklumat tentang setiap surah
DOA-DOA DARIPADA AL-QURAN Semua doa daripada setiap surah diberi penekanan pada seksyen berlainan bagi membantu proses pembelajaran dan penghafalan.
Sebagai seorang Muslim, sumber rujukan utama dalam kehidupan pastinya kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT iaitu Al-Qur'an al-Karim. Kehidupan seorang Muslim tidak akan terasa sempurna tanpa membaca dan merenungi ayat-ayat suciNya setiap hari. Justeru, pemahaman terhadap kandungan Al-Qur'an amat penting kerana ia bukan sekadar bacaan ibadah, tetapi juga panduan hidup yang membentuk pemikiran, akhlak dan tindakan seharian seorang Muslim.
Buku Journey Through The Qur'an karya Sharif Hasan al-Banna hadir sebagai panduan yang membantu pembaca menelusuri keindahan dan keagungan kitab suci ini. Melalui buku ini, pembaca diperkenalkan dengan definisi dan fakta penting tentang Al-Qur'an, perbezaan antara surah Makiyyah dan Madaniyah, serta sejarah penyusunan wahyu Ilahi ini.
Lebih menarik lagi, buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang 114 surah dalam Al-Qur'an, termasuk tema, mesej, dan isi kandungannya. Ia juga membantu pembaca membiasakan diri dengan 1000 kosa kata Arab yang sering digunakan dalam Al-Qur'an, di samping menyingkap konsep utama serta doa yang terkandung dalam setiap surah.
Pendekatan mind mapping yang digunakan dalam buku ini menjadikan pembelajaran Al-Qur'an lebih mudah, tersusun, dan menarik. Dengan gaya penyampaian yang jelas dan berstruktur, Journey Through The Qur'an bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga teman perjalanan rohani yang membawa pembaca lebih dekat kepada pemahaman dan penghayatan makna sebenar Al-Qur'an.