Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lipur Lara Nusantara

Rate this book
Pasti anda semua tertanya-tanya, apa kepentingannya untuk tahu akan hikayat, mitos dan legenda ini yang mungkin dianggap sekadar dongeng semata-mata. Tetapi itulah keindahan budaya Nusantara dan ketinggian bahasa serta pemikiran masyarakatnya yang merakamkan sejarah dalam bentuk seni dan sastera supaya ia mudah diterima dan dihadam minda.

Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.

Lipur Lara Nusantara akan membawa anda semua menggali sejarah melalui cerita rakyat, hikayat dan legenda supaya pengajaran yang tersirat di dalamnya dapat kita pelajari bersama-sama.

344 pages, Paperback

First published June 1, 2020

37 people are currently reading
137 people want to read

About the author

Ninot Aziz

19 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (47%)
4 stars
60 (42%)
3 stars
11 (7%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Rainy Rose.
300 reviews32 followers
October 30, 2025
Suka suka sangattttt dengan buku ni! Penuh dengan hikayat nusantara yang pernah dengar masa kecil-kecil dulu. Bila baca buku ni rasa macam 'rediscover' balik cerita-cerita rakyat. Paling buat aku 'amazed' ialah ada satu cerita dalam buku ni yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Good job penulis! Aku nak lagi banyak buku macam ni pleasee. Boleh buat jadi bedtime stories.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
April 14, 2023
Sebuah naskah yang mengandungi beberapa cerita pendek lagenda dan juga lipur lara Nusantara. Banyak cerita di dalamnya yang sering kita dengar dikisahkan dari mulut ke mulut.

SH suka sangat dengan naskah ni kerana sukar untuk jumpa cerita rakyat yang dibukukan untuk pembacaan umum. Selalunya cerita-cerita sebegini disampaikan hanya dari mulut ke mulut.

Namun sebagai seorang yang sukakan kisah yang lebih panjang dan lengkap, cerita pendek tidak dapat memuaskan hati SH yang sememangnya sukakan kisah rakyat.

Yang paling menarik adalah sebuah kisah yang ditulis dalam tulisan jawi. Merangkak jugalah nak membacanya. Maklumlah dah lama sangat tak membaca tulisan jawi. Memang terkial-kial namun berjaya menghabiskan pembacaan.

SH berharap banyak lagi kisah-kisah rakyat dan lagenda Nusantara/Alam Melayu akan dibukukan bukan sahaja untuk kelompok pembaca dewasa namun juga beberapa naskah yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak agar lebih kenal dekat dengan budaya kita sendiri.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
94 reviews
December 15, 2021
Buku ini elok dibaca oleh semua lapisan masyarakat 😊. Sebabnya cerita ini mengisahkan kita, masyarakat kita dan bukan hanya hikayat semata-mata. Inilah kita, itulah cerita kita. Berbangga lah dengan usaha yang dibawa oleh penulis untuk mengembalikan identiti kita.

Gaya penulisan yang sungguh sedap dibaca serta ada penulisan jawi dalam segmen sang kancil dan sang buaya. Teruja sangat cerita yang sebegini mampu menyentuh hati pembaca seperti saya dan banyak juga memberi pelajaran kepada saya tentang hikayat lama. Tahniah Kak Ninot 😊
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
August 27, 2020
Aku sangat suka cerita hikayat, Dan cerita kegemaran ialah hikayat hang tuah,kembayat Negara, Dan juga adruja. Suka buku ni memang berbaloi baca.
Profile Image for أنيس.
13 reviews
April 17, 2021
Banyaknya hikayat melayu lama yang saya tidak ketahui :( Alhamdulillah, tergerak juga hati nak beli buku ni. <3
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
February 1, 2022
Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba lurutkan,
Buang emak Buang Saudara,
Kerana Kasih Hamba turutkan.
- Lipur Lara Nusantara by Ninot Aziz
.
.
First of all, all illustrations in this book is sublime. Kudos to the illustrators. Second, Thank you to Ninotaziz for writing in Malay as I felt more connected to these stories - because english could never been able to get the lingo right and capture it’s true meaning. I read ‘Hikayat’ by NinotAziz 2 years ago and have been looking forward to read this book ever since it got published. The author mentioned that she’s facing difficulty in selecting 40 stories to be part of this book as she has about 400 stories. Now, i want a sequel or part 2 as a continuation for this book. I want more because it is not enough. The book is comprised of 8 parts :
1. Ratu Alam Melayu
You may have heard of ‘Walinong Sari’, ‘Cik Siti Wan Kembang’ and ‘Puteri Saadung’ but in this part, Ninotaziz did introduce some of the legendary princesses tales that i didnt know of like ‘Ratu-Ratu Petani’ and ‘Arduga Wijamalai Langkasuka’.
2. Memori Sejarah Melayu
As for this particular part, there are 5 stories recalled back few old kingdoms that once ruled the few states in Peninsular Malaysia. One of the stories retold the famous kingdom once stood proudly in the area of “Manjung, Beruas and Dinding” in the state of Perak is Gangga Negara.
3. Memori Hikayat Hang Tuah
One of the greatest warriors in Malay History. I believe most malaysians recognized his. One of his famous quote is "Takkan Melayu Hilang di Dunia" meaning "Never shall the Malay(s) vanish from the earth".
4. Khazanah Cerita Rakyat
The stories in this part is taken from ‘Wayang Kulit’ Play. We can see that some of the stories and characters from the Mahabharata epic has been adapted into the play.
5. Lagenda Agung
This part assembled many folklores like ‘Si Tanggang’ , ‘Puteri Santubong’, ‘Raja Bersiong’, ‘Si Luncai’ and Huminodon’. The one that i am
not familiar is ‘Mistik Ulik Mayang’, at least the full story. I only knew the song which until now i am still being creeped out by the incantantion and the tone of the song.
6. Nusantara
I ventured into new whole world on this part as i am only familiar with the ‘Bidasari’ tale. I am now interested how these stories were being told across ‘Nusantara’ as we shared the same roots before colonizers came and decided to divide the countries.
7. Hikayat Lama
If you never heard or read ‘Hikayat Malim Dewa’ , ‘Hikayat Malim Deman’ or ‘Hikayat Si Miskin’, you are definitely in for a treat.
8. Antara Langit Dan Bumi
‘Sang Kancil’ stories is so nostalgic. I still remember how RTM did aired animation films produced by FINAS during commercials time. Reading this made me miss my childhood. Sang Kancil is such a ‘morally gray’ character. At one point, it helped other animals. Other time, it tricked others but we all can agree, it is such a wickedly smart animal as retold in those stories. Overall, I have nothing to add except i love this book.
Profile Image for Khaa Alif Lam Sodd.
10 reviews1 follower
December 10, 2021
Masa kanak² dulu memang ada dengar cerita hikayat dan ceritera melayu.
Dari kisah haiwan hinggalah puteri raja yang penuh dengan nasihat dan pengajaran.
Ada jugak kisah² yang agak mistik yang rasa mengarut je, tapi itulah cerita bangsa nusantara.
Kita selalu di ceritakan kisah² hikayat dari negara luar, supaya kita dikaburkan dengan kisah hikayat sendiri. Hakikatnya kisah² hikayat dari tanah nusantara khususnya tanah melayu ini hebat² jugak ye.
Antara yang diceritakan dalam buku ini dibahagikan kepada beberapa bab besar antaranya:

Ratu alam melayu
Memori sejarah melayu
Hikayat hang tuah
Khazanah cerita rakyat
Legenda agong
Hikayat lama
Kisah² haiwan (sang kancil)

Kita biasa dulu diceritakan tentang Hang Tuah, Si Luncai, Si Tanggang, kisah kecerdikan sang kancil, Raja bersiong, puteri sangtubong dll.

Ini semua bukan sekadar cerita atau hikayat diceritakan turun temurun tapi ianya adalah kisah hidup bangsa lalu yang kehidupnya dulu bukan biasa² dan penuh dengan sejarah bangsa.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
December 5, 2022
Ada banyak cerita lipur lara (fairy tale?) dalam buku ini. Ada cerita-cerita yang sudah biasa didengar, membacanya seolah-olah ulangkaji pelajaran yang lama ditinggalkan. Ada juga cerita yang pertama kali dibaca.

Teruja. Inilah cerita-cerita yang menjadi hiburan bual mulut zaman dahulu kala. Bagaimana orang kita berkreatif mencipta kisah yang sarat dengan nasihat dan pengajaran.

Cuma ada beberapa cerita yang sarat dengan nama watak, lokasi dan perkataan-perkataan yang sukar untuk diingat dan difahami. Glosari kata ada, tapi jadi malas juga nak membelek.

Saya perasan, puteri raja ni dengan gunung, memang tak boleh dipisahkan ya? Baca lah bab puteri Walinongsari, puteri Saadong, puteri Santubong dan sudah tentu, puteri Gunung Ledang. Kenapa ya? Huuu...
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
July 22, 2020
Buku yang mengingatkan saya semasa belajar komsas bahasa melayu semasa zaman sekolah. Amat seronok untuk tahu lagi hikayat-hikayat yang tidak pernah saya dengar. Adanya pahlawan dan ketua-ketua kerajaan daripada kalangan wanita yang mampu mempertahankan kedaulatan kerajaan menjadi pemangkin semangat untuk wanita terus maju ke hadapan. Banyak juga pengajaran yang didapati daripada kisah sang kancil. Terima kasih kepada penulis kerana menghasilkan karya ini.
Profile Image for Su Zainudi.
150 reviews
September 8, 2024
Suka sangat buku ni. Semua pembaca wajib ada buku bacaan seperti ini. Supaya kita dapat mengenali hikayat kita. Kita ada Bidasari, Onangkiu, Raden Galuh Cendera Kirana tapi kita lebih mengenali Snow White, Belle The Sleeping Beauty dan Elsa Frozen.

Puan penulis telah menjalankan tugasnya untuk memperkenalkan hikayat ini kepada kita. Jadi tugas kita untuk terus menyebarkan kisah hikayat ini buat tatapan generasi depan.

Tersusun hikayat beserta dengan keindahan bahasa! Wajib beli!!!
Profile Image for Anie Alja.
7 reviews
June 9, 2021
Suka!

Patut dijadikan lebih komersial setanding kisah lipur lara luar negara. Kenalkan anak-anak perempuan kita dengan srikandi melayu, bukan hanya kenal Cinderella dan Snow White. Saya tercari-cari kisah Pak Pandir, kata penulis akan menyusul dalam naskhah kedua... saya tunggu!
Profile Image for Lona.
4 reviews1 follower
December 15, 2021
Buku yang ringkas dan padat..sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendalami minat dalam bidang nusantara tradisional..bahasa yang mudah difahami untuk menarik minat terutama anak anak muda dalam genre nusantara☺️
Profile Image for Amira Roszahan.
67 reviews5 followers
January 9, 2022
I'm glad I bought this book! I feel more connected to my roots more than ever knowing more about the folk stories I hardly ever know about. I love the stories that highlighted on women's strengths being told through the folk tales. Overall a fun read!
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 23, 2022
Sebuah buku yang amat menarik. Himpunan kisah-kisah hikayat lama yang mempunyai pengajaran berguna untuk kita pelajari. Ada beberapa kisah yang tidak pernah aku dengar sebelum ini.

Memang menarik untuk dibaca oleh semua.
Profile Image for Nadhiah Aida.
514 reviews27 followers
July 31, 2020
Highly recommended!
Cuma ada satu bab tu dalam tulisan jawi ... Agak lembap nak baca sebab jarang sangat baca jawi.
Tak boleh put down buku ... Best
Profile Image for anna.
70 reviews18 followers
August 11, 2020
satu usaha mengumpulkan kisah-kisah rakyat dan penglipur lara dalan sebuah naskhah yang kemas dan cantik
Profile Image for Aina Nurliyana.
8 reviews
September 24, 2022
Suka sebab ada hikayat hikayat alam melayu yang tak penah diketahui secara penuh ceritanya...dan paling penting, ada bab penuh dalam tulisan jawi!! Loving it
Profile Image for M Syahrul.
24 reviews
February 2, 2022
Himpunan kisah hikayat Nusantara yang menarik dan sangat disyorkan untuk bacaan umum. Setiap kisah tidak terlalu panjang dan disampaikan dalam bahasa yang mudah. Terdapat juga perkataan lama yang dikekalkan supaya lenggok cerita lunak dibaca.

Boleh dikatakan kebanyakan adalah pertama kali dibaca. Kisah ratu-ratu kerajaan Nusantara yang hebat seperti Cik Siti Wan Kembang dan Siti Zubaidah dari Kembayat Negara. Kisah hikayat Malim Deman, Bidasari dan Panji Semirang ibarat kisah "fairy tales" versi Nusantara.
Terdapat juga cerita-cerita yang sudah biasa dengar seperti Kisah Sang Kancil, Mahsuri, Si Tanggang, Puteri Santubong dan Puteri Gunung Ledang.

Walaupun kebanyakan hikayat dan cerita-cerita rakyat ialah rekaan dan dongeng, namun ia juga adalah wadah hiburan turun-temurun rakyat dahulu kala yang mempunyai pengajaran baik dan nilai murni untuk dipelajari.

Harap bacaan seperti ini diperbanyak dan dipopularkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Alangkah baik jika diterbitkan juga dalam bentuk buku bergambar (ilutrasi) untuk bacaan kanak-kanak / murid sekolah. Terbitan berilutrasi lebih menarik dan mesra pembaca muda. Ia mudah dipopularkan di kalangan orang awam seperti "fairy tales" dari Barat yang popular.

Harap penambahbaikan cetakan tulisan Jawi dalam bab kisah Sang Kancil untuk terbitan baharu - kesilapan ejaan perkataan, tanda noktah di bahagian kanan (sepatutnya di sebelah kiri pengakhiran ayat kerana Jawi dari kanan ke kiri) dan kesilapan urutan muka surat.

Secara keseluruhan, buku ini sangat baik untuk bacaan semua lapisan masyarakat dalam memulihara sejarah dan warisan bangsa.
Profile Image for Syafiq Suib.
9 reviews2 followers
August 1, 2021
Cerita dalam buku ni memang kebanyakannya saya tidak pernah dengar, hanya kurang daripada 10 yang pernah saya dengar. Itu pun dalam versi yang tidak penuh. Tapi buku ni dapat menceritakan kisah-kisah legenda nusantara dengan baik dan menarik. Gaya penulisan yang menarik diselangi dengan pantun atau lagu rakyat yang sangat membantu dalam penceritaan.

Kalau nak baca buku ni kena tengok dan faham betul-betul sebab penuh dengan nama watak zaman dulu-dulu yang panjang dan lebih kurang bunyinya. Takut pening sebab nama watak saja. Maklumlah cerita lama.

Ilustrasi dalam buku ini pon sangat cantik dan unik 5🌟

Saya bagi 4 🌟 dan lagi 1 🌟 hilang sebab:

1. Ada beberapa helaian cetakan yang kurang terang (ink tak cukup terang macam muka surat lain)
2. Beberapa perkataan lama/klasik yang saya tidak ketahui (mungkin saya kurang ilmu dalam bab bahasa lama) tiada dalam glosari di belakang buku
3. Kisah di bab pertama (ratu alam melayu) sebahagiannya tidak berapa menarik minat saya pada awalnya. Namun semakin mendalami buku ini kisah semakin menarik.
4. Penulisan tulisan jawi (kisah sang kancil) mempunyai banyak kesalahan ejaan. Tetap A+ untuk usaha yang baik.

Buku ini digalakkan membaca untuk semua orang tetapi tidak sesuai bagi orang yang hanya suka fakta dan logik 😂

Walau apa pun, harap ada lagi sambungan buku kisah legenda yang lain sebab penulis kata beliau ada lebih dari 400 cerita legenda nusantara Melayu🔥

Terbaik!
Profile Image for Purnama Raya.
6 reviews
September 7, 2020
Tahniah diucapkan kepada penulis Ninot Aziz dan warga kerja Patriots Publishing atas kejayaaan mereka menerbitkan satu lagi harta intelek yang sememangnya sarat dengan ilmu dan pengajaran. Ceritera dan hikayat yang terhimpun dalam naskah yang bagai  permata nilam ini menyulam elemen khayalan yang menjadi daya penarik bagi menyampaikan panduan dan pedoman buat kita generasi moden agar sentiasa beringat bahawa kekayaan sastera yang terakam sejak dahulu kala sepatutnya dibuat sempadan supaya tidak pisang berbuah dua kali. Selain isi cerita yang ditulis indah, lakaran penuh seni yang terselit turut menambahkan lagi keasyikkan nukilan ini. Terima kasih Ninot Aziz dan juga Patriot Publising kerana memberi peluang kepada saya meneroka dunia lipur lara penuh warna dan membekalkan saya pengalaman berguna untuk realiti masa kini.
14 reviews1 follower
April 8, 2022
Found this book by accident and did not regret buying it.

As someone that has lost touch with my own culture, this book is a great reminder of all the folklores that my mother and her mother and the older generations have grew up on.

I only vividly remember some of the stories but this book have certainly refresh and reminded me of them better now. And, I definitely know a lot of new ones that I’ve never knew was part of the Malay folklore.

The book is mainly written in old Malay language so it takes awhile to understand the meaning of the word or make sense of the sentence but it was worth it. Well, it’s basically same as the old English/ Shakespearean language.

Although, this book is great, most of the stories have been kept short so it only touches on the main parts. So, this is basically a great in-depth guide to start on if you’re planning on reading more on Malay folklores.
6 reviews
February 25, 2022
Favourite book!

Ringkas. Padat. Seronok dibaca. Penuh dgn hikayat, dongeng, mitos dan lagenda. Tak sabar bila anak saya besar nanti saya nk jadikan bedtime story kepada anak2 saya. Buku ni perlu dibaca supaya anak-anak generasi akan datang tahu dan kenal budaya dan adat zaman dahulu melalui kisah dongeng, hikayat, mitos dan lagenda kita.

Walaupun ada beberapa kisah yg saya rasa termiss beberapa plot, tapi saya tetap rate 5/5 sbb buku ni sangat seronok utk dibaca.

Melalui buku ni kita tahu basic story terhadap sesuatu kisah. Apa yg ditulis oleh author hanyalah plot penting. Untuk pembaca yg nak tahu lebih lanjut boleh rujuk buku dari author lain.
Profile Image for Izzah Ridzuan.
17 reviews
January 31, 2022
Hikayat-hikayat lama sememangnya mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati saya. Walaupun berbeza zaman dan agama (sebahagiannya), namun di dalam setiap cerita pasti mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Bahasa Melayu klasik memang terkenal dengan keindahan dan ketinggian bahasanya tetapi kini, ramai yang tidak dapat memahami erti yang ingin disampaikan pengarang terdahulu. Dengan adanya ringkasan hikayat-hikayat itu di dalam bahasa yang dapat difahami semua golongan, In Sha Allah kita dapat memupuk kecintaan kepada seni warisan bangsa dan negara kita.
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
January 21, 2022
Bahasa buku ini aku suka. Cerita ceritanya pun bukan cerita tipikal yang aku pernah dengar. Macam Puteri Saadong, aku pernah dengar namanya tapi aku tak pernah tahu kisahnya.

Kurang satu bintang sebab ada beberapa kisah terutamanya bahagian Hikayat Melayu yang aku tak faham. Mungkin sebab aku tak faham sejarah hahaha. Tapi boleh kata 80% cerita dalam buku ni sangatlah best.
Profile Image for Bukhari Qori.
19 reviews
August 23, 2024
Untuk sebuah buku yang mengangkat kisah-kisah Nusantara, ia sangat menarik untuk dibaca oleh masyarakat kerana laras bahasa yang agak klasik dan boleh difahami menaikkan lagi perasaan pembaca dalam menelusuri setiap kisah yang diceritakan. Kisah-kisah diatur dengan baik dan tersusun kemas agar pembaca dapat memahami penceritaan yang sebenar.
Profile Image for izzatie.
38 reviews6 followers
June 10, 2021
Sebagai seorang yg suka membaca & menonton filem or drama...buku ni kaya dgn kisah² lagenda, seni atau sastera klasik yang boleh kita banggakan.tapi yang sayangnya industri kita lebih suka cerita² novel yang entah apa² dri mengangkat kisah² penglipulara dunia melayu
Profile Image for Nurul Shahzira.
65 reviews
March 3, 2022
Bahan bacaan yang okay as bedtime stories. cant help myself from laughing with every cerita sebab macam ridiculuousnya cerita cerita hikayat ni tapi most of them have a lot in common. dengki, dengki, dengki dan dengki. zzzz. i think my fav part is ratu alam melayu, hang tuah dan legenda agung.
Profile Image for dionysus.
50 reviews
January 13, 2024
a great compilation 👏 sesuai untuk orang yang baru nak 'berjinak-jinak' dengan kisah orang dulu2. tak kesahlah watak2 dalam hikayat lama ni rekaan semata-mata atau betul2 wujud, yang penting lessons yang kita boleh pelajari
Profile Image for Cik Srikandi.
Author 10 books60 followers
December 18, 2022
Dah lama baca baru nak komen. Buku ini disyorkan. Cerita-ceriti rakyat dengan gaya persembahan yang dikenali dari Ninot Aziz; semestinya terbaik dala kelasnya. Sesuai diletakkan di tepi bantal untuk anda bacanya sebelum tidur dan terbang ke alam Lipur Lara...
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.