Tengku Jalil merancang untuk membalas dendam kematian ayahnya. Dia mengajak Tengku Annas belayar dan merancang untuk membunuh abangnya sewaktu di tengah laut. Namun tragedi ribut yang berlaku tanpa disangka-sangka telah menggagalkan niat jahatnya.
Tengku Annas terselamat tetapi koma di alam manusia, manakala Tengku Jalil sesat dan terperangkap di sebuah alam asing dikenali sebagai Kristaland. Dia berkenalan dengan seorang puteri yang menjadi buruan askar diraja. Akibat desakan hidup, Tengku Jalil dan Puteri Airlea mula bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing.
Namun dalam pengembaraan itu, satu demi satu rahsia terungkai. Semuanya berbalik kepada tragedi di sebalik kematian Tengku Badri dan kaitannya dengan kuasa yang dikenali sebagai Sayap Berlian yang berasal dari Alam Kristaland.
Kalau korang suka tengok drama Wuxia kung fu terbang-terbang ada putera puteri kayangan dengan kuasa dalaman bagai-bagai, then buku Sayap Berlian dari genre baru K-lit terbita Karangkraf ni mungkin akan kena dengan selera korang. Mengisahkan Tengku Jalil (Ku Lil) yang nak balas dendam kematian ayah dia yang dia ingat dibunuh oleh Tengku Annas (my bae ❤️), abangnya sendiri. Tapi somehow after satu kemalangan, he found himself termasuk dalam satu dunia yang dipanggil dunia Kristaland.
Maka pengembaraan pun bermula.
Ni adalah novel dari genre K-lit (Karangkraf Literature) pertama yang aku baca and boy oh, boy! I was NOT disappointed.
Dari intro je dah hooked dan penulis bijak dengan pacing so tak rasa rushed or draggy. Just nice je baca dari satu page ke satu page yang lain. Know-know je dah habis.
Pastu yang lagi best, watak dia memang berkesan lah bagi aku. Watak Tengku Annas tu kan. Ah! Rasa nak terjun dalam buku and be like “don’t worry, babeh! I’m here for you!!”
Dynamic Tengku Annas dan Ku Lil tu reminded me of Sam and Dean Winchester dalam Supernatural (season 1 to season 5 because my knowledge of the show sampai situ je).
Puteri Airlea pun very lovable and believable and she’s so badass. Of course aku tak boleh tak mention Panglima Zirqan. Memula aku ingat dia muda. Pastu makin baca aku cam… okay dia ni pangkat pakcik pakcik jugak kot. Tapi aku bayangkan dia pakcik yang hot cam ala-ala silver fox gitchew. Awww. 😘😘😘
Memang cukup segala rasa. Pastu kan part yang pain tu kan. Aku cam tutup buku kejap pastu kena ambik napas because… awwww Tengku Annas mah babeh! I’m here for you babeh! 🥹🥹🥹
All in all, buku Sayap Berlian ni memang well-rounded. Ada humor, ada family values, ada world-building yang menarik, watak-wataknya ditulis dengan baik, ada romance sikit-sikit. Dan obviously buku ni memang makin menguatkan second lead syndrome aku, so there’s that. 🤣
Sebenarnya kurang gemar dengan nama watak ada Tengku ni. Lagi-lagi bila tak bercakap dalam bahasa istana atau Melayu klasik pun. Dan kalau ada kerabat diraja yang bercakap dalam bahasa istana sekalipun, masih lagi kedengaran seperti bahasa orang kebanyakan dan cuma beza beta dan patik sajalah yang jadi penanda dialog tu merupakan bahasa istana.
Mungkin mengandungi bocoran jalan cerita
Kalau nak ikutkan kecil-kecil je masalah yang kena hadap bila baca buku ni.
Bermula saja buku ni watak-wataknya yang berketurunan diraja gamaknya dengan nama ada Tengku. Selang-seli bercakap bahasa Inggeris melayari laut dengan kapal dengan nama gabungan perkataan Inggeris dan Jepun, Diamond Tsubasa. Di sini rasa bercampur aduk latarnya, jadi identiti watak menjadi kurang jelas.
Naratif ditulis dengan agak baik sebenarnya. Berbunga-bunga ayatnya. Dah macam baca hikayat sikit pun ada. Tapi rosak angin bila watak-watak mula bercakap. Masing-masing macam belum cukup umur dan cukup tinggi nak naik roller-coaster perangainya bila bercakap. Dan bila diteruskan bacaan, alamak, semua watak sebegitu rupa. Bukan dalam dialog saja, reaksi pun tidak matang. Kerap melenting dan buat perangai. Ada watak yang lebih berusia dengan martabat tinggi pun perangai masih membentak-bentak dan merengus seperti budak-budak.
Mula ada gangguan bila baca naratif yang ditulis. Beberapa kali jumpa perkataan 'cuma' yang kebiasaannya dibesarkan huruf C secara automatik oleh Microsoft Word yang tidak dibetulkan. Selain masalah huruf besar jadi kecil dan huruf kecil jadi besar perkataan-perkataan lain walaupun ada editor dan editor pruf tersenarai di halaman belakang buku, jadi agak jengkel juga bila berulang baca frasa 'menelan saliva.' Air liur kurang komersial barangkali.
Tapi seperti yang dimaklumkan sebelum ni, masalah kecil-kecil je.
Seterusnya, masuk ke alam fantasi Kristaland pula. Bukan Kristaloka. Mungkin pemaju dunia ni mahu menarik pembeli warga dunia asing dengan kemampuan bercakap bahasa Inggeris untuk datang membeli kondominium tinggi yang semakin membangun di dunia tu. Tiada dalam cerita, cuma andaian saja. Nama-nama tempat lain dalam Kristaland, entah kenapa tidak di-Inggeris-kan pula. Tapi penghuni dunia Kristaland ada yang mampu berbahasa Inggeris. Di sini teringat kata-kata Usop Wilcha, 'Itulah pentingnya English education.' Kerana di dunia fantasi pun perlu penggunaannya.
Tapi yalah, masalah-masalah kecil je kalau nak diikutkan.
Kisah berputar tentang Akar Kuasa. Salah satu Akar Kuasa yang ada adalah Pelepah Nilam. Rasa pernah dengar tentang pelepah dengan kuasa. Tapi satu pelepah saja. Mungkin kebetulan. Kuasa ajaib yang ada dalam buku ini tak begitu jelas. Ada yang perlu pengecasan semula. Tidak perlu latihan atau membiasakan diri untuk menggunakannya. Penggunaan yang tiada pengkhususan. Ikut kesesuaian situasi jalan cerita. Keyakinan untuk menggunakannya pula mungkin ada ragu-ragu sedikit pada mulanya, tapi sehalaman dua sudah cukuplah gamaknya. Ada pertarungan yang perlu dihadapi. Pertarungan yang tidak begitu mengujakan jugalah. Tiada perincian aksi sangat.
Bercakap tentang kuasa, muncul Ollie, si kucing bersayap kelekatu. Ollie yang muncul tiba-tiba dan tiba-tiba ada kuasa untuk membuka portal untuk ke tempat lain. Eh, macam pernah dengar pula. Teringat watak anime, Mokona yang juga mempunyai kebolehan membuka portal. Gelagat yang tidak jauh beza juga.
Pelepah dan portal? Nama kapal pada permulaan yang bernama Diamond Tsubasa? Mokona?
Bayangkan papan petunjuk seperti yang digunakan oleh detektif dalam filem dan siri TV berunsur penyiasatan.
Bayangkan pula mentol menyala atas kepala seperti menandakan terfikir atau faham sesuatu seperti dalam animasi Barat.
Anime bertajuk Tsubasa: Reservoir Chronicle.
Selepas itu bertemu dengan kaum Jamur pula. Makhluk kecil comel yang mungkin mampu membantu merawati watak-watak utama. Secara tidak sengaja terimbas kembali pula. Bukan seperti Raven kebiasaannya dalam That's So Raven. Itu imbas ke depan. Imbas kembali ke babak filem animasi Disney, Frozen. Babak Jamur dalam buku ni mengingatkan kepada babak dengan troll seperti dalam filem animasi Frozen. Ciri-ciri Jamur dan troll juga tidak jauh berbeza. Keperluan berjumpa pun sama.
Teringat pula satu pepatah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bukit-bukit lama-lama jadi gunung. Menggunung pula hati rasa sakit.
Terlalu banyak perkara yang mengganggu pembacaan sehingga tidak dapat menikmati cerita yang disampaikan. Semakin jelas juga kecelaan cerita yang disampaikan. Tergesa-gesa dan dipaksa-paksa. Tiada pembayang pada awal cerita dan terlalu banyak yang jadi secara tiba-tiba. Terlalu banyak perkara yang tidak konsisten. Apa yang tidak boleh akan dibolehkan tidak sampai dua bab. Tiada peraturan khusus dalam penceritaan. Sentiasa ada jalan keluar walau mengarut macam mana sekalipun. Perkara ini juga menyebabkan kurang usaha dan asa daripada watak-watak untuk mencapai tujuan, jadi tiada perkembangan watak yang dapat ditunjukkan. Semua ini seterusnya hanyalah sekadar menjurus kepada kesimpulan cerita yang tidak memuaskan dengan koleksi babak klise dan lapuk tanpa sebarang pembaharuan dalam penyampaian.
"Jangan sesekali jatuh cinta pada manusia. Perasaan itu hanya merosakkan akal dan jiwa. Jangan lakukan pengorbanan yang sia-sia atas nama cinta."
Sayap Berlian, sebuah novel bergenre fantasi, mengisahkan konflik antara dua beradik iaitu Tengku Annas dan Tengku Jalil. Di mana Tengku Jalil mempercayai bahawa abangya, Tengku Annas, menjadi punca kematian ayah mereka dan berniat untuk membunuhnya. Pada kemuncak pergelutan mereka, suatu tragedi berlaku lalu membawa mereka ke suatu pengembaraan penuh magis di Kristaland yang bakal merungkai diri sebenar mereka serta misteri berkaitan kematian ayah mereka.
Novel ini bermula dengan perancangan Tengku Jalil untuk membunuh abangnya, Tengku Annas dalam perjalanan ke sebuah pulau sebelum ribut menghentam mereka lalu mengubah hala tuju plot. Kemudian pembaca dibawa ke perspektif Tengku Jalil yang tersesat di Kristaland lalu bertemu Puteri Airlea. Bermula dari situ, plot berkembang dengan baik dengan tempo penceritaan yang dirasakan laju kerana bab-babnya yang pendek. Konflik kekeluargaan antara Tengku Annas dan Tengku Jalil dikendalikan dengan baik oleh penulis, ketegangan dalam perhubungan mereka dapat dirasakan melalui dinamik mereka yang dirasakan neutral. Selain itu,watak sampingan seperti Panglima Zirqan dan Puteri Airlea yang diberikan konflik tersendiri dapat menghidupkan lagi watak mereka yang secara tidak langsung memberi impak pada plot utama. Selain banyak kesilapan editorial yang mungkin dapat menganggu fokus sesetengah pembaca, kelemahan ketara pada novel ini boleh dikira tiada yang boleh mencacatkan penceritaan. Cumanya watak Akalel memerlukan lebih kisah latar untuk pembaca dapat imej jelas bagaimana perkembangan wataknya. Juga pada babak perlawanan, sebolehnya dipanjangkan sedikit terutamanya antara perlawanan puak Nirian agar pembaca boleh mendalami lagi mekanik Akar Kuasa. Antara perihal yang disentuh dalam novel ini ialah bahana perseteruan ahli keluarga dan akibat kesetiaan yang semberono.
Secara keseluruhannya, objektif utama penulis untuk menghasilkan sebuah karya fantasi pemula kepada pembaca di luar sana berjaya dicapai. Ini kerana dunia Kristaland cukup serba-serbi yang diperlukan untuk menjadi dunia fantasi yang tidak begitu kompleks tetapi masih ada keunikannya. Ditambah pula dengan konflik kekeluargaan antara adik-beradik yang kebanyakan pembaca dapat fahami, sememangnya menjadikan novel ini tidak rugi untuk dibaca.
First impression - cover cantik. Font yang digunakan pun aku suka sebab sedap mata membaca.
Malangnya itu sahaja point positif yang aku mampu bagi untuk buku ini. Ulasan-ulasan lain banyak memuji ceritanya tapi yang aku ada hanyalah carutan, makian dan penyesalan.
1. Rasa macam baca anime yang dijadikan novel. Aku pernah suka menonton anime, tapi bila setiap aksi tu diterangkan macam yang buku ni tulis, dia jadi cringe.
2. Banyak kesalahan tatabahasa. Contoh: Matanya jatuh ke pandangan gadis itu. >>>macam mana matanya jatuh??? Matanya terkeluar ke dari soket?
3. Banyak ekspresi wajah diterangkan secara melebih-lebih hingga ke tahap menjengkelkan. Banyak yang tak perlu pun. Contoh: -Puteri Aulia mengetap bibir bawah sambil menahan wajah yang terasa panas. >>kenapa perlu mention bibir bawah? Mengetap bibir sudahlah. -Ada senyuman kecil tersungging di bibirnya sebaik sahaja mendengar suara sang puteri. >> of course la yang senyum is bibir or mulut, mana ada organ lain senyum? tak perlu mention bibir tu lagi alahaiii -Nada suara Tengku Jalil dingin bagaikan ais. >>taktau nak komen apa tapi aku tak suka ayat ni. -Wajahnya yang cemberut berubah manis bagaikan gula diurung semut. >>>perumpamaan ni is so out of place and situation.
4. Nama-nama watak banyak ada Tengku kat depan, dan masing-masing nak perkenalkan diri letak Tengku +nama. Nak panggil pun include Tengku. Mana ada orang panggil nama gitu. Sama ada kau dipanggil Tengku sahaja atau nama kau sahaja. Padia sikit2 sebut Tengku A, Tengku B. Bangga sangat nama ada Tengku. Kusut kepala aku baca.
5. Ada scene bunga-bunga cinta macam nak ada tapi bagi aku tak sampai apa yang cuba nak disampaikan. Macam tiba-tiba sangat dan tak ada chemistry.
6. Karakter banyak kebudak-budakan. Sakit jiwa membacanya. Dialog banyak berborak kosong yang tak perlu.
Taktau la macam mana buku ni melepasi tapisan editor dan penerbit, atau aku bukan target pembacanya
Banyak lagi aku nak komplen tapi sebab aku DNF, jadi sampai di sini sahaja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sayap Berlian oleh @nurkariema adalah sebuah novel yang menggabungkan unsur-unsur isekai, fantasi, dan petualangan yang menarik.
Kisahnya bermula dengan Tengku Jalil yang merancang untuk membalas dendam kematian Tengku Badri; ayahnya, dan pembunuhnya adalah abangnya sendiri: Tengku Annas.
Namun, plannya gagal. Tengku Annas sementara Tengku Jalil tersesat dan terperangkap di alam misteri yang dikenali sebagai Kristaland.
Di sinilah beliau berkenalan dengan Puteri Airlea, seorang yang dikejar oleh askar diraja
Pengembaraan bermula apabila Tengku Jalil dan Puteri Airlea, dua individu dari alam yang berbeza, terpaksa bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing.
Pengembaraan mereka membawa mereka kepada rahsia-rahsia tersembunyi yang berhubung dengan kematian Tengku Badri, dan kuasa misteri yang dikenali sebagai Sayap Berlian yang berasal dari Alam Kristaland.
Bahasa Nurkariema mudah difahami, membuat pembaca merasai alur setiap emosi cerita watak-wataknya.
Bagi peminat genre sebegini, Sayap Berlian ini adalah satu pilihan yang wajib dibaca.
Sebuah kisah fantasi yang dipenuhi magis dan pertarungan. Sayap Berlian ni mengingatkan aku kepada anime B:The Beginning pulak 🤣
Walaupun penulis kata dia dah lama cuti menulis selama 10 tahun. Tapi karya yang diterbitkan ini begitu bagus sekali.
Plotnya ringan, laras bahasa, ayat, naratif, dialog juga tidak berat dan mudah dihadam. Kesimpulannya cerita ni menghiburkan, memberi pengajaran dan inspirasi. Juga tahniah kerana berjaya mengimaginasikan sebuah dunia yang cukup unik untuk khayalan pembaca.
Pertama baca nama Tengku Jalil, Tengku Annas ni tetibe terbayang anak CEO mengurat makwe innocent.. Tapi bukan. Bila dah baca, power jugak cerita ni. Idea kreatif. Gempak. Sampai aku terasa macam penulis ni sebenarnya peminat anime pulak. Hahaha..
Boleh dikatakan, karya ni sangat kena dengan selera aku dan olahannya tak berapa membebankan otak. Plot hole kecik2 tu biasa dan tak menjejaskan cerita. Tetap boleh enjoy sampai akhirnya.
Tahniah sekali lagi atas kelahiran novel baharu ni selepas lama bercuti panjang.
Berkisahkan mengenai Tengku Jalil yang menggembara bersama abangnya Tengku Annas dengan satu misi yakni dendam. Perkelanaan mereka ke Pulau Jarak berakhir dengan satu tragedi yang telah menjerumuskan Tengku Jalil ke alam Kristaland. Penggembaraan Tengku Jalil di Kristaland bermula dengan pelbagai cabaran. Satu-satu kisah terungkap mengenai tragedi sebenarnya perkaitan pembunuhan bapanya yang disangka dibunuh oleh abangnya, Tengku Annas.
Konflik dendam, persengketaan di antara dua beradik disebabkan sangkaan terhadap pembunuhan bapanya oleh abangnya. Persengkataan di antara konflik dunia realiti dan alam Kristaland. Kisah ini bukannya sebuah kisah tipikal atau lazim saat nama Tengku digunakan sebagai watak seperti drama TV3 atau novel seangkatan dengannya.
Kenapa tajuknya Sayap Berlian? Perlu dapat dan baca setiap pengembaraan dan perkelanaan setiap watak utama di dunia Kristaland. Apa perkaitan Kompas Baiduri yang dimiliki oleh Tengku Annas sebagai Akar Kuasa dan Sayap Berlian? Semuanya mengenai penggembaraan dan pancaroba yang dihadap oleh Tengku Annas, Tengku Jalil dan Puteri Airlea.
Ia mengisahkan konflik dunia realiti dan alam lain yang wujudnya pergeseran dengan persengketaan di antara dua alam. Magis buku ini terletak pada gambaran dunia nusantara yang dimodenkan dan diterjemahkan ke dalam fantasi. Watak-watak nama moden dan eksotik (seolah-olah semacam elemen kimia) digaul bersama watak utama yang bermama Tengku.
Elemen kasih sayang di antara adik beradik mewujudkan satu sebatian yang cukup mengujakan. Ia seolah menggambarkan watak ini hidup. Beban dan tanggungjawab yang diletakkan kepada Tengku Annas ini serupa dunia realiti yang dihadap oleh kebanyakan anak sulung. Satu kasta telah ditetapkan dalam mendukung tanggungjawab dan segala beban itu perlu direalisasikan oleh anak sulung.
Namun, penggunaan nama moden dan latar tempat sebagainya menjadikan kurang enak dek kerana elemen fantasi yang digaul bersama dunia nusantara. Malahan, secara peribadi, watak Tengku Aminah dan Tengku Julia tu mungkin lebih molek untuk diletakkan sedikit kisah mengenai mereka.
Tidak dinafikan bahawa perlunya diakui kekuatan novel ini jalan ceritanya yang tidak lewah. Plot yang tersusun dan kekurangannya pada deskripsi babak-babak penting dan watak utama.
Secara keseluruhannya, novel ini mewujudkan satu dinamika fantasi moden baharu. Watak, latar tempat yang menarik serta plot twist yang tak berat untuk dihadap dan ‘mind blown’ yang tak seberapa perlu otak ligat untuk dihadam. Menarik untuk ditekuni dan dibaca novel ini.
This is my first time reading novel Melayu dalam genre fantasy and i thoroughly enjoyed it. i think the writer did a great job at describing Kristaland and introducing it to the readers.
Puak Nirian reminds me of Legolas in the Lord of the Rings in a way that they are described as tall and agile. Minus the sayap la tapi hahaha. I have a love and hate relationship with Tengku Jalil at first, but i think he has a great character development as the main character.
I like that Puteri Airlea is not a damsel in distress that needed to be saved. She can save herself and others too. Cool habis.
i think my overall favourite character is Tengku Annas. He is responsible, reliable and tak terburu-terburu mcm Tengku Jalil (again, i understand why Tengku Jalil is the way he is and i think he needed to be that as the main character). Tg Annas still has my heart tho, for so many reasons.
This novel also did a great job at portraying nilai kekeluargaan. The scene between Tengku Badri and Tengku Jalil and finding out the reasons behind pertelingkahan diantara Tg Badri and Tg Annas was heartbreaking.
Overall i highly recommend this book to those looking for light and enjoyable reading and nak try2 novel melayu bergenre fantasi. Thanks me later.
Novel ini bergenre fantasi. Walaupun aku bukan penggemar genre ini tp pada aku novel ni menarik. Bagi satu pengalaman baru. Seakan-akan menonton drama China bergenre xianxia.
“Aku muncul untuk selesaikan perhitungan kita.”
Tengku Jalil ingin membalas dendam kepada abangnya iaitu Tengku Annas kerana membunuh ayah mereka. Dia membuat perancangan rapi tanpa pengetahuan Tengku Annas tetapi mereka berdua berakhir dengan memasuki alam lain yg dikenali sebagai Kristaland yang didiami oleh pelbagai makhluk dan salah satunya adalah puak Nirian.
Sewaktu di Kristaland, Tengku Jalil bertemu dengan Puteri Airlea yang lari dari buruan Panglima Zirqan dan bekerjasama dengannya untuk mencapai matlamat masing-masing.
Seiring dengan waktu, akhirnya banyak kebenaran yg terbongkar, walau amat menyakitkan tp perlu dihadapi dengan sebaik mungkin. Apa kaitan Sayap Berlian, Akar Kuasa dan Kompas Baiduri dengan Tengku Jalil dan Tengku Annas? Bagaimana mereka berdua boleh masuk ke alam Kristaland?
Pada aku, kedua-dua Tengku adalah hero. Dua beradik yg pada awalnya bermusuhan tp akhirnya saling berkorban utk kebaikan antara satu sama lain. Air dicincang tidak akan putus, begitu juga kasih dua saudara.
Reviu: Sayap Berlian, Nurkariema, K-Lit, 298ms. Habis membaca naskhah ini dalam tempoh dua hari. Fast pace. Plot dibina dengan baik. Sebuah fantasi yang mudah dihadam. Pembaca memang boleh hanyut dengan pengembaraan Tengku Jalil di dalam dunia Kristaland. Konsep ceritanya sangat menarik – mengenai alam alternatif yang dihuni pelbagai makhluk magikal antaranya Puak Nirian (aku dok bayang fizikal diorang ala-ala elves dalam LOTR, siap boleh terbang) yang punya dua jantung yang salah satunya adalah Akar Kuasa (yang membuatkan mereka memiliki kuasa tertentu). Vibe drama Wuxia sangat! Aku suka dengan gaya penulisan penulis yang ‘clean’ dan ‘straight forward’. Cuma agak sukar bagi aku untuk mengekalkan momentum pembacaan di awal pembacaan – mungkin kerana masih samar-samar dengan penceritaan world-building Kristaland yang tidak begitu terperinci. Tapi bila sudah masuk ke act 2, ketika watak Tengku Annas sudah muncul, barulah kesamaran tersebut mulai jelas dan segala teka-teki beransur terungkai. Masuk act 3, buku dah memang tak boleh lepas daripada tangan. Paling aku suka adalah babak Tengku Jalil berdepan dengan Putera Akalel – masa ni nampaklah perubahan karakter Tengku Jalil yang sebelum ini berakal pendek dan terburu-buru berubah kepada seorang yang berfikir panjang dan lebih matang. Perkembangan watak-watak, terutamanya Tengku Jalil dan Tengku Annas bagi aku, ditulis dengan baik. Bromance kedua-duanya sampai walaupun bila dah hujung-hujung baru rasa sentimental dan emosi dua watak ni (awal-awal tu macam agak awkward sikit… sikit jelah). Tapiiiii itulah! Aku geram je dengan ending dia. Why? Why? Why Nurkariema? Tapi faham je kenapa ending dia macam tu. Tapi still!!!! Why? Korang pi la baca. Jom kita sakit hati sama-sama. *Apapun just to make things clear, I ship Annas more than Jalil.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku suka cerita ni. Gaya penceritaannya mudah utk aku fahami walaupun fantasi. Tidak terlalu rumit utk di bayangkan, tidak terlalu banyak elemen yg perlu di ingat, oleh itu mudah memahami perjalanan ceritanya dan menikmati setiap yg terjadi baik gembira, marah, sedih atau apa sahaja emosi yang diselitkan.
Nilai kasih sayang keluarga, obsesi ibu anak, kesetiaan kepada pemerintah semua bergaul mesra menjadikan satu kisah yang cukup sempurna.
Cuma satu, semoga ada sambungan. Banyak yg tidak terlerai lg persoalan apa yg jd buat mereka di Kristaland.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya mungkin bukan target audience buku ni. Agak kebudak-budakan, seperti plot hampir-linear dalam novel-novel fantasi yang saya baca masa zaman sekolah dulu. The effort is commendable though, and for that alone, I give this work 3 stars.
Tengku Annas dan Tengku Jalil masing-masing dengan pengertian yang berbeza. Tengku Annas menyembunyikan banyak hal demi keselamatan Tengku Jalil, manakala Tengku Jalil pula dengan memori yang tersimpan, ingin membalas dendam atas kejahatan Tengku Annas.
Kristaland is awesome! Dunia yang terbina sangat saya kagumi latarnya. Dunia fantasi yang begitu menakjubkan. Ada plot twist yang tidak dijangka membuat pembacaan cerita ini begitu mengujakan.
Pengembaraan cerita mereka di Kristaland penuh dengan onak dan duri serta petualangan yang harus mereka tempuhi. Ada Panglima Zarqan dan sang puteri yang pada akhirnya berusaha melawan kejahatan yang wujud dalam Kristaland.
Tuntasnya, ini sebuah cerita fantasi yang mengagumkan. Sekarang, masa untuk aku dapatkan sambungan novel ini, Kunci Kristal pula. 🤩
Andai manusia memiliki kuasa luar biasa, tetapi gagal mengawal dan menggunakannya dengan baik, dunia akan musnah.
Sayap Berlian, sebuah novel bergenre fantasi-thriller. Mengetengahkan dua latar dunia - realiti dan fantasi. Di dunia realiti, Tengku Anas dan Tengku Jalil adalah watak adik-beradik satu ayah, lain mak. Hubungan kedua-duanya yang asalnya akrab, mulai retak apabila ayahnya meninggal dunia. Salah faham yang memutik dendam, disimpan sehingga musimnya. Cubaan Tengku Jalil membunuh Tengku Anas berakhir dengan satu fenomena yang membawa mereka ke dunia berbeza.
Tengku Anas, tanpa akar kuasanya, Kompas Baiduri, terperangkap dalam satu ruang tak dikenali. Tengku Jalil menjejak dunia Kristaland dengan membawa dua akar kuasa. Satu nyata, yang satu tersimpan rahsia di dalam tubuhnya tanpa dia sendiri menyedari.
Akar kuasa rahsia ini dikenali sebagai Sayap Berlian. Ia milik Putera Akalel, kekanda kepada Puteri Airlea yang mengembara bersama-sama Tengku Jalil di Kristaland. Akar kuasa yang gagal dikawal oleh pemiliknya sehingga terjadi bencana dan memgakibatkan si putera hidup bagai mumia. Jasad dijaga bonda secara rahsia. Ditahan kematiannya dengan kuasa.
Manusia, jika memiliki kuasa, begitulah jadinya. Lebih-lebih lagi jika diguna mengikut nafsu, bukan akal yang satu. Dunia musnah, hubungan kekeluargaan pecah.
Walaupun Tengku Jalil bukan pemilik akar kuasa Sayap Berlian yang sebenar, tetapi akar kuasa itu memilihnya. Karakternya yang degil, berkeras dan ada motif dalam setiap langkah hidup, membuatkan dia tampak lebih layak. Lebih-lebih lagi ketika akar kuasa Satap Berlian sudah lama bersatu dengan dirinya semenjak dia kecil walau tanpa pengetahuannya.
Kedua-duanya seolah-olah serasi bersama. Sayap Berlian membantu 'kehidupan' Tengku Jalil yang lemah dan hampir tak terhidupkan. Manakala, Tengku Jalil pula mampu mengendali malah mengawal Sayap Berlian dengan baik. Menghidupkan akar kuasa yang selama ini hanya tersimpan tidak 'menemui' pemilikannya yang tepat.
Dan dengan kehadiran Sayap Berlian, Tengku Jalil tampak lebih bertenang. Tidak nampak si abang lebih berbanding dia. Mereka berada pada aras kemampuan yang sama. Sudah saling menjaga. Tidak lagi Tengku Anas seorang yang berat bahu menjaga si adik, tapi si adik juga sudah bersedia menjaga si abang.
Tetapi, kuasa manusia ada batasnya. Ia tak akan pernah sama atau membatasi Pencipta Yang Esa.
Di dunia realiti, kuasa itu hanya Pencipta yang layak memiliki. Manusia tidak mempunyai kelayakan. Kuasa yang namanya jawatan (amanah kerja) pun selalu gagal didukung, apatah lagi andai memiliki kuasa super natural yang sehebat gambaran di dalam Sayap Berlian.
Membaca, mengingatkan kita akan kelemahan dan keterbatasan diri sebagai seorang hamba.
Bacaan tahun lepas, di bawa ke tahun ini. Sekurangnya dapatlah turunkan ‘bukit’ sasaran membaca 2024 😆
Nak baca Sayap Berlian (SB), boleh ambil vibes dari drama Xianxia dan Wuxia dari Tanah Besar China. Kedua-dua drama ni merupakan ilham penulis untuk cipta dunia fantasi SB.
Dunia fantasi yang ditulis benar-benar membuatkan imaginasi saya masuk ke dalam buku ni. Seakan-akan saya sendiri yang berada dalam dunia ni; manusia bersayap (yang tak digelar manusia tapi puak Nirian), ada kucing terbang tapi tak boleh mengiau, ada makhluk comel yang seakan cendawan digelar Jamur (dlm bahasa jawa, jamur tu pun bererti cendawan 😆), makhluk yang seakan anaconda digelar conamba, ada ahli sihir jahat, ratu yang memerintah Kristaland, dan istana terapung. Ohmaigod how i can’t imagine this amazing worlds 🥹
Kisah kekeluargaan di mana dua beradik (lain ibu); Tengku Jalil dan Tengku Annas mengalami konflik salah faham tentang pembunuhan bapa (Tengku Badri) mereka 10 tahun yang lalu. Tengku Jalil ingin membalas dendam terhadap kematian bapanya di mana dia sendiri melihat abangnya Tengku Annas yang membunuhnya. Maka, dia membawa abangnya berlayar kemudian membunuhnya di situ tanpa jejak dan bukti sepertimana kematian bapanya.
Perkara sebaliknya berlaku di mana sebaik sahaja Kompas Baiduri bertukar tangan, Tengku Jalil masuk ke dunia Kristaland manakala Tengku Annas koma sewaktu badai melanda kapal persiaran Diamond Tsubasa. Satu per satu rahsia tersingkap mengenai asal-usul Tengku Annas, siapakah Sayap Berlian dan apakah kaitannya dengan diri Tengku Jalil. Plot twist banyak ya. Apa yang diteka tak pernah mengena sehingga habis pembacaan. Enjoy sangat baca 🥹
Agak-agak apa akan terjadi pada Kristaland dan apa kesudahan antara Panglima Zirqan dan Ratu Dharsia? Dapat ke Puteri Airlea membalas dendam pada ahli sihir Scias yang telah melontar lembing pada Putera Airest? Harapnya ada sekuellah cerita ni sbb mcm tak puashati dgn ending dia 🤣
Saya teruja apabila membaca ruangan ilham penulis yang menyatakan novel Sayap Belian ini diinspirasi daripada genre fiksyen fantasi zaman kuno China.
Ya, saya turut meminati beberapa drama genre wuxia walaupun sesetengahnya ratusan episod! 🤣
Sayap Berlian mengisahkan tentang keterdesakan Tengku Badri untuk menyelamatkan nyawa anaknya di alam manusia, Tengku Jalil. Demi itu, dia menerima tawaran Puteri Amara untuk menggantikan jantung Ku Lil dengan akar kuasa puak Nirian milik Putera Akalel iaitu Sayap Berlian.
Puak Nirian merupakan salah satu puak yang berkuasa di Kristaland. Keunikan mereka dilahirkan dengan dua jantung — jantung seperti manusia dan akar kuasa (berbeza pada setiap individu). Kehilangan salah satu daripadanya akan menyebabkan mereka lemah dan berisiko untuk mati.
Ketika membaca cerita ini, saya dapat menyelami dan merasai rasa keterdesakan Ratu Dharsia sebagai seorang ibu dan Tengku Badri sebagai ayah kepada Ku Lil dan Tengku Annas dalam melindungi anak mereka.
Setinggi tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya mengangkat tema kasih sayang antara keluarga dan pengorbanan yang tak dijangka. 🫰
P/s: Pembacaan saya sedikit terganggu sewaktu kedatangan Tengku Annas ke Kristaland. Seolah ada pengulangan babak yang serupa pada bahagian berikutnya.
Melibatkan hubungan antara manusia di alam manusia dengan makhluk berfizikal seperti manusia, tetapi mempunyai dua jenis jantung - jantung seperti manusia kebiasaan dan akar kuasa, di Alam Kristaland.
Plot twist dia memang menyebalkan ya, terutamanya berkaitan sumpahan terhadap Puteri Airlea tu 🤯 Tak expect sangat figura yang sepatutnya melindungi, rupa-rupanya punca kepada penderitaannya selama dua purnama tu 😤
Di awal pembacaan, Nusya rasa Tengku Annas yang jahat sebab flashback sekerat Tengku Jalil. Lepas dah tahu kebenaran tu, Nusya rasa Tengku Annas lah manusia yang paling banyak berkorban untuk adik dia tu 😭 Tapi kenapa watak-watak sebegini tidak mendapat pengakhiran yang bahagia seperti watak utama 😭😭💔 He deserved to be happy 😭
Tak nak ulas panjang sebab masih emo dengan ending Tengku Annas 😔 Tapi plot novel ni best sangat-sangattt ‼😘 Fantasy novels never failed to amaze me 😍🫶🏻✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah fantasi yang melibatkan dendam atas kekeliruan memori. Tengku Jalil dan Tengku Annas bukanlah adik-beradik biasa-biasa. Mereka ada hubungan dengan satu dunia yang lain, yang mana kehadiran mereka di dunia itu membongkar banyak rahsia yang tidak diketahui sebelum ini.
Saya sebenarnya kurang gemar dengan perangai Tengku Jalil, namun itulah karakternya. Sesuai dengan tindakannya yang 'ikut kepala'nya tanpa berfikir panjang, banyaklah kejutan yang terjadi. Saya memerlukan 2 kali pembacaan untuk benar-benar mendalami konflik yang ada di dunia Kristaland.
Oh, ya. Saya #teamTengkuAnnas. Second lead syndrome. Hahaha
Keseluruhannya, kisah ini menarik dan mampu membuat aku duduk membaca hingga ke akhirnya.
It's about brotherhood and family. I love Tengku Annas more than Tengku Jalil.
Part dekat Kristaland tu, Ollie si kucing bersayap yang mempunyai kebolehan membuka portal untuk ke tempat lain. Terus teringat satu karakter anime Tsubasa Chronicle, Mokona. Bab 1 pula, ada mention nama kapal yang dinaiki Tengku Jalil & Tengku Annas iaitu Diamond Tsubasa.
Kejutan demi kejutan. Pembunuh Tengku Badri rupanya orang lain. Apabila kusangka orang lain, aku tersentak dengan pengakuan orang lain pula sebagai pembunuh. Sekiranya meminati genre fantasi, ini merupakan tulisan yang sesuai. Seolah-olah membaca never ending story Ratu Dharsia yang kelihatan baik ada niat tersembunyi. Melakukan apa sahaja untuk mengembalikan nyawa puteranya.
Seronok! Buku yang menggalakkan kita berimaginasi. Suka dengan Ollie mesti dia cute! Overall cerita dia boleh layan tapi dah sampai hujung-hujung tu macam eh da habis? Apa terjadi pada Kristaland? Mungkin buku ni baru episod 1 lah agaknya kan.
Baca novel ni teringat kdrama Flex X Cop. Teringat bukan sebab genre sama, tapi sebab konflik keluarga dan bonding abang dan adik lebih kurang sama. Cumanya novel ini abang dia betul-betul sayangkan adik dia, kdrama tu sebaliknya huhu.
Kisah bermula dengan dua beradik iaitu Tengku Jalil (Ku Lil) dan Tengku Annas. Ku Lil dibayangi dendam atas kematian ayahnya, Tengku Badri dan yakin abangnya sendiri ialah puncanya. Niatnya jelas, dia mahu membalas. Tapi satu peristiwa ribut di laut semasa mereka berlayar, telah mengubah segalanya. Akibatnya, Tengku Annas koma di dunia manusia, manakala Ku Lil terdampar di alam asing bernama Kristaland yg penuh makhluk pelik dan kuasa misteri.
Di sana, Ku Lil bertemu Puteri Airlea, seorang puteri yg diburu oleh askar dirajanya sendiri. Kedua2 watak ni datang dari dunia berbeza tapi sama2 hilang arah. Mereka akhirnya “terpaksa” bekerjasama untuk bertahan hidup walaupun saling curiga. Airlea ni nampak lembut tapi sebenarnya tegas dan kuat.. dia jadi antara watak yg menyinari kisah ni 🌸.
Cuma dunia fantasi dalam novel ni bagi saya kurang “rasa”. Kristaland tu unik, cuma tak cukup “magikal” untuk buat saya betul2 hanyut dalam keajaibannya. Rasa macam elemen fantasi tu sekadar “hiasan” untuk kuatkan lagi cerita pasal pengorbanan dan salah faham 😅. Namun dari segi emosi dan konflik keluarga, memang padu.
Dari segi jalan cerita, novel ni memang ada beberapa plot twist menarik yg tak terlalu berat, tapi cukup melengkapkan keseluruhan kisah. Setiap kali rahsia terbongkar (macam sumpahan, asal-usul Sayap Berlian atau punca sebenar tragedi kematian ayah mereka), tetap bagi rasa puas walaupun tak terlalu dramatik. Plotnya “solid”, cuma rasa fantasi tu agak light dan tak sekuat yg saya harapkan.
Oh ya, Tengku Annas tetap jadi watak yg paling kuat impaknya kerana pengorbanannya antara detik paling menyentuh dalam cerita ni 💔.
Secara keseluruhan, Sayap Berlian ni lebih menonjol sebagai kisah tentang kasih, dendam dan tanggungjawab berbanding dunia fantasi itu sendiri. Ceritanya laju, wataknya hidup dan mesejnya sampai. Tetap menarik untuk dibaca dan dihayati ✨️✨️.
'Hidup ini adalah perjalanan mencari diri sendiri. Sampai suatu saat, fasa kehidupan akan berubah. Kita menjadi dewasa kerana masa. Menjadi matang kerana pengalaman.' ________
Ingatan pada kejadian yang telah berlaku sedekad yang lalu, telah membawa Tengku Jalil belayar bersama dengan Tengku Annas menaiki Diamond Tsubasa. Kedua-dua mereka dengan pengetahuan yang berbeza akan tujuan sebenar pelayaran singkat kapal itu, yang akhirnya telah membawa kepada satu kejadian yang menyebabkan Tengku Jalil merentasi alam dan berada di Kristaland. Satu dunia yang akhirnya akan mendedahkan siapa dia sebenarnya dan membawa kepada perkenalan baharu pula; yang akan membongkar apa yang sebetulnya telah berlaku dan apa pula yang akan terjadi selepas itu. ________
Sayap Berlian; penulis berjaya cipta satu persatu kejutan yang tidak terjangka dan tidak terfikir pun oleh kepala saya, dimana akan ada twist pada satu-satu kisah silam watak-wataknya dan pada konflik-konflik mereka. Bagi kisah fantasi begini, penciptaan dunia Kristaland ni saya rasa memang banyak diisi dengan pemberitahuan dalam naratif, saya faham tak dapat untuk 'explore' sangat sebab buku ini tidak lah begitu tebal dan fokus memang ialah kepada perkembangan plot/konflik (plot-driven).
Jalan cerita dan gaya penulisan yang straight-forward serta agak berat dalam naratif yang banyak 'memberitahu' -- pada saya meskipun POV ialah daripada sudut orang ketiga tetapi teknik penulisan penulis ialah lebih utama kepada penerangan narrator berbanding daripada sudut pandang watak, benda ni jadikan elemen wow itu bagi saya kurang untuk sebuah cerita fantasi. Satu perkara lagi, cara penulisan agak boleh mendatangkan keliru pada saya, dengan olahan yang banyak tidak menyebut nama watak yang sedang menyuarakan dialog, tetapi sebaliknya terus menggunakan kata ganti nama. Perkara yang sudahnya menjadikan pembacaan saya agak renyah kerana perlu untuk ulang balik gambaran dalam kepala, sebab ada waktu saya salah membayangkan watak yang sedang bercakap itu hinggalah selesai dialog baru sedar rupanya watak ini yang sedang bercakap dan bukan watak itu -- mungkin masalah saya sendiri sahaja dalam hal ini lol.
Untuk Sisi romantik dalam buku ini pula, ia tidak kena sangat dengan selera saya -- sebab saya suka slow-burn bila berkaitan kisah cinta -- dan saya tak rasa sangat bonding dari segi perasaan dan jiwa yang boleh buat watak Tengku Jalil dan Puteri Airlea boleh terus catch-feeling, entahlah mungkin mereka ini dalam kategori love at first sight. Dari keseluruhan jalan cerita tak sangka saya akan tersentuh dengan satu babak tu, jadi . Memang agak berharap dalam jalan cerita akan menyentuh lebih dalam dari segi emosi. Apa-apapun buku yang okey, untuk orang yang letak standard tinggi kalau berkenaan cerita dengan tema fantasi seperti saya.