ANATI ALTHAFUNNISA-A-LIKOU Malamnya sudah lagi tidak tenang, sejak sebulan yang lalu, dirinya acap kali diganggu, persoalan demi persoalan mula menghantui dek kehadiran satu susuk wanita misteri.
"Apa yang boleh aku tolong kau?" - Ali "Bongkar kebenaran tentang kematianku..." - Aluyah
Angin malam berhembus membawa bisikan halus, menambah rasa gusar di hati Ali. Susuk Aluyah berdiri kaku, matanya kosong tetapi sarat dengan luka yang tidak terungkap.
LURVLYA-SILUET MALAM Dia tidak pernah merancang untuk terjebak dalam misteri rumah lama. Semakin Qawsar mendekati rumah itu, semakin banyak rasa pelik yang menghantuinya.
"Jangan dekat dengan rumah tu, Qawsar. Ada benda yang kau takkan mampu faham." - Suri
Suri dan segala rahsianya, memberi kesan yang mendalam pada hati Qawsar. Namun, semakin dia ingin tahu, semakin banyak hal yang mengancam hidup Qawsar.
HANIHISBISCUS - KERAMA Lima manusia. Satu villa terpencil. Dan satu nama yang tidak sepatutnya dipanggil. Sangkaan mereka malam itu sekadar percutian singkat semata. Tanpa sedar sekadar perangkap utama, satu demi satu rahsia terbongkar.
"Kau yang menjemput sesuatu tu masuk." - Anahira Ken
Dan malam keramat, merungkai kembali dosa silam mereka. Bakal menuntut harga bermain nyawa.
Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita... tapi ada juga yang terlalu ngeri untuk disebut, kerana setiap kali nama itu dibisikkan, sesuatu akan bangkit dari tempat ia disemadikan. Beranikah anda menyelami dunia seram ini di dalam KEMBARA MISTIK SIANG & MALAM
not that bad not that good. oklah untuk jadikan as bacaan ringan. plot twist dia pun takdelah susah sangat nak hadam. still acceptable. maybe terlalu pendek ceritanya buatkan author agak rush untuk habiskan cerita mereka.