Yeongju is so much like who I am today - ensnared in an exhausting daily grind. Endless office work and gridlocked traffic steal away precious moments, leaving me yearning for something different… a pace that’s slow, secure, and serene.
Welcome to Hyunam-dong Bookstore became the escape I craved after growing tired of a life defined by material pursuits, worldly distractions, and a sense of aimlessness.
How wonderful it would be to embody Yeongju’s spirit. At 1 point, she made the bold choice to leave behind a secure career and open Hyunam-dong, a charming little bookstore nestled in a quiet neighborhood. Imagine stepping into her store, where the scent of aged paper mingles with the aroma of freshly ground coffee dancing through the air… rows of neatly arranged books by genre, waiting to be discovered by readers in search of soulful calm. Ah…
The first 6 months were far from easy for Yeongju. She wrestled with the mental toll of past pressures, slowly emerging from her shell. Then she hired Minjun - a cheerful, spirited young barista - and things began to change. Soon, customers started coming not only in search of books but also for a place to relax, converse, and spend time with friends.
I have to say, I love this book so much - and I even prefer the Malay version to the English one. There’s a certain sweetness in Azzah’s translation that, when needed, shifts into tartness or even bitterness. Although the novel recounts the simplicity of everyday life without dramatic plot twists, its message is delivered with just the right emotion and impact, allowing me to feel deeply what each character experiences.
In truth, this isn’t merely a tale about Yeongju opening a new bookstore. Every customer who walks through her door carries their own unique story. There’s Minjun, who dreams of someday opening his own cafe, Jimi, the brilliant coffee roaster, who shares life lessons from his own journey; and my favorite, Jungsuh - a loyal patron who shattered my own notions about the importance of chasing dreams, even after passing thirty. Reading his conversations with Yeongju felt like unfolding a deeply relatable healing book, prompting moments of reflection. And then there’s Mincheol, a high school student who visits with his mother, reminding me of the hopes and fresh aspirations of youth as they begin to explore the world.
Yeongju isn’t just a bookseller, either. She’s a compassionate listener who engages her customers in conversations about life, careers, and dreams. If you’ve ever felt lost or uncertain about what to do next, her gentle chats reveal that happiness isn’t measured by a high salary or an impressive title. Sometimes, all we need is to slow down, cherish the small things we often overlook, and pursue what truly brings us joy.
The narrative of this novel moves at a languid, unhurried pace - but don’t mistake its lightness for triviality. It’s more like a balm for the soul, inviting us to ponder life on a deeper level. Each chapter unveils an engaging topic, compelling you to turn the page and discover the next story.
If you’re weary of heavy reads and long for a gentle story that leaves a lasting impression, this book is the perfect remedy. It’s ideal for anyone who has ever felt overwhelmed, lost, or in need of a spark to face tomorrow. So find a cozy nook, brew a comforting cup of coffee or tea, and let this book transport you to a world brimming with warmth, friendship, and tales that will linger in your heart.
4.6 / 5 stars
Bahasa Malaysia:
Yeongju tu macam aku yang sekarang ni tau, terperuk dalam rutin harian yang memenatkan. Kerja office yang tak berpenghujung, jalan jem yang mencuri masa saban hari, semuanya membuatkan aku dahagakan sesuatu yang lebih.. slow, aman dan tenang.
"Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong" adalah escape yang aku perlukan selepas penat menempuh perjalanan hidup yang serba material, serba duniawi, atau serba hilang arah, barangkali?
Alangkah bestnya kalau aku boleh jadii macam Yeongju, time tu juga dia ambil keputusan drastik untuk tinggalkan kerjaya yang memberi kestabilan dan buka "Hyunam-dong," sebuah kedai buku di kawasan kejiranan yang tenang. Bayangkan saat kau melangkah masuk ke kedai Yeongju, bau kertas lama bersemadi dalam aroma kopi yang digiling baru menari di ruang udara.. deretan buku disusun rapi mengikut genre, menanti untuk dijelajahi oleh pembaca yang dahagakan ketenangan jiwa. Hwaa...
6 bulan pertama adalah tempoh yang bukan mudah buat Yeongju. Dia bergelut dengan kesihatan mental kesan daripada tekanan yang dialaminya sebelum ini. Tapi perlahan-lahan dia mula keluar daripada tempurungnya. Yeongju kemudian mengupah Minjun, seorang barista muda yang ceria dan bersemangat, and things started to get much better bila kedai Yeongju mula dikunjungi pelanggan yang bukan sahaja mencari buku, malah mencari tempat untuk bersantai, berbual dan meluangkan masa bersama kengkawan.
I gotta say I love this book so much. And I prefer yang versi Melayu lagi berbanding English. Ada nuansa yang manis dalam tulisan kak Azzah. Dan bila situasi memerlukan, nuansa itu berubah menjadi masam dan adakalanya pahit. Walaupun novel ni bercerita tentang kehidupan seharian yang biasa, takde plot twist segala bagai, namun mesej dalam novel ni disampaikan dengan emosi yang tepat dan impactful, aku turut dapat merasakan apa yang dilalui oleh para watak dalam novel ni
Sebenarnya ini bukan sekadar cerita mengenai Yeongju buka kedai buku baru. Sebab setiap pelanggan yang berkunjung ke kedai dia membawa kisah tersendiri. Ada Minjun yang bercita -cita untuk membuka kafe sendiri, ada Jimi si tukang panggang kopi yang hebat, dorang selalu berkongsi pengalaman dan nasihat dengan Yeongju, hasil daripada pengalaman hidup dorang. Dan aku paling suka watak Jungsuh, seorang pelanggan tetap yang berjaya menghentak realiti aku tentang peri pentingnya mengejar impian walaupun usia dah melewati angka 30. Membaca conversation-nya dengan Yeongju umpama menelaah sebuah buku healing yang sangat relatable, ia buat aku bebetul tersentak dan berfikir sejenak. Manakala Mincheol, pelajar sekolah menengah yang sering berkunjung ke kedai bersama ibunya, membuat aku terfikir tentang harapan dan cita-cita anak muda yang baru belajar membaca peta dunia.
Dan Yeongju ni pula bukan sekadar penjual buku. Dia seorang pendengar yang baik dan sering berbual dengan pelanggan tentang kehidupan, kerjaya, dan impian mereka. Kalau korang pernah rasa hilang arah tuju dan tak tahu apa yang patut dilakukan seterusnya? Perbualan Yeongju dengan para pelanggannya akan buatkan kita sedar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada gaji yang tinggi atau pangkat yang hebat. Kadang-kadang, kita hanya perlu memperlahankan rentak kehidupan, menghargai perkar - perkara kecil yang selama ini kita pandang enteng, dan mengejar apa yang buat kita gembira untuk berjumpa dengan bahagia dalam hidup.
Naratif novel ini sangat slow pace dan ringan tapi ia bukan bacaan ringan yang sekadar menghiburkan. Ia ibarat terapi jiwa yang membawa kita berfikir tentang kehidupan dengan lebih mendalam. Setiap bab dalam buku ini mengetengahkan topik yang menarik, membuatkan kita ingin terus membaca untuk mengetahui kisah seterusnya.
Kalau korang dah penat dgn buku begini begitu yang memberatkan, dan dahagakan bacaan yang santai tetapi meninggalkan kesan yang mendalam, "Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong" adalah jawapannya. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang pernah berasa tertekan, hilang arah, atau memerlukan suntikan semangat untuk menghadapi hari esok. Korang carilah ruang yang selesa, buat secangkir kopi atau teh, dan biarkan "Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong" membawa korang menulusir dunia yang penuh dengan kehangatan, persahabatan, dan kisah - kisah yang akan meninggalkan kesan di lubuk hati korang.
4.6 / 5 stars.