Qorin hilang meninggalkan Rakael yang masih berdiri tegak di hadapan Garis Masa. Arel masih belum selesai. Arel akan hidup dengan rasa bersalah yang panjang. Itu beban yang semua pemohon kami terpaksa pikul.
Mereka datang sebagai mangsa. Dan pulang sebagai seseorang yang pernah menyakiti. Dan Rakael tahu, akan ada lebih banyak permohonan selepas ini. Lebih banyak keinginan untuk menghukum.
Dia masih berharap, suatu hari nanti sistem Syarikat dapat melihat apa yang dilihat oleh matanya: Bukan semua luka perlukan pembalasan.
Pernah terfikir akan mati dalam masa 2, 3 hari akibat tertelan gula getah 20 sen pada sesi persekolahan sekitar tahun 2002. Pernah berkawan dengan seseorang yang gemar mengunyah kertas dan ubat pensel semasa di sekolah rendah.
Menghasilkan novel KACAU, GELAP, MEREKA, UNBOX & SYARIKAT bersama FIXI sekadar untuk berkongsi cerita separa tipu.
If I could summarize, fuh buku ni banyak deep meaning in terms of how justice and revenge works. surprisingly, I love this story because of its magical realism and structural system that applied to human and non-human. In this case, Syarikat itulah yang I 'assumed' based on my imagination as non-human organization. I was slowly travelling back and forth between two dimension where reality & Dunia Merah existed.
Some could imagine Dunia Merah as a torture chamber. I do actually, at first. But then, bila ada kes-kes yang lain datang untuk dibicarakan, slowly that place is not what I should expect.
This reading experience buat I banyak berfikir dan interpret intipati karya ni daripada sudut menghukum, memaafkan dan membuat keputusan yang betul. I highly think buku ni patut dijadikan sebagai diskusi sesama pembaca.
Pening. Tetapi, pening yang memuaskan.
Akhir sekali, I puas hati dengan elemen gore/thriller dan horror yang disajikan (ah gitu). Masih tidak keterlaluan untuk orang mcm saya yang minat elemen sebegini.
I have a high expectation towards this book, ye laa buku ariff adly yg kelima kan. dan saya dah baca semua buku ariff adly sebelum ni.
novel kali ni lain daripada novel dia sebelum ii ni, gaya penceritaan kali ini agak slow smpi saya kena paksa diri untuk habiskan novel ni, i get the messsage yg penulis nak smpikan, tapi ada yg tak puas hati dgn novel. its kinda plain, saya tak dapat nak rasa thrill dari buku ni. saya tak tau berapa kali saya mengeluh baca Syarikat.
saya plan nak baca novel ni lambat lagi tapi saya ternmpk review yg mengatakan penulis menggunakan AI, pada awalnya saya tak setuju dan itu membuatkan saya baca buku ni terus, tapi lepas berjaya tamatkan novel ni, saya akui ad sentuhan AI yang minimal, tapi still boleh detect.
a little dissappointed actually, nak bagi rating 2 je tapi disebabkan ad scene yang buatkan saya rasa puas saya kasi la 3 ehek
1. Melodic - the best term untuk descripe naskah author kali ini. Saya akui, ada certain buatkan saya berlari ambil highlighter utk highlight ayat yg saya kira sgt deep dan kena dengan dunia. Tapi ada jugak certain part, yg bagi saya agak menjela-jela sehingga menimbulkan rasa bosan. Especially part mahkamah.
2. Satu konsep yg berani mati - yes, author tak pernah keluarkan naskah sebegini. Saya dah baca naskah sebelum ini, author lebih kena trill dan gore semata-mata. Tapi naskah kali ini? Bagi saya, one of the best reading from the author. Yes, unsur gore tu tetap ada tapi author lebih tekankan slice of life yg buatkan karya ini lebih bernyawa dan dekat dgn jiwa pembaca. Ianya rasa hidup berbanding karya sebelum ini.
3. Ada baca komen pasal sentuhan AI. Kalau dibaca, jujur penulisan sebegini sangat baru dan tanpa baca nama penulis, memang rasa bukan Ariff Adly yg tulis. Mungkin ada, sentuhan AI tapi saya rasa sangat minimal. Jalan cerita, plot , semuanya idea sepenuhnya penulis. AI itu, mungkin untuk sedapkan dua tiga ayat je kot.
4.Of course, backstory seorang Ijol yg paling menarik. Cuma scene mahkamah tu, agak dry dan kurang faham. Tak tahulah sbb saya kurang imaginative ke, tapi kesan sepanjang membaca scene tu agak mendatar. Dialog terlalu berbunga tapi maksudnya tak membawa.
5. Still enjoyable to read. Dah habis baca dalam masa sehari, kira worth the money and time. Dan fixi, boleh tak lepas ni buat spray edge macam ni utk karya lain jugak? Very chef kiss touch 🫦👨🏻🍳
Kalau sebelum ni saya selalu terfikir. Kenapa eh penulis suka sangat tulis cerita pasal kawan-kawan & gangguan antara mereka. Tapi kalini lain pula gayanya. Saya kira naskah Syarikat ini eksperimen berani mati dari penulis. Sebab saya dah baca semua karya penulis. Jauh beza dengan karya sebelum ini. Malah konsep yang digunakan pun berlainan. Rasa macam bukan Ariff Adly pulak yang menulis. hshs
Ada 4 watak dan 4 cerita. Secara ringkasnya. Syarikat akan menawarkan pada mereka-mereka yang tertindas ini untuk menghukum orang yang kaki sabotaj, licik, bertopengkan syaitan & keji. Ijoy, Arel, Ummi & Mai dan Fariz. Mereka mendapat peluang tersebut. Yang bersalah akan dihukum. Bukan di mahkamah dunia tetapi di Dunia Merah. Dalam keempat cerita. Kita paling 'rasa' cerita Ummi & Mai. Nak aja ku hempuk bapak kamu berdua. Idunknow la sometimes memang yang nampak baik itu la kepala segala kepala. Kesian tau dekat dua beradik ni. Tapi itulah kan. Masa tengah syok baca cerita si A. Terus cerita si B pulak. Nak tunggu cerita si A balik macam lambat sikit tapi saya masih boleh bersabar ah gitu.
Kita sebagai pembaca akan dibawa masuk ke dalam Dunia Merah. Sebuah tempat yang menjadi saksi yang jahat harus menerima hukuman setimpal. Dendam mungkin akan membinasakan keadaan. Buku ni sebenarnya kalau kita cuba fikirkan. Mungkin kita akan dapat satu point dimana penulis cuma nak fokus pada sistem keadilan buat yang teraniaya. Maybe (?). Mungkin ada beberapa perkara akan tinggal berlegar dalam kepala saya. Tapi biarlah dia berlegar 😮💨
Korang yang nak baca buku ni kita rasa kena ada imaginasi yang lebih sikit sebab adakala kita pun rasa macam terpinga. Ini apakah (?). Dunia Syarikat tu terlalu besar. Dan realiti dengan dunia Syarikat tu cam jauh beza. Dalam dunia mereka. Ada istilah tersendiri yang diguna pakai. Nama mereka di dunia itu pun bukan nama tipikal apatah lagi sistem yang mereka gunakan.
Seksaan dalam ni ikensay. Not bad. Memang ada yang macam yucks. Better la dari Unbox. Sedikit sebanyak Syarikat mengubat perasaan kiciwa saya lepas baca Unbox last year. Setimpal la seksaan dieorang terima. Mak mampu gelakkan aja sebab korang memang layak kena lanyak.
Ini pertama kali baca buku seperti ada yang menceritakan pada pembaca tentang apa yang berlaku seperti sebuah penjelasan yang bagi saya sangat baik dan mudah difahami.
Cerita-cerita dalam novel ini laju dan direct. Walaupun begitu, elemen emosi sangat menangkap jiwa. Rasa sedih, geram, takut, risau dan marah terbit kerana rasa dekat dengan watak.
Konsepnya pun memang terbaik dan mesej yang cuba disampaikan memang padu. Ketelitian penceritaan pada situasi tertentu pun bagus.
Di penghujung novel, rasa seperti "eh, macam kenal. Ni kena baca balik ni!" Sebab ada pkot twist yang memang tak terfikir pun.
Jika ada sambungan kepada syarikat memang lagi mengujakan. Bagi saya, ini karya Ariff Adly yang terbaik.
Waktu mula-mula aku terbaca sinopsis buku 'Syarikat' yang dikongsikan oleh FIXI di FB tempoh hari, terdetik kat hati dan fikiran aku, 'wow!'. Kes ditutup? Kes apakah itu? Bila tengok nama penulis, Ariff Adly. Wahhh buah tangan terbaru beliau. Pasti jalan cerita bagi buku ini adalah 'sesuatu'.
Ternyata, sangkaan aku adalah tepat. Novel Syarikat ini sangat-sangat 'sesuatu' bilamana ianya memperlihatkan kisah 4 watak yang berbeza situasi gentingnya iaitu Ijoy, Arel, Ummi & Mai dan Fariz. Setiap kisah ini membawa aku ke dunia mereka yang penuh kejam dan sengsara.
Semuanya memperlihatkan situasi yang penuh mencabar, menyeksakan, melemaskan dan membuatkan kita turut 'rasa' apa yang dialami oleh kesemua watak-watak tersebut.
i. Ijoy - bagaimana dia ditipu dan dibuli oleh teman-temannya di sekolah sehingga menyebabkan dia tercedera dan penuh luka.
ii. Arel - bagaimana dia begitu menyayangi Budak Punk dan perasaan itu berubah 360° setelah melihat di medsoc apa yang terjadi kepada Budak Punk setelah dia menolak untuk meneruskan menjaga Budak Punk.
iii. Ummi & Mai - kita dilihatkan kedua-dua beradik ini diseksa dengan penuh kejam oleh sang ayah yang bertopengkan seorang 'ustaz'. Penyeksaan yang dibuat sangatlah kejam dan teruk.
iv. Fariz - dimana dia terkesan dengan pemergian kekasihnya Herlenna. Pemergian kekasihnya itu membongkarkan 1001 cerita yang penuh dengan perasaan amarah dan sakit hati!.
Syarikat? Syarikat ini pula menjadi salah satu tempat dimana ianya berkait dengan keempat-empat watak tue untuk menempuh hari pembalasan yang akan dikawal penuh oleh mereka terhadap pemangsa-pemangsa asal.
Setiap penyeksaan yang ditunjukkan adalah sangat kejam dan tanpa belas kasihan tapi ianya cukup memberi kesedaran bahawa apa yang mereka buat itu adalah salah.
Penulis berjaya memberikan satu pengalaman baru kepada aku untuk menyelusuri satu 'garis masa' terhadap kewujudan dan keberadaan Syarikat. Menarik!
Cuma aku try 'flash back' dimana aku perasan konsep cerita dalam Syarikat ini hampir sama dengan K-Drama - Taxi Driver. Dia ada - mangsa, pemangsa, pembalas. Cuma pembalas dalam Syarikat adalah datangnya dari sifat mangsa itu sendiri samada memilih untuk balas secara kejam, secara tak kejam atau memaafkan.
Bagi aku, Syarikat ini cukup untuk membuatkan kita memahami perasaan terhadap mangsa-mangsa dan merasai timbal balas terhadap pemangsa. Aku rasa perasaan itu!
Secara keseluruhan , buku Syarikat ini layak diberi 4/5 stars untuk kita memahami dunia Syarikat itu sendiri.
*P/s - mohon penulis buat sekuel terhadap buku Syarikat ini. Sebab nak tahu, apa yang akan dibuat oleh Azizul / Rakael setelah jadi Yang Keempat! 🙈
Ariff Adly merupakan penulis Fixi pertama yang menjebakkan Kirah masuk dalam dunia urban ni dan sekali lagi, novelnya membuatkan Kirah tak boleh berhenti daripada membaca!
Kali ni sangat lain. Berbeza yang total. POV novel ni adalah POV Syarikat. Maksudnya, kita seolah-olah potential klien yang menjadi saksi kes-kes yang diambil Syarikat dan mendengar 'proposal' yang dibentangkan oleh mereka.
Apa itu Syarikat? Syarikat ni kata mudahnya satu sistem (bukan di dunia nyata), yang memerhati dalam senyap, merekod dalam diam, tentang kegiatan manusia. Penindasan, penderaan, penderitaan.
Sampai satu masa, sampul hitam akan pup!
Jatuh dan diberikan kepada pemohon (orang yang ditindas). Sampul hitam itu mengandungi borang permohonan untuk 'menghukum' sang penganiaya.
Bila borang dihantar dan lulus, OPERATIF dalam Syarikat akan muncul dalam masa terdekat dan membawa orang TERTINDAS dan YANG MENGANIAYA ini masuk ke Dunia Merah. Untuk apa?
Pembalasan.
ORANG TERTINDAS boleh melakukan apa saja kepada YANG MENGANIAYA. Apa saja bentuk hukuman yang dunia sebenar tidak mampu lakukan, tak adil dan tidak memberikan sebarang pembelaan, Dunia Merah mampu jalankan. Ditegaskan; apa sahaja.
Tetapi, setiap yang berlaku, pasti akan ada timbal balik yang menguntungkan Syarikat. Apa akan jadi sekiranya pemohon memilih untuk memaafkan daripada menghukum? Atau pemohon tetap juga mahu meneruskan seksaan?
Semuanya menjadi rahsia sulit Syarikat. Andai kata awak calon pemohon yang seterusnya, mohon ambil naskhah hitam ini dan hadam segala isinya.
Tapi harus diingat, Bukan semua luka perlukan pembalasan.
Kirah suka cerita ni walaupun to be honest, luahan dan 'dunia'nya agak memeningkan dan susah untuk kita faham but in a good way. Dia macam kau terpinga-pinga untuk hadam tapi masih boleh faham tentang segala kepelikan Syarikat.
Gore, brutal, seksa. Semuanya ada dalam ni. Bagi Kirah, ini novel kedua terbaik daripada Ariff Adly (sebab saya tetap jadi kipas susah mati Gelap sebab tu first love dengan Fixi). Dari cover, sprayed edges dan lakaran dalam novel, semuanya cantik-cantik dan nampak premium belaka. Cuma ada part dalam page 152, 190, 191 yang tertukar bahagian Ummi dan Mai. Page 155 tertukar panggilan abah-ayah. Selain itu, bagi Kirah semuanya baik-baik saja dan saya rekomen!
Rating: 4/5 bintang
Terima kasih Buku Fixi untuk novel ni sebagai pertukaran kepada ulasan jujur. Dan tenkiu sebab bagi peluang lagi untuk Kirah review novel daripada Fixi!
konsep yang menarik; merupakan satu dokumen misteri yang mengandungi pelbagai kisah berbeza sebagai usaha memperkenalkan Syarikat. narrator merupakan entiti dari Syarikat sendiri.
benda pertama terlintas dalam otak bila mula baca kisah ijoy and perjanjian yang dibuat;
“okay, macam vibe hell girl ni.”
TAPI! as i read further, rupanya ada twist & lore yang intriguing & menarik. gory and thriller, of course, memang makanan ariff adly. setiap pelaksanaan perjanjian dapat dibayangkan, dirasakan & siap boleh terbau kot ek hehehe.
saya suka yang buku ni bukan sahaja highlight tentang manusia (pemohon) dan kisah-kisah mereka, tetapi juga tentang Syarikat itu sendiri. dari sejarah organisasi, entiti yang terlibat, domain yang ada di dalam Syarikat, sehinggalah konflik dalaman dan perubahan struktur yang berlaku dalam Syarikat tersebut. well, semuanya mengukuhkan relevancy-nya dalam buku ni dan sebagai tajuk buku.
buku ni, i believe, low fantasy, dan bagi saya dia banyak bermain dengan moral dan sudut pandang individu yang terlibat (pemohon), serta ‘judgement’ entiti dalam Syarikat. tetapi mungkin memerlukan imaginasi yang agak tinggi untuk membayangkan setting apabila melangkah ke gerbang; Pintu Eksekusi, Dunia Merah dan domain-domain Syarikat (sila rujuk glossary kat belakang dulu bagi memudahkan flow pembacaan 👀)
TETAPI! thank god for those amazing illustrations because they helped A LOT & honestly i can say they’re really close to the description written by the author. time baca tu i imagine dulu, pastu tengok illustrations, “okay, cun! close to what i imagined.” hence, boleh cakap author punya description pun gempak la kan? hehe 🤓
ada satu part je yang agak confusing — part ummi & mai dekat Dunia Merah. tapi saya baca semula and i get what happened. so, saya okay sajur. not a big deal for me. #memangbias #UltrasAriffAdly
overall, saya berpuas hati. i like this kind of book; unik & gila. & lega kalini tak nampak hantu dalam karya ariff adly 😝 btw, takleh sabar tunggu buku sampai, so cam biasa e-book dulu la 💅🏻
Bukan tak best, tapi penceritaan terlalu mendalam. Dalam context sesetengah scene tak perlu diulas secara berlebih.
1. I love that every watak ada gambar untuk highlighted scene. this yang buatkan buku ni special.
2. Sometimes, bukan semua benda perlu diulas secara mendalam sebab ianya akan buat cerita meleret contoh : “tanpa kasih, tanpa cinta, tanpa sayang, tanpa… and so on” braaa srslah kalau ulang satu dua okay lagi tapi…dan ada beberapa benda yang macam tak perlu pun di tulis.
3. Do appreciate semua motivational quotes. sangatlah hit the spot… kadang ingat tengah baca buku quotes pulak.
4. The gore scene. Wow :p
5. Oh ye. the “En Dash” (-). i hate it so much, ni lah yang buat i pening nak baca. kadang endash ni macam tak relate pun dengan ayat sebelum pastu sambung pulak sampai dua subjek… lagi lah pening nak baca.
Flow novel ni sedikit confusing dan slow sampai aku kena ulang baca bab tertentu. Cerita ada momen seram dan gore yang buat rasa intrigued, tapi pacing dia kadang macam rasa berjela lama sebelum drive balik momentum. Not bad, but not full fire.