Jump to ratings and reviews

Nightcrawler

RAZIF - mata-mata malam dalam misi mencari seorang raja dadah dan ketua kongsi gelap yang berselindung di sebalik nama Ayahanda, yang tidak pernah dilihat sesiapa termasuk musuhnya sendiri.

NIZAM - anggota polis yang percaya semua yang berlaku ada campur tangan korupsi, sekali gus menyukarkan misi Razif

AMAR - wartawan jenayah dalam usaha membongkar kegiatan jenayah Ayahanda.

Tujuan dan matlamat mereka sama, namun motif mereka berbeza-beza.

Paperback

First published October 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Azmeer Shah

13 books20 followers
Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika.

NON-READER BECOME WRITER
Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (70%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for lysareading.
343 reviews43 followers
October 11, 2025
Please don't sleep on this book!
The fact that it was a thriller novella and it's good? I highly recommend for you to try out Nightcrawler. No wonder penulis ni salah seorang pemenang 'Thriller challenge' under local publisher Lawa Lingo.

Bagi I, keistimewaan Nightcrawler terletak pada personaliti setiap karakter. Lengkap beruniform biru tetapi perangai biadap. Driver e-hailing tetapi menjadi 'mata-mata'. Wartawan jenayah tetapi masih inginkan kes sensasi untuk kekal relevan dalam industri. I tak baca sinopsis pun so memang blindly read without expectation.

Cuma apabila awal pembacaan ada kes dadah & kongsi gelap ni, I ingat akan cliche TETAPI, BUKAN TAU! Turning point cerita ni was so unexpected, like those case just side quest je untuk blind kan pembaca. Ini lebih kepada cabaran seorang polis, penjenayah dan insan biasa menghadapi korupsi, khianat dan keadilan dalam menuntut dendam.

Dengan hadirnya 'morally grey characters' ni, menambahkan rencah dalam naratif Nightcrawler. To the point, I always believe if there's a justice, there always be criminality. Tak lupa kepada Fara (ketua pasukan forensik kriminalistik), I think you're so slay in here even you kejap je muncul dalam ni :')

Aksi dalam cerita ni pun boleh tahan juga walaupun hanya novella. I didn't expect the torture and fighting scenes to be so thrilling and gory (which I love it so much). Cuma maybe at some points I boleh agak jalan ceritanya ke mana, however, it was still entertaining and I baru first time baca karya from this author. Dengan ini, I akan cari & try baca buku-buku lain juga.

Enjoyable and keep your eyes on this novella.
Profile Image for Aisyah  Farhanah.
22 reviews2 followers
January 17, 2026
Penuh aksi. Saya suka Watak Razif. Teringat anime Sakamoto Days.

Cuma watak-watak tak cukup dalam lagi. Razif boleh buat flashback sikit hubungan dia dengan adiknya. Nizam watak okey, sangat poyo dan saya menyampah. 😗

Untuk watak Amar, boleh dikembangkan lagi. Next Nightcrawler 2, nak request Razif dan Amar bekerjasama.

Plot twist saya dapat jangka. Memang ***** puncanya. But part ni pun kalau boleh buat flashback. Cara ***** bocorkan rahsia, dia akan jadi lebih dramatik.


Goodluck untuk buku seterusnya 🤗 Teruskan berkarya. Saya akan selalu sokong Azmeer.
25 reviews
September 3, 2026


Ayahanda: Ketua kongsi gelap paling berpengaruh dan ditakuti kawan mahupun lawan. Mampu membeli sesiapa sahaja golongan atasan. Siapa yang cuba menghalang laluannya akan dilenyapkan.

Razif: Mempunyai dua pekerjaan. Mekanik di waktu pagi dan pemandu DRIVE di waktu malam. Mempunyai misi khas untuk mencari siapakah identiti di sebalik nama Ayahanda.

Amar: Wartawan jenayah. Berprinsip dan tidak mudah goyah. Misinya mencari kebenaran.

Amirul & Nizam: Pegawai PDRM. Dua watak berbeza.

Watak Khai dan Fakrul memang berani mati. Kerja gila betul cari pasal dengan Ayahanda. Tapi kalau tak sebab mereka, konflik takkan selesai.

Dah tengah buku baru faham kenapa tajuknya begitu. Sebab tak baca blurb, maka enjoy saja bacaan.

Sangat suka dengan tema cerita melibatkan ahli kongsi gelap, PDRM dan wartawan sebegini. Lagi-lagi kisah pegawai polis yang korup. Tak semua yang mempunyai pangkat dan kuasa boleh dipercayai. Bila dah disogok dengan duit, hitam terus hati.

Ada cameo watak Cold Case dalam buku ini. Masa baca dan tahu kewujudan Amar dalam buku ini, makin excited nak baca. Sebab teringat-ingat kisah Cold Case tu.

Buku ini nampak je nipis, tapi emosi tak rileks. Kejap sakit hati, kejap santai, tetiba kelakar, pastu terkejut. Macam-macam lagilah. Sampai ke titik terakhir, kena tenangkan diri sekejap. Yang pasti, menyesal baca buku ini sambil makan. Rasa nak muntah bila babak Ayahanda tu.

Susunan plot agak baik. Mudah untuk follow cerita. Gaya bahasa penulis mudah difahami. Paling suka font mesra mata. Mungkin sebab itu lancar je bacaan. Sedar-sedar je dah tamat.

Paling tak suka watak Nizam. Patutnya ada babak gore khas untuk watak tu. Gerammm tau.

Suka buku ini. Pendek tapi mendebarkan. Kalau baca sebelum tidur, hati-hati. Bimbang masuk dalam mimpi. Macam saya.
Profile Image for sn_fiq.
175 reviews11 followers
August 15, 2026
Dari awal sampai habis, apa yang diramalkan salah belaka. 😆
Cerita fast paced, ending puas hati.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews