RAZIF - mata-mata malam dalam misi mencari seorang raja dadah dan ketua kongsi gelap yang berselindung di sebalik nama Ayahanda, yang tidak pernah dilihat sesiapa termasuk musuhnya sendiri.
NIZAM - anggota polis yang percaya semua yang berlaku ada campur tangan korupsi, sekali gus menyukarkan misi Razif
AMAR - wartawan jenayah dalam usaha membongkar kegiatan jenayah Ayahanda.
Tujuan dan matlamat mereka sama, namun motif mereka berbeza-beza.
Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika.
NON-READER BECOME WRITER Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.
Please don't sleep on this book! The fact that it was a thriller novella and it's good? I highly recommend for you to try out Nightcrawler. No wonder penulis ni salah seorang pemenang 'Thriller challenge' under local publisher Lawa Lingo.
Bagi I, keistimewaan Nightcrawler terletak pada personaliti setiap karakter. Lengkap beruniform biru tetapi perangai biadap. Driver e-hailing tetapi menjadi 'mata-mata'. Wartawan jenayah tetapi masih inginkan kes sensasi untuk kekal relevan dalam industri. I tak baca sinopsis pun so memang blindly read without expectation.
Cuma apabila awal pembacaan ada kes dadah & kongsi gelap ni, I ingat akan cliche TETAPI, BUKAN TAU! Turning point cerita ni was so unexpected, like those case just side quest je untuk blind kan pembaca. Ini lebih kepada cabaran seorang polis, penjenayah dan insan biasa menghadapi korupsi, khianat dan keadilan dalam menuntut dendam.
Dengan hadirnya 'morally grey characters' ni, menambahkan rencah dalam naratif Nightcrawler. To the point, I always believe if there's a justice, there always be criminality. Tak lupa kepada Fara (ketua pasukan forensik kriminalistik), I think you're so slay in here even you kejap je muncul dalam ni :')
Aksi dalam cerita ni pun boleh tahan juga walaupun hanya novella. I didn't expect the torture and fighting scenes to be so thrilling and gory (which I love it so much). Cuma maybe at some points I boleh agak jalan ceritanya ke mana, however, it was still entertaining and I baru first time baca karya from this author. Dengan ini, I akan cari & try baca buku-buku lain juga.
Penuh aksi. Saya suka Watak Razif. Teringat anime Sakamoto Days.
Cuma watak-watak tak cukup dalam lagi. Razif boleh buat flashback sikit hubungan dia dengan adiknya. Nizam watak okey, sangat poyo dan saya menyampah. 😗
Untuk watak Amar, boleh dikembangkan lagi. Next Nightcrawler 2, nak request Razif dan Amar bekerjasama.
Plot twist saya dapat jangka. Memang ***** puncanya. But part ni pun kalau boleh buat flashback. Cara ***** bocorkan rahsia, dia akan jadi lebih dramatik.
Goodluck untuk buku seterusnya 🤗 Teruskan berkarya. Saya akan selalu sokong Azmeer.