Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dinilai Tertinggi

Rate this book
Yang dinilai tertinggi di dunia adalah nyawa. Tetapi bagaimana pula jika nyawa menjadi pertaruhan perkenalan singkat mereka?

Setelah kematian mengejut adiknya, Zahen didatangi seorang gadis misteri bernama Eli. Kata sang gadis, dia hadir untuk melindungi keluarga Zahen.

Namun si gadis yang dipanggil pembunuh upahan, bolehkah Zahen menerima gadis itu sebagai malaikat pelindung?

"Aku tak percayakan kau." - Zahen

"Aku boleh tunggu sampai kau percayakan aku. Tapi aku tak rasa orang yang target Akim fikirkan perkara yang sama." - Eli

Zahen sekeluarga diburu oleh organisasi sama yang menyebabkan kematian Akim. Di antara hidup dan mati. Zahen kini tidak punya pilihan selain daripada berdiri di sisi Eli.

Mungkin di akhir misi, semuanya akan kembali seperti sedia kala.

Mungkin.

Paperback

First published October 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Deelion

3 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
4 (50%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for jj.
64 reviews1 follower
December 25, 2025
personal rating: 4.2/5 ⭐️

I have a beef with deelion la kalau macam ni, kenapa ending dia cenggitu jeeee???!?!?!!?!? Always tak puas!
.
Mengisahkan Eli seorang pembunuh upahan telah diupah untuk menjadi pelindung keluarga Zahen. Akim, brother kepada Zahen yang upah Eli sebelum dia mati— dia juga tinggalkan clue untuk Zahen dan Eli cari. Clue apa? Akim ada simpan satu rahsia besar dark side negara.
.
For me personally conflict dia common, macam selalu tengok movie macam ni tapi the idea masa diorang mula cari kebenaran tu melalui clue yang SANGAT sikit Akim tinggalkan sangatlah amazing.

Saya suka kombo Zahen & Eli, mula-mula susah nak percaya dengan tindakan Eli sebab dia pembunuh upahan, mestilah tak boleh dipercayai. Tapi bila part Zahen bercerita tentang Tuhan tu nampak Eli sebenarnya ada peluang untuk berubah. Dia sangat trauma dengan kisah silam dia yang melibatkan keluarga sendiri.
.
Flashbacks dalam ni banyak tapi actually tak menganggu sangat sebab setiap end scene tu mesti kita tertanya apa sebenarnya yang terjadi and the answer is there.

overall, sesuai untuk beginner yang nak try mystery-thriller book; this is it. I really hope dapat dipanjangkan lagi sebab ada a few persoalan yang masih tak terjawab. Saya masih curious dengan beberapa watak, harap ada perkembangan lagi untuk watak diorang.
Profile Image for lysareading.
323 reviews43 followers
December 20, 2025
Baca jelah sebab best walaupun pendek and tak puas :p
Karakter utama, Eli sebagai pembunuh upahan dengan kisah silam yang tragis. Bila lagi nak ada 'the rise of morally gray woman' mcm ni kan? Woman that do bad things but have a good heart. You gonna love Eli and the rest of the characters.

Petition untuk ada full-length novel for this story.
Profile Image for Diniy Qistina.
199 reviews6 followers
December 26, 2025
Fuh! Baca Dinilai Tertinggi ni buatkan saya rasa tak percaya pulak ia ditulis oleh penulis yang sama dengan Untuk Terus Wujud. 180°berbeza genre. Dalam DT ni memang tak ada langsung ya romance. Memang action + mystery + thriller.

Mengisahkan tentang Eli yang merupakan salah seorang daripada 5 ahli kumpulan Hitman Siblings iaitu kumpulan pembunuh upahan yang paling terkenal di Malaysia. Eli juga merupakan ahli yang paling digeruni dan ditakuti dengan kegilaan luar jangka dan luar biasanya. Dia pernah terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang sampai kecoh satu negara. Tak cukup dengan itu, dia juga pernah cukup 'gila' sehingga sanggup dan berani bunuh ibu kandungnya sendiri. Kalau ibu sendiri pun dia sanggup cabut nyawa, apalah sangat nyawa orang lain?

But despite of that, tiba-tiba ada seseorang mengupahnya untuk menjadi malaikat pelindung. Aneh bukan? Upah seorang pembunuh upahan untuk melindungi seseorang?

Cerita ni boleh tahan gore jugaklah. Dinasihatkan janganlah baca ketika anda sedang makan. Hilang selera karang. 😅

Again, mungkin sebab ini pun novel nipis, makanya rasa tak puas dengan ceritanya. Untuk bab terakhir dan epilog ii, saya tak puas hatilah sampai situ je. Dia macam... Aduh. Entahlah. 😭🤲🏼
Profile Image for Mohd Ashmunir.
196 reviews3 followers
June 12, 2026
Done dlm masa yg singkat. I love how the author colour this story. It’s begin with kematian adik kpd hero kita iaitu Zahen. Pd awalnya disgkakan kemalangan ttpi slpas itu rupa2nya pembunuhan terancang bg mengelakkan rahsia terbgkar. Dan lpas tue mncul watak wanita yg bkn typical ye… pembunuh upahan ya. So sgt menarik dan I love how the story goes. Cuma syg terlalu nipis so harap2 akan ada sequel yg tebal lah ya… hehehe…
Profile Image for rjuniex.
45 reviews1 follower
December 21, 2025
3.3/⭐️

- Yang dinilai tertinggi di dunia adalah nyawa tapi bagaimana pula jika nyawa menjadi bahan mainan. Mengisahkan tentang Eli seorang pembunuh upahan yang diminta menjadi 'malaikat pelindung' buat Zahen dan keluarganya.
- This book contains lots of flashback and kinda confusing sikit sebab pada permulaan cerita tak nyatakan current year lepas banyak sangat flashback I macam terpinga-pinga
- I wish penulis boleh tulis babak aksi dengan lebih baik di masa depan supaya pembaca dapat feel lagi situasi tu
- walaupun cerita ni unsur mystery thriller terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil : kadang perbuatan jahat tak semestinya kalau kita balas akan membuat kita lebih tenang tapi boleh menyakitkan diri sendiri juga.
- Kalau tak mengenagkan genre mungkin I ship kan Zahen dengan Eli. Anyway ada cerita pasal pembesar berempat pulak ke? atau pasal DN sendiri?
Displaying 1 - 5 of 5 reviews