Di Yayasan Andani, Puspa dan sebelas lagi rakannya membesar bersama di bawah jagaan Bonda Naleen namun tiba-tiba…
“Selamat datang ke permainan yang dicipta khas untuk warga Yayasan Andani.”
Mereka terperangkap. Permainan bermula. Sesiapa yang ingkar, akan dihukum serta-merta. Peranan spy menebalkan lagi syak wasangka sesama mereka. Sungguh, mereka tak nak mati dalam keadaan yang mengerikan seperti yang lain-lain!
“Kau orang sedar tak? Sebenarnya, bukan kita players utama semua permainan ni. Tapi, dia. The Player.” – Puspa
Déjà vu yang dilalui Puspa semakin mendekatkan dia dengan kebenaran. Puspa nekad untuk gali semula segala rahsia yang dikuburkan Yayasan Andani, dan menoktahkan kegilaan The Player.
“Two can play the game.” – Puspa “The more the merrier.” – The Player
Akhirnya, siapa yang akan menang? Dapatkah Puspa dan rakan-rakannya lolos dari permainan The Player dalam keadaan bernyawa, atau selamanya mereka terperangkap di dalam Yayasan Andani?
its giving the mix of kdrama Night Has Come and Squid Game. MENARIK!!
about bunch of kids live in Yayasan Andani yang tak pernah interact dengan dunia luar. Bila diorang ada vacation pon, Bonda Naleen akan bawak pergi water park yang dah dikosongkan khas untuk diorang. Imagine living for eighteen years macam tu... and suddenly diorang kena paksa main game and it keeps getting on their nerve bila ada kematian yang berlaku. Tak main, kena hukuman. Main pon kena hukuman. Masing-masing nak selamatkan diri.
survival death game with our traditional game element. ada backstory yang strong with interesting premise. loving how every games is executed, detail yaa. the way mesti ada typical characters yang annoying and selfish in survival story and this one is not an exception HAHAHA and the fact Puspa, our female lead is such a baddass character🫦 awal tu akan pening sebab banyak watak yang diperkenalkan but its getting better the more you read, in fact every character di potray dengan jelas where you can easily differentiate every each of them punya personality. its not easy to do this act kudos to author
last book i read from kak syu which is Scarlet not really impressed me so ive already lower my expectation before reading this one. Unexpectedly besttt la even the plot twist tu aku dapat jangka tapi rupanya ada lagi benda yang dia twist! cuma bila nak ke akhir tu mcm kurenggg sikit for me but still the idea is there. buku ni tak draggy, tak meleret, tak banyak pages so boleh je habiskan in one seating💪🏻 Goodjob syu ariani! one of versatile local author yang akan sentiasa bawak diff genre in her works and ill keep looking foward!
Sejuk ya kaki tangan baca The Player ni. Berdebar betul nak tahu next apa akan jadi lagi. 😭
Secara ringkasnya TP ni berkisarkan survival game. Ala-ala Squid Game gitu. Tapi dengan elemen permainan tradisional kita. Once kau kalah dalam satu game tu, kau bukan sahaja akan tersingkir tapi riwayat kau akan ditamatkan dengan cara paling tragis sekali. On the spot di tempat kau kalah game tu.
Nak tak nak para pemain lain terpaksa turut serta dalam terpaksa untuk survive dalam masa yang sama diorang cuba cari siapa dalang semua ni. Siapakah The Player tu sebenarnya? Dan cara macam mana diorang nak tamatkan game tu atau keluar dari Yayasan Andani dengan selamat.
Dengan kak Syu kita kena expect plot twist after plot twist. 😂 Karya kak Syu tak pernah mengecewakan. Satu pembacaan yang memuaskan. 🫶
Wow! saya suka idea kakSyu! kalau sesiapa a fan of squid game macam saya (season 1) mesti korang suka buku ni jugak. Cuma dalam The Player, permainan yang digunakan sama seperti zaman kanak-kanak kita. Of course buku ni buat kita berfikir dan tertanya-tanya "siapa yang kawal mereka ni?" "betul ke The Player ni wujud?" hehe kena la try baca.
Untuk plot twist dia sangat wow ya! Saya ingat berakhir dengan Bonda Naleen sahaja, tapi dengan kemunculan "TP" sendiri saya dah tergamam.
Saya suka konsep permainan tradisional yang diketengahkan oleh penulis. Eksaited sebab kita geng milennial memang main kan🫢 Tapi, saya rasa macam ada kurang dengan chemistry watak-watak dalam buku ni. Ada janggal kt situ, ke saya sorang je yang rasa😅 Namun, bila dah sampai kemuncak plot twist buku di tengah jalan cerita buatkan kita nak tahu ending nya bagaimana...
Dan, saya tertarik dengan watak The Player yang begitu genius dengan penciptaan cip di kepala dan bagaimana dia tekad guna manusia sebagai 'tikus makmal' untuk penciptaan nya. Itulah, kadang cerdik pandai ni terlalu pentingkan diri sendiri sehingga memusnahkan nilai kemanusiaan dalam diri nya walapun terpaksa mengorbankna keluarga sendiri.
A fresh air for Malay-Thriller genre. The vibe yang I nak when I expected the theme to be genre. A mix of Squid Game and Alice in Borderline but make it Malay traditional game. Love it! And Puspa character is what I need in this kind of genre. Fierce, bold, brave and witty! Never doubt Syu Ariani with her baddie female lead energy.
The flow of the story and plot twist actually quite shock me tho. After one and another one plot twist is what actually keep me read this book in one sit. Sumpah best gila. And the way she actually intepret Malay traditional game then turn it into thriller & adventure like Squid Game is just too 🤍🤍🤍. I love also love how the Sci-fic makes sense to this story. Come on, a biohack and a microchip in human body. That's so cool! Please, Malaysia need more book genre like this.
And yeah even though I'm not a fan of extremely-violence-self harm-killing people in the book, I can tolerate how she reflect all of this mental issue that can lead to extreme-killing part. The psycho part totally got me hooked!
Overall, I'm glad that there are other thriller book outside of the "Fixi" circle (this is totally my two cents opinion on Fixi). Honestly, Syu Ariani has to make it The Player: Part 2. Please I need more of this kinda genre from her. EVERYONE SHOULD READ THIS BOOK THO!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Genre terbaru daripada Syu Ariani. Bertemakan survival game. Tapi yang menariknya game2 yang dimainkan oleh mereka berdasarkan permainan tradisional .
Yayasan Andani. Sebuah yayasan yang dibina persis rumah anak yatim. Tapi yang menjadi satu kemusykilan, hanya mereka 12 orang sahaja berada disitu. Puspa, Nathan, Yolanda, Winter, Becca,Che Di, Xander, Kalai, Ijol, Uqasha, Luhan dan Gita. Tiada siapa yang keluar atau masuk ke yayasan tersebut. Bagai ada sesuatu perancangan. Yayasan tersebut diuruskan oleh Bonda Naleen dan dibantu oleh Pak cik Akhtar. Mereka tak dibenarkan mempunyai telefon pintar. Malah penggunaan komputer pon tidak boleh. Kehidupan mereka, hanya dalam Yayasan Andani. Dan sesekali mereka dibawa keluar. .
Permainan bermula. Tiba2 mereka perlu mengikuti game yang telah disediakan oleh Yayasan Andani. Sesiapa yang cuba lari atau tidak menyertai pasti menerima akibat. Permainan yang akan mengorbankan nyawa. Itu pasti .
Apa sebenarnya tujuan game itu diadakan. Adakah sekadar permainan? Atau ada sesuatu disebalik . Siapa dalang disebalik game tersebut? Adakah Bonda Naleen? Atau ada orang lain. Kenapa perlu melibatkan nyawa. Siapa disebalik The Player? .
Plot twist? Pasti ada .
Percubaan yang baik daripada Syu. Walaupon masih ada kekurangan, tapi bagi aku okey sebab Syu berani mencuba yang diluar kelainan genre kebiasaan beliau. Sebab kita tau, forte syu adalah thriller .
Bagi peminat genre survival, boleh baca naskah ini. Sebab yang membezakan novel ni dengan novel survival lain adalah game yang dimainkan .
Thumbs up syu. Congrats atas keberanian mencuba genre yang berbeza daripada sebelum2 ni .
Yayasan Andani tempat membesar bagi 12 orang ini. Semuanya nampak normal sehingga satu hari mereka diperangkap dan terpaksa bermain permainan yang disuruh. Yang kalah? Pastinya dihukum. Dengan cara? Paling sakit sekali..
Siapa The Player dan siapa Spy? Berjaya ke Puspa dan rakan-rakan kekal hidup sepanjang tempoh permainan ini? Atau sebaliknya?
✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐
Kak Syu! Ad suka sangat storyline ni. The night has come + Squid game 🤩 perasaan suspen, tertanya-tanya & terkejut tu memang tak lari lah sepanjang baca TP ni. I is lurveee 😍
Not easy to create this kind of story sebab nak buat readers hook up je dah susah, tambahan nak buat jadi tak bosan or meleret. But bagi Ad, enjoyable sangat. Takde rasa bosan setiap pages tu. Part plot twist tak nak biasa-biasa tau Kak Syu ni 🙂😌 and yes its kinda trigger me a bit (sebab saya sangat kuat bab imagined) but kita strong lah nak baca cmon lah 😎
Also, Ad suka bila game yang dimain dalam ni semua game traditional kita pernah main kat Malaysia. Tiba-tiba takut dengan game Teng-Teng eh kenapa? 🙂↕️ but this way actually make it more interesting tau. Very unik and tak pernah Ad baca.
Siapa suka thriller but version melayu? Go pick this up! Baca dan nilai sendiri okie. Kak Syu, Ad sangat support genre macam ni😝🔥 baca cepat tau!
Mengisahkan tentang Puspa dan 11 orang rakannya yang membesar di Yayasan Andani sejak dari bayi. Satu hari tengah-tengah mereka melakukan aktiviti harian, tiba-tiba mereka diminta untuk bermain games yang dikendalikan oleh The Player.
Mengikut kata Syu, ni first time dia menulis genre sebegini. Saya pulak ni novel kedua Syu yg saya baca. Bagi saya not bad la untuk cubaan pertama Syu.
Jalan cerita yang menarik, kita dibawa macam mana Puspa & semua rakannya bermain game yg saya kira ada elemen seperti Squid Game tetapi versi Malaysia. Setiap permainan mereka akan diminta untuk mengundi sama ada mereka akan menjadi player atau spy. Di akhir game, mereka akan disuruh untuk meneka siapakah spy di antara mereka. Siapa yang kalah dalam game akan dibunuh. Siapa yg dituduh menjadi spy, dan salah, akan dibunuh.
Uniknya watak2 pelajar dalam Yayasan Andani ni, nama mereka disusun dr abjad A hingga Z. Puspa sendiri bermula huruf T, Nathan, N.
Saya rasa jalan cerita akan lebih menarik kalau penulis memberikan jalan cerita yang lagi jelas tentang 14 orang yang meninggal akibat bermain game sebelum jalan cerita yg dibentang ke kita. Dan kalau tak silap dah 3x dorang dah main game tu. Semacam tak logik 14 orang dah mati dalam 3 game. Dan rasa macam tak best pulak dorang baru je main 3 pusingan, rahsia dah terbongkar. Rasa tak puas kat situ 😆
Finished in one seating. Perhaps because I rarely read Malay books with survival themes, I found this one amazing & unique especially bcs of the use of Malay traditional games. Do lemme know if there's any other work integrating Malay traditional games, I'd like to try.
CheDi, as much as I hate you in the beginning of the story, it's also true I love it when you lost all ur sanity in attacking The Player. As for Puspa, you're a badass! 😂 I get why Nathan loves you although at times I do question why he loves the feisty you when he's indeed a gentleman.
All in all, I enjoyed this one. Syu Ariani never disappoints me & I hope she would write more books like this. Highly recommended!
Musim habis exam ni kena baca buku nipis-nipis je 😬 Surprisingly, kita suka buku ni walaupun 1st time baca buku survival!! Aside from rasa thrilled dgn cabaran yg diorg kena adapt utk keluar daripada “permainan” tu, kita enjoy macam mana dia melibatkan istilah ‘biohack’, ‘vr gaming’, ‘mikrocip’ sebab kita ni buta it maka dapat lah extra ilmu bila buat research.
btw utk Nathan dan Puspa, korang salah genre ni 😂 TOLONG BELI!! CONFIRM TAK MENYESAL!!
A survival game story that really keeps you on the edge! Dari mula sampai habis, penuh dengan debaran, twist yang tak dijangka, dan watak yang buat kita rasa macam sebahagian dari permainan tu. Jalan cerita yang mendebarkan.
Good job, Syu Ariani! Idea agak unik & plot twists pun boleh tahan. Masih ada ruang untuk improvement but overall still a great work. Recommended kalau sukakan survival game.