Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.
Sebuah novel lama keluaran PTS yg bertemakan kemasyarakatan. Best betul novel ni, plotnya penuh dengan adegan-adegan lucu serta lawak-lawak sengal. Sesuai dibaca sebagai bahan hiburan di waktu lapang.
Mengisahkan tentang Rusdan, seorang graduan universiti yg sedang mencari pekerjaan di bandar Kuching, Sarawak. Sementara itu, dia menumpang tinggal di kedai pisang yg diusahakan oleh beberapa orang sepupunya (Fatah, Taib, dan Suhardi). Kerana ada ijazah, Rusdan selalu sahaja disuruh menyelesaikan segala masalah oleh sepupu-sepupunya itu. Semua permasalahan diselitkan dengan adegan-adegan lucu yg pasti menghiburkan.
Di seberang jalan, berhadapan dengan kedai itu pula, terdapat sebuah rumah yg dihuni oleh Fatima dan ibunya. Pertemuan Rusdan dan Fatima secara tak sengaja pada suatu hari menimbulkan konflik lucu antara mereka. Lama-kelamaan, timbul benih-benih cinta antara mereka...
Baru saya sedar sesuatu, saya jarang tidak membeli buku tulisan Bahruddin Bekri. Mungkin agaknya gaya yang agak lucu, tulisan Bahruddin sentiasa menggeletek perasaan saya. Saya kira tulisannya kali ini, agak realistik. Sebelum ini, banyak juga elemen mustahil di dalam pengkisahannya di dalam movel-novel lain, tetapi saya dapat bayangkan diri saya berada di situ, menonton babak-babak yang terjadi. Kisah Rusdan, seorang graduan yang sukar mencari pekerjaan (ah, barangkali terbayang diri sendiri), yang berharap dan harapannya sentiasa berkecai. Bahruddin berjaya menyuntik semangat, tidak semestinya graduan yang bagus itu akan bekerja pekerjaan yang diharapkan, malahan graduan perlu berani mencuba bidang lain, walaupun tidak selari dengan aliran yang diambil semasa di universiti.
Babak yang saya suka: 1. Cerita Rusdan mencari pekerjaan, dari ejen insurans hingga kepada yang lain 2. Babak Kuswadinata mencari adiknya, Jannah (oh, sungguh banyak kes lari dari rumah yang semakin menjadi-jadi) 3. Pencarian jodoh untuk Yusri yang sentiasa diperlekeh orang.
Ada juga babak yang saya rasa perlu diperkemas lagi: 1. Cerita Fatima yang baru kehilangan ayahnya, seolah-olah pantas ibunya meneruskan hidup walhal ayah Fatima baru sebulan meninggal dunia 2. Cerita Yusri mendapat cek sebegitu tinggi nilainya secara agak tiba-tiba
Sekiranya anda meminati novel ini, barangkali anda akan membaca novel Bahruddin yang lain!
Kita Hanya Di Seberang Jalan. Bahruddin Bekri. PTS. 2010.
1) Buku ini aku beli sewaktu pertama kali aku berkunjung ke Pasar Buku Bangi tahun 2017 .
2) Mengandungi 23 bab dan setebal 442 mukasurat. Buku ini merupakan sebuah novel.
3) Kisah dalam buku ini adalah menceritakan tentang Rusdan, seorang graduan universiti yang berusaha mencari pekerjaan di negeri kelahirannya.
4) Sementara mencari pekerjaan yang sesuai, Rusdan tinggal di sebuah rumah kedai milik sepupunya, Fatah. Fatah membuka perniagaan menjual pisang. Pelabagai jenis pisang yang dijualnya.
5) Setiap kali ada permasalahan berlaku, sepupu-sepupu Rusdan akan meminta cadangan penyelesaian daripada Rusdan memandangkan dia merupakan seorang yang berpendidikan tinggi.
6) Dalam novel ini, adakalanya disertakan adegan lucu untuk menghilangkan kebosanan ketika membaca. 🤣
7) Oh ya, di seberang jalan, berhadapan kedai milik Fatah, terdapat sebuah rumah yang didiami Fatima bersama ibunya.
8) Bermula daripada sebuah peristiwa kemalangan, Fatima dan Rusdan mula berkenalan. Ok, kau boleh teka jalan cerita novel ini. Nak tahu betul ataupun tak tekaan kau tu, kau bacalah sendiri buku ini. Muahahahah.😝
9) apabila kita ada masalah tetapi kita tidak tahu bagaiman hendak menyelesaikannya, kita tidak tahu bagaimana hendak bermula, kita mulakan dengan meluahkan perasaan kita. Luahkan kepada kawan ataupun catatan.
10) Ok, itu sahaja yang akau nak tulis. Selamat membaca. Hati-hati ketika menyeberangi jalan.😁
Buku pertama yang saya ambil sebaik sahaja ternampak di rak buku perpustakaan awam. Bahruddin Bekri. Penulis yang saya sudah lama kenali cuma belum berpeluang untuk membaca karya beliau sehingga saya bertemu dengan buku ini. Unsur humor yang diselitkan sangat menggelikan hati terutama insiden budak 'kelapa parut' dan 'Manap'. Pada permulaan saya tidak sabar ingin menghabiskan buku ini namun apabila sampai ke penghujung cerita, rasa sayang pula ingin menghabiskannya. Apa-apa pun terbaik!
Seperti biasa karya Che Din sentiasa memikat hati saya dengan caranya yang tersendiri =)
Penulis bijak mempengaruhi saya untuk terus tetap membaca hasil tulisannya hingga ke noktah terakhir.
Pada zahirnya, Kita Hanya Di Seberang Jalan bukanlah mengangkat isu/cerita yang 'gah'. Sebagaimana tajuknya, kisah ini pun tentang isu yang biasa-biasa sahaja. Tapi di sebalik 'biasa-biasa' terselit pengajaran yang mampu membuka minda pembaca yang mahu berfikir.
Apa yang ada di seberang jalan? Siapa yang ada di seberang jalan? Pertanyaan demi pertanyaan itulah yang membawa saya meneroka naskhah ini demi memenuhi tuntutan hati yang inginkan jawapan!
Kita Hanya Di Seberang Jalan, berkisah tentang Rusdan, graduan lepasan universiti yang masih terkontang-kanting mencari pekerjaan. Pelbagai usaha dilakukan demi mencari lowongan kerja. Daripada jawatan guru ganti hinggalah kepada penjual insurans. Namun di sebalik jawatan yang dipohon, berlaku insiden demi insiden yang tidak dijangka.
Sementara mendapat kerja, dia menumpang di rumah sepupunya Fatah yang mengusahakan Kedai Pisang. Walaupun pada asas mereka menjual aneka jenis pisang tapi Kedai Pisang tetap juga menjual pelbagai jenis barangan pertanian yang lain. Selain Fatah, Taib dan Suhardi (juga sepupunya) tinggal bersama di rumah yang juga merupakan kedai.
Sebagai graduan lepasan U, dia di anggap sebagai orang yang paling pandai di antara mereka. Dan sering dijadikan 'ketua' oleh sepupu-sepupunya. Antara salah satu tugasnya adalah mencari pasangan untuk Fatah. Fatah yang lembut hati sering dibuli oleh Abang Yo. Ini menimbulkan rasa tidak senang Taib dan Suhardi yang bekerja membantu Fatah kerana mereka yang menjadi mangsa secara tidak langsung. Suhardi berpendapat Fatah perlukan cinta kerana dengan cinta Fatah akan menjadi lebih berani dan tegas. Maka Rusdan lah yang ditugaskan untuk menemukan Fatah dengan 'cinta'nya.
Berjayakah Rusdan mendapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya? Berjayakah Rusdan menjadi telangkai untuk Fatah sedangkan dia sendiri tidak pernah bercinta? Ingin tahu jawapan? Anda kenalah baca...
Bagi pembaca yang pernah membaca karya-karya Bahruddin Bekri, pastinya arif bagaimana cara penulis 'bercerita'. Setiap apa yang berlaku di seputar kehidupan Rusdan pastinya ada kejadian-kejadian aneh dan lucu yang membuatkan kita akan mengulum tawa. Dalam nada berlucu, ada isu serius yang boleh kita renungkan.
Watak-watak garapan penulis juga sangat dekat di hati kita. Gambaran insan marhaen seperti kita membuatkan kisah ini lebih santai dibaca. Dan apa yang pasti jalan cerita ini berlangsung dengan penamat yang akan membuatkan kita rasa lega dan puas hati.
Bahruddin Bekri ialah idola aku dalam penulisan tempatan. Aku sukakan pendekatan 'Jujur Untuk Berbeza' beliau. Aku mengembara dengan baik sekali. Unsur humor, pengajaran, plot, falsafah diadun dengan baik sekali. A round of applause ! Terus menanti hasil karya beliau yg lain.
Alhamdulillah sudah habis baca buku hasil karya Bahruddin Bekri hanya kurang sebulan. Overall, memang best buku ni. Dah lama cari buku ni, tpi sayang dah tak jual di kedai-kedai buku. Jadi sy beli yg preloved. Saya sangat suka jalan cerita dalam buku ini. Banyak unsur komedi buatkan saya tergelak seorang diri. Haha. Sangat suka nilai-nilai dan pengajaran yang disampaikan oleh penulis. In love dgn watak Rusdan. Takkan teragak-agak untuk beli lagi buku hasil karya Bahruddin Bekri!
Kelakar dan mencuit hati. Kena bagi penghormatan kepada Bahruddin Bekri penulis buku ini kerana bukan senang ya nak buat cerita yang kelakar dan pembaca gelak. 😊. Terima kasih bang bahruddin bekri. Kelakar dan terhibur sangat. Elemen sweet tu ada lah kan. tapi bab mencuit hati tu sumpah lah 🔥🔥🔥. Santai gaya penulisannya dan semua orang boleh membaca buku macam ni