Jump to ratings and reviews
Rate this book

23 Tahun Untuk Selamanya

Rate this book
Ketika usia menginjak 23 tahun, ‘sesuatu’ yang besar bakal berlaku kepada Rashid.

Dia sudah lama merancang. Haikal sudah lama tahu. Namun masing-masing memilih untuk tidak berbuat apa-apa.

“Kenapa dengan Rashid, mak?”
“Dia... dia...”
“Ada apa dengan dia, mak?”

Ketika mendengar suaranya, debaran tiba-tiba melonjak. Aku segera mengangkat kepala. Aku perhatikannya. Dalam keadaan yang cukup lemah, dia tersenyum di pembaringan.

Mengisahkan dua lelaki berbeza yang cuba sehabis baik menjalani kehidupan masing-masing. Menstabilkan antara kerjaya, cinta, persahabatan dan keluarga.

Namun salah seorang memilih untuk menamatkan semuanya pada usia 23 tahun.

Paperback

First published October 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

A.J. Abdullah

4 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Sue Oshin.
Author 12 books57 followers
February 11, 2026
TAHNIAH buat penulis @aj_abdullah ‼️

Buku wajib baca buat sekalian ummat ye, lepas baca silalah jadi geng saya untuk suruh penulis tak berhenti menulis sebagai tanda protes 😂

Buku ni mengangkat topik berat tapi cara penyampaian santai dan mudah difahami.

Dua orang lelaki iaitu Haikal dan Rashid dalam kisah secebis kehidupan. Masing-masing ada struggle tersendiri untuk meneruskan hidup, dan terpulang pada kita bagaimana untuk mencorakkan jalan cerita.

Saya suka watak Haikal ni berbanding Rashid yang agak clingy (mungkin sebab dia sering dimanjakan dari kecil, dia jadi macam tu 😂 Tak tahan dengan cabaran hidup, i guess?) Sepanjang pembacaan, Rashid ni macam low self-esteem. Sentiasa rasa kurang dengan diri sendiri dan overthinking. In real life, jika korang luas pergaulan… memang akan jumpa orang macam watak Rashid ni. Low self-esteem sering bawa kita kepada sindrom self-pity. Okay, macam pakar psikologi pula siap buat analisis 🤣

Haikal ni walaupun ada masalah sendiri, dia tetap cuba usahakan yang terbaik untuk masa depan Rashid. Mereka ni bukan blood-brothers eh, tapi mereka rapat sejak kecil lagi ibarat abang dan adik (beza 2-3 tahun kalau saya tak silap). Keakraban mereka sampaikan Haikal nak bawa dia tinggal serumah bila dia dah berumahtangga. Ni pun salah satu punca Haikal kerap gaduh dengan Amirah sebab terlalu melebihkan Rashid. Punca lain sebab Amirah ni agak bossy 😆 To be honest, being with a ‘bossy’ type of person sangat melelahkan especially for mental health. Usually, jenis bossy ni dalam kategori narsisistik paling ramai dan it depends pada individu.

Peminat genre family drama, persahabatan, slice of life, work life balance… please read 23 Tahun Untuk Selamanya. Worth reading and every penny spend. Aaagitchew cara nak meracun 😆

Terima kasih @gempak_360 terbit buku best gilanamatey. Antara bacaan terbaik Januari 2026 (maaf lambat review, saya rajin baca tapi bab review kdg takde mood nak menulis 🫠)
Displaying 1 of 1 review