Dalam dunia yang dilanda wabak berbahaya, dua beradik terjebak dalam konflik yang mendesak mereka untuk bertahan hidup. Sebagai seorang doktor, Dalisha yakin bahawa itu semua adalah ketentuan Tuhan. Namun, adiknya, Hani yang taasub akan teori konspirasi, menganggap bahawa itu semua berpunca daripada golongan rahsia yang cuba mengawal dunia.
Telusuri perjalanan dua beradik ini dalam menempuhi cabaran yang mendatang. Setiap keputusan yang dipilih untuk watak, membongkar misteri demi misteri lantas membawa pembaca menerokai dunia yang diselubungi konspirasi dan sains. Benarkah tanggapan Hani atau itu hanya angan semata?
Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika.
NON-READER BECOME WRITER Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.
I know choose-your-own-adventure books is not a new concept but this is my first time experiencing it! It's fun, I spent like idk maybe 1-1.5 hours to go through allllllll paths and get to all three endings.
But i will say, I'm a bit sad that the endings lean towards conspiracy theory. except for the ending 1, which ends with a civilian.
But i think it's a fun experience nonetheless. love it!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni sikit sebanyak menghiburkan perjalanan mrt aku ke tempat kerja. Aku rasa penulis sangat berbakat dalam menggunakan konsep penulisan yang sebegini. 3.5 bintang bukan maksudnya kurang suka, tapi sebab aku berharap kalau bukunya panjang sikit. Teringin nak tahu macam mana penulis akan kembangkan lagi premis cerita ni, sebab unsur2 yang sedia ada tu menarik. Apa apa pun, good work!
First time baca buku permainan! It’s a fun concept, really. There are three endings in the book and I got the third ending. Wish I have the time to read the other two endings but the secret ending was really shocking!