Jump to ratings and reviews
Rate this book

Beast

Rate this book
Lee Han – Pendakwa raya terkenal yang tak pernah kalah. Diberi gelaran ‘beast’ kerana dia sukar untuk senyum.
Wang Niu – Seorang jurugambar profesional di London yang terkenal dalam dunia fotografi.

Mereka berdua ditunangkan sejak usia remaja.
Kali pertama Niu bertemu Han, itulah satu-satunya detik yang dia akan ingat sampai bila-bila!
Sebabnya, dia rasa lelaki itu tidak normal!

“Han memang macam tu sejak kecil lagi. He doesn’t know when to smile, cry or get angry. You can say he’s like an emotionless person.” — Benjamin

Beberapa tahun berlalu, kematian Aunty Grace membawa Wang Niu pulang ke Malaysia.

“Listen to me. Kalau andai satu hari nanti sampai masa kamu kena pulang ke Malaysia... don’t trust anyone except your own fiancé. Go straight to him.” — Aunty Grace

Niu perlu mencari lelaki yang bergelar tunangannya kerana hanya lelaki itu saja yang dia ada.
Dia sangkakan kehidupannya di Malaysia akan berjalan dengan lancar. Tapi berlaku sebaliknya. Ada sesuatu yang Han sembunyikan daripada pengetahuannya.

Nekad mencari apa yang tersembunyi, Niu hampir jatuh terduduk saat mengetahui segalanya.
“Kau dan aku... hanya takdir kejam yang mengikat kita.”

666 pages, Paperback

Published October 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Missdiyyah

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (72%)
4 stars
1 (5%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Cutie_pie28.
498 reviews10 followers
April 23, 2026
At first macam a bit slow sket cerita nie.. mungkin sebab di cerita tentang kerja² yg Han handle.. mystery yg perlu Han rungkai kan..

Niu dan Han kata nya ‘tunang’.. dan Han ada bagi rantai + cincin pada Niu.. so that Niu nie tahu, Han sentiasa tunggu dia..

Bila Niu balik M’sia things get messy.. dengan kisah lama Han dan Niu kembali menghantui dorang.. Han macam mana pun tetap cuba lindungi Niu walau pun dia tahu musuh dia ramai dan akan aim Niu untuk balas dendam..

Han nie muka dia jenis mendatar je.. emotionless… tapi bila kembali nya Niu dalam hidup dia, Han baru rasa dia ada perasaan..

Rupa² nya ada cerita di sebalik bagaimana dorang bole bertunang.. dan Niu di kata kan hilang ingatan.. dia cuma jngat Han je.. kesian jugak kat Niu nie.. bila korang baca tentang villian tu, korang mesti da boleh agak sebab macam obvious sangat laa..

Cerita nie a bit relax sket compared tu The Hunter (Zufar dan Tihani).. tu plot twist kaw punya.. tak ku sangka laa..

Overall good story.. saya tunggu cerita pasal Elhasiq pulak lepas nie..
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
December 2, 2025
Sebelum ni baca 2 karya Missdiyyah tak habis. Bukan tak best tau. Best sangat-sangat-sangat. Kene dengan jiwa saya. Sebab karya-karya penulis biasanya misteri-thriller seperti yang diberitahu di sudut dedikasi, genre ni memang minat penulis. Tapi saya ni mudah rasa nak baca buku sekaligus sampai yang lama terabai. Kadang dah baca 3/4, pergi baca yang lain. Bila nak baca balik, kene la baca dari awal sebab nak feel tu.

Bila baca buku ni, teringat Rindu dalam 8 doa. Bukan sama tau. Tapi apa yang disampaikan. Idea tu. Obses yang menyebabkan orang lain jadi mangsa. Ciri-ciri psiko. Tak kusangka, awal-awal cerita rupanya dah plot twist. Patutla masa baca tu macam pelik tau. Kenapa Niu ni boleh terima lagi Han yang dah bunuh arnab dia. Kenapa Niu juga boleh terima Han sedangkan dia tahu penyakit Han ni macam scary if you nak jalinkan hubungan yang serious. Rupa-rupanya....

Banyak kisah di sebalik untuk setiap kejadian. Tentang arnab, tentang doll Niu, tentang pertunangan mereka. Mereka berdua bertemu kembali selepas 11 tahun. Niu yang berani, yang sanggup menjadi tebusan, Han yang sangat protective di sebalik penyakitnya yang dikatakan emotionless. Act of service..Chefkiss walaupun tak boleh lawan Azmir..hahahaha

Al-kisahnya..banyak pulak kisah kan. Cerita ni sebenarnya tentang keobsesan seorang profesor akan kajiannya. Sanggup dia buat sendiri belah otak manusia. Fuhhh..ngeri pulak bila baca walaupun tak bagitahu detail sampai kita boleh loya. Just imagine. Yang menjadi mangsa, kanak-kanak dan orang sekeliling. Ceritanya agak predictable untuk syaki siapa yang jahat. Cuma tak sangka wataknya adalah orang lain di sebalik topeng tu. Opsss...spoiler pulak. dan penyakit Han ni, rare tapi once orang salah guna untuk aktifkan sel tu, memang boleh bawa bahaya.

Overall, tahniah penulis ye. Semoga ada lagi karya awak under penerbit besar supaya diterbitkan dalam kuantiti yang mudah untuk pembaca macam saya yang selalu ketinggalan kereta api ni dapatkan karya awak😉
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for N.S.Y.
110 reviews3 followers
April 29, 2026
review will coming soon 👉🏻👈🏻 (1st time baca novel penulis ni)

23.04.2026 - almost DNF sbb awal2 tuh agak bosan la.. Dan susah nk faham jalan cerita nya..
Sy sbnrnya konfius apa yg nk d sampaikan secara menyeluruh kecuali Lee Han tuh ada penyakit yg jenis manusia tiada perasaan.. Cuma dgn tunang a.k.a bini dia je dia akn jd jenis berperasaan sikit 😅

dan jujur sy baca terpksa skip sbb tuh la.. Penulisan dan jalan cerita mngkin bukan utk sy..

Still good but not that good.. Ntah la.. susah nk jelaskan.. Kalau nk jujur utk sy, not worth for money la.. But still nice novel to read kalau suka slow plot and kena bnyk berfikir..
Profile Image for Susumilk Reading.
13 reviews
February 13, 2026
han nonchalant tapi sweet🤭🤭😳😳🫰🏻🫰🏻🫰🏻❤️❤️ SHIPPP

plot twist yang unexpected untuk seorang 17 tahun ? saya suka plot dia🤗🤗

niu is girlboss💯💯🤭
Displaying 1 - 5 of 5 reviews