Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pelangi Buat Riyana

Rate this book
Riyaz Huzair. Dia lelaki periang yang penuh dengan loyar buruk. Tidak pernah bercinta adalah 'kelemahan' yang paling dia banggakan. 33 tahun hidup membujang bukan satu masalah untuknya. Setiap gadis yang cuba mendekatinya ditolak mentah-mentah dengan alasan peliknya sendiri.

"Aku nak jodoh yang namanya hampir sama dengan nama aku." — Riyaz Huzair

Takdir seakan mendengar doanya, dan dia dipertemukan dengan Riyana Hazira, si gadis cashier

"Kalau sengkek, jangan makan dekat sini." - Riyana Hazir

Riyana Hazira, seorang gadis yang langsung tiada ciri lembut seperti seorang wanita. Disebalik sikapnya yang kasar dan dingin, dia menyimpan kisah silam yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Luka lama yang terlalu dalam membuatkan hatinya tidak mempercayai lelaki.

Bagi Riyana, Riyaz hanyalah seorang pelanggan yang suka menyibuk.

Bagi Riyaz, Riyana satu-satunya calon yang memenuhi kriterianya. Hanya kerana nama mereka yang hampir sama.

Dan ada sesuatu dalam diri Riyana yang masih berperang dengan masa lalu.

Mampukah Riyaz merawat luka di hati Riyana? Atau kehadirannya cuma menggali lebih dalam luka yang Riyana cuba sembunyikan selama ini?

602 pages, Paperback

Published September 1, 2025

5 people want to read

About the author

Findaemira

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (87%)
4 stars
1 (12%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Cutie_pie28.
388 reviews8 followers
November 23, 2025
Riyana.. seorg gadis yg penuh dengan trauma sehingga melarikan diri dri rumah Mak Long.. pergi nya ke KL utk memulakan hidup baru.. terserempak pula dengan Sofea..

Sofea anggap die seperti adik.. die bantu Riyana utk teruskan belajar.. bile die cuti die bekerja sambilan di kedai sushi.. terjumpe pulak dengan Riyaz yg jenis selamba..

Fadhli nie mmg psycho laa.. ape yg die pun pd Riyana mmg tk bole terima.. dengan Firdaus pun sama.. trauma die tu sampai kite pun ikot takut sekali tau 🥺

Lepas tu satu kejadian buat kn Riyaz nk jaga Riyana.. byk kalo Riyana tolak dan akhir nya Riyana setuju bile Fadhli da berani confront Riyana depan Riyaz..

Ya Allah si Riyaz ni mmg greenflag btul dan random sgt perangai die.. kelakar part die call Riyana tp orang lain yg angkat.. hahahah.. gileee maluuuu 🙈

Lepas kahwin Riyana begitu jugk.. tetap berahsia.. sampai laa satu hari dorg balik rumah Mak Long.. pun Fadhli tetap kacau Riyana sampai kan da bgi hint kt Riyaz psl masa silam Riyana.. Riyaz ni pun tunggu jee laa Riyana cite.. tetap tk mau cite.. geram jugk dengan perangai Riyana masa nie kan.. macam kau tk percaya suami kau mcm mane.. kesian kt Riyaz masa nie..

Bila kisah silam di cerita kan, Riyaz tak cakap banyak memang die janji akan protect dan bantu hilangkn trauma Riyana..

Cerita plot tersusun rapi.. suke dengan special chapter.. arghh.. terasa nk mkn takoyaki pulakk malam² nie.. haha 🙈🥰
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
November 9, 2025
4.7 stars... minus 0.3 cause F just can’t stand with Riyana sometimes.

Berat sungguh kisah ni. F sendiri banyak kali kena stop baca sebab rasa gigil, cemas setiap kali nama Fadhli muncul.

Riyana melarikan diri dari rumah mak long akibat trauma, akhirnya bertemu Sofea, seorang anak tunggal yang baik hati. Perkenalan mereka bermula bila Riyana bantu Sofea kejar peragut yang curi beg Sofia. Dari situ, Sofea jaga Riyana macam adik sendiri sampai Riyana masuk universiti.

Perjalanan cinta Riyana bermula di sebuah kedai makan. Di situlah dia kenal Riyaz, lelaki yang pada awalnya nampak macam player... sebab apa F kata player.. sebab kad declined sampai 5 kali, kali ke 6 baru lepas. like tactic mak tackle Riyana. Tapi sejak awal lagi, Riyaz dah tertarik dengan Riyana. In the same time, Riyaz ni kelakar jugak.. selamba ajak kahwin sebab initial nama lebih kurang

Riyana pula jenis jual mahal. Dia masih dibayangi trauma, terlalu berhati² dengan lelaki. Awal² tinggal dengan Sofea pun, dia bukan jenis yang banyak bercakap. Everything she keeps inside... she’ll only open up when she’s ready.

Yang buat F jatuh hati about Riyaz. Ermm he’s patient, gentle and protective. Ada satu part dia tak sengaja pegang Riyana... terus Riyana menggigil ketakutan. That scene hit hard. You can feel her trauma and F pun sama... terus rasa seram setiap kali nama Fadhli disebut.

Riyaz banyak kali ajak kahwin tapi Riyana asyik tolak. Sampai satu hari, something happened dan kali ni Riyana sendiri yang ajak Riyaz kahwin. What melts me the most, Riyaz tak gelojoh. He waits. He respects her pace. Dia tahu Riyana bukan sembuh dalam sehari. Dia berjanji akan sentiasa ada, no matter what.

Tapi konflik mula bila Firdaus muncul. Before that, Fadhli dah buat hal lagi and Riyana still kept quiet. Bila jumpa Firdaus, Riyaz mula marah sebab Riyana tak nak cerita. Masa tu F pun macam Riyaz, rasa geram. But then F get it... she’s not hiding for fun, she’s protecting herself. She’s scared to lose the only man who sees her as more than her scars.

Then came the moment Riyana balik ke rumah mak long. Honestly, F pun tertanya... why balik tempat trauma? Fadhli still there! Dan bila Riyaz nampak Fadhli masuk bilik, Riyana menggigil, trauma tu jelas sangat. Yet she stayed quiet. Bila akhirnya dia mula bercerita… that part broke me. You can feel the pain, the fear, the years she carried alone. And she need to overcome her fear.

F kagum betul dengan penulis. Cara dia tulis trauma tu real... sampai F sendiri rasa macam in Riyana's shoes. Bayangkan orang yang kita anggap keluarga sanggup hancurkan hidup kita.

Dan yang menarik, ada cameo watak Althaf dari Bunga Abadi! Nice little crossover yang buat F senyum di tengah² kisah berat ni.

Overall it’s not just a story of love... but of healing and survival. It teaches that some wounds may never fully fade but with the right person, you can learn to live again.

ps : Illustration dalam buku ni memang cantik, sesuai dengan vibe ceritanya
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
November 17, 2025
Rating: 4.5/5 🌟

⚠️ Trigger Warning: Novel ini mengandungi unsur-unsur matang seperti trauma, gangguan seksual, penderaan, obses dan gangguan emosi. Disarankan untuk pembaca yang berusia matang.

Kisah ni fokus pada Riyana Hazira, seorang gadis yg hidupnya penuh onak duri. Bayangkanlah, dah la kehilangan ibu bapa, kena pula hadap stigma 'anak pengedar dadah' di mana2. Paling perit, dia terpaksa bergelut dengan trauma dan rasa benci akibat kisah silam, terutamanya yg melibatkan orang terdekat. Sebab tu la Riyana jadi keras, dingin dan asyik nak memberontak. Rasa macam nak peluk je Riyana ni 🫂.

​Perpindahan Riyana ke rumah Sofea selepas dia melarikan diri dari rumah Mak Long, membuka lembaran baru. Tapi, bila munculnya Riyaz Huzair, jejaka 33 tahun yg kuat loyar buruk tapi protective, baru lah cerita ni rasa 'berwarna'.

Saya kena puji gaya penulisan penulis sebab memang pandai betul main emosi pembaca. Cara penulis garap trauma Riyana tu terasa sangat 'hidup' dan nyata, sampaikan terdetik juga di hati.. ini fiksyen semata2 atau pengalaman sebenar seseorang yg dibukukan? Sakit dan pedih yg Riyana tu rasa, saya sebagai pembaca pun boleh tumpang rasa sesak di dada 💔.

Walaupun begitu, ada masa saya rasa geram juga dengan watak Riyana ni. Tak dinafikan, kadang2 sifat degil dan tindakannya yg mementingkan diri sendiri tu buat saya susah nak setuju dengan dia. Rasa nak marah pun ada 😇.

Oh ya, saya suka watak Sofea! 💗 Watak Sofea memang memainkan peranan yg sangat penting, seolah2 dia adalah 'malaikat penyelamat' dalam hidup Riyana. Sofea adalah jambatan yg membawa Riyana dari kegelapan ke arah 'pelangi' yang Riyaz cuba tawarkan. Memang patutlah kita suka! 🥰

Pemilihan tajuk Pelangi Buat Riyana ni memang kena sangat dengan perjalanan cerita. Betul2 merangkumkan tema harapan dan penyembuhan selepas penderitaan. Orang kata takkan hujan selamanya, kan? Selepas ribut petir melanda, akhirnya muncullah pelangi yang dinanti-nantikan. Begitulah perjalanan Riyana, akhirnya dia menemui juga kebahagiaan selayaknya untuk dirinya 🌈✨️.

Kesimpulannya, ini bukan cerita ringan, tapi berat. Cantik cara penyampaian penulis. Suka watak yg realistik, plot healing yg perlahan dan hubungan yg dibina atas kepercayaan dan kesabaran? Ya, novel ni memang berbaloi untuk dibaca! ✨️

Cepat, pergi dapatkan novel ni sekarang!! 🫵🏻

Sekian.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
28 reviews
November 19, 2025
🌈✨ Review Buku: Pelangi Buat Riyana
Penulis: Findaemira
Penerbit : RC Exclusive Publication

Okay… serius… kisah ni berat, tapi serious ada banyak pengajaran! Dari awal baca je, tangan dah gigil, jantung dah berdebae setiap kali nama Fadhli muncul. Saya rasa macam, “Eh… tak ready la baca scene ni,” tapi masih sambung sebab Findaemira ni pandai tarik emosi pembaca sampai kita rasa macam ada dalam dunia Riyana sendiri. 😭💔

🌧️ Riyana — dari dalam kegelapan, perlahan-lahan jumpa cahaya 🤭

Riyana lari dari rumah Mak Long (yang sepatutnya jadi tempat selamat tapi… but NOPE 😤).
Lepas tu dia jumpa Sofea — and oh my heart… Sofea ni macam angels version manusia! Bukan over, tapi rasa nak peluk dia sebab baik sangat. Dia jaga Riyana macam adik kandung sendiri. ❤️ Siap belikan Ipad dan keperluan si Riyana ni untuk bersekolah.

“Kau kena jaga rumah akak. Kau boleh kemas,pastikan semuanya teratur. Itu je kerja yang akak benarkan untuk kau yang budak sekolah ni. Deal?”

Dan dekat sinilah hidup Riyana start ada warna balik.

😳❤️ Riyaz — lelaki yang sabar dan protector

HAHA bahagian ni memang kelakar. Bayangkan first impression dia… Selalu betul ajak si Riyana ni kahwin. Atas sebab “initial kita sama”. HELLO?? Bold betul! 😂

Tapi honestly, dari awal lagi dia dah nampak genuine.
Dia kelakar… dia protective… and the best part?

He is so gentle with her.

Ada satu scene tu… dia tak sengaja sentuh Riyana and Riyana terus menggigil ketakutan.
I swear… I paused.
Rasa macam nak tarik selimut sebab seram and sedih at the same time.
Trauma Riyana memang terasa dekat dihati. 😭
Kesian! 🥺
Tapi Riyaz?
Dia tak push.
Tak marah.
Tak desak.
Dia tunggu. Dia hormat pace Riyana. Dia jaga Riyana macam something precious.
And THAT… melts me. 🫠💘

Btw, I love cara penerimaan family Riyaz ☺️

💥 Konflik — the part you feel like shaking everyone

Bila Firdaus muncul, bila Fadhli buat hal lagi… memang rasa stress I tell you!
Geram dengan Riyana pun ada sebab dia selalu diam. Tapi bila fikir balik, trauma dia bukan benda kita boleh “just tell laaa”. It’s fear. Deep one.

Scene dia balik rumah Mak Long tu…
Ya Allah.
Bila dia mula bercerita, I’m literally broke into a pieces. 😭
You can literally feel the years she carries inside her — alone.

💗 Sofea — girl bestfriend all of us deserve

I HAVE to mention her again.
Sofea ni macam lampu suluh dalam terowong gelap. Without her, Riyana takkan jumpa Riyaz, takkan jumpa “pelangi” yang dia perlukan.
I adore this girl so much. 💕

🌈 Tema Pelangi — and why it fits SO WELL

Tajuk dia memang kena sangatttt.
Selepas ribut paling menakutkan pun, pelangi tetap muncul.
Dan Riyaz tu… memang pelangi Riyana.
Slow-burn healing, slow-burn love, slow-burn trust… semuanya perlahan, tapi sangat berharga.

Oh, and cameo Althaf from Bunga Abadi???
HELLOOOO I screamed. 🌚✨



⭐ Kesimpulan

Ini bukan kisah sweet-sweet ringan. Ini kisah penyembuhan, kisah luka lama, kisah keberanian seorang perempuan yang belajar menyayangi diri balik… dengan bantuan orang-orang yang tak pernah putus asa untuk sayang dia dulu.

Kalau korang suka plot healing yang lembut tapi menusuk, watak lelaki yang sabar tahap malaikat, dan perjalanan hidup yang akhirnya jumpa cahaya — PLEASE baca.
Serius, this one might stays in your heart. 🌈💗✨
1 review
December 18, 2025
PBR ni saya recommend sebab jalan cerita, watak2 sangat lah kena dgn jiwa pembaca. Riyana sangat kuat dalam setiap ujian yg dia tempuhi, dan muncul Riyaz kesayangan pembaca yang hadir menjadi penyelamat, saksi susah senang Riyana. Good Job author! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.