Jump to ratings and reviews

Kafe Purnama Bayu #2

Selamanya, Kafe Purnama Bayu

Orang kata, ada sebuah kafe klasik yang terletak di hujung kota. Kopi yang dihidangkan juga memiliki aroma lazat yang memikat jiwa. Malah, tanpa dipesan sahaja ia tiba umpama dapat membaca isi hati pelanggannya. Mungkinkah... kamu telah bertemu dengan seorang barista bernama Purnama?

“Buat kamu yang bertemu denganku, aku hanya wujud bila kau perlu.”

368 pages, Paperback

First published November 24, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Haninay

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (61%)
4 stars
13 (26%)
3 stars
6 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
December 15, 2025
Aku hanya wujud bila kau perlu.

Tagline buku ni memang selalu buat F senyum² sendiri. Purnama feels like a perantaraan antara luka, persoalan and answers. Dia macam kaunselor yang suddenly muncul, right at the moment bila hati paling perlukan someone.

Pelik kan bila semua staff tak nampak dia but only Ardan can. Purnama stays mysterious especially untuk sesiapa yang jumpa dia for the first time. That calm, quiet mystery yang buat F curious tanpa sedar.

F dok tunggu Bayu, gadis yang beri kupon pada insan terpilih. Her appearance pun very tiba². Purnama pula vibes dia macam biskut Chipmore, kejap ada kejap tiada, blink² terus hilang.

Every story comes with its own problems. And F terfikir, how beautiful kalau buku ni really exists. Imagine husband and wife baca buku yang sama but dengan different perceptions. Macam sama² dive into each other’s heart, understand tanpa perlu banyak words.

The last part… F really didn’t expect that. Tak sangka sampai rasa happy bila Purnama finally got the answer to the question yang dia selalu tertanya². It was subtle but it hits deep.

F memang suka cerita² macam ni. Simple, meaningful and somehow it gives us hope and the confidence to be a better version of ourselves.

Ps : suka cover buku ni.. even sprayed edge pun color dia just nice... everything blends well.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,030 reviews125 followers
December 5, 2025
WOW! Sekuel dan pengakhiran yang sempurna.
It was a bitter sweet ending yet cukup memuaskan.
Setiap dugaan dan masalah yang dilalui spoke to different individuals - it felt real and reflected the hardships of those who are going through similar situations.

Highly recommended!
Profile Image for Cutie_pie28.
560 reviews12 followers
January 22, 2026
Setiap orang berbeza cerita dan masalah.. bagaimana dorg atasi nya itu laa yg best dlm buku nie..

At first ada budak baru masuk kerja dalam Kafe nama nya Ardan.. dan Ardan seorang yg boleh nampak Purnama.. curious sangat masa tu.. why only Ardan.?

Khai yg terpaksa berhenti belajar untuk jaga mak dia yg sakit.. rasa nya mak dia nie ada dementia.. ada hari mak dia ‘sedar’.. Khai rasa penat sebab dia rasa adik bradik dia lepas tangan pasal dia dan mak..

Hana dan Wazien.. suami isteri yg ada anak autisme.. dorg tk tau nk buat apa dan bagaimana.. dorg mcm lost at first.. Hana rasa Hana bole handle tp tidak.. bila dorg di bantu ‘Purnama’ masing² ada POV sendiri dalam buku nie buat kan dorg support each other..

Cikgu Sapura yg belum berkahwin.. selalu memikir kn kata² orang pada dia.. ada Cikgu Sakinah pun perangai hauk.. suka perli dan kata macam²..

Kewujudan Ardan merungkai keinginan Purnama untuk berjumpa seseorang.. setelah mengetahui kebenaran nya, Purnama rasa da berapa lama dia berada di situ..? Woww.. memang da lama laaa kan.. Rindu nya pada Izzat terubat sedikit..

Memang sesuai tagline ngn buku nie.. kalo ada buku nie btul² kan best..

‘Aku Hanya Wujud Bila Kau Perlu’
Profile Image for Hamidah Effendi.
702 reviews11 followers
May 9, 2026
Selamanya, Kafe Purnama Bayu oleh Haninay

Best dan penuh vibe kedai kopi + buku. Dalam buku ni ada 4 kisah berbeza, tapi semuanya berkait dengan kehidupan manusia yang sedang sesat dalam perjalanan untuk kembali mencari diri dan ketenangan. Purnama pula hadir bukan ketika dicari, tetapi pada saat benar-benar diperlukan.

Kisah 1 — tentang kesulitan menjaga orang tua, ditambah pula dengan support system yang tak membantu langsung.
Kisah 2 — kisah pasangan suami isteri yang membesarkan anak autisme dan cabaran emosi yang mereka lalui.
Kisah 3 — tentang perempuan single yang hidupnya sering diganggu oleh manusia yang tak senang tengok dia bahagia.
Kisah 4 — pertemuan dua watak yang rupa-rupanya mempunyai kaitan dengan seseorang dari masa lalu.

So… Purnama ni hantu ke? 🫣 Sebab dia hanya muncul bila diperlukan.

Aku betul-betul terkesan baca buku ni sebab semua kisah terasa dekat dengan realiti hidup manusia. Ada part yang buat aku 😭😭😭 sebab rasa terlalu dekat dengan kehidupan sebenar. Buku ni macam memeluk pembaca perlahan-lahan. Banyak sangat “hug” emosi dalam cerita ni.

Jalan cerita pun fast pace sebab adanya watak-watak yang memang menyakitkan hati. Memang emosi dibuatnya. 😝
Profile Image for Kekla.
5 reviews
November 27, 2025
I love everything in it. Coffee, pastry, cafe, the vibe, the storyline, unexpected event. Mungkin ada spoiler dan mungkin tidak. Jadi, baca kalau nak. Kalau taknak, skip je okieee 🌷

Kesinambungan dari buku Kafe Purnama Bayu. Kali ini tajuknya Selamanya, Kafe Purnama Bayu. Ada empat kisah yang berkisar tentang kehidupan manusia yang semua destinasinya pasti akan ke Kafe Purnama Bayu. Kecuali kisah nombor empat sebab dia kerja situ dan buku yang dia terima pun sangat lain dari yang lain. Tapi mungkin cara untuk approach dia adalah lain dari yang lain. Sebab "Aku hanya wujud bila kau perlu."

Okey sambung, si Purnama yang sentiasa menyajikan minuman, makanan dan juga buku yang tepat untuk pelanggan yang memerlukan. Bayu si pemberi kupon yang sentiasa punya cara untuk memberi kupon pada manusia yang sangat memerlukan tepat pada waktunya. Saya masih amaze dengan cara Bayu approach yaaa

Setiap satu kisah, membuat saya sedikit emosi sebab ada yang saya boleh kaitkan dengan diri saya dan ada yang membuat saya memahami tentang penatnya menjaga seseorang.

Selamanya, Kafe Purnama Bayu ini seakan dua dunia yang berbeza, seperti ada satu tali halus yang memisahkan antara dunia realiti dan fantasi tetapi di dalam buku ini semuanya seakan wujud tanpa batas.

DAN! saya tak jangka ya tentang hal yang satu ituuu. Sedih sikit part tu sebab dari awal lagi Ardan masuk kerja, dia seakan mengingatkan Purnama tentang kawan lama dia. Dan ternyata.... Boleh teka kannn!? Hahaha kalau tak boleh teka, sila baca buku iniii 🙈 kalau boleh teka pun, sila la baca buku niii saya sangat recommend sebab light light je. Tak berat. Jadi, sangat okey untuk saya memulakan dan mengadakan balik mood membaca saya yang macam chipsmore ni ✨

Terima kasih yaaa Haninay untuk buku ini!!! I really enjoy my time baca Selamanya, Kafe Purnama Bayu. Moga Allah kurniakan sebaik baik ilham untuk kamu terus menulis! ✨🌻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for peanut butter.
5 reviews
December 7, 2025
It is wayyyyy better than Kafe Purnama Bayu, kalau sebelum saya ambik masa agak lama nak habis buku pertama, yg ini saya cuma ambik masa 3 hari utk habiskan. tak terlalu meleret dan ad elemen curious kat situ, buat saya tertanya ii siapa Ardan dan kenapa dia boleh nampak Purnama? Ending mempunyai jawapan yg masuk akal, I likeee. Sangat puas hati!

saya tak tahu ini buku penulis yang ke berapa, tapi jika ada lagi buku dari beliau, saya akan membacanya 😊
Profile Image for Fathnin Alyea.
87 reviews
September 16, 2026
4.5 / 5⭐

"Sedang kita sibuk dan lelah mencari rezeki, jangan pernah sesekali kita lupa akan si pemberi rezeki."

"Sapura tidak pernah memilih, namun dia juga tidak pernah dipilih."

"Jangan pernah berhenti berimpian tinggi."

"Belum cuba belum tahu, kan?"

Memang excited betul bila dapat tahu Kafe Purnama Bayu ada sambungan. Tak sabar nak tahu kisah apa yang Purnama akan hadap kali ini. Buku kedua bermula dengan Purnama bersiap sedia untuk memulakan operasi kafe. Hari-harinya yang sepatutnya berjalan seperti biasa dikejutkan dengan kehadiran pekerja sambilan baru, Ardan, yang boleh melihatnya. Purnama mula merasakan yang Ardan bukanlah pemuda biasa dan kehadirannya di kafe itu seolah2 memberi satu petunjuk kepada Purnama. Ardan yang menyangkakan Purnama ialah salah seorang staf di kafe tersebut mula menjalinkan persahabatan dengan Purnama. Sambil2 itu mereka pun membantu pelanggan2 yang buntu mencari jawapan untuk kehidupan mereka.

Kisah pertama merupakan kisah anak muda yang terpaksa melepaskan impiannya demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, menjaga ibu yang terlantar sakit di rumah. Kisah ini amat menyentuh hati sebab sy percaya yang ramai dalam kalangan kita menghadapi situasi begini. Sedikit sebanyak kisah ni mengingatkan sy untuk sentiasa bersyukur yang ibubapa masih sihat. Membuatkan sy termenung juga jika suatu hati nanti sy berada dalam situasi sama, apa yang akan sy buat?

Kisah kedua pula berkisarkan pasangan berkerjaya yang dikurniakan anak istimewa. Sebagai seorang bekas guru yang pernah hadap kanak2 istimewa, sy boleh katakan menjaga anak istimewa ini benar2 mencabar. Sy appreciate yang untuk kisah ini, kita diberikan POV drai kedua2 belah pihak isteri dan suami. Sejujurnya, kisah yang ini sy tak boleh relate sgt sebab belum ada keluarga sendiri.

Kisah ketiga tentang Cikgu Sapura yang dikatakn sudah menjangkaui umur untuk berkahwin. Kisah ini merupakan kisah yang paling relatable untuk sy. Entah mengapa sy boleh lihat diri sy menjadi Sapura di masa hadapan. Umur menginjak setiap tahun, namun masih tidak mempunyai pasangan. Memang menusuk ke hati bila dialog "Aku bahagia," itu disebut berulang kali dalam kisah ini. Dia buat sy persoalkan diri sy juga, adakah sy bahagia begini?

Dan kisah terakhir, semestinya kisah Ardan yang berkait dengan Purnama sendiri. Bruhhj this chapter, the bromance is bromancing. HARD. What do you mean by, "Mungkin kaulah Purnama aku seperti Purnama untuk arwah datuk aku dahulu," AAAAHHHHHH. Ardan is just a ray of sunshine! Memang suka betul dengan watak dia yang ceria, berfikiran positif dan sentiasa berpandangan ke hadapan. Very charming! Sedih sangat bila Purnama mengucapkan selamat tinggal pada Ardan. Sebab Purnama itu wujud hanya apabila sesorang memerlukannya. 😢 Was hoping their story could last longer.

Secara kesimpulannya, this was a good read. Memang healing betul. Sedih betul bila sampai muka surat akhir sebab maksudnya sy perlu ucap selamat tinggal lagi pada dunia Purnama Bayu. Ingatkan selepas pertemuan dengan Ardan, Purnama akan menghilang tetapi nasib baik dia decide untuk stay bagi pelanggan yang bakal tiba. Sampai dia jumpa pengganti yang boleh ambil alih. Jadi bolehkah sy berharap untuk sambungan series ini??

Also, Ms. Author Haninay if you're reading this, you've been caught as a fellow Plli. Excited betul tiba2 Plave mentioned dalam buku ni. Memang random tak sangka boleh jumpa Plave dalam salah satu kisah buku ni😂 Macam a secret code/message to identify other Pllis.

Sepanjang membaca buku ini, sy juga sedang menhadapi satu dilemma. Tidaklah besar cuma ianya cukup untuk membuat sy rasa gelisah, gisar dan hendak menangis. Reading this book somehow gave me the comfort and warmth that I needed. It gives me hope. Of course, kafe macam Kafe Purnama Bayu ni tak ada dan realitinya tak semua cerita berakhir dengan happy ending. Cuma bila semua watak dalam ni dapat their happy ending, sedikit sebanyak buat sy rasa gembira juga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for bookmehnia.
391 reviews21 followers
December 31, 2025
(74/2025) 4/5🌟 Umum/Fantasi (Fiksi)| 357 ms

“𝘼𝙣𝙙𝙖𝙞 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙖𝙠𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙠𝙪, 𝙖𝙠𝙪 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜. 𝘼𝙠𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙙𝙞 𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖.”

Kafe Purnama Bayu, kita bertemu lagi.
Di mana kopi dan buku bersatu.
Orang kata, kafe ini berhantu, betulkah? Manakan tidak, seorang barista yang bernama Purnama di situ, hanya akan ditemui oleh orang yang betul-betul memerlukannya.

Hari itu, kafe menerima staf baru. Ardan namanya. Ada sesuatu yang pelik, kerana Ardan boleh nampak Purnama. Purnama tertanya-tanya. Apakah misteri pemuda bernama Ardan ini. Adakah Ardan memerlukan sesuatu daripadanya?

Kali ini Kafe Purnama Bayu membantu mereka yang betul-betul memerlukan - nasihat, halatuju, peringatan, teguran, pesanan - tanpa kompromi. Dengan bantuan Bayu, mereka semua dihalakan ke Kafe Purnama Bayu, di mana mereka akan menerima sebuah buku. Buku yang mengandungi cerita yang seakan-akan kisah hidup mereka. Cuma yang berbeza, mungkin pengakhiran dalam cerita dengan kisah hidup mereka sendiri, kerana hanya mereka sendiri yang pasti ada jawapannya.

Seorang anak dan ibu yang “derhaka”;
sepasang suami isteri dan anak istimewa;
seorang guru yang berdedikasi tapi masih sendiri, dan,
Ardan.

Istimewanya, kebarangkalian Ardan yang “menyelesaikan” teka-teki hidup Purnama. Namun, apa perkaitan Ardan dan Purnama?

Kali ini penulis masih menyajikan kita dengan kisah-kisah yang sangat berkait rapat dengan realiti kehidupan. Realiti kehidupan yang seringkali kita temui di laman media sosial oleh mereka yang mengalaminya, atau mungkin kita sendiri yang melaluinya. Kita mungkin fikir plot kehidupan seperti ini ada di dalam drama sahaja, tetapi, banyak sahaja yang berlaku di kehidupan sebenar.

Kadangkala kita fikir orang lain punyai kehidupan yang lebih bahagia daripada kita, tetapi kita salah. Dalam bahagia yang mereka punyai, terkadang mengandungi seribu satu cerita duka lara. Begitu juga dengan kita, di sebalik tirai kesedihan yang kita buka, ada perkara yang harus menjadikan kita bersyukur. Allah itu Maha Adil. Setiap kesedihan yang kita lalui, bukanlah tanda kita dimurkai, tetapi, boleh jadi ianya merupakan satu “lencongan” yang Dia berikan kerana kita akan menerima sesuatu yang lebih baik.

Laras bahasanya mudah, namun menggunakan bahasa Melayu lengkap dan saya senang membaca buku yang mempunyai penulisan sebegini. Buku ini kesinambungan “Kafe Purnama Bayu” buku pertamanya. Masih mengekalkan konsep yang sama. Empat cerita, empat motif bunga dan empat peribahasa. Akhir cerita menggambarkan akan ada sekuel yang seterusnya, kerana ada misteri yang masih belum terungkai. Kalau tanya saya, saya tertarik dengan watak Bayu, paling misterius. Dan lihatlah “sprayed edges”nya itu!

Jemput datang ke Kafe Purnama Bayu, mungkin apa yang kita perlukan ada di situ.

#justreaddontbawang #bookmehnia #2025reads #DecemberReads #DecemberTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #bookiut #selamanyakafepurnamabayu #haninay


Profile Image for Afi & The Books.
35 reviews
May 30, 2026
Perasaan saya setelah membaca novel ini adalah agak puas dan gembira. Tersenyum sebaik sahaja Purnama dan Bayu muncul dalam baris - baris kata yang dibaca. Buat semua yang pernah membaca novel pertama, mesti teruja juga dengan perkembangan dalam novel sambungannya ini. Kerana apa?

Kerana seperti menonton filem sambungan, novel ini juga 'up another level' iaitu apabila kemunculan buku di perpustakaan Purnama tidak lagi statik bahkan boleh berpindah tempat. Ada pula pembaca istimewa yang boleh muncul sebelum bukunya menampakkan diri. Ada pula buku yang boleh dibaca dua orang sakaligus. Dan, ada pula buku yang bukan untuk dibaca. Semua ini 'refreshing' dan memberi kepuasan membaca yang lebih baik berbanding novel sebelumnya.

Berbanding 6 cerita dalam novel sebelum ini, Selamanya Kafe Purnama Bayu ada 4 cerita. Dan, yang paling saya suka adalah setiap cerita ditulis lebih baik dan tidak 'rushing' seperti dalam novel sebelumnya.

Cerita pertama saya dapat relate kerana ia mengingatkan saya pada arwah mak dan momen - momen terakhir dengan beliau. Pada mulanya, saya kurang faham kenapa pengakhiran yang Khairul mahukan (seperti dalam novel yang dia baca) tidak sama dengan pengakhiran yang dia peroleh di dunia sebenar. Saya perlu berfikir sekejap sebelum membuat kesimpulan bahawa setelah Khairul membetulkan 'mindset' dan mengubah niat menjaga emaknya, apa yang Khairul dapat sebenarnya lebih baik daripada apa yang dia harapkan. Semuanya kerana dia ikhlas.

Cerita kedua pula amat dekat di hati saya kerana saya sedang berada dalam situasi tersebut. Seperti watak utamanya, saya juga selalu berfikir... Inginkan anak tapi bagaimana kalau Allah makbulkan tetapi Allah uji lagi dengan anak yang tidak sihat atau tidak sempurna mental atau fizikal? Kunci kepada penamat cerita kedua ini ialah saling menyokong dan bersabar.

Cerita ketiga paling saya suka kerana penulis berjaya menonjolkan bagaimana buku yang dibaca Sapura mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam kehidupan seharian. Hari ni baca satu mukasurat, mukasurat itu yang buat dia decide untuk sesuatu perkara. Hari esoknya, mukasurat yang dibaca mempengaruhi keputusan yang lain pula. Cerita ini walaupun tidak ada kena mengena dengan saya tetapi saya dapat relate juga kerana ia fokus pada satu perkara yang semua orang alami iaitu cakap - cakap orang sekeliling. Tidak kisahla apa isu kita, mesti kita bimbang atau terluka dengan kata - kata orang. Poin daripada cerita ini yang saya bawa ialah kalau kita sayang diri sendiri dan bersyukur seadanya, kita tak akan terkesan dengan kata - kata. Dan, kita akan bahagia.

Cerita keempat...biarlah rahsia yang diungkap oleh pembaca sendiri.

Keempat - empat cerita ini memberikan satu poin penting sebenarnya. Semua orang ada masalah. Semua orang ada perasaan. Dan, semua orang perlukan purnama untuk 'navigate' masalah tersebut. Namun, bukanlah Purnama yang diperlukan tu perlu hadir dalam bentuk barista, tetapi dalam bentuk apa - apa sahaja yang baik. Dan, tiadalah yang lebih baik menjadi Purnama melainkan ilmu dan panduan yang boleh datang dalam bentuk buku atau orang yang memberi nasihat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for MintBook&Coffes.
4 reviews1 follower
January 15, 2026
📖✨ Selamanya, Kafe Purnama Bayu by Haninay
⭐️⭐️⭐️⭐️ (4/5 – Healing, tapi diam-diam menguatkan jiwa ☕🌙)

🌸 Sinopsis Ringkas
Kafe Purnama Bayu kembali membuka pintu bukan sekadar untuk mereka yang penat, tapi untuk mereka yang perlukan jawapan, atau sekurang-kurangnya ruang untuk bernafas. Purnama masih di situ, dengan senyuman tenang dan buku-buku yang muncul tepat pada waktunya.
Namun kali ini, kisah-kisah yang hadir lebih dekat dengan realiti: tentang perempuan berdikari yang sering dilabel andartu rich auntie, tentang anak yang memikul beban tanpa suara, tentang keluarga, penantian, dan persoalan yang tak pernah terluah.

Dan di sebalik ketenangan Purnama, muncul satu sosok baharu, Ardan, lebih misteri dan penuh tanda tanya..

💬 Cik Mint’s Take
Ini buku kedua tentang Purnama, dan kali ni… dia terasa jauh lebih dekat dengan aku. Kalau buku pertama terasa macam hadiah yang menenangkan jiwa 🎁✨, buku kedua ini buat aku rasa seolah-olah aku sendiri diberi sebuah buku kosong bermotifkan bunga 🌸📖. Macam satu isyarat halus bahawa mungkin aku juga perlukan Purnama.

Hampir setiap kisah dalam buku ni terasa sangat relate kisah perempuan yang nampak kuat dan lengkap di mata orang, tapi sunyi di dalam 💄💼; kisah anak yang belajar menjadi dewasa 🤍. Banyak bab buat aku berhenti membaca sekejap, bukan sebab bosan, tapi sebab terlalu dekat dengan hidup aku dan keluarga aku.

Apa yang aku suka, buku ini tunjuk sisi Purnama yang lebih manusia. Dia bukan sekadar simbol ketenangan ☕, dia juga menunggu. Dan kehadiran Ardan buat aku tertanya-tanya… penantian Purnama selama ini, adakah satu kesetiaan 🌙 atau sebenarnya sia-sia?

Buku pertama buat aku nangis 😭.
Buku kedua pula buat aku diam lama… dan dari diam itu, aku rasa aku jadi lebih kuat 💪✨.

🎯 Final Thoughts – 4/5
• Bukan buku yang beri semua jawapan ❔
• Buku yang ajar faham diri & terima luka 🌱
• Healing yang perlahan, tapi meninggalkan kesan 🤍

📚Dan bila aku tutup buku ini, aku sedar satu perkara, kadang-kadang kita tak perlukan kafe magis atau buku magis..
Kita cuma perlukan seseorang yang memahami, dan sebuah cerita yang berbisik perlahan:

“Aku nampak kau. Dan kau tak keseorangan.” 🤍☕🌙
Profile Image for nissybookdiary.
10 reviews
September 10, 2026
Rating: 5/5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Jam 1:15 pagi.

Saya menulis review ini sebaik sahaja tamat membaca buku ini. Bagaimana saya nak gambarkan perasaan selepas membaca buku ini? Hiba, syukur dan rendah diri... ya, inilah kata-kata yang sesuai menggambarkan perasaan saya sekarang.

Seperti siri pertama, buku ini mendatangkan pelbagai pengajaran yang dapat direnung oleh pembaca dengan kehidupan yang sebenar. Ada kisah yang terlalu dekat dengan kehidupan saya sendiri, dan ada juga kisah yang baru saya belajar melalui buku ini. Saya kagum dengan penulisan Haninay yang mencerminkan kehidupan watak-wataknya kerana isu-isu yang diketengahkan tidak kurang bezanya dengan realiti sebenar.

Kali ini, saya merasakan pacing buku kedua ini lebih mudah untuk diikuti kerana bilangan bab yang lebih sedikit. Disebabkan ini, saya baru sedar buku yang pertama lebih banyak kisah yang diceritakan dan mengambil masa yang lebih lama untuk saya habiskan. Penceritaan dalam buku pertama lebih berfokuskan pada para pelanggan Purnama, tetapi ia membantu saya memahami jalan cerita dalam buku kedua, iaitu bagaimana kisah Purnama dikaitkan dengan watak baru dalam hidupnya, Ardan, sambil membantu pelanggan-pelanggannya seperti sebelum ini. Jalan cerita kali ini sangat refreshing.

Saya berpendapat buku ini benar-benar mendatangkan pengajaran yang bagus untuk diteladani oleh semua peringkat umur. Kisah yang betul-betul dekat dengan saya ialah bab ketiga yang menyentuh tentang bagaimana seorang wanita yang berjaya sedang bergelut untuk berpegang dengan pendiriannya tatkala berhadapan dengan tohmahan dan ejekan oleh segelintir orang dalam kehidupannya. Sepanjang membaca buku ini, terdapat beberapa typo yang saya perasan tetapi tidaklah sehingga menjejaskan penghayatan saya ketika membaca. Ya, saya mungkin kelihatan bias kerana memberi rating penuh untuk buku ini, tetapi saya tidak peduli. Kandungannya lebih autentik dan menyentuh jiwa iaitu elemen yang lebih penting dalam pembacaan saya.

Terima kasih dan tahniah Haninay untuk buku kedua ini. Harap dapat berjumpa dengan Purnama lagi :)
Profile Image for Ibtihaj Saian.
35 reviews
February 1, 2026
Masih mengekalkan gaya penceritaan yang sama, iaitu ada naratif dalam naratif bagi beberapa watak berbeza. Masing-masing mempunyai isu dan situasi tersendiri.

Walaupun adakalanya kita seolah tidak boleh mengaitkan diri dengan situasi mereka, tetapi pesanan yang dititipkan melalui penyelesaian yang cuba diperoleh tetap mengajar kita sesuatu.

Lebih-lebih lagi bagi yang turut sama mempunyai permasalahan yang serupa.

Begitulah agaknya dalam minda setiap watak, ketika membaca cerita yang mirip dengan kemelut yang sedang dihadapi.

Cerita itu terkandung dalam novel yang dihadiahkan oleh barista bernama Purnama. Namun, tidak semua pengunjung kafe yang bernama Kafe Purnama Bayu boleh nampak pemuda berkenaan.

Siri kedua kali ini meninggalkan kesan lebih mendalam pada babak akhir ketika dirungkai persoalan berkenaan siapakah sebenarnya Purnama. Agak menyayat hati.

Lebih daripada ketika membaca kisah watak pertama, iaitu berkaitan pengorbanan seorang anak yang menjadi penjaga ibunya yang penuh dengan kerenah dan dilihat tidak memberikan penghargaan yang sepatutnya.

Antara 'wow factor' buku ini, selain pengkisahan setiap situasi dengan amat teratur, jelas, adalah diselitkan dalil yang menyentuh sanubari dan memberikan ruang bertadabbur semasa menikmati novel pencinta buku ini.

Semoga akan ada siri ketiga.
Profile Image for Soovie.
25 reviews
June 16, 2026
Literally had me in tears. First of all, I love the stories of the customers that gets Purnama's help. All of it are not even questionably specific, but it's relatable to most of us. Financial problem, family conflict, pengorbanan, all of that... Feels so close to every reader's hearts who read it.
Okay, so, the main topic here is THE story behind the iconic legend Kafe Purnama Bayu. In the first book, left me speechless enough to be interested in the backstory. And in this second book, it beautifully explains everything. Not directly, but in a very poetic way, too beautiful and indah. And honestly, this book got me crying many times😭 ESPECIALLY the story of Purnama. A little spoiler, in the last two chapters, Purnama finally met ✨someone✨. And the ending? BROKE ME TO TEARS. Literally, we can feel the warmth of the emotions written in here.
Sadness, emptiness, the heavy breath when we're trying to hold back our tears, the struggle and conflict keeps messing with our mind, gosh, it's all so accurate and human. Honestly, I wanna yap more about the ending, but can't cuz it's going to be so longgg. Definitely worth the read, ∞/10. This book's going to be in my top 5 books💞
Profile Image for Nad.
474 reviews1 follower
September 1, 2026
Yang ni best sebab boleh relate dengan semua watak dalam buku ni. ack my heart
Profile Image for safiya.
15 reviews
July 5, 2026
Tak berbeza sangat dari yang pertama, just different stories dan ada sambungan cerita pasal purnama. Not bad but wouldn't say it's a very good read (personally). If suka buku yang ada banyak cerita, tak fokus kat satu benda je then this is for you!
Profile Image for Kuminoca.
15 reviews
June 14, 2026
Bye Purnama 😭 can’t wait for Haninay next novel 💕
14 reviews
February 14, 2026
15/2/26

Siapa sangka, disebabkan cover buku yang berlainan warna dan menarik minat aku, terbawa ke alam pembacaan sequel KPB selama 4 jam sahaja. Walaupun bacaan kali ini sangat cepat, tapi buku kedua kurang memberi impak kepada aku kecuali bab 1 dan 4. Aku suka betul cara penulis create a universe between izzat and purnama. Siapa jangka relation macamtu. Overall, bacaan yang ringan.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews