“Kalau along tak nak balik, along lupakan ajelah yang along ada adik perempuan.” – Azra
“Mak nak along tahu yang mak abah tak pernah memaksa along untuk balik. Mak yakin Ara pun bukan nak paksa along. Tapi … dia cuma rindukan along.” – Mardhiah
“Kau kena bagi peluang pada diri kau untuk bahagia, Taki. Setiap orang dalam dunia ni berhak untuk hidup dengan gembira.” – Hayla
Yasser Attaki, seorang pelukis muda yang dipenjara masa lalu. Detik hitam menyebabkan dia takut untuk pulang ke rumah. Rasa bersalah yang menghambat diri menjadikan dia gementar untuk berdepan dengan realiti.
Kemunculan Nashwa Hayla membawa sinar hangat pada langit suram Attaki. Hayla mungkin mentari bagi jiwa Attaki, namun dia tetap harus menghadapi semuanya sendiri.
Demi sebuah kebahagiaan, Attaki harus pulang. Namun, harga yang perlu dibayar adalah peritnya pertembungan dengan dosa silam.
Laaa penulis perempuan rupanya.. mati² F ingat lelaki. Maaf penulis 🙈
Despite the tiny font F can't deny.. gaya bahasa penulis buat F terbuai². Hanyut weii macam dibuai angin petang.
Kemain flirting dengan jiwa F
F really love her style of writing. Mendamaikan. Tenang. Slow-paced but not boring at all. Tak rasa rushing. Omputih kata let the wind flow.
F tertanya² juga apa yang terjadi pada Taki. Penampilan dia terlalu simple sampai orang selalu ingat dia tak mandi.
Taki ni pelukis, dia very reserved person.. cam ada masalah yang berat.
F tak bolehlah bila scene mak Taki or keluarga Taki. Confirm berdurai² airmata F nangis.. lagi tersedu² bila akhirnya Taki dapat keluar dari kemelut dan balik rumah parents dia. Part tu je dah buat F rasa down.
Hayla pula adik kepada Nazril, pemilik Kedai Noir & Kopi. Taki pernah kerja dekat situ dulu dan selalu tolong Nazril bila dia perlukan bantuan. Dan setiap kali fikiran Taki kusut, kedai kopi tu jadi tempat dia lari. A safe space for Taki.
Hubungan mereka menarik. Masa kenal cam dingin, bila dah kenal diaorang berdua boleh get along. Tiba² ada when you need someone.
F think sebab Hayla Taki slowly keluar dari rasa guilty yang menghantui dia.
Overall, cerita ni tak pain. Cuma ada satu part sahaja yang buat F menangis. I already mentioned above. The rest kisah Taki dan Hayla bercinta. Busy² pun Taki cuba ada bila rindu.
Aku rasa buku ni terlalu lama gantung pembaca part misteri kenapa Attaki berubah. Mungkin pembaca muda (aku tidaklah tua sangat haha) gen z la, mungkin tak cukup sabar untuk mengharungi 1st half of the book. Second half of the book lagi banyak cerita pasal dinamik ML & FL. Itu yang korang nak kan?
Pada awalnya aku confuse buku ni directionnya ke mana? Adakah pada luka Attaki? Hujung-hujung tu baru rasa ini novel cinta. Bolehlah dikatakan first half dia jadi novel mental health. 2nd half dia jadi novel cinta.
Anyways, aku rasa kalau reveal apa luka lama Attaki tu awal sikit, mungkin pacing buku ni akan lebih cepat.
Apapun, aku stay baca sampai habis sebab penulisannya sedap.
PLSPW mengisahkan tentang Taki yang terperangkap dalam kisah masa lalunya.
Dari permulaan cerita dah curious dah apa yang berlaku menyebabkan si Taki ni avoid berjumpa dengan keluarganya (to be specific dia taknak balik kampung/rumah keluarga).
Boleh kata kan I keep baca sebab curious-Taki ni boleh dikatakan seorang yang messy tau sebab bila orang jumpa dia mesti orang macam side eyes sebab penampilan dia.
Btw Taki ni seorang pelukis jadi dalam melepaskan luka yang dilaluinya dia melukis also dia selalu lepak dekat Noir & Kopi dan selalu terlelap disitu.
Ela; seorang wartawan penyiaran dan adik kepada pemilik cafe tempat Taki selalu lepak- at first pertemuan dorang macam gaduh sikit but slowly after that dorang start rapat. Ela ada setiap kali Taki dititik terendah (?)
overall I expect cerita ni akan pain tapi tak pain langsung mungkin sebab apa yang berlaku dekat masa lalu Taki diceritakan terlalu ringkas ataupun penyampaian emosi tu tak sampai (?) entahlah-
'might contain spoiler':
Tambahan lagi I macam confuse sikit Taki ni dia dah lama jumpa dengan Dr + amik ubat (dah sembuh lepastu penyakit dia relapse ke?) I mean after Ela tegur Taki cakap dia pun layak bahagia and some throwback and baam the next pages Taki macam dah okay (keluar dari 'kegelapan' dia). Ke I yang ada terlepas pandang