"PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK! SEORANG PENJENAYAH DISYAKI TELAH MELARIKAN DIRI KE KAWASAN INI. DIMINTA SEMUA PENDUDUK AGAR BERJAGA-JAGA, KUNCI PINTU SERTA TINGKAP, DAN ELAKKAN KELUAR DARI RUMAH TANPA KEPERLUAN. JIKA TERNAMPAK INDIVIDU YANG MENCURIGAKAN, SEGERA LAPORKAN KEPADA POLIS. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA!”
Kecoh. Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan kemeriahan bertukar menjadi huru-hara apabila Salam Si Bongkok Bisu, seorang banduan psikiatri, terlepas ke Kampung Telaga Merah.
Penduduk kampung semakin panik apabila kematian demi kematian mula berlaku. Inspektor Dian, Haji Bakar, Ikmal Hakimi dan Leha Bawang, masing-masing menyimpan kisah tersendiri yang akhirnya membawa kepada satu penemuan yang tidak disangka.
memandangkan harini birthday sultan selangor maka saya dapat tamatkan in one day only. fuh hahaha - tiber
deserved 5 ⭐️ korang bayangkan malam ni malam raya ini, tapi kampung diserang oleh penjenayah mental yang dulu terlibat dalam pembunuhan tragis 20 tahun lepas. malam raya ni weh !! semua orang pergi beraya, ada yang nak kutip rendang dah tempah, ada yang main bunga api, ada yang rewang semua kena berhenti gara-gara terlepasnya si bongkok bisu, salam. nama pun seram 😔
yang menarik cerita ini, watak-watak semua nama tak boleh kalah 😭 leha bawang lah, haji bakar yang kedekut tahi hidung masin lah 😭 kelakar weh. semua orang simpan rahsia tersendiri yang sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. bila dah jadi macam ni tahu pulak semua takut.
riuh. kecoh. kelakar. suspense. semua ada dalam kisah ini. rasa macam tengok *zombi kampung pisang + *hantu kak limah version buku !
love kak zura <3 pls keluarkan lagi banyak buku cani kita suka hehe highly recommend !!
It was an okay read for me. Not bad. Ada beberapa penulisan yang berulang tapi saya tutup mata je sebab saya suka tema buku ini. Cuma, saya tak berapa gemar dengan watak teenagers yang menjalankan siasatan pembunuhan. So tak sangka dalam buku ni ada macam tu. Just preference saya la.
I find this a tiny bit a slow read sebab saya duk menunggu ada part bunuh-bunuh. Kira macam half buku juga menunggu ada something nak jadi. Tapi bila sampai part seram memanggg mengena. Saya suka dengan watak-watak kampung kat sini semua ada personality & backstory macam Haji Bakar dan Leha Bawang. Plot twistnya pun sangat mengejutkan saya.
Ini buku first Fixi yang tak bosan saya baca this year. So good job author 👍
20 tahun lalu berlaku pembunuhan 5 org warga Kg. Telaga Merah yg mengemparkan dunia. Sgt tragis kematian mereka ada usus yg terkeluar dari tempatnya, terburai. Ada Kepala yg putus, berpisah dari badan dan bola kepala tersebut di tendang oleh Salam bergolek ke dlam longkang. Ada tangan berpisah dgn jasad. Kejadian hitam itu menghantui Leha, Latifah dan haji Bakar. Kini kejadian itu membuat hati mereka tdk tenang kerana berita Salam terlepas dari Hospital Bahagia mengemparkan kampung itu semula dan kejadian 20 tahun lalu kini berulang kembali. 3 kes pembunuhan terjd lagi selepas Salam si Bongkok Bisu melarikan diri ke kg itu kembali.
Walaupun cerita ni sgt gore dgn kejadian pembunuhan kejam di kampung Telaga Merah, author menyelitkan babak jenaka yg buat kita terhibur dgn perangai org kampung. Kita di hiburkan juga dgn watak Ikmal anak muda yg berperanan sbgi detective. Dia la yg terpaling detective hingga sanggup di bebel Ibunya Yasmin. Watak Ikmal menghidupkan cerita RAYA. Cerita ini sgt menarik, pertama kalinya Sha baca cerita pembunuhan di malam raya. Keadaan Raya pertama yg huru hara dgn setiap perangai penduduk. Watak Haji Bakar yg bakhil juga menghiburkan Sha.
DAN yg paling best pasal buku ni PLOT TWIST Zura. Kali ni Sha kalah. Mmg kau kau plot twist dia. Berkali2 kena twisted. So siapa pembunuh? adakah Salam seorg saja pembunuh dlm cerita? No no no ada pembunuh lain. Siapa? Sila baca RAYA.. join the club terkedu dgn plot twist RAYA. 🔪 Rugi tak join 🤣
Tahniah Zura dan team FIXI. Thank you buat karya fresh ini. @bukufixi @julie1anne Thank you!! Karya fresh mcm ni patut di bangga kan 🙌🏼 TAHNIAH!! @zuraanwar_writer
RAYA oleh Zura Anwar dari Buku Fixi untuk Ulasan Jujur Raya
"Salam Si Bongkok Bisu!" "Salam yang kita pernah buli dulu?"
RAYA bermula selepas seorang banduan psikiatri terlepas ke Kampung Telaga Merah pada malam raya Aidilfitri. Malam yang patutnya meriah suasana untuk meraikan hari kemenangan bertukar panik apabila pihak polis buat pengumuman tergempar.
Zura Anwar bawak kita ke satu cerita berentak pantas di mana dari awal hingga penutup cuma berlangsung dari sehari sebelum raya hingga ke malam raya kedua. Beserta selingan flashback pada tragedi berdarah Kampung TM berlaku.
Inspektor Dian, Haji Bakar, Ikmal Hakimi dan Leha Bawang really carries the whole story. Empat watak yang berbeza cerita, akhirnya sampai ke konklusi yang sama.
Terus terang, aku sikit pun tak boleh teka apa akan berlaku sampai laa ke final revelation. Mystery thriller yang menarik that makes me turn the pages back and forth like, eh kejap bukan ke tapi dia ni kan haa gittew.
Zura Anwar, congrats on this novel. Awak berjaya buat saya curious tentang karya karya awak yang lain. Especially yang dah jadi telemovie kat Astro Citra tu.
Kisah bermula apabila seorang penjenayah yang melarikan diri dari hospital mental akibat kebakaran misteri. Akhirnya dikesan kembali ke kampung asalnya — kampung yang pernah digemparkan dengan peristiwa pembunuhan ngeri 20 tahun yang lalu. Malam raya yang sepatutnya meriah bertukar menjadi mimpi ngeri. Satu demi satu kematian berlaku di hari yang sepatutnya diraikan.
Novel ini sarat dengan: ✅️Jump scare - 30% ✅️Misteri yang berlapis - 70% ✅️Plot twist yang menjadi.
Genre lebih menjurus kepada misteri & penyiasatan, merungkai kes pembunuhan masa kini yang mungkin berkait rapat dengan tragedi 20 tahun lalu. Banyak teka-teki yang membuatkan pembaca rasa terlibat secara langsung dalam menyelesaikan kes — memang susah nak berhenti membaca.
📌 Kenapa kena baca? ✅️Jalan cerita laju & mudah dihadam. ✅️Boleh habis dalam 1 hari. ✅️Banyak persoalan yang buat kita tak sabar nak tahu kebenaran. ✅️Mesej tentang pembulian — bagaimana orang sekeliling boleh menjadi pembuli kerana ketakutan dan trauma sendiri.
⚠️ Amaran kecil: Baca buku ni memang akan buat teringat lemang, ketupat & rendang. Baca malam-malam? Bersedialah lapar 😂 Esoknya confirm terus masak instant lemang, panaskan kuah kacang dan rendang KA 🤣
Persoalan utama: 👉 Apakah niat sebenar si penjenayah? 👉 Dendam lama yang tidak pernah diselesaikan? Jawapan dia — kena baca sendiri. Sesuai dibaca waktu kepala serabut, penat, atau nak sesuatu yang light tapi menghiburkan.
⭐ Rating: 100/5 Sebab ini buku pertama penulis yang saya baca, dan selepas baca ini semua karya Zura Anwar terus masuk wishlist. Genre seram / thriller / psiko / misteri memang my kind of book 🖤
Cerita ni memang cukup segala unsur thriller dan misteri, yang buatkan kita tak senang duduk untuk tahu lebih lanjut tentang kes Salam Si Bongkok Bisu yang kembali menggemparkan penduduk Kampung Telaga Merah selepas 20 tahun.
Beberapa hint awal ada ditaburkan untuk kita bersama-sama meneka, apakah benar Salam adalah dalang utama dalam siri pembunuhan yang berlaku di hari raya?
Saya lebih suka sekiranya ada perincian lebih lanjut mengenai siri pembulian yang dilakukan oleh golongan nakal di kampung. Juga bagus sekiranya ada cerita tatkala Salam mahu mempertahankan rantai emasnya. Bukan sekadar memberi pernyataan bahawa Salam menghargai rantai itu lebih daripada nyawanya.
Ada juga bahagian daripada Inspektor Dian yang buatkan kita turut pening nak merungkai rentetan peristiwa yang terjadi, macam mana orang kampung cuba simpan rahsia silam masing-masing.
Raya adalah karya yang membuatkan kita tergamam apabila menemui dalang di sebalik kengerian yang melanda seisi kampung. Tentang macam mana manusia sekiranya hilang segala pertimbangan, mampu melakukan sesuatu yang sangat jijik.
Overall, novel ini pasti akan diulang baca terutamanya menjelang hari raya tahun depan 😁👌
Andai kata masih ada yang ragu-ragu untuk dapatkan naskhah ini, jangan tunggu lagi! Novel yang sangat menarik untuk bacaan santai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Raya. Tajuk nya pun dah buat saya tertarik nak baca karya ni. Secara keseluruhan, cerita nya best, ada part lawak, sedih, geram dan hujung-hujung nya ada plot twist juga. Ini karya pertama penulis yang saya baca.