Jump to ratings and reviews
Rate this book

Raya

Rate this book
"PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK! SEORANG PENJENAYAH DISYAKI TELAH MELARIKAN DIRI KE KAWASAN INI. DIMINTA SEMUA PENDUDUK AGAR BERJAGA-JAGA, KUNCI PINTU SERTA TINGKAP, DAN ELAKKAN KELUAR DARI RUMAH TANPA KEPERLUAN. JIKA TERNAMPAK INDIVIDU YANG MENCURIGAKAN, SEGERA LAPORKAN KEPADA POLIS. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA!”

Kecoh. Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan kemeriahan bertukar menjadi huru-hara apabila Salam Si Bongkok Bisu, seorang banduan psikiatri, terlepas ke Kampung Telaga Merah.

Penduduk kampung semakin panik apabila kematian demi kematian mula berlaku.
Inspektor Dian, Haji Bakar, Ikmal Hakimi dan Leha Bawang, masing-masing menyimpan kisah tersendiri yang akhirnya membawa kepada satu penemuan yang tidak disangka.

284 pages, Paperback

First published November 28, 2025

2 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Zura Anwar

11 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (42%)
4 stars
13 (46%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for meenie.
354 reviews3 followers
December 11, 2025
memandangkan harini birthday sultan selangor maka saya dapat tamatkan in one day only. fuh hahaha - tiber

deserved 5 ⭐️
korang bayangkan malam ni malam raya ini, tapi kampung diserang oleh penjenayah mental yang dulu terlibat dalam pembunuhan tragis 20 tahun lepas. malam raya ni weh !! semua orang pergi beraya, ada yang nak kutip rendang dah tempah, ada yang main bunga api, ada yang rewang semua kena berhenti gara-gara terlepasnya si bongkok bisu, salam. nama pun seram 😔

yang menarik cerita ini, watak-watak semua nama tak boleh kalah 😭 leha bawang lah, haji bakar yang kedekut tahi hidung masin lah 😭 kelakar weh. semua orang simpan rahsia tersendiri yang sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. bila dah jadi macam ni tahu pulak semua takut.

riuh. kecoh. kelakar. suspense. semua ada dalam kisah ini. rasa macam tengok *zombi kampung pisang + *hantu kak limah version buku !

love kak zura <3 pls keluarkan lagi banyak buku cani kita suka hehe
highly recommend !!
Profile Image for Farah.
48 reviews
December 8, 2025
It was an okay read for me. Not bad. Ada beberapa penulisan yang berulang tapi saya tutup mata je sebab saya suka tema buku ini. Cuma, saya tak berapa gemar dengan watak teenagers yang menjalankan siasatan pembunuhan. So tak sangka dalam buku ni ada macam tu. Just preference saya la.

I find this a tiny bit a slow read sebab saya duk menunggu ada part bunuh-bunuh. Kira macam half buku juga menunggu ada something nak jadi. Tapi bila sampai part seram memanggg mengena. Saya suka dengan watak-watak kampung kat sini semua ada personality & backstory macam Haji Bakar dan Leha Bawang. Plot twistnya pun sangat mengejutkan saya.

Ini buku first Fixi yang tak bosan saya baca this year. So good job author 👍
Profile Image for SS.
527 reviews5 followers
January 28, 2026
"...ada seorang pesakit mental yang terlepas lari. Sekarang, dia disyaki sedang berada di kampung ini."

Penduduk Kampung Telaga Merah tidak senang duduk nak menyambut Hari Raya Aidilfitri apabila mereka tahu ada penjenayah berkeliaran dalam kampung mereka. Tidak tahu juga di mana agaknya keberadaan dan apa tindakan dari penjenayah bernama Salam Si Bongkok itu. Adakah sejarah hitam 20 tahun lalu menjadi sebab Salam kembali? Atau masih ada dendamkah yang Salam bakal tuntut. Apa yang terjadi seterusnya?

Isu utama buku ni tak lain tak bukan isu buli. Salam yang OKU. Memang tak lari dari kena buli. Rasanya isu ni takkan hilang sampai kiamat. Hm unless suis manusia yang ada naluri jadi pembuli tegar mati. Ha mungkin masa tu tak ada dah isu buli. Cuma entahlah kita rasa macam tak patut bila pembuli cakap masa dia buli orang tersebut. Dia masih muda. Then? Muda tu tiket untuk kau buli orang ke (?)✋🏻

Kita suka macam mana penulis drag kita untuk teruskan bacaan. Sampai mukasurat 120+ pun kita masih tak nampak batang hidung Si Salam. Padahal dia tu watak utama. Jangan kata batang hidung. Dialog Si Salam tu lagi la hshs. Clueless juga. Basically perihal Si Salam pembaca akan tahu dari beberapa POV dari watak-watak yang bersangkut paut dengan Salam. Dieorang yang akan bercerita. So dari situ boleh tahu sikit-sikit.

Cerita nampak lebih hidup bila ada kematian demi kematian berlaku. Dan penulis tahu nak letakkan masa bila. Sebab asyik baca POV watak saja jadinya mungkin masa tu pembaca akan rasa macam slow sikit. Tapi lepas adanya scene si Leha jumpa something. Masa tu mata ku cerah semula. Dan watak macam Bakar tu kena ada untuk menambahkan beban dalam kepala otak saya. hshs and kita suka watak Ikmal yang bertindak sebagai penyiasat tak berbayar. ✨

Kita harap ada scene 20 tahun lepas masa Salam mengamuk. Malam dia diugut dan dibuli. Apa yang buatkan dia trigger sampai sanggup bertindak luar kawalan. Sebab bukan biasa-biasa juga cara pembunuhan terjadi. Nak dekat penghujung cerita. Nampak cerita bergerak dengan sangat laju. Macam semuanya direveal pap pap pap begitu saja. Dan plot twist itu berjaya cuma saya semput la. Apa pun, still enjoyable reading ikensay.
Profile Image for Potlots.
14 reviews
December 3, 2025
GENRE: Thriller-Komedi
PUBLISHER: FIXI
PAGES: 280

🫟 20 tahun lalu berlaku pembunuhan 5 org warga Kg. Telaga Merah yg mengemparkan dunia. Sgt tragis kematian mereka ada usus yg terkeluar dari tempatnya, terburai. Ada Kepala yg putus, berpisah dari badan dan bola kepala tersebut di tendang oleh Salam bergolek ke dlam longkang. Ada tangan berpisah dgn jasad. Kejadian hitam itu menghantui Leha, Latifah dan haji Bakar. Kini kejadian itu membuat hati mereka tdk tenang kerana berita Salam terlepas dari Hospital Bahagia mengemparkan kampung itu semula dan kejadian 20 tahun lalu kini berulang kembali. 3 kes pembunuhan terjd lagi selepas Salam si Bongkok Bisu melarikan diri ke kg itu kembali.

🫟 Walaupun cerita ni sgt gore dgn kejadian pembunuhan kejam di kampung Telaga Merah, author menyelitkan babak jenaka yg buat kita terhibur dgn perangai org kampung. Kita di hiburkan juga dgn watak Ikmal anak muda yg berperanan sbgi detective. Dia la yg terpaling detective hingga sanggup di bebel Ibunya Yasmin. Watak Ikmal menghidupkan cerita RAYA. Cerita ini sgt menarik, pertama kalinya Sha baca cerita pembunuhan di malam raya. Keadaan Raya pertama yg huru hara dgn setiap perangai penduduk. Watak Haji Bakar yg bakhil juga menghiburkan Sha.

🫟 DAN yg paling best pasal buku ni PLOT TWIST Zura. Kali ni Sha kalah. Mmg kau kau plot twist dia. Berkali2 kena twisted. So siapa pembunuh? adakah Salam seorg saja pembunuh dlm cerita? No no no ada pembunuh lain. Siapa? Sila baca RAYA.. join the club terkedu dgn plot twist RAYA. 🔪 Rugi tak join 🤣

🫟 Tahniah Zura dan team FIXI. Thank you buat karya fresh ini. @bukufixi @julie1anne Thank you!! Karya fresh mcm ni patut di bangga kan 🙌🏼 TAHNIAH!! @zuraanwar_writer

🫟 Thank you 🔪
Profile Image for Noor Hidayah.
75 reviews6 followers
February 11, 2026
Buku ni saya baca dari ebook Play Books.

Bahasa yang mudah faham dan cerita yang straight forward. Baca sambil membayangkan siri kampong pisang 😂 sebab scene kat kawasan kampung dan ada tema hari kejadian - hari raya.

Ini buku kedua saya baca dari penulis Zura Anwar. Sebelum ni baca La Rosa. Suka penulisannya sebab senang faham.
Profile Image for rg Qirin.
35 reviews
December 31, 2025
RAYA
oleh Zura Anwar
dari Buku Fixi
untuk Ulasan Jujur Raya

"Salam Si Bongkok Bisu!"
"Salam yang kita pernah buli dulu?"

RAYA bermula selepas seorang banduan psikiatri terlepas ke Kampung Telaga Merah pada malam raya Aidilfitri. Malam yang patutnya meriah suasana untuk meraikan hari kemenangan bertukar panik apabila pihak polis buat pengumuman tergempar.

Zura Anwar bawak kita ke satu cerita berentak pantas di mana dari awal hingga penutup cuma berlangsung dari sehari sebelum raya hingga ke malam raya kedua. Beserta selingan flashback pada tragedi berdarah Kampung TM berlaku.

Inspektor Dian, Haji Bakar, Ikmal Hakimi dan Leha Bawang really carries the whole story. Empat watak yang berbeza cerita, akhirnya sampai ke konklusi yang sama.

Terus terang, aku sikit pun tak boleh teka apa akan berlaku sampai laa ke final revelation. Mystery thriller yang menarik that makes me turn the pages back and forth like, eh kejap bukan ke tapi dia ni kan haa gittew.

Zura Anwar, congrats on this novel. Awak berjaya buat saya curious tentang karya karya awak yang lain. Especially yang dah jadi telemovie kat Astro Citra tu.
Profile Image for Hamidah Effendi.
405 reviews5 followers
December 24, 2025
RAYA — Zura Anwar

Kisah bermula apabila seorang penjenayah yang melarikan diri dari hospital mental akibat kebakaran misteri. Akhirnya dikesan kembali ke kampung asalnya — kampung yang pernah digemparkan dengan peristiwa pembunuhan ngeri 20 tahun yang lalu.
Malam raya yang sepatutnya meriah bertukar menjadi mimpi ngeri.
Satu demi satu kematian berlaku di hari yang sepatutnya diraikan.

Novel ini sarat dengan:
✅️Jump scare - 30%
✅️Misteri yang berlapis - 70%
✅️Plot twist yang menjadi.

Genre lebih menjurus kepada misteri & penyiasatan, merungkai kes pembunuhan masa kini yang mungkin berkait rapat dengan tragedi 20 tahun lalu. Banyak teka-teki yang membuatkan pembaca rasa terlibat secara langsung dalam menyelesaikan kes — memang susah nak berhenti membaca.

📌 Kenapa kena baca?
✅️Jalan cerita laju & mudah dihadam.
✅️Boleh habis dalam 1 hari.
✅️Banyak persoalan yang buat kita tak sabar nak tahu kebenaran.
✅️Mesej tentang pembulian — bagaimana orang sekeliling boleh menjadi pembuli kerana ketakutan dan trauma sendiri.

⚠️ Amaran kecil:
Baca buku ni memang akan buat teringat lemang, ketupat & rendang.
Baca malam-malam? Bersedialah lapar 😂
Esoknya confirm terus masak instant lemang, panaskan kuah kacang dan rendang KA 🤣

Persoalan utama:
👉 Apakah niat sebenar si penjenayah?
👉 Dendam lama yang tidak pernah diselesaikan?
Jawapan dia — kena baca sendiri.
Sesuai dibaca waktu kepala serabut, penat, atau nak sesuatu yang light tapi menghiburkan.

⭐ Rating: 100/5
Sebab ini buku pertama penulis yang saya baca, dan selepas baca ini semua karya Zura Anwar terus masuk wishlist.
Genre seram / thriller / psiko / misteri memang my kind of book 🖤
Profile Image for Zulfaqar Suhaimi.
14 reviews
January 9, 2026
Buku pertama yang aku baca untuk tahun 2026 dan aku sangat sukakan buku ni. Premis utama buku ni agak menarik dan lain sedikit kerana berlatar belakangkan hari raya. Pelik kan kenapa hari raya? Tapi kalau nak tahu kenapa, korang wajib baca buku ni. Jom masuk kepada ulasan.

Perkara yang aku sangat sukakan tentang buku ni ialah:

1. Bahasa yang tersusun dan lancar untuk menderas. Mudah difahami dan mudah untuk korang hadam.
2. Transisi adegan juga sangat bagus tanpa meninggalkan apa-apa kepelikan atau informasi yang penting.
3. Latarbelakang karakter yang disusun baik.

Sekarang masuk kepada perkara yang aku kurang gemar:

1. Latarbelakang Inspektor Dian agak kurang diserlahkan berbanding karakter-karater yang lain. Mungkin disebabkan untuk memberikan suspen dan teka-teki terhadap pembaca.
2. Terkadang tiada tajuk bab yang diletakkan menjadikan aku bingung sebentar untuk meletakkan perspektif dari karakter yang mana satu.
3. Salam aku rasakan perlu diketengahkan juga namun aku faham, jika dia diberikan perspektif, tiada kejutan dan tiada twist dihujung cerita.
4. Ending yang bagi aku hanya memuaskan sahaja. Walaupun ada plot twist. Tapi plot twist tidaklah terlalu terperanjat dan mind blowing. Hanya cukup untuk buatkan mulut aku ternganga.

Walaupun banyak perkara yang aku tidak gemar, namun disebabkan aku lancar membaca setiap bait perkataan dan hanya mengambil masa 1 hari setengah untuk menghabiskan buku ini, aku berikan empat bintang.

Tahniah Kak Zura dan Fixi kerana menghasilkan karya yang bagi aku sesuai untuk semua golongan untuk membaca. Terbaik! 👍🏻✨
Profile Image for Najwa Athirah.
4 reviews
December 28, 2025
Cerita ni memang cukup segala unsur thriller dan misteri, yang buatkan kita tak senang duduk untuk tahu lebih lanjut tentang kes Salam Si Bongkok Bisu yang kembali menggemparkan penduduk Kampung Telaga Merah selepas 20 tahun.

Beberapa hint awal ada ditaburkan untuk kita bersama-sama meneka, apakah benar Salam adalah dalang utama dalam siri pembunuhan yang berlaku di hari raya?

Saya lebih suka sekiranya ada perincian lebih lanjut mengenai siri pembulian yang dilakukan oleh golongan nakal di kampung. Juga bagus sekiranya ada cerita tatkala Salam mahu mempertahankan rantai emasnya. Bukan sekadar memberi pernyataan bahawa Salam menghargai rantai itu lebih daripada nyawanya.

Ada juga bahagian daripada Inspektor Dian yang buatkan kita turut pening nak merungkai rentetan peristiwa yang terjadi, macam mana orang kampung cuba simpan rahsia silam masing-masing.

Raya adalah karya yang membuatkan kita tergamam apabila menemui dalang di sebalik kengerian yang melanda seisi kampung. Tentang macam mana manusia sekiranya hilang segala pertimbangan, mampu melakukan sesuatu yang sangat jijik.

Overall, novel ini pasti akan diulang baca terutamanya menjelang hari raya tahun depan 😁👌

Andai kata masih ada yang ragu-ragu untuk dapatkan naskhah ini, jangan tunggu lagi! Novel yang sangat menarik untuk bacaan santai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
894 reviews85 followers
January 18, 2026
[06|2026]

Raya || Zura Anwar

*Review ini adalah daripada kepuasan saya sendiri sebagai pembaca. Lain pembaca, lain resensinya.

RAYA - Ceritanya ringkas, tidak perlu bermain dengan emosi atau perlu berfikir terlalu dalam. Berkisar tentang Salam Si Bongkok Bisu, pesakit mental yang juga merupakan bekas pembunuh lari dari hospital pada malam raya. Kehilangannya menjadi semakin membimbangkan apabila ada khabar mengatakan kelibatnya berada di Kampung Telaga Merah. Malam raya yang sepatutnya terisi dengan tawa, kini terisi dengan ketakutan. Dapatkah penduduk kampung menangkap Salam? Atau adakah Salam akan kembali mengganas dengan kembali membunuh seperti dulu?

Bagi saya ceritanya menarik, penulis berjaya meletakkan elemen yang membuatkan saya sebagai pembaca tidak mahu lepas daripada terus membaca helaian demi helaian. Setiap bab bagi saya penulis bijak menyusun alur cerita sehingga tidak langsung terasa ada bab sekadar 'tangkap muat' dalam buku ini.

Keseluruhannya, daripada cover hadapan sehinggalah penamat buku ini, bagi saya ia menghampiri markah sempurna. Tahniah buat Zura Anwar dan rumah penerbitan Fixi untuk karya ini.
Profile Image for Edi Rozaidi.
137 reviews
January 7, 2026
Tahun 2026 dimulakan dengan pembacaan antara buku baru FIXI. Baca blurb memang rasa teruja.

Sepanjan pembacaan, ceritanya bergerak dengan baik sekali. Tidak perlahan dan terlalu laju. Semua info dapat dihadam dengan baik. Kes pembunuhan yang pelik dan orang kampung yang ada pembagai ragam dan niat.

Pelbagai POV kareter menyebabkan rasa bosan itu kurang. Buku ini boleh dihabiskan dalam sehari sebenarnya. Thriller nya ada, dan bagaimana setiap karekter ada hubungan yang tertentu memang menarik. Plot twist demi plot twist di hujung memang menarik.

Kesian betul Salam. Tapi pengakhirannya memang tak dijangka.

MVP of the story adalah IKMAL. Harap ada lagi kisah Ikmal menjadi detektif menyelesaikan masalah2 orang Kampung.
Profile Image for Layli Chee.
101 reviews4 followers
January 25, 2026
Selamat hari raya semua penduduk kampung~ datanglah beraya di sini di mana ada kes pembunuhan yang berleluasa 🫢🔪 ngl, aku akan jadi Ikmal (nak play detective) tapi aku tak sebijak tu la pulak hmm. Aku terlalu asyik membaca sampai terlupa nak berfikir. Ini buku misteri tapi aku baca je HAHAHA sebab apa tau? Sebab buku ni ibarat kau tengok movie seram melayu zaman dulu-dulu. Raya ada vibes Zombi Kampung Pisang. Rindu tau 🥺 Sebijik macam tengok movie! Overall, enjoy baca! Ada sedikit scene syahdu akhir tu sebagai penutup was nice!
15 reviews
February 16, 2026
3.8/5⭐

jalan cerita best, ada scene gore sikit. plot twist mmg tk disangka. my first zura anwar's book, confirm akn try baca buku2 lain yg ditulis oleh beliau lpasni. nice reading utk org yg suka thriller, mystery & sdikit gore :)
Profile Image for Ahmad Hasimi.
4 reviews
December 3, 2025
Mcm chrismas murder mystery, tp Hari Raya Aidilfitri version gituh. Best!
Profile Image for Siti Rahayu Yusop.
4 reviews
December 9, 2025
Raya. Tajuk nya pun dah buat saya tertarik nak baca karya ni. Secara keseluruhan, cerita nya best, ada part lawak, sedih, geram dan hujung-hujung nya ada plot twist juga. Ini karya pertama penulis yang saya baca.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.