Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komik Misi

Misi Mencari Syurga

Rate this book
Zahid ditimpa ujian besar yang muncul tidak terduga.

Dia mula menyisihkan diri daripada sahabat-sahabat baiknya.

Pada masa sama, Zahid didatangi seorang wanita dari masa lalu.

Zahid mengharungi misi terakhir yang penuh derita, disulam kemanisan cinta dan persahabatan.

Karya ini ialah PENAMAT SIRI KOMIK MISI!

432 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Nazry Salam

62 books208 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (83%)
4 stars
1 (3%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Bookcatlover.
3 reviews
November 21, 2025
Tengok cover je dah meleleh-leleh air mata, dah baca memang lagi deras macam air terjun. 😭

Fans Misi yang follow sejak 2010 atau Misi 8A, kena baca MMS ni sebagai penutup kisah hidup Aizad, Zahid, Mat, Kimi, Fizi, Putera dan semua watak lain. Best!
Profile Image for Meteorofi.
11 reviews1 follower
December 5, 2025
!!Slightly Spoiler Warning!! Pertama sekali, saya nak cakap yang ini adalah karya Tuan Nazry Salam yang paling masterpiece. Semua dalam novel ini memang perfect. Perfect plot writing, perfect character writing, perfect illustration, book cover and more!!
-Penulisan Karakter Zahid dan novel ni memang bagus. Saya suka bila dalam novel ni tunjukkan sifat Zahid yang lain disebabkan dia menghadapi musibah. Secara jujurnya ni memang realistik dan berdasarkan sifat manusia pada asalnya. Musibah yang dihadapi oleh Zahid telah mempengaruhi mental, emosi nya. Jadi karakter Zahid ni terasa hidup kat dalam novel ni.
Selain itu, persahabatan Zahid dan Aizad memang tak pernah mengecewakan, persahabatan mereka buat saya menangis. Tidak lupa juga dengan persahabatan antara Zahid dengan Geng Misi. Sumpah, persahabatan macam ni lah yang saya betul-betul nak dalam hidup saya😭❤️
Di samping itu, perkembangan hubungan antara Zahid dan Nora sangat-sangat comel. Nora adalah definisi cinta sejati yang sebenarnya. Dia sanggup tunggu Zahid, dia sanggup buat apa sahaja untuk Zahid agar dia bahagia dan tak banyak berfikir tentang musibah yang dia hadapi.
Akhir sekali, ending...kenapa...kenapa Tuan buat saya macam ni...dan TUJUH bulan semenjak saya beli novel ni, saya masih tak boleh move on dari ending dia. Ending dia happy tapi sad pada masa yang sama, ah yes, bittersweet ending. Tapi secara jujurnya, saya suka ending ni walaupun sakit dia tu sampai sekarang masih rasa.
Overall novel ni sangat bagus, walaupun bukan novel fantasi ataupun misteri tapi novel ni rasa sangat hidup waktu kita baca. Semua karakter dalam novel ni apatah lagi Zahid memang terasa hidup. Penulisan plot dia pun sangat realistik, itu yang saya sangat suka dengan novel ini. Tambahan pula, novel ini mengajarkan kita untuk kita sentiasa ingat mati tidak kira lah waktu ditempuh musibah atau tidak. Selain itu, novel ini telah mengajarkan kita untuk redha dengan segala ujian yang Allah SWT berikan. Kesannya, pengajaran yang cuba disampaikan dalam novel ni boleh sampai ke hati. Jadi novel ni saya kasi 10/10!!! Walaupun novel ini adalah penamat siri Misi bukan berarti ia adalah penamat bagi misi hidup kita. Semoga Tuan Nazry sentiasa berkarya dan sihat selalu🙌🏻✨ Sekian Terima Kasih dari saya Meteorofi semoga korang suka dengan review ni sebab saya tak berapa pandai sangat tulis review hehehe... (Sebenarnya ni dari TikTok saya tapi saya nak letak kat sini sebab saya dah lama tunggu untuk review MMS ni kat Goodreads hehehehe.... walaupun review ni dah lama dah tulis tapi novel MMS ni tetap buat hati berkecai berdebu-debu mengingatkan betapa emosionalnya novel ni....)
This entire review has been hidden because of spoilers.
12 reviews
July 24, 2026
Ya allah banyak kali air mata saya bertakung sejak mula membaca. Bila dah last last tu memang saya nangis je lah.

Bagi saya, buku ni adalah penamat siri yang sangat baik dan lengkap. Banyak pengajaran dan iktibar yang kita boleh ambil dari novel ni 😢

Tak sangaka komik komik misi yang saya baca masa saya berumur 12 hingga 15 tahun akhirnya sampai ke penghujungnya. Sekarang, pada usia 25 tahun, saya sudahpun berada pada fasa kehidupan yang hampir sama dengan watak watak MMS.

Siri misi banyak memberi kesan kepada diri saya. Ia beri semangat untuk belajar, capai kejayaan, tempuhi cabaran hidup, dan menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Daripada mendapat keputusan 5A dalam upsr, 9A dalam pt3, 10A dalam spm, sekarang saya dalam perjalanan menyiapkan master dan sudahpun bergelar pensyarah matematik. Sedikit sebanyak siri misi ni lah yang menjadi salah satu sumber semangat dan motivasi untuk belajar ketika dulu.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada nazry salam, afiq salam, dan semua yang terlibat dalm menjayakan siri ni. Terima kasih kerana telah menceriakan zaman kanak kanak dan remaja saya dan menemani saya melalui fasa kehidupan yang berbeza, dari usia 12 tahun hinggalah kini saya berusia 25 tahun.

Semoga semua pembaca dapat manfaat daripda karya karya ni. Dan semoga semua yang terlibat dalam penghasilan buku buku siri misi ini terus mendapat ganjaran yang berpanjangan atas setiap ilmu, perkongsian, pengajaran, inspirasi dan kebaikan yang disampaikan kepada para pembaca seperti saya.
67 reviews2 followers
November 26, 2025
Sebuah pengakhiran kepada perjalanan membesar bersama, Misi Mencari Syurga memberikan satu penutup yang manis. Seakan mengajarkan, betapa walau diawal kita boleh mengejar (dan bermisi) hal2 duniawi, akhirnya misi terakhir dan paling agung adalah untuk memenangi ukhrawi, mengecapi syurga.

Sehingga ke beberapa bab terakhir, aku sebagai pembaca dan peminat komik misi sejak dulu lagi, masih in denial jika ini memang noktah yang tuan penulis ingin berikan. Aku ada berharap ini semua mimpi dan kemudiannya watak akan terbangun dari tidur. Atau cuma cerita yang direka watak (dalam cerita yang direka penulis). Atau mungkin alternate universe? Tapi tak, watak-watak dalam buku ni memang melaluinya.

Walaupun ada sini dan situ yang boleh ditambah baik, secara keseluruhan, penulisannya mudah dibaca, mudah difahami. Plotnya cantik dan kukuh, walaupun ada beberapa kelogikan nak tak nak kena turn off beberapa sel otak. Dari segi misi yang direncanakan, titik plot yang itu aku rasa agak jauh ke tengah buku baru nak mula. Separuh akhir pula lebih terisi kepada komplikasi hubungan antara pelbagai pihak. Jarang aku nak komen pasal format, tapi rasa kena tengok balik pasal ni. Untuk pembacaan, memang pace dan momentum tu jadi, tapi untuk penulisan, itu off.

Aku ada nangis. Tu je la nak cakap. Nangis kat pejabat sebab baca buku waktu rehat kat pejabat.
7 reviews
November 23, 2025
Saya dah follow Skuad Misi sejak sekolah menengah, dari Misi 8A sampailah penutup cerita misi ni; Misi Mencari Syurga.

Karya En. Nazry & En. Afiq tak pernah mengecewakan, terutamanya buku ni 😭

Buku ini saja yang dikeluarkan dalam bentuk novel, yang lain semua komik jadi agak senang nak habiskan terus.

Saya memang bukan seorang pembaca novel tegar, tapi plot dalam novel ini berjaya buat saya habiskan baca novel ni.

Buku ini memang menjadi salah satu buku peringatan yang terbaik tentang misi manusia : misi hidup & misi mati.

The roller coaster of emotions that i felt reading this book 🫠

Ending memang plot twist!! Apa2 pun nangis teruk baca ending sampai susah nak tidur 😭

Saya akan rindukan kisah persahabatan mereka mengejar misi masing2 tapi mungkin ini lah pengakhiran terbaik untuk mereka berenam.

(secretly hoping that there's more side stories of their friendship 😢)

Selepas ini, giliran saya pula kejar misi sendiri?
1 review
January 12, 2026
Saya membaca buku ini dalam tren semasa perjalanan dari KL Sentral. Saya mulakan dengan Misi Mencari Cinta, kemudian sambung dengan Misi Mencari Syurga. Sepanjang membaca, emosi saya memang turun naik.

Buku ini betul-betul beri satu kesedaran, macam wake-up call. Kita sering terlalu fokus dengan misi dunia; nak berjaya dalam pelajaran, dapat kerja yang bagus, kejar kerjaya, nak kahwin, dan macam-macam lagi. Tambahan pula, siri misi ini bermula dengan MISI 8A, iaitu misi awal kita sejak zaman sekolah lagi.

Bila meningkat dewasa, kita sedar misi hidup ini sebenarnya tak pernah habis. Tapi buku ini mengingatkan bahawa misi paling penting bukan sekadar di dunia, sebaliknya misi ke syurga. Kalau kita hanya kejar kejayaan dunia dan lupa akhirat, hidup kita jadi sia-sia.

Secara keseluruhan, Misi Mencari Syurga membawa mesej yangsangat besar, penting dan mendalam. Sangat sesuai untuk sesiapa yang perlukan peringatan tentang tujuan sebenar hidup.
33 reviews3 followers
May 3, 2026
Akhirnya aku menemui penamat kepada cerita Misi yang telah lama membesar dengan aku.

Kisahnya sangat dekat dengan hati, seolah-olah aku juga merupakan watak dalam cerita ni. Sedikit sebanyak kisah Zahid ini seperti berkait rapat dengan kisah hidup aku.

Bergenang juga air mata sangat membaca novel ini. Sakit menerima tamparan akan setiap kata-kata nasihat yang penuh berkesan menyentuh hati.

Terima kasih atas setiap memori MISI yang telah tuan Nazry Salam dan Afiq Salam ciptakan buat kami para pembaca.

Namun begitu ini bukanlah penamat misi kita, kerana kita ada Misi Mencari Syurga!
Profile Image for N0STALGEEK.
26 reviews
June 3, 2026
- Mati itu pasti.
- Terlalu tulus. Indahnya dipertemukan orang yang tulus.

Ending yang boleh diterima. Maybe saya tak begitu attached dengan watak-watak ini, maka endingnya bukanlah yang paling menyedihkan bagi saya. Dan juga sebab saya baru sedar ada lagi buku Misi yang saya belum miliki. Malangnya ada yang dah tak ulang cetak setahu saya huhu

Saya juga nak maklumkan pihak editor yang spacing dia tak konsisten. Baik jarak antara huruf dan juga antara perenggan. Tapi tidaklah mencacatkan pembacaan.
1 review
November 22, 2025
Dah baca! Follow misi sejak 2012 misi 8A , Bagi saya penutup yang sangat baik dan kemas daripada squad misi. Mengingatkan kita semua bahawa misi misi yang ingin dicapai di dunia akan terhenti di dunia sahaja manakala misi yang paling utama adalah misi berjaya di akhirat kelak. Menceritakan kisah persahabatan dari sekolah menengah, kisah cinta yang dibatasi syariat amat sesuai dan bagus untuk generasi muda membacanya, Overall buku ini sangat best dan bermanfaat.
Profile Image for Balqis Radzi.
4 reviews
February 27, 2026
asyik menangis je baca buku ni 😭 saya follow cerita misi dari misi 8A. punyala masa tu budak sekolah lagi, kongsi duit dgn kawan beli komik misi masa jualan buku di sekolah. sangat emosional bukan saya kerana cerita zahid sakit, tpi momen2 sepanjang megikuti perjalanan sahabat misi.

worth the read terutama kepada followers misi. sediakan tisu dahulu! 😆
Profile Image for Amar Haiqal Bin Hussin.
6 reviews
May 31, 2026
Tebal, tapi boleh dihabiskan beberapa jam je. Sebagai seseorang yang follow geng Misi ni dari aku sekolah menengah lagi, bermula dari Misi 8A, 10A, 4Flat etc, it is finally the end of the series 15 years later
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for izz4hx .
65 reviews
June 3, 2026
Kali kedua baca novel ni. Kali pertama baca tahun lepas, beli dekat PBAKL2025. Terima kasih sebab pinjamkan dunia Zahid, Aizad, Nora, Nasya, Fizi, Kimi, Putera, Mat dan ramai lagi.
Profile Image for Bukhari Qori.
21 reviews
August 11, 2026
Sedih sangat pengahiran misi yang ni. Memang patut buat novel. Baru puas hati nak mendalami watak2.
Profile Image for Han.
61 reviews1 follower
December 8, 2025
Dah lama habis baca buku ni tapi masa tu buku ni tak ada lagi dalam Goodreads.

Siapa yg ikuti siri Misi mmg akan rasa sebak. Buku ni explore deep tentang menghadapi kematian dan meredhai kehilangan. Apa yg akan kau buat kalau best friend kau bagitahu hidupnya hanya berbaki 3 bulan? Dan apa jugak yg kau buat kalau kau tahu nyawa kau cuma tinggal 3 bulan?

Point utama buku ni, our days are numbered. Cuma umur kita rahsia Tuhan. Umur kawan baik kita pun. Hari2 boleh jadi hari2 terakhir kita. Jd, perpisahan mcm mana yg kita mahukan?

Dlm buku ni, Zahid listkan target goals dia sblum mati. Sahabat2 Zahid pulak membantu Zahid mencapai satu per satu misinya. Kita selalu ada matlamat n target utk kerjaya, pelajaran, harta kita.. Kadang kita fokus pada misi hidup, bagaimana pula dgn misi mati?

Ada satu dialog ni Zahid tanya Aizad, "Weh wife kau x marah ke kau selalu call aku ni?" Aizad jawab, "Kau kawan baik aku. Kau dtg dulu dlm hidup aku sebelum dia. Jgn risau, dia faham."
🥹🥹🥹

Kahwin≠hilang bestie. Sama mcm kahwin≠hilang keluarga. Bg aku, kwn2 dh mcm keluarga. Sama penting.

"Thanks, Aizad sbb ikhlas tunaikan misi terakhir aku."
"Aku tak ikhlas, Zahid. Aku buat ni sbb nak balasan."
"Kau nak apa?"
"Aku nak kau hidup."

Baca buku ni buat aku rasa sedih bila terfikir satu hari nanti akan dtg hari sama ada aku meninggalkan atau aku ditinggalkan. Kemudian yg ditinggalkan akan terus hidup dgn hanya ditemani memori selama bertahun2 sebelum akhirnya dia juga dipanggil pulang💔

Semoga aku bukan yg terakhir pulang.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews