Jump to ratings and reviews
Rate this book

Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan

Rate this book
George Bernard Shaw pernah mengatakan, �Di saat seorang perempuan bersuami, di saat itu pula semua harta miliknya, menurut Undang-Undang Inggris, menjadi milik suaminya.� Disebutkan pula bahwa perempuan Perancis baru memiliki hak suara dalam pemilihan umum Kotapraja sejak tahun 1965, setelah Menteri Kehakiman mengadakan amandemen terhadap Undang-Undang Sipil Perancis. Melihat latar belakang tersebut, bisa dipahami jika di dunia Barat muncul gerakan feminisme. Namun, sangat tidak pas bila kemudian feminisme menyerang Islam dengan alasan Islam menindas perempuan karena jauh berabad-abad sebelum gerakan ini lahir, Islam telah memuliakan perempuan. Al-Imam al-Hafizh lbnul Qayim al-Jauziyah, yang meninggal pada tahun 751/H (1350/M), artinya tujuh abad yang lalu, telah menyatakan fatwanya,

"Seorang anak gadis yang telah baligh, berakal, dan cerdas, tidaklah boleh ayahnya berbuat sesuka hati terhadap harta kepunyaannya, kecuali kalau dia suka. Si ayah pun tidak boleh bersikeras memaksakan mengeluarkan harta anak gadis tersebut di luar keinginannya. Padahal, mengeluarkan semua hartanya tanpa kerelaannya lebih mudah daripada menikahkannya dengan orang bukan pilihannya sendiri tanpa kerelaannya."

Nah, Buya Hamka dalam buku ini lebih jauh menguraikan bahwa perempuan sangat dimuliakan dalam Islam. Hal tersebut dibuktikan dengan dali-dalil, baik dari Al-Qur'an maupun Al-Hadits, serta sejarah hidup Rasulullah, sahabat, dan generasi-generasi saleh. Buku ini juga mengingatkan umat Islam untuk belajar Islam dari sumber aslinya sehingga umat Islam dapat memahami Islam dengan benar, bukan dari para orientalis yang ada penyakit dalam hatinya.

136 pages, Paperback

First published October 1, 2014

124 people are currently reading
1268 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
501 (61%)
4 stars
248 (30%)
3 stars
52 (6%)
2 stars
7 (<1%)
1 star
5 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 163 reviews
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 15, 2021
Terasa istimewa, dihargai dan disayangi selepas menamatkan buku ini. Betapa Islam memartabat kedudukan wanita seperti yang terakam di dalam Al-Quran dan Hadis.

Dimulakan dengan soroton penciptaan wanita, sejarah dan keperibadian wanita di zaman para Nabi, seterusnya kemuliaan ibu dan saudara-saudara perempuan, tentang wasiat, hukum-hukum fiqah pembahagian harta dan banyak lagi.

Sungguh tertarik dengan bab pembahagian tugas yang mana telah diterangkan bahawa lelaki beriman sama haknya dengan perempuan beriman. Ada diceritakan Asma binti Yazid bertanya kepada Rasulullah (saya tulis secara ringkas):
Kaum wanita duduk di rumah, memasakkan makanan kamu, memuaskan syahwat kamu. Kadang pergi dari rumah, bermusafir, naik haji, maka kamilah yang menjaga harta benda kamu, mendidik anak-anak kamu. Lalu dilebihkan kamu daripada kami. Kamu pergi berjemaah, solat jumaat, dan berjihad. Apalagi untuk kami?

Rasulullah menjawab "bahawasanya ketaatan serta mengamalkan apa yang diredaiNya, adalah lebih mengimbangi segala kelebihan yang ada pada laki-laki itu."

Bacaan yang sangat-sangat baik untuk wanita agar lebih menghargai diri sendiri, juga buat para lelaki agar dapat mengasihi dan melindungi wanita sewajarnya.
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
606 reviews428 followers
November 21, 2021
Rating Keseluruhan: 4/5🌟

✨Ringkasan✨
Sebuah karya bukan fiksyen dari Buya Hamka yang mengisahkan perkara-perkara dan hak-hak wanita secara kesuluruhannya.

✨Pendapat Saya✨
Karya dan penulisan yang sangat menyentuh hati dan sanubari.

Pada mulanya, saya agak skeptikal dengan buku ini.

Adakah buku ini akan menjadi sebuah lagi buku yang hanya menegaskan perihal perempuan dan sifat lemah lembutnya?

Adakah buku ini akan membangkitkan "the feminism" dalam diri saya?

Namun, apabila saya sampai ke helaian terakhir buku ini, ternayata setiap persoalan dan kerisauan saya adalah tidak tepat.

Hamka bukan sahaja telah dapat menawan hati saya dengan penulisannya, malahan, isi kandung buku ini sangat menaikkan martabat seorang wanita. Bait kata Hamka terdapat unsur sindiran, nasihat dan paling penting, setiap perkara yang beliau bicarakan akan ada bukti dari dalil hadis yang sah dan berasakan ajaran kitab kita.

Salah satu perkara yang buatkan saya terpaut dengan penulisan Hamka ialah cara beliau mengkritik sesuatu perkara. Beliau tidak memaksa pembaca untuk menerima padangannya, sebaliknya, dengan nada penulisan yang lemah lembut, beliau memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan mengutarakan pendapat sendiri.

Di dalam buku ini, Buya Hamka telah menyentuh tentang beberapa aspek penting yang mengetengahkan hak-hak wanita. Baik hak wanita sebagai seorang ibu, hak wanita sebagai seorang anak malahan hak wanita sebagai seoarang isteri.Saya agak terharu apabila membaca ayat beliau tentang beberapa perkara terutamanya tentang hak seorang anak perempuan.

Secara kesuluruhannya, walaupun ringkas, buku ini padat dengan hal-hal wanita dan ia boleh dibacai oleh semua orang.

Recommended for anyone who needs a light and meaningful read!

Terima kasih kepada pihak Jejak Tarbiah atas pemberian buku ini!
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
July 3, 2015
Buku ini dengan judul asli 'Kedudukan Perempuan Dalam Islam' mengangkat tema bagaimana perempuan dimuliakan dalam Islam. Dibuktikan dengan dalil Al-Quran, Hadith, Sirah Nabi dan Sahabat serta kisah generasi-generasi saleh.

Dengan padat dan ringkas Buya HAMKA menghuraikan satu persatu persoalan dan isu yang dimainkan oleh Orientalis berkenaan isu kedudukan wanita dalam Islam. Entah bagaimana lagi harus kita sedarkan mereka yang menentang dan mereka yang tak tahu.

Kejahilan ummat hari ini juga turut jadi penyumbang kepada salah faham ini. Hak anak perempuan, isteri dan ibu sangat dimuliakan di sisi Islam. Tapi sayang adat dan kebiasaan lebih mendapat tempat di hati masyarakat hari ini. Sehingga Islam tercemin dengan begitu huduh sekali oleh penganuntnya sendiri.

Merasa mulia menjadi wanita.
Profile Image for Lanina Lathifa.
21 reviews21 followers
November 13, 2016
"Qowwamuna berarti memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh, atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam. Mengajar kalau ilmunya masih kurang. Membujuk kalau dia dalam kesedihan. Masukkan rasa gembira ke dalam hatinya, hadapkan muka yang jernih dan laku perangai yang membuktikan bahwa engkau adalah seorang yang mengenal sopan santun." --hal. 96
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
May 12, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗻𝗼𝗻-𝗳𝗶𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻, 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿’𝗮𝗻, 𝘀𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶, 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻, 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮

—— 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼
Buku ini membincangkan betapa mulianya kedudukan seorang perempuan dalam agama Islam. Antara topik yang dibincangkan adalah tanggungjawab perempuan dalam Islam, bagaimana pembahagian & pemilikan harta dalam Islam untuk seorang perempuan, tingginya darjat seorang ibu, hak perempuan dalam perkahwinan & banyak lagi. Semua topik ini dibincangkan secara ringkas dan disokong Al-Qur’an, hadis, sirah Nabi dan kisah kisah sahabat baginda.

—— 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀
Perempuan selalu rasa insecure dengan orang lain, betul? Selalu rasa dia lebih cantik, pandai & fokus kepada kekurangan diri. Kenapa kita suka merendahkan diri sendiri sedangkan Islam sendiri mengangkat kedudukan perempuan begitu tinggi? 🥺

Setiap isu yang author bincang ringkas tapi mendalam. Setiap isu author selit ayat Al-Quran & sirah sebagai aplikasi buat kita lebih faham apa hak & tanggungjawab perempuan dalam topik sekian sekian ❤️‍🔥

Kita paling SUKAAAAA bagaimana author bincang “perempuan itu sama sama berhak dan sama sama berkewajipan tetapi pekerjaan mestilah dibahagi”. Kita rasa benda ni selalu dibincangkan dalam Twitter bila mana perempuan selalu nak fight for their rights sedangkan kita kena betul betul faham dulu apa beza hak dan peranan seorang perempuan. ☝🏻

Tutup buku ini buat kita rasa nak improve myself, lebih menghormati & sayang diri sendiri 🥰🫶🏻 Susah nak cakap sebab ayat kita tak sepuitis & kritis tuan Hamka tapi percaya lah ayat ayat dia memang menyentuh hati.

—— 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲
♡ Semua orang terutamanya perempuan, bacalah untuk lebih memahami diri sendiri
♡ Seorang ibu bacalah untuk memahami betapa mulia pengorbananmu
♡ Seorang isteri bacalah untuk memahami perananmu sama penting dengan ketua keluarga
♡ Seorang anak perempuan baca lah untuk lebih memahami kenapa kamu lahir ke dunia ini
♡ Dan lelaki, baca lah supaya kamu betul betul boleh memimpin dan menghormati dengan baik
_______________

“𝙼𝚎𝚛𝚎𝚔𝚊 (𝚙𝚎𝚛𝚎𝚖𝚙𝚞𝚊𝚗) 𝚊𝚍𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚝𝚒𝚊𝚗𝚐; 𝚍𝚊𝚗 𝚋𝚒𝚊𝚜𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚝𝚒𝚊𝚗𝚐 𝚛𝚞𝚖𝚊𝚑 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔𝚕𝚊𝚑 𝚋𝚎𝚐𝚒𝚝𝚞 𝚔𝚎𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝𝚊𝚗. 𝚃𝚊𝚙𝚒 𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚛𝚞𝚖𝚊𝚑 𝚜𝚞𝚍𝚊𝚑 𝚌𝚘𝚗𝚍𝚘𝚗𝚐 𝚙𝚎𝚛𝚒𝚔𝚜𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚝𝚒𝚊𝚗𝚐𝚗𝚢𝚊. 𝚃𝚊𝚗𝚍𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚝𝚒𝚊𝚗𝚐𝚗𝚢𝚊 𝚕𝚊𝚑 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚙𝚞𝚔” - 𝚝𝚞𝚊𝚗 𝙱𝚞𝚢𝚊 𝙷𝚊𝚖𝚔𝚊

5🌟 - tahap kita nak beli semua buku Hamka lepas ni (haih habis lagi duit ku 💸)
_______________

🗞 Notes: swipe swipe untuk tengok contengan/quotes (yang bagi kita ✨WOW✨) dari buku ni

https://instagram.com/prettyandreads?...
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
April 17, 2022
Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan.

Naskah yang saya miliki adalah terbitan dari Jejak Tarbiah, dan saya sangat berterima kasih dengan team Jejak Tarbiah atas usaha mereka.

Setiap bab disusun dengan baik dan diakhiri dengan hak istimewa wanita. Saya sangka buku ini sesuai dibaca oleh perempuan sahaja tetapi sangkaan saya salah. Lelaki juga patut membaca buku ini, kerana apa yang saya nampak usaha Hamka adalah untuk memandaikan umat Islam.

Dari cara melayan seorang perempuan, tugas menjadi wanita solehah sehinggalah hak-hak tentang wanita semua disebut kemas. Petikan hadis serta ayat Al-Quran digunakan untuk mengukuhkan hujah-hujah tentang kedudukan wanita di sisi Islam.

Sejujurnya saya tidak nampak kenapa orang Islam sendiri ingin melawan hukum syarak Islam tetapi apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul itu sendiri ingin memuliakan wanita.

Wanita ada hak untuk memilih apa yang terbaik untuk dirinya tetapi itu tidak membolehkan seorang wanita bersikap berlebihan sehingga hancur hidupnya.

Wanita juga punya hak untuk mendapat harta warisan tetapi perlu mengikut bahagiannya tersendiri, jika dia seorang sahaja anak perempuan maka haknya mewarisi harta itu mendahului orang lain. Begitu juga sebaliknya.

Saya rasa hujah-hujah di dalam buku ini boleh mematahkan hujah mereka yang mengaku Islam tetapi bersifat 'kurang ajar' dalam membantah hukum Islam berkenaan hak-hak wanita.

4.8 💫
Profile Image for Leny Indriani.
5 reviews1 follower
January 15, 2022
Buku ini mengingatkan kembali bagaimana perempuan dipandang begitu mulia oleh Islam. Aku sangat suka bagaimana Buya Hamka yang merupakan seorang laki-laki menjabarkan dengan detail bagaimana Islam memuliakan perempuan. Salah satu bagian yang aku suka dalam buku ini adalah ketika Buya Hamka menjelaskan bagaimana Islam memutus kekejian pada zaman jahiliah dimana kelahiran anak perempuan sangat tidak dinantikan sehingga mereka dibunuh.

“Apakah lahir ke dunia suatu dosa? Jika anak perempuan dibenci, siapa gerangan yang melahirkan ke dunia laki-laki yang membenci anak perempuannya tersebut? Bukankah perempuan juga?”

Bagaimana mungkin mereka bisa membenci kelahiran perempuan padahal mereka juga dilahirkan dari rahim perempuan? Sukurnya kejadian-kejadian ini terputus semenjak turunnya ayat Al-Quran pada surat An-Nahl 58-59.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
May 28, 2022
Buku ini berjaya membuka mata aku betapa tingginya darjat seorang perempuan dalam islam.

Very well written book walaupun ada beberapa perkataan bahasa indo kat dalam buku ni.

Terdapat banyak juga potongan hadis dan potongan ayat Al-quran yang dimasukkan dalam buku ini.

Aku rasa semua perempuan khususnya perempuan islam kena baca buku ini sebab buku ini sangat istimewa dan ditujukan khas buat perempuan.

Finished in less than 24 hours.

SPOILER

Ada satu part yang buat aku menitiskan air mana dimana penceritaan tentang bagaimana anak perempuan yang masih bayi dibunuh hanya kerana mereka dilahirkan sebagai perempuan oleh Arab jahiliah.

Besarnya pengorbanan Nabi Muhammad SAW demi menaikkan dan mengangkat martabat perempuan.

Overall

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
September 3, 2021
Ini merupakan buku pemerkasaan wanita yang ditulis oleh Hamka menurut sudut pandang Islam.

Seperti yang kita tahu, Islam telah memuliakan dan mengangkat martabat wanita sejak kedatangannya lebih 1400 tahun yang lalu.

Semacam dihargai apabila membaca buku ini. Mulianya diri seorang wanita di sisi Islam sehingga diperintah oleh Allah untuk memelihara aurat dan dirinya dari fitnah dan aib.

Mudahnya untuk meraih syurga apabila menjadi seorang wanita tetapi perlulah melaksanakan 4 perkara iaitu solat lima waktu, puasa, taat pada suami, dan menjaga maruah.

Hamka juga menceritakan kisah-kisah para wanita di zaman Rasulullah SAW dan juga cara serta layanan Rasulullah sendiri terhadap isteri-isteri dan anak-anak perempuannya.

Turut dinyatakan juga hak-hak istimewa seorang wanita dan juga pandangan kaum orientalis terhadap wanita yang sangat berbeza dengan Islam.

Fakta- fakta yang dikemukakan disertakan juga dengan dalil dan juga hadis yang berkaitan.

Boleh dapatkan buku ini di @jejaktarbiah
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
December 31, 2022
"Perempuan itu sama seperti bunga. Mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik dan penuh kasih sayang".--Ali bin Abi Thalib

Lembut, maka bentuklah jiwa mereka dengan acuan rohani.

Baik, maka pimpinlah mereka merentang kebaikan dan mencantas kebejatan.

Kasih sayang, maka hargai dan perakuilah kemuliaan mereka sebagai makhluk Tuhan yang unik.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 8, 2017
Pada awalnya, buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan merupakan tulisan bersambung yang dipaparkan pada majalah Panji Masyarakat pada tahun 1990-an sebelum dibukukan. Hal ini dilakukan selepas mendapat permintaan dari pembaca yang mahukan tulisan ini dibukukan, sekaligus menjawab kepada persoalan isu perkahwinan dalam Islam yang dikatakan menindas kaum perempuan. Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan ini merupakan terbitan Gema Insani yang mempunyai sebanyak 134 muka surat yang mengandungi 14 bab.

Jika kalian merasakan golongan feminis ini merupakan golongan yang paling terkehadapan dalam membela kaum perempuan, maka jawapannya adalah Islam terlebih dahulu melindungi kaum perempuan bahkan meletakkan kaum perempuan sama taraf dengan kaum lelaki. Di Barat, George Bernard Shaw pernah mengatakan bahawa;

“Di saat seorang perempuan bersuami, di saat itu pula semua harta miliknya, menurut Undang-Undang Inggris, menjadi milik suaminya.”

Begitu juga di Perancis, kaum perempuan juga tidak diberikan hak untuk bersuara dalam pemilihan umum Kotapraja sehinggakan berlaku kekecohan yang akhirnya mendesak Menteri Kehakiman mengubahsuai Undang-Undang Sivil Perancis, membolehkan suara kaum wanita didengari.
Islam bahkan sebelum itu sudah menjaga hak perempuan, tidak kira soal harta, perkahwinan, keturunan nyawa dan sebagainya. Disebut oleh Imam Ibnul Qayim al-Jauziyah bahawa;

“Seorang anak gadis yang telah baligh, berakal dan cerdas, tidaklah boleh ayahnya berbuat sesuka hati terhadap harta kepunyaannya, kecuali kalau dia suka. Si ayah pun tidak boleh bersikeras memaksakan mengeluarkan harta anak gadis tersebut di luar keinginannya. Padahal mengeluarkan semua hartanya tanpa kerelaannya lebih mudah daripada menikahkannya dengan orang bukan pilihannya sendiri tanpa kerelaannya.”

Di dalam sebuah hadith yang dirawikan oleh Ibnu Majah, Imam Ahmad dan An-Nasa’I, tersebut bahawa seorang gadis datang kepada Rasulullah s.a.w mengadukan bahawa ayahnya menikahkannya dengan anak saudaranya untuk mengangkat martabat anak saudaranya tersebut. Lalu dengan tegas Rasulullah s.a.w mengatakan kepada gadis , “Terserah kepada engkau, (artinya ‘Kalau engkau tidak suka, akan aku pisahkan kalian’).” Lalu gadis itu menjawab, “Aku terima apa yang telah dilakukan oleh ayahku. Hanya sekarang aku datang kepada engkau, ya Rasulullah, adalah supaya para perempuan tahu bahawa tidaklah mesti terserah kepada ayah sahaja segala urusan.”

Begitu juga dalam hal keturunan, kaum perempuan apabila berkahwin, namanya tetap dikekalkan, tidak diletakkan pada nama suaminya. Sepertimana isteri Rasulullah s.a.w Khadijah binti Khuwailid yang tetap namanya, tidak ditukar kepada Khadijah Muhammad. Hamka juga pernah ditanya saat ketika hendak menunaikan haji, mengapa tidak ditulis nama isterinya Siti Raham binti Endah Sutan kepada Siti Raham Hamka atau Nyonya Hamka di dalam passport. Jawab Hamka, “Tidak! Dia tidak kehilangan pribadinya karena bersuami saya.”

Lalu di ruang manakah Islam membenarkan bentuk penindasan berlaku terhadap kaum perempuan? Tidak hairan jika golongan feminism muncul untuk menuntut bela hak kaum perempuan di barat atas dasar mereka sendiri yang tidak mempunyai hak dan kesamarataan tersebut. Namun pantaskah golongan feminism ini menunding jari kepada umat Islam khususnya kaum wanita yang sudah lama dilindungi sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadith? Semuanya telah diulas lanjut oleh Hamka di dalam bukunya Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan. Buku ini sesuai untuk dibaca tidak kira perempuan mahupun lelaki.
Profile Image for Dea Khumaira.
83 reviews
February 3, 2015
Setiap muslim, khususnya perempuan, direkomendasikan untuk baca buku ini. Sedari awal, Buya Hamka telah menekankan kemuliaan perempuan dalam Islam yang didasarkan pada Al-Qur'an dan hadist. Setelah sebelumnya perempuan dianggap sangat rendah di zaman jahiliyyah. Lebih jauh, penulis juga menjelaskan mengenai pembagian peran perempuan dan laki-laki dalam keluarga. Hak dan kewajiban perempuan dalam masyarakat, dan lain sebagainya.

Buku ini ringkas, tapi berisi.
Profile Image for gusfaniie aniel.
15 reviews5 followers
March 17, 2019
Sangat-sangat mencerahkan, terutama bagi teman-teman yg sudah terpapar pemikiran Liberal dan secara tidak sadar mendukung Feminisme.

Bahwa perempuan dalam Islam, sungguh dimuliakan dan banyak mendapatkan keistimewaan. Jadi, konsep feminisme yg diusung oleh perempuan barat sungguh sangat tidak relevan dengan syariat Islam.

Contoh kasus tuduhan-tuduhan Feminis dibantah dengan detail oleh Buya Hamka melalui pendalaman Sirah Nabawiyah, ciri khas sekali.

Kamu harus baca!
Profile Image for Izatul Hidayati.
46 reviews
March 7, 2021
Buku yang ringkas namun sangat padat. Buya Hamka berjaya merungkaikan segala persoalan mengenai martabat & kepentingan perempuan dalam Islam. Beliau bukan saja berjaya membuka mata saya namun juga berhasil membahas dengan penuh hikmah dan menangkis tangkapan sosialis barat yang seringkali menganggap kedudukan wanita dalam Islam adalah yang terendah.

Sejujurnya ini buku pertama karya Hamka yang saya baca. Dari buku ini, dengan bahasanya yang sangat mudah difahami, kebijaksanaan beliau dalam menjelaskan dengan metafora-metaforanya, saya jatuh hati dengan penulisan beliau.

Buku ini sesuai untuk semua golongan.
Perempuan atau lelaki, kalian perlu membaca buku ini.
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
May 30, 2020
Buku ini merupakan kompilasi tulisan Buya HAMKA di dalam majalah Panji Masyarakat.

Dikatakan bahawa tujuan penulisan beliau itu adalah untuk membetulkan salah faham sebahagian masyarakat Indonesia yang menganggap perempuan ditindas di dalam Islam.

Maka dapat dilihat di dalam buku ini Buya HAMKA menampilkan tafsiran ayat Al-Quran dan juga contoh sahih daripada sirah tentang betapa Islam memuliakan perempuan.

Pertama sekali, beliau berhujah, dalam keadaan masyarakat Arab jahiliyah yang malu mempunyai anak perempuan, Islam datang memuliakan perempuan melalui larangan membunuh anak perempuan.

Seterusnya, beliau menjelaskan kedudukan/peranan lelaki dan perempuan yang sama penting yakni 'sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain' (Surah At-Taubah, 9: 71)

Di dalam buku ini juga dicontohkan bagaimana anjuran Islam malahan praktis Rasulullah SAW sendiri dalam melayan isteri dan anak perempuannya dengan baik sekali.

Juga dibincangkan tafsiran ayat 34 daripada Surah An-Nisa' tentang lelaki sebagai 'qawwam' ke atas perempuan (tapi saya lebih suka perbincangan beliau dalam Tafsir Al-Azhar mengenai ayat ini).

Turut dibincangkan adalah tentang hak mewarisi harta untuk perempuan yang jelas diperincikan dalam Islam di kala tamadun/agama lain pada waktu itu (malahan hingga abad ke-20) tidak memberikan hak sewajarnya kepada perempuan.

Pokoknya, dalam buku ini merumuskan panduan/peringatan buat kedua-dua lelaki mahupun perempuan khususnya dalam berumahtangga dan berkeluarga untuk menjalani kehidupan bersama yang diredhai Allah SWT.

Juga, apakah jalan keluar andai kata berlaku pertembungan antara keduanya yang tidak dapat dipertahankan kesatuan antara mereka akibat kezaliman satu pihak.

Kesimpulan: Buku yang nipis, wajar dibaca dan dibincangkan oleh semua pasangan sebelum berkahwin.

Buku ini juga baik untuk dibaca anggota masyarakat kita yang selama ini tidak terdedah dengan hak dan tanggungjawab perempuan yang digariskan oleh Islam - hingga menyebabkan banyak penindasan golongan lelaki ke atas perempuan.

*****

Antara quote menarik dari buku ini:

"Artinya, apabila pihak laki-laki yang merasa dirinya lebih kuat bertindak sewenang-wenang hingga hak istri terlanggar, berdosa yang melanggar tersebut kepada Allah dan Rasul. Tegasnya, cacatlah keislamannya."

"Jika terdapat hal yang tidak beres dalam masyarakat Islam yang masih jahil hukum-hukum agama, bukan karena Islam tidak memberikan hak bagi perempuan, melainkan kejahilan umatnyalah yang jadi penghalang."
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
May 6, 2021
Bukan. Ini bukan buku yang membicarakan betapa lemah lembutnya seorang perempuan, betapa suci, mulia dan tulusnya hati mereka, betapa besarnya pengorbanan perempuan kepada semua orang dan yang seangkatan dengannya.

Tetapi, ini adalah buku yang memberitahu kita di manakah letaknya kedudukan dan hak perempuan dalam Islam. Sesuai dengan tajuk asalnya iaitu Kedudukan Perempuan dalam Islam.

Kalau anda nak rasa diri anda dihargai, istimewa dan sedar akan nilai harga diri sendiri, jemput baca buku ini sebagai permulaan. Isu perempuan masih dipandang enteng, seolah-olah tiada hak ke atas diri sendiri ini walaupun tidak seteruk zaman jahiliah yang sehingga ke tahap membunuh anak-anak perempuan, tetapi masih wujud dalam masyarakat sekarang. Sebabnya, bukan Arab Jahiliah sahaja yang menganggap perempuan ini letaknya dalam lapisan paling bawah dalam masyarakat, hina dan memalukan, malah ada banyak lagi tamadun lain yang beranggapan sedemikian rupa. Membaca bab Kisah Adam dan Hawa sedikit sebanyak membuka mata saya yang serba tidak tahu ini tentang bagaimana boleh wujudnya persepsi ini. Saya pasti sejarahnya pasti masih jauh untuk diterokai.

Buku ini boleh bantu kita buka mata tentang keistimewaan yang dicanang-canangkan bahawa Islam memuliakan perempuan. Kita tahu, Islam memang hadir untuk mengangkat martabat wanita, tetapi kadang-kadang kita (saya lah) tak arif tentang hak-hak keistimewaan yang dimaksudkan.

Sesuai dengan petikan ayat daripada buku ini dalam halaman 154 yang berbunyi, "Kalau terdapat pertikaian yang tidak selesai dalam masyarakat Islam yang masih jahil dalam hukum-hakam agama, bukanlah kerana Islam tidak memberikan hak bagi wanita, melainkan kejahilan umatnyalah yang menjadi penghalang."
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
February 8, 2022
Ini adalah sebuah naskhah yang pada asalnya diberi tajuk 'Kedudukan Perempuan Dalam Islam' yang dikarang oleh HAMKA sendiri . Ia merupakan satu penulisan yang menghargai kedudukan dan peranan wanita dalam kehidupan kita. Cara penyampaian HAMKA dalam memberikan mesej kepada para pembaca mengenai isu wanita dikupas dengan baik dan halus.

Para pembaca pasti akan merasa hiba dan tersentuh apabila meneliti dan menghayati sedalam-dalamnya karangan penulis dalam naskhah ini. Setiap bab yang terkandung disertakan sebuah dalil sebagai satu hujah dan nas yang sahih bagi memperincikan perbahasan mengenai wanita. Terdapat juga kisah atau peristiwa yang ditulis oleh HAMKA bagi memahamkan lagi kepada para pembaca di samping dapat mengaitkan isu wanita pada masa dahulu denga realiti pada masa kini.

Saya sarankan untuk setiap lelaki membaca karya ini sebelum mendirikan rumahtangga bersama pasangan yang dicintai. Ini supaya kita lebih bersedia dan faham akan kepentingan menjaga wanita dengan elok berpandukan ajaran Islam.
Profile Image for jeeayore.
63 reviews12 followers
December 4, 2022
Semacam buku yang berisikan mitos dan fakta ajaran Islam.
Begitu banyak wawasan mengenai tradisi patriarki yang harus dikuliti dan dipisah dari ajaran Islam. Mereka tidak sama dan tidak menyatu. Islam datang sebagai ajaran tauhid anti patriarki jika bisa dibilang begitu (dalam buku mubadalah).

Mendengar Buya Hamka, maka yang akan terbayang dibenak adalah seorang muslim taat yang cukup ‘kokoh’ dan kontroversial pendapatnya dalam perayaan natal. Kemudian beliau menulis buku yang membuatku sebagai perempuan merasa dicintai, dihormati, ditimang-timang, tapi juga diberdayakan, bukankah berarti itu merupakan ajaran ‘paling islami’ mengingat citra yang melekat pada Buya Hamka?. Lalu mengapa banyak penceramah masa kini yang alergi mendengar narasi kesetaraan?😄

Betapa aku berharap semua muslim dan muslimah bisa membaca dan menghayati buku ini.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 20, 2021
- Karya yg membuktikan islam itu mengangkat martabat seorang wanita. Banyak kisah teladan yg boleh diambil dari buku ini.

- Saya menjangkakan buku ini akan diterjemah menggunakan majoriti bahasa melayu walaupun kedua bahasa ini hampir sama. Tetapi buku ini lebih kepada penggunaan bahasa indonesia.

- Di dalam buku ini juga ada diselitkan hadis berstatus palsu yg dinotakan oleh penerbit. Jadi pembaca seharusnya lebih berhati-hati utk tidak menjadikan hadis tersebut sebagai sandaran dan rujukan.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
January 21, 2022
Buku ini sangat memberi inspirasi dan meningkatkan keyakinan saya untuk lebih menghargai diri saya sebagai perempuan. Perempuan ini walaupun dikatakan insan yang lemah tetapi perempuan sangat memainkan peranan penting dalam masyarakat dan agama, malah kedudukan perempuan di dalam Al-Quran disebutkan sama tarafnya dengan kaum lelaki seperti digalakkan mengumpul kekayaan supaya dapat menunaikan rukun Islam yang ke 4 dan 5 dll.

Apapun karya Hamka tidak pernah mengecewakan!😍
Profile Image for asih simanis.
207 reviews130 followers
May 8, 2020
This will be a hard one to write, because I really wanted to like this book but I didn’t. It might be because I’m a feminist.

If you are a feminist too, and like me are looking for references on women in Islam, I recommend another book instead, “Fiqih perempuan: refleksi Kyai atas Wacana agama dan gender”by KH Husein Muhammad. It Might be more soothing.
Profile Image for Rounnisa Aminy.
17 reviews1 follower
July 26, 2015
Disini aku seolah menemukan jawaban mengapa beberapa pembaca sekaligus penulis yang sangat suka Buya hamka begitu rapi menuliskan perspektif tentang perempuan.
Tidak lain, karena rujukan bacaannya juga begitu cantik membahas makhluk paling cantik ini.
Terharu menjadi salah satunya, perempuan.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
June 19, 2025
Buku yang mengangkat wanita yang sering dianggap lemah oleh segelintir. Pengisian yang agak padat untuk direnungi dan dijadikan pengajaran walaupun ada antaranya telah kebanyakkan kita tahu cuma kurang diberi perhatian..
Profile Image for Annissa Larasati.
91 reviews5 followers
December 4, 2020
“Jika terdapat hal yang tidak beres dalam masyarakat Islam yang masih jahil dalam hukum-hukum agama, bukan karena Islam tidak memberikan hak bagi perempuan, melainkan kejahilan umatnyalah yang jadi penghalang.” (h. 133)

Meski sudah ditulis berpuluh tahun yang lalu, tulisan-tulisan Buya masih sangat relevan dengan kondisi saat ini. Karena ternyata, ‘penyakit-penyakitnya’ pun tak jauh berbeda, masih tentang itu-itu saja: feminisme, liberalisme, sekularisme, dan teman temannya.

Buku kecil ini adalah kumpulan tulisan bersambung Buya Hamka di majalah Panji Masyarakat tahun 1990an. Pertama kali diterbitkan menjadi buku pada tahun 1996 sebagai counter terhadap pembahasan RUU Perkawinan baru yang penuh dengan paham sekuler kala itu.


Berikut hal menarik yang saya dapat dari 11 tulisan Buya di buku tersebut:

1. Pengorbanan! Tentang peran dan tugas yang berbeda yang dimiliki oleh pria dan wanita dalam sebuah mahligai rumah tangga, maka apakah yang diminta dari kedua belah pihak agar bahtera bisa tetap berlayar? Tak hanya satu pihak yang berkorban, namun masing-masing memiliki cerita perjuangannya sendiri.

2. Perkataan Rasulullah tentang anak perempuannya, “Sekuntum bunga harum semerbak, kita cium. Dan, rezekinya sudah dijamin oleh Allah.” Ini bagian favorit saya dari buku ini. Saya baru pertama kali membaca dan mendengar tentang ini, dan menurut saya perkataan Rasulullah ini indah sekali! Masya Allah. Beliau katakan ketika orang-orang melihatnya mencium Fatimah kecil yang sedang dalam gendongannya kala itu. Hal ini tentu menarik perhatian kaum Quraisy, yang mana sebelum ajaran Islam datang tak memuliakan wanita. Mereka menganggap anak perempuan hanyalah beban. Ketika kecil diberi makan, sudah besar di ambil orang (suaminya). Padahal, bukan kita yang memberi makan ataupun mencarikan rezeki untuk mereka, melainkan semua sudah ditetapkan oleh Allah. Masya Allah.

3. Kemuliaan ibu. Ketika membaca tentang ini, saya tiba-tiba tersadarkan. Sebegitu mulianya peran ibu yang disanjung oleh Rasulullah. Yang disebutnya 3 kali sebelum ayah.  Lalu saat ini saya, yang diamanahi peran sebagai seorang ibu, sudah berbuat apa agar pantas menyandang peran yang begitu mulia tersebut. Yang tentunya akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari kelak. Astaghfirullah.

4. Ada beberapa hadits terkait anak perempuan yang baru saya ketahui lewat buku ini. Salah satu diantaranya, “Jangan engkau paksa-paksa anak perempuanmu sebab mereka adalah mu’nisah yang mahal sekali (HR. Ahmad, ath-Thabrani, dan Uqbah bin Amir)”. Buya menjelaskan arti mu’nisah layaknya obat penyembuh dikala sakit. Masya Allah. Lagi-lagi, terlihat kelembutan hati Rasulullah terhadap anak perempuannya.

5. Bagian menarik lainnya adalah beberapa kritikan Buya terhadap peradaban Barat, yang ‘katanya’ lebih memuliakan perempuan. Banyak sudut pandang baru yang saya temui, yang semakin mengokohkan fakta betapa Islam begitu memuliakan wanita dalam syariatnya. Salah satu contohnya adalah tidak ada yang memiliki peraturan pembagian waris untuk perempuan sejelas dan seadil Al-Quran! Masya Allah.
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
November 23, 2023
Tajuk asal buku ini ialah Kedudukan Perempuan Dalam Islam. Entah mengapa ditukarkan tajuknya. Buku ini dimulakan dengan kisah-kisah yang dicatatkan dalam kalamullah, Al-Quran al-Karim berkenaan wanita-wanita mulia dalam agama; Sayyidah Khadijah, Sayyidah Maryam, Saidatina Maryam, dan Asiah. Dimuatkan juga perihal kemuliaan, kelebihan, dan tatacara berinteraksi dengan wanita; ibu, isteri, anak perempuan, saudara perempuan dan hamba perempuan.

Dua perkara panjang lebar yang ingin saya kongsikan di sini: (1) kisah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dicampakkan dari syurga melalui kaca mata Islam dan Kristian. Pegangan Yahudi dan Kristian ialah Hawa-lah yang mendorong Adam untuk melanggar perintah Allah, kemudiannya dihinanya akan wanita. Makhluk tercela, asbab pengusiran dari syurga!

Namun, Hamka melalui tafsirnya, yang memperdayakan Adam itu syaitan, bukannya Hawa. Adam, sebagai manusia mulia dan sempurna akalnya, namun tewas dengan pujuk rayu syaitan (Rujuk al-Baqarah ayat 36, al-A'araf ayat 20, dan Taha ayat 115). Maka, bersama-samalah sepasang suami isteri itu menjadi penghuni di bumi, menggalas tanggungjawab sebagai khalifah Allah ﷻ. Perbezaan yang jelas mengenai bagaimana kisah Adam dan Hawa ditafsirkan seharusnya sudah cukup membuktikan bagaimana penghargaan Kristian dan Islam terhadap wanita.

(2) dakwaan-dakwaan palsu pembenci agama Islam, kononnya faraid (pembahagian harta) itu tidak adil terhadap wanita, sedangkan Kristian sendiri tiada undang-undang yang adil dalam penetapan pembahagian harta. Bahkan, sehingga abad ke-17 di Perancis, penceraian baru sahaja dibenarkan dalam undang-undang! (Akan dibuat tulisan yang lebih panjang berkenaan perkara ini)

Saya gemar sekali dengan ayat pada muka surat 71. Kata Hamka, apabila tiada ruang untuk menonjolkan kelemahan Islam, yang dicari-cari kelemahannya adalah pada perbuatan orang Islam yang bodoh; tidak selari dengan tuntuan syariat. Sangat tepat sekali. Semoga saya dan kalian menjadi wajah-wajah Islam yang tulen!
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
August 16, 2025
Pada mulanya saya agak skeptikal, memikirkan buku ini mungkin hanya mengulangi pandangan konvensional tentang wanita. Namun jangkaan saya meleset sama sekali. Buku ini benar-benar membuka mata saya tentang betapa tingginya martabat dan kedudukan wanita dalam Islam.

​Membaca setiap bab membuatkan saya rasa berdebar, terharu dan bangga. MasyaAllah, hakikatnya Islam benar-benar mengangkat martabat wanita. Bukan sekadar teori, tetapi Buya Hamka bawakan hujah yang sangat kuat dari Al-Quran dan Hadis. Ianya membuktikan yang keindahan Islam itu tak lekang dek zaman.

​Gaya penulisan Buya Hamka ni memang 'top tier'. Ringkas, padat, tapi mesejnya terus tembus ke hati. Beliau tidak memaksa pandangan, sebaliknya memberi ruang untuk pembaca berfikir dan merenung sendiri.

Terima kasih kepada pihak penerbit kerana menerbitkan semula buku yang sangat bermakna ini. Usaha kalian membolehkan karya berharga seperti ini terus memandaikan umat.

​Sangat-sangat disyorkan untuk semua, lelaki dan perempuan. Sesuai untuk sesiapa yang nak faham betapa istimewanya wanita dalam Islam.

Sekian.

Rating: 5/5 🌟
Profile Image for Introvert Insane.
542 reviews7 followers
February 7, 2025
THIS IS LIGHT BUT PACKED

I was honestly skeptical because...well...red pill Muslim podcast bros are always about "women need to be soft, feminine etc2" (while their most masculine trait is having a beard. The irony).

But it is my own fault for equating Buya Hamka to podcast bros. Oh how far we have fallen as a society.

In this light read, Buya Hamka manage to talk about not only the rights of women in Islam but its origins relation to sirah Rasulullah S.A.W.

He also emphasised (with hadith) on the utmost importance to uphold women's rights and how much we have always had them before feminism was even a thing. As well as the importance for women to value themselves.


As a Muslim woman, it warms my heart that this book exist. So I can shove it to podcast bros faces.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
February 9, 2018
Menarik sekali membaca tulisan HAMKA tentang wanita. Kupasannya mendalam bersama contoh-contoh yang jelas.
Ayatnya santai, mudah difahami. Diberikan dalam bentuk analogi dan cerita.
Nama-nama tokoh disebut dengan jelas.
Sewajarnya buku ini dibaca oleh lelaki dan wanita untuk lebih jelas betapa Islam telah meletakkan wanita di tempat yang mulia berbanding di zaman jahiliah.
Sebagai wanita, perlu ada kesedaran bahawa Islam memberikan banyak kelebihan kepada wanita dan tiada sebab untuk merasakan sebarang kekurangan peluang berbanding lelaki.
Setiap insan ada peranannya.
May 3, 2024
Dah lama habis baca. Buku yang agak bagus bagi saya sebab mengangkat isu wanita dalam masyarakat dan Islam. Juga menyebabkan perempuan lebih faham kedudukan mereka yang mulia dalam Islam.

Cuma ada beberapa sahaja poin penting yang saya tidak bersetuju antaranya sebab kepimpinan masih boleh diterajui oleh perempuan dengan cara yang betul. Tak semestinya lelaki sahaja yang boleh jadi pemimpin.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
October 6, 2024
BERBICARA TENTANG PEREMPUAN Buya Hamka

Pernah sewaktu musafir saya berniat untuk menghabiskan buku kecil ini. Namun ternyata gagal. Buku kecil ini hakikatnya berat, wajar dibaca lambat-lambat.

Ada banyak mesej termasuk sabdaan Nabi Muhammad SAW agar teguh menyantuni wanita. Ia tidak serupa teks khabar atau teks travelog santai, sebaliknya teks yang mesti ditekuni dan dihadami.

Ia untuk lelaki dan wanita; wanita untuk dihargai dan disantuni. Lelaki bertanggungjawab untuk menghargai dan menyantuni wanita. Buya Hamka ternyata telah tunjukkan teladan yang baik tentang sikap dan tindakannya terhadap wanita.

Salah faham terhadap wanita juga perlu dibaiki dan dibimbing ke arah jalan yang betul. Dalam sejarah manusia yang panjang, wanita sering jadi bahan diskriminasi termasuk sebagai objek seks dan bahan dagangan.

Pegangan bahawa Hawa bersalah apabila Adam AS memakan buah terlarang di syurga ditolak oleh Buya Hamka. Ia pegangan Yahudi dan Kristian (bersama konsep dosa warisan), bukan pegangan Islam.

Dalam bab khas ‘Kisah Adam dan Hawa’, Buya Hamka antara lain menafikan bahawa Adam AS begitu lemah terpedaya dengan pujukan Hawa (boleh juga rujuk Tafsir al-Azhar karangan Buya Hamka).

Adam bertanggungjawab dengan kesalahan tersebut sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran di surah Thaha, ayat 115, 120, 121 dan 122. Keterlanjuran Adam diikuti dengan taubat (surah al-Baqarah: 37).

Secara implisit, Buya Hamka turut menolak konsep ‘kesaksamaan jantina’ (gender equality) sebaliknya tegas dengan konsep ‘keadilan jantina’.

Lelaki dan wanita masing-masing ada kelebihan dan tanggungjawab sendiri. Dalam Islam, masing-masing diberi peluang yang sama beramal salih, dapat pahala, dan dapat ganjaran syurga serta layak dapat harta warisan.

Wanita itu berhak masuk syurga seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud, “Apabila seorang wanita (isteri) itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)." (HR Ahmad)

Bagi yang tidak berkahwin, hendaklah mentaati kedua ibu bapa. Demikian pandangan para ulama.

Akhir kalam, Asma’ binti Yazid pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Kaum wanita duduk di rumah, memasakkan makanan kamu, memuaskan syahwat kamu. Kadang pergi dari rumah, bermusafir, naik haji, maka kamilah yang menjaga harta benda kamu, mendidik anak-anak kamu. Lalu dilebihkan kamu daripada kami. Kamu pergi berjemaah, solat jumaat, dan berjihad. Apalagi untuk kami?”

Rasulullah SAW menjawab, "bahawasanya ketaatan serta mengamalkan apa yang diredai-Nya, adalah lebih mengimbangi segala kelebihan yang ada pada laki-laki itu.”
Displaying 1 - 30 of 163 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.