Cerita ni smooth je.. you kena baca dengan tenang. It's not the loud, dramatic kind. Dia jenis perlahan² buka layer.
Main point cerita ni adalah pencarian Raihana yang tiba² menghilang. Tapi sebenarnya, kehilangan tu bukan kali pertama berlaku. Sebelum ni pun Raihana pernah hilang selepas pergi ke rumah Shameen. Incident tu mencetuskan rasa tak puas hati, especially bila kelakuan ibu Raihana buat arwah mak Shameen terasa seolah² rumah orang lain tu rumah dia sendiri.
Shah pula ada sejarah dengan Raihana. Mereka pernah bercinta tapi hubungan tu tak direstui oleh ibu Raihana yang memandang rendah kebolehan dan status Shah. Dari situ kita dah nampak bagaimana ego dan persepsi mula membentuk konflik.
Bila ibu Raihana sendiri akhirnya meminta bantuan untuk mencari anaknya, that's where everything truly begins.
Sepanjang perjalanan tu, banyak rahsia mula terungkai. Slowly, ego ibu Raihana makin merendah. Kita dapat lihat perubahan karakter yang agak significant especially dari sudut seorang ibu yang terlalu mengawal dan akhirnya belajar untuk lepaskan dan memahami.
Ending dia satisfying. Konflik diselesaikan dengan baik.
Overall, cerita ni lebih kepada emotional journey dan character growth.
Raihana menghilang.. Puan Rohani susah hati sebab nak cari Ana nie.. Ana pernah berkawan dengan Shameen dan Shah.. tapi Puan Rohani tak suka dan menghalang hubungan dorg..
Datang nya Puan Rohani berjumpa dengan Sha dan Shah, untuk bertanya jika Ana ada datang jumpa dorg atau tak.. kene laa jugak sedas dua kata² dorg kt Puan Rohani tu..
Puan Rohani mintak Sya teman dia untuk cari Ana.. Sya pun setuju ajee sebab memang niat nk tolong cari Ana.. di temani Aliff.. masa nie Aliff memang ada distance ngn mama dia.. depan Sya pun selamba dia perli mak dia..
Cerita demi cerita terungkai bila Puan Rohani turun kan ego demi anak² dia.. sekaligus buat kn Aliff lebih selesa dan bole terima mama dia..
Bila tempat yang Shah beritahu tentang tempat yg Ana pergi, Puan Rohani terjumpa dengan kisah silam yang buat dia lebih turun kn lagi ego dia..
Pengakhiran yg baik untuk semua.. tak suke betul dengan Hael.. kalo tang dia, semua bole.. kalo tang Sya semua tak bole.. menyampah eh laki mcm gini..
I suka cerita ni 🥹 Contemporary, ada bittersweet moment. Personal rate: 4.5 bintang. Ada masa, I akan do proper review sebab I nak ramai org tahu pasal this book.
Raihana pernah berteman dengan Shameen dan pernah jua bercinta dengan abang Shameen, Shahrul. Namun, halangan ibu Raihana, Puan Rohani membantutkan segala perhubungan mereka.
Tatkala Raihana hilang lagi buat kesekian kalinya, Puan Rohani mendatangi Shahrul dan Shameen untuk membantunya menjejaki Raihana yang hilang.
Kembara pencarian mereka disertai oleh Puan Rohani, anak sulungnya, Aliff dan Shameen sendiri.
Smooth gila cerita ni. Helaian demi helaian aku selak dan baca, dan terserap aku dalam kembara mencari Raihana yang hilang jua. Semakin jauh mengembara, semakin banyak rahsia tersingkap.
Semakin lama mereka mengembara bersama, semakin runtuh dinding beku yang tebal di antara mereka. Puan Rohani semakin turun egonya, Shameen semakin lebih menghormati Puan Rohani sebagai ibu yang khilaf, dan Aliff pula semakin terbuka dan mulai cuba untuk berbaik dengan ibunya sendiri.
Semakin menghampiri penamat, aku semakin teruja akan kisah ni. Alhasil, aku suka dengan penamat cerita ni. Semua terletak elok, menyingkap rahsia puluhan tahun yang akhirnya... ❤️❤️❤️
Jalan cerita lancar, dari mula sampai akhir pembaca dibawa mengikuti kisah pencarian Raihana.
Bila mulanya kembara Pn Rohani, Aliff dan Shameen bersama, awal-awal tu excited seperti kisah penyiasatan. Tapi bila kisahnya jadi panjang (dari satu tempat ke tempat yang lain), aku mula rasa sedikit bosan kerana momentum cerita seperti fokus kepada Aliff dan Shameen.
Dari segi penulisan, aku takde masalah. Penulis memberi garapan yang baik, perbualan antara watak rasa hidup dan tidak kaku.
Raihana memang hilang dalam cerita ini, walaupun namanya sering disebut-sebut. Tapi tetaplah memberi pengajaran betapa hubungan kekeluargaan itu tidak akan pernah putus. Kasih sayang antara ibubapa dan anak kekal hingga ke akhirnya.
Pertama sekali, terima kasih kepada Prolog Media untuk naskah ini. (Walaupun aku terrrbeli jugak buku ni. So, aku ada 2 buku ni) .
Besttt. .
Aku lebih suka buku ini berbanding buku sebelum ni, Memetik Bintang. .
Ni cerita slice of life. .
Permulaan cerita, aku dah rasa debaran sebab penulis dah tulis, pengakhiran untuk sebuah kehilangan: ada 2. Pertama, terus hilang selamanya dan kedua, jumpa semula. Cumanya, yang jumpa semula tu pun, ada 2 jugak. Either jumpa yang hidup atau yang mati. .
Dahlah scene tu, kat bilik mayat. .
Lepas tu, cerita ni laju je. Mencari Raihana yang hilang. (Atau sebenarnya, lari dari rumah). .
Ni cerita pengembaraan Shameen mencari Raihana, bersama-sama dengan Aliff (abang Raihana) dan Puan Rohani (ibu Raihana). .
Sambil aku dibawa mengembara bersama mereka, geram je aku nak maki Raihana yang suka buat scene lari dari rumah. .
Tapi, bak kata Shameen, setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk merawat luka. .
Dah separuh perjalanan, cerita a bit slow bila mengimbas kembali permulaan kisah Puan Rohani dan suaminya. Aku expect, mereka berpisah disebabkan alasan yang cliche. Rupanya aku salah. .
Dan aku suka bila along the way of journey tu, dalam pada Aliff dan Shameen suka bersembang dan bertukar pendapat mereka yang berbeza, aku dapat rasa chemistry mereka. Dan jujurnya, aku sangat happy dengan happy ending mereka. .
Overall, cerita ni sebenarnya, tempoh masanya hanya beberapa hari. Dan diselangi dengan flashbacks. So, buku ni fast paced sebenarnya. .
Kalau korang sukakan cerita yang slice of life, slow burn romance, silalah baca. Tak rugiii. Sebab sedap. Dan kita akan berlapang dada mendengar point of view masing-masing sebagai anak daripada broken family, dan juga anak daripada keluarga yang bahagia. .
Oh ya, kelebihan cerita ni, banyak dialog.Aku kurang prefer cerita yang naratifnya terlalu berjela.
Kalau filem ada genre road movie, novel ini bergenre road novel. Kisah tentang perjalanan watak-wataknya mencari Raihana yang hilang tiba-tiba. Bukan semata-mata mencari orang hilang, tetapi satu per satu persoalan terungkain dan pengalaman baharu tercipta antara mereka.
Dalam banyak-banyak perkara dalam naskhah ini, aku paling suka babak-babak antara Aliff dan Shameen. Dua orang yang berbeza perwatakan dan cara fikir terpaksa bersama berhari-hari, duduk berjam-jam di dalam kereta. Mereka tak sependapat dalam banyak hal dan itulah yang menarik tentang perhubungan mereka. Penulis bijak menyusun dialog antara mereka sehingga tak terasa bosan atau try hard.
Aku belum pernah baca novel Melayu bergenre road novel ini. Ini kali pertama (atau mungkin aku terlepas pandang). Ia sesuatu yang menarik dan sukar juga kerana bukan mudah mengarang sebuah cerita tentang perjalanan tapi tak bosan membacanya.
Daripada mahu mencari Raihana, kita dibawa menyelami kisah watak-watak lain yang terlibat dalam pencarian itu.
Smooth storytelling. Susah sikit nak jemu baca pasal banyak verbal sparring yang bermakna antara watak. Beberapa dialog yang saya kutip daripada novel ini juga berupa perenungan. Bukanlah persoalan tentang alam semesta atau asal-usul kehidupan, etseteraetsetera. Namun penulis secara sederhana memanggil kita untuk mengingat semula hal-hal yang sebenarnya paling dekat yang kita selalu anggap sepele, iaitu hubungan keluarga, yang baik-buruknya sebenarnya telah, sedang atau bakal memberi impak kepada kondisi hidup kita. Teruskan berkarya Adrahalif, tahniah!