Jump to ratings and reviews
Rate this book

Auralis #2

My Queen

Rate this book
Liora bangkit daripada luka silam, membawa jiwa yang hampir musnah. Namun pertemuan semula dengan Putera Naqeem di Istana Auralis membangkitkan semula segala rasa yang cuba dikuburkan, dan sekali lagi, hatinya diuji.

Antara kasih dan kuasa, antara maruah dan pengkhianatan, segalanya kini saling bertembung. Drama emosi tiada henti….

“Jika suatu hari nanti, kamu dapati diri kamu berada di jalan yang terlalu hampir dengan takhta … beta harap kamu tahu jalan mana yang patut kamu undur.”

Namun Liora tidak gentar.

“Patik tidak pernah minta untuk berada di mana-mana. Tapi kadangkala, angin yang membawa daun gugur ke istana. Bukan daun itu yang terbang sendiri.”

Di sebalik keindahan istana, rahsia lama terbongkar, dan bayangan perang kembali menyelubungi Auralis.

Dan kali ini, Liora tiada pilihan.

Dia harus bangkit, bersama pedang, bersama takdir.

Demi Auralis.

672 pages, Paperback

First published November 1, 2025

1 person is currently reading
41 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books552 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (88%)
4 stars
3 (12%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,107 reviews204 followers
December 3, 2025
If My King felt a little slow in the beginning, My Queen kicks in like a full-on fast-paced roller coaster sampai F susah nak berhenti baca. Setiap chapter buat F rasa berdebar.

Dalam My Queen, finally semua persoalan kita pasal Liora terjawab.

Sejak rumah parents Selene diserang semata² nak dapatkan Liora, Liora mencari asal usul dirinya. The mystery surrounding that one mysterious “dayang” keeps haunting her. Liora need to know who she really is.

Berada di istana Auralis.. berdepan dengan Putera Naqeem menambahkan luka dalam hati Liora. Selene pulak tak habis² provoke.

Their purpose in Auralis is clear to hide and find the dayang who knows the truth about Liora.

Dengan pertolongan Putera Naqeem, diaorang finally meet the dayang. Dayang memang tunggu kedatangan Liora... she immediately hands over a book... “untuk yang berhak”. Buku tu akan membawa mystery siapa Liora.

Puteri Nerissa mengadu kerisauan dia terhadap Putera Naqeem dan Liora. Lantas Permaisuri memberi amaran pada Liora.

Tak disangka ada kejadian yang berlaku buatkan Permaisuri mengurung Liora di penjara bawah tanah.

Putera Naqeem menyuruh Putera Edris bantu selamatkan Liora. After she escapes, Naqeem gives Liora the map to Kota Emas. Liora nekad melarikan diri from the safehouse. Tak sangka Zen dan Mike follow Liora atas arahan Putera Edris.

They eventually discover a hidden tunnel separating the real world from the forgotten one and yes, they’ve found Kota Emas.

Banyak emas didalamnya untuk rakyat Auralis. Dalam itu ada ahli sihir yang ditidurkan dan hanya keturunan Raja Qaslan yang boleh melenyapkan ahli sihir tu. Satu pertempuran berlaku.. pedang Azraval di tangan Liora yang boleh menumpaskan ahli sihir.

F taknak spoil panjang², nanti hilang thrill.

F is so excited to see how Liora’s journey plays out especially mencari dirinya yang hilang.

Dia bukan sorang tapi Putera Edris ada menemaninya. Pedang Azraval ada character of its own. It whispers, it reacts and whenever it touches someone… Liora gets sudden flashbacks. No wonder ramai giler nakkan Pedang Azraval.

Overall F puashati.
Profile Image for Cutie_pie28.
419 reviews11 followers
December 5, 2025
Sambungan dri My King..

Persoalan yg di tanya² tentang Liora terungkai dalam buku nie..

Liora diburu oleh pihak musuh hanya di sebab kn dia tahu bahasa Auralis Kuno.. tk semua tahu sebab bahasa ni di mansuh kn di negara Auralis..

Liora dan Putera Naqeem berjumpa kembali tapi Liora tak kuat nk hadap kemesraan Putera Naqeem dan Puteri Nerissa.. time ni Selene mcm gerammmm jee ngn Putera Naqeem.. ye laa.. sibuk tunjuk dia laa yg terrrpaling mesra dengan Puteri Nerissa.. 🙄

Liora dapat jugak berjumpa dengan dayang yg selama ni di cari.. dengan pertolongan Putera Naqeem dan Putera Edris.. da jumpe, dayang bgi buku pada Liora.. buku yg tersimpan segala rahsia Liora dan juga kerajaan di zaman pemerintahan Raja Qaslan..

Lepas satu² mslh yg ada, akhir nya Liora pergi mencari ‘Kota Emas’.. tiba nye di Kota Emas, Liora terjumpa dgn ahli sihir yg ditidur kan.. selesai nya di sana, Liora pergi membawa diri utk melindungi diri dan mencari maklumat..

Best baca pengembaraan Liora dan Putera Edris.. kali ni buku ni fast faced yee… mcm tk bole stop baca daa.. hahaha..

Kita ade pedang Azraval tak? Kalo ade kita nak laaa satu pegang.. sbb kita akn rasa kita ada power.. 🙈
Profile Image for chelsannereads.
187 reviews4 followers
December 17, 2025
My thoughts 💭 (my opinion)

OK GAIS TARIK NAFAS. HEMBUS. TARIK NAFAS. HEMBUS..... ARGHHHHHHHHH!!! 😩😩😩😩 WEHHH BESTNYA MY QUEEN NI!!! Saya rasa macam dalam movie orang putih yang bergenre Royal epic fantasy! Salute gila gila dekat penulis for this masterpiece!

Ok saya jujur ya, first impression saya waktu nampak buku my queen ni 'mesti banyak meleret ni sebab buku tebal'. Maaf ye Puan penulis saya tarik balik kata² saya. Saya tak rasa meleret pun sebab semua scene dalam buku ni saya rasa penting dan cukup rencah, cukup rasa.

Sepanjang pembacaan saya rasa kagum dengan world building cerita ni, sebab saya jangkakan yang my queen ni sama sahaja world buildingnya dengan my king (tidak sesuai ekspetasi saya), sekali penulis bagi kaw kaw ya untuk buku kedua ni! Character development untuk watak FL saya sangat suka, takdelah asyik portray kan typical watak puteri yang lemah dan hanya tunggu putera raja je selamatkan. At the end dorang fight side by side dalam perang, and I suka part ni. 😍

Tapi saya harus akui juga yang pertempuran magik antara Liora dengan ahli sihir yang telah lama ditidurkan tu saya susah sikit nak imagine. Maybe it's just me kot, abaikan je. Walaubagaimanapun saya tetap hargai effort penulis untuk tulis babak tempur yang melibatkan magik sebab saya tahu itu tak senang.

Another thing yang saya suka pasal buku ni ialah dimana Putera Naqeem cemburu dengan kemesraan Putera Edris dan Liora. 😆 Part ni kan i suka baca sebab nak Putera Naqeem rasakan apa yang Liora rasa. Lagipun perangai Putera Naqeem waktu mula² tu menyebalkan sikit bagi saya, jadi ini lah balasan untuk dia, biar dia cemburu. Putera Edris pula suka sangat cucuk-cucuk Putera Naqeem mana member tak bengang hahahaha!

However, saya harus katakan yang kedatangan watak baharu dalam cerita ni makin mewarnai jalan cerita. Putera Edris ni memang prince charming betul. Bermulut manis, good-looking, gentle man... Mana tidak Putera Naqeem tercabar. 🌚 Selain daripada watak Putera Edris, saya juga sangat suka watak ahli keluarga angkat Liora. Dorang sangat berguna ya, dari mak bapak, sampai lah anak perempuan dan seterusnya anak² lelaki memang useful.

Watak antagonist pula? This one tak boleh cakap banyak sangat nanti spoiler. Tapi saya cuma nak cakap yang 'Aku memang dah agak yang 'tut' tu memang jahat sebenarnya dari mula lagi!' 😌 obviously watak jahat bukan favorite saya, tapi how the author build the character is nice.

War arc author tak perincikan sangat, saya faham mungkin sebab taknak cerita terlampau meleret kot? Saya pun taknak baca scene perang lama² sangat sebab takut bosan. Tapi disinilah semua rahsia mulai terungkap, and menurut saya macam mana author garap part ni memang nice 👍 !

Is it a happy ending? Yes, it is. Jangan risau. Naim Daniel pernah berkata 'berlarilah.. kemanapun, jika kau milikku, kau milikku ~' jadi korang jangan risau eh. 😆 Overall it's such an amazing journey! And super duper highly recommended!🔥 Serious nyah best sangat²! Tak tipu.🤭
Profile Image for Casper Judati.
64 reviews2 followers
January 21, 2026
Kalau dengan My King, aku tersengih-sengih tapi dengan My Queen pula sarat dengan aksi dan twist. Dan aku excited dengan misteri Liora yang dirungkaikan.

Susunan gaya bahasa kekal konsisten dengan berlatarbelakangkan fantasi epik dan medieval.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis sebab buat kedua-dua novel yang padu.

Tapi entahlahkan, sepanjang aku baca kedua-dua novel ni, muka Henry Canvill dan Kristin Kreuk asyik terbayang-bayang je. Macam fit pula dengan watak Naqeem dan Liora. Hahahah
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.