Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kita Dan Secawan Mocha

Rate this book
Sabreena membesar dalam stigma, anak kepada pesakit mental, hidup dalam dunia yang tak pernah benar-benar mahu memahami.

Di saat semua menjauh, hanya Shah Ikhlas yang kekal dekat; lelaki yang hadir tanpa syarat, mengisi ruang sepi dengan sabar dan kasih.

Sejak usia tiga belas tahun, mereka saling menampung kekurangan: Sabreena dengan seribu satu masalahnya dan Ikhlas yang selalu jadi pendengar setia. Ikhlas adalah rumahnya.

Umi Ikhlas, pelukan yang menggantikan seorang ibu yang hilang.

Tapi hidup tak pernah berhenti di tempat yang kita mahu.

Ikhlas melangkah ke hadapan, sedang Sabreena tertinggal bersama indahnya masa silam dan kenangan.

Kini, tanpa Ikhlas, dia tidak tahu ke mana harus meminta 8 minitnya, masa yang dulu cukup untuk bercerita, sambil secawan mocha di tangan.

372 pages, Paperback

Published November 1, 2025

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Hananee Amir

10 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
2 (22%)
3 stars
3 (33%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
January 26, 2026
Belum habis baca buku ni tapi takut terlupa apa yang berada dalam fikiran dan perasaan sewaktu baca. Di sinilah kita menaip.

Sebab beli, mestilah sebab dari PM. Yang kedua, sebab ni karya Hananee Amir. Saya sangat suka Inara Mulya tu. Baca ni pun walaupun seperti komen saya dibawah,tetap teruskan bacaan sebab dia macam penulisan yang kene dengan jiwa. Yang rasa, dekat di hati.

Cuma….

Ceritanya agak slow. Separuh buku tentang percutian Sabreena bagi mengubati hati yang patah. Kurang rasa chemistry antara geng backpackers tapi dari percutian beginilah, kita sebenarnya akan rapat juga kan. Berkongsi susah senang di negara orang.

Fahamlah kenapa Sabreena terluka. Selama ni, Ikhlas tempat dia berkongsi. Ikhlas tahu tentang dia, dia pun tahu semua tentang Ikhlas. Tetapi mereka takde declare apa-apa. Hanya sebatas teman. Datang dari broken family. Rasa kasih sayang melalui ibu Ikhlas. One day, dia tahu tentang Ikhlas yang bukan dari mulut Ikhlas sendiri, tapi dari ibunya Ikhlas. Ikhlas pun macam takde tunjuk nak buka mulut dekat dia. Semua buat macam biasa.

Kita akan suka bila kita sangat-sangat relate. Saya bukanlah Sabreena tapi sedikit sebanyak cuba memahami tindakan dia. Nampak sombong. Tapi bila circle kita kecil dengan childhood trauma, untuk terbuka hati, bercerita bukanlah mudah melainkan dengan mereka yang kita betul-betul rapat atau yang kita kenal sedari kecil.

Hidup dalam persimpangan, berhati-hati dalam tindakan dan memilih pilihan mana yang perlu diutamakan juga sulit. Hati sendiri atau hati orang lain perlu dijaga. Ada perempuan berani meluahkan. Tapi untuk Sabreena. mereka kawan rapat dan dia tunggu kenyataan dari Ikhlas. Dah Ikhlas beritahu macam tu, dia terima. Takkan nak terhegeh-hegeh kan. Cuba melepaskan dan menerima.

Ikhlas. Sangat baik. Tetapi dia juga manusia biasa. Selama ni dia okay sebab dia selalu ada untuk orang lain, menjadi pendengar yang baik. Tanpa disangka, Sabreena yang berjaya jadikan dia kacau-bilau. Bila dia tak okay, siapa pula nak dengar dia. Anak yang taat. Apa-apa umi dia dulu. Tapi salah dia juga. Umi dah tanya awal-awal tentang dia dan Sabreena. Dia fikir tanpa kepastian, dan plan dia akan berjalan seperti biasa. Dan saya suka bila Diyana berani mengambil tindakan. Ikhlas fikir melalui sudut pandang dia sebagai anak yang jaga hati Umi, tapi tak fikir tentang sudut pandang Diyana sebagai anak terhadap orang tuanya.

Cerita dia, secara jujurnya ada beberapa perkara yang saya kurang suka, tetapi jalan cerita tentang hubungan Sabreena-Ikhlas membuatkan saya banyak berfikir. Dengan penulisan penulis yang menjadikan kisah mereka lebih hidup. Conclusionnya, I love the story...Sangat....

Jika ada 'Sabri' di luar sana, semoga mereka menemui kebahagiaan...
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
December 28, 2025
Smooth reading, suka jalan cerita & walaupun separuh buku tentang Sabreena di Vietnam, it builds up the storyline. Bila kita patah hati dan bawa diri, it does take up a chunk of our life story. To heal. To move on :)

Tapi Sabreena move on dari Ikhlas ke tidak lepas jalan-jalan tu semua?

Orang lelaki selalu kata perempuan complicated tetapi lelaki & their silence pun can complicate things 😬

Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
98 reviews9 followers
February 7, 2026
rating sebenar 3.5 🌟

personal commens : suka gaya penulisan penulis, banyak selitkan ingatan dan ayat-ayat deep yg bagi aku kena pada tempatnya. Cuma untuk kisah Sabreena & Ikhlas ini aku agak lelah dalam pembacaan. Bagi aku dua-dua watak utama ini lembab dalam buat keputusan dan lembab dalam banyak hal. Watak-watak sampingan lebih menonjol character developmentnya berbanding mereka berdua. Ada part yang aku rasa agak melewah dan kalau tak masukkan pun tak menjejaskan cerita seperti details tempat-tempat yang geng backpakers pergi di Vietnam. Dua tiga tempat bagi aku sudah memadai sebab main point utama cerita ini bagi aku development dalam perhubungan S dan I.

Namun disebabkan gaya penulisan dan struktur bahasa yang digunakan penulis sangat indah aku berjaya teruskan pembacaan tanpa skip mana-mana bab. Tahniah buat penulis dan teruskan berkarya. Oh ya! ending dia aku suka sebab semua watak ada closure yang baik. Tahniah sekali lagi buat penulis untuk karya ini dan aku akan cari karya penulis yang sebelum-sebelum ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.